Sunday, October 31, 2010

Hikmah Penurunan Adam dan Hawa Dari Syurga Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah


Mengapa Allah menurunkan Nabi Adam dari syurga?.

Ibn Qayyim telah membahaskan isu ini dengan mendalam dalam kitabnya Miftah Dar al-Saadah. Menurut Ibn Qayyim penurunan Nabi Adam dari syurga adalah kerana hikmah-hikmah yang tidak mampu difahami oleh akal dan amat sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Menurut Ibn Qayyim antara beberapa hikmah penurunan ini ialah:

1. Turunnya Adam dari syurga merupakan esensi kesempurnaan Adam itu sendiri agar dia kembali ke Syurga dalam keadaan yang terbaik. Allah ingin menjadikan Adam dan keturunannya merasakan kehidupan di dunia ini dengan segala kesusahan, keresahan dan kesulitan di dalamnya, yang semua itu menjadi standard masuknya mereka ke syurga. Sesungguhnya kebaikan sesuatu akan Nampak melalui lawannya. Seandainya mereka hidup disyurga semata-mata, maka mereka tidak akan dapat mengetahui betapa agungnya syurga itu.

2. Allah ingin menawarkan sebaik-baik balasan kepada manusia yang tidak mungkin diperolehi tanpa ada perintah dan larangan. Disamping itu Allah ingin memilih diantara mereka para Nabi dan rasul, wali dan syuhada yang dia cintai dan mereka mencintainya.

3. Allah memiliki Asmaaulhusna (nama-nama yang indah) diantaranya adalah al-Ghafuur, arrahim, al-Afuww, al-halim. Maka dengan kebijaksanaanya Adam dan keturunannya diturunkan kealam nyata. Di alam inilah Allah S.W.T mengampuni, mengasihi, mengangkat dan memuliakan, melapangkan dan sebagainya bagi sesiapa sahaja yang dia kehendakki sebagai manifestasi dari Asma dan sifat yang dimilikkinya.

4. Allah juga menurunkan manusia ke bumi, dimana dengannya keimanan kepada perkara ghaib dapat wujud. Keimanan kepada yang ghaib adalah keimanan yang hakiki dan bermanfaat. Seandainya mereka tetap ditempatkan di dalam syurga maka mereka tidak akan memperoleh tingkat keimanan kepada yang ghaib ini. Mereka pun tidak akan merasai kelazatan dan kemuliaan yang hanya wujud dengannya.

5. Allah s.w.t maha mengetahui bahawa dari keturunan Adam ini ada yang tidak layak tinggal bersamanya di syurga, maka Allah menurunkan Adam a.s dan keturunannya ke tempat di mana orang-orang yang tidak layak tinggal disyurga dipisahkan lalu dimasukkan ketempat yang sesuai dengan mereka. Firman Allah S.W.T:

لِيَمِيزَ اللّهُ الْخَبِيثَ مِنَ الطَّيِّبِ وَيَجْعَلَ الْخَبِيثَ بَعْضَهُ عَلَىَ بَعْضٍ

فَيَرْكُمَهُ جَمِيعاً فَيَجْعَلَهُ فِي جَهَنَّمَ أُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

Kerana Allah hendak membezakan yang jahat (golongan yang ingkar) dari yang baik (golongan yang beriman) dan menjadikan (golongan) yang jahat itu setengahnya bersatu dengan setengahnya yang lain, lalu ditimbunkannya kesemuanya, serta dimasukkannya ke dalam Neraka Jahanam. Mereka itulah orang-orang yang rugi.( al-Anfal ayat 37)

6. Allah ingin membuktikan kemuliaan manusia sebagai makhluknya yang paling istimewa. Manusia di beri ilmu yang tidak diberi kepada malaikat. Manusia yang terpilih selalu memuji Allah pagi dan petang. Mereka sentiasa menyembah Allah meskipun hawa nafsu dan godaan jiwa serta musuh-musuh menganggu mereka. Sedangkan para malaikat menyembah Allah tanpa halangan, tanpa nafsu shahwat yang mengoda, tanpa ada musuh yang mengancam. Lalu Allah menurunkan Adam dan anak cucunya ini ke dunia dan dia memperlihatkan keistimewaan ini yang sebelumnya hanya diketahui olehnya. Maka sempurnalah kebijaksaanaan serta perintahnya dan pengetahuannya pun menjadi jelas oleh Para malaikat. Tatkala Allah s.w.t berfirman kepada para malaikat:

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً قَالُواْ أَتَجْعَلُ فِيهَا مَن يُفْسِدُ فِيهَا

وَيَسْفِكُ الدِّمَاء وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُونَ

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya ( al-Baqarah ayat 30)

7. Allah menciptakan makhluk untuk beribadat kepadanya dan itulah tujuan penciptaan mereka.. Dimaklumi bahawa kesempurnaan Ibadat yang dituntut dari manusia tidak dapat direalisasikan dalam syurga. Kerana syurga adalah tempat kelazatan, dan kenikmatan bukan tempat untuk mendapat cubaan, ujian dan beban. Akan tetapi kesempurnaan ibadat itu tersebut hanya dapat direalisasikan di bumi; tempat cubaan dan ujian.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

( al-Zaariyat ayat 56)

8. Hikmah Allah menurunkan Adam dan keturunannya dibumi juga adalah agar Adam dan keturunannya mempunyai struktur tubuh yang sarat dengan dorongan hawa nafsu dan fitnah, serta diberi akal dan ilmu. Allah s.w.t menciptakan dalam diri Adam A.S akal dan syahwat serta memberi kecenderungan yang berbeza. Hal itu dimaksudkan untuk merealisasikan kehendaknya dan menampakkan keagungaNYA kepada hamba-hambaNYA.

9. Allah mencintai orang-orang yang sabar, orang-orang yang bersyukur, orang-orang yang bersatu untuk berperang di jalannya, orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang menyucikan diri. Kecintaan Allah ini tidak akan tercapai tanpa adanya sebab-sebab, maka dengan itu Allah menurunkan Adam a.s dan keturunannya di dunia. Kegembiraan Allah S.W.T lebih besar daripada kegembiraan seseorang yang kehilangan tunggangan beserta seluruh bekalan di atasnya di sebuah lembah yang tandus, lalu tiba-tiba ia menemukannya seperti mana yang disebutkan dalam riwayat sahih:

عن النبي صل الله عليه وسلم انه قال لله اشد فرحا بتوبة عبده المؤمن من رجل فى أرض دوية مهلكة معه راحلته عليها طعامه وشرابه فنام فاستيقظ وقد ذهبت فطلبها حتى ادركه العطش ثم قال أرجع إلى المكان الذى كنت فيه فأنام حتى أموت فوضع رأسه على ساعده ليموت فاستيقظ وعنده راحلته عليها زاده وطعامه وشرابه فالله أشد فرحا بتوبة العبد المؤمن من هذا براحلته

Sesungguhnya kegembiraan Allah s.w.t kerana taubat seorang mukmin lebih besar daripada seseorang yang berada di tanah tandus bersama haiwan tunggangannya yang membawa makanan dan minuman lalu ia tertidur. Tatkala terbangun ia tidak menemukan tunggangannya. Kemudian ia mencari hingga dahaga kemudian dia berkata aku telah mencari tungganganku merata-rata sehingga putus asa kelaparan dan dahaga sehingga menunggu saat kematiannya. Maka diletakkan tangannya untuk bersiap-siap menyambut kematiannya. Namun tiba-tiba dia terbangun dan melihat haiwan tungganngannya yang membawa seluruh bekal berada disampingnya. Maka kegembiraan Allah s.w.t kerana taubat seorang mukmin lebih besar dari kegembiraan tersebut.

10. Supaya Adam dan keturunannya menjadi hamba yang bersyukur. Seandainya semua manusia sama dalam memperolehi nikmat dan kesejahteraan, maka mereka yang memperolehi nikmat tidak akan mengetahui nilai nikmat itu sendiri dan tidak akan berusaha untuk bersyukur kerana merasa bahawa keadaan semua orang sama dengannya. Di antara sebab yang paling kuat dan paling besar yang membuat seorang hamba bersyukur, adalah ketika dia melihat dirinya dalam keadaan yang berbeza dengan hamba yang lain, dimana dia berada dalam keadaan serba cukup dan beruntung. Dalam sebuah riwayat yang masyhur, tatkala Allah S.W.T memperlihatkan kepada Adam A.S keadaan keturunannya dan perbezaan darjat mereka. Adam a.s berkata:

يا رب هلا سويت بين عبادك قال إنى أحب ان أشكر

‘Wahai Tuhanku mengapa Engkau tidak menyamakan darjat hamba-hambaMu?. Allah S.W.T menjawab “ Aku suka menerima rasa syukur dari hambaku”

11. Tidak ada sesuatu yang lebih disenangi oleh Allah S.W.T dari seorang hamba selain dari ketundukan, kepatuhan, kebergantungan, ketidakberdayaan dan kepasrahan seseorang hamba dihadapannya. Keadaan yang tersebut tidak wujud disyurga kerana syurga adalah tempat kenikmatan yang mutlak dan kesihatan yang sempurna.

12. Allah S.W.T menjadikan syurga sebagai tempat menerima balasan dan pahala, dia menjadikan syurga bertingkat-tingkat dan jarak antara satu syurga dengan syurga yang berikutnya seperti jarak antara langit dan bumi.

إن الجنة مائة درجة وبين الدرجتين كما بين السماء والأرض

Sesungguhnya syurga itu mempunyai seratus tingkatan. Jarak antara satu tingkatan dengan yang lain seperti jarak antara bumi dan langit.

Allah menghendaki penciptaan syurga dengan darjat yang berperingkat-peringkat itu dengan Adam a.s. beserta keturunannya sesuai dengan amal perbuaatan mereka. Maka sebagai konsekuensi dari kehendak Allah S.W.T itu dia menurunkan Adam a.s dan keturunannya ke bumi, tempat beramal dan berjuang.

13. Allah s.w.t. mahu menunjukkan kepada manusia bahawa Allah S.W.T dalam hukum dan hikmahNya telah menetapkan bahawa tujuan-tujuan yang ingin dicapai oleh manusia tidak akan diperoleh kecuali melalui sebab-sebab yang telah dijadikan oleh Allah s.W.T sebagai penyebab kepada kejayaan mencapai sesuatu. Jika tujuan-tujuan yang darjatnya jauh berada dibawah tujuan yang mulia seperti makanan, minuman, anak-anak dan harta dunia yang semuanya tidak kekal hanya dapat diperolehi dengan sebab-sebab tertentu. Maka apatah lagi dengan tujuan mendapat nikmat yang tertinggi yakni syurga tentulah memerlukan sebab-sebab yang dapat membawa kepadanya. Maka dengan itulah Allah menurunkan Adam. A.s. ke Muka bumi.

14. Cinta, rindu dan keinginan mendapatkan sesuatu berlaku kerana sesorang telah membayangkan sesuatu tersebut. Sesiapa yang telah secara langsung menyaksi dan merasakan keindahan serta kenikmatan sesuatu, maka dia tidak boleh bersabar untuk menggapainya. Allah s.w.t menempatkan Adam a.s kemudian dia mengisahkan kisahnya kepada keturunan Adam a.s. dengan demikian, seakan-akan mereka telah menyaksikannya dan ada bersama Adam a.s di dalamnya. Maka orang yang tercipta untuk syurga dan syurga tercipta untukny a akan segera memenuhi seruan tuhan. Sebuah hadis Marfu’ yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A :

إن الله عزوجل يسأل الملائكة فيقول ما يسألني عبادي فيقولون يسألونك الجنة

فيقول وهل رأوها فيقولون لا يا رب فيقول كيف لو رأوها فيقولون لو رأوها لكانو

أشد لها طلبا

15. Sesungguhnya Allah bertanya kepada para malaikat” Apa yang diminta oleh hambaku dariku? Para malaikat menjawab’ mereka meminta syurga mu, Allah s.w.t bertanya Apakah mereka pernah melihatnya, mereka menjawab tidak, Allah bertanya kembali’ bagaimana jika mereka pernah melihatnya? Mereka menjawab, nescaya mereka lebih menginginkannya lagi

16. Di antara rahsia diturunkan Adam dan keturunannya ke bumi adalah kerana Allah mahu manusia mengenal diriNYA melalui perbuatan-perbuatannya, nama-namaNYA, sifat-sifatNYA , dan apa yang dilakukan terhadap para wali dan musuh-musuhNYA. Dia memuliakan para waliNYa dan menghinakan serta menyesatkan musuh-musuhNYA. Dia mengabulkan doa, memenuhi keperluan, menghilangkan kesusahan, menyingkirkan bala, serta mencuraahkan pelbagai kebaikan dan keburukan dengan ketentuanNYA seperti mana yang dikehendakki. Ini semua merupakan bukti terbesar bahawa Dia adalah Tuhan pemilik mereka, yang maha mengetahui, bijaksana, mendengar dan melihat. . Bukti-bukti kebesaran Allah ini muncul dari segenap penjuru sehinggan hamba yang mendapat taufik mengetahui dan mengakui keesaanya, manakala orang yang tersesat mengingkari kerana kezaliman dan kekufuran mereka. Dengan demikian orang yang binasa adalah kerana sebab yang jelas dan orang yang selamat kerana sebab yang jelas

17. Allah s.w.t tidak mengeluarkan Adam a.s dari syurga kecuali untuk mengembalikannya dalam keadaan yang paling sempurna, sepertimana di dalam sebuah perumpamaan dikatakan bahawa Allah S.W.T berfirman kepada Adam a.s:

يا آدم لا تجزع من قولي لك اخرج منها فلك خلقتها فإنى أنا الغني عنها وعن كل شئ وأنا الجواد الكريم وأنا لا امتع فيها فإنى أطعم ولا أطعم وانا الغني الحميد ولكن أنزل إلى دار البذر فإذا بذرت فاستوى الزرع على سوقه وصار حصيدا فحينئذ فتعال فاستوفه أحوج ما أنت اليه الحبة بعشر أمثالها إلى سبعمائة ضعف إلى أضعاف كثيرة فإنى أعلم بمصلحتك منك وأنا العلي الحكيم

Maksudnya: Wahai Adam janganlah engkau terkejut dengan perkataanKu “keluar dari syurga”, kerana untukmulah Aku ciptakan syurga itu. Sesungguhnya Aku tidak memerlukannya dan tidak memerlukan suatu apa pun. Aku Maha Pemurah. Aku tidak bersenang-senang di dalamnya. Aku Maha Memberi makan dan aku tidak memerlukan makan. Aku maha Kaya dan Maha Terpuji. Akan tetapi, turunlah engkau ke tempat persemaian. Jika engkau telah menabur benih lalu benih itu tumbuh dan berdiri tegak di atas batangnya kemudian menghasilkan buah, maka saat itu datanglah engkau. Lalu aku akan membayar setiap biji yang sangat engkau perlukan dengan sepuluh kali ganda sampai tujuh ratus kali ganda, dan sehingga berganda-ganda. Sesungguhnya Aku lebih mengetahui kemaslahatan daripada dirimu sendiri dan aku maha agung lagi maha bijaksana.

Dipetik diri Kitab Miftah Dar Al-Saadah

18.

WAHAI ANAK INGATLAH TUHANMU

Wahai Anak Ku Baca Lah Hikmah Ini:

Nilai diri seseorang adalah kebaikan yang dilakukannya.(saidina Ali r.a)

Seseorang yang beribadah kepada tuhannya semasa mudanya akan menerima hikmah daripada tuhan semasa tuanya.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak akan dicapai dengan melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.

Permulaan bagi mendapat ilmu ialah diam, kemudian mendengar baik-baik, kemudian menyebut dan hafaz, kemudian beramal dan seterusnya menyebarkan.

أَوَّلُ العِلْمَ الصُمْتَ ثُمَّ الاِسْتِمَاعَ ثُمَّ الحِفْظَ ثُمَّ العَمَلَ ثُمَّ نَشْرُهُ

Duduklah kamu bersama para cendikiawan dan bergaul dengan mereka kerana sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan cahaya ilmu dan hikmah sebagaimana dihidupkan bumi dengan curahan hujan

قال لقمان الحاكم:

يَا بُنَىَّ جَالِسَ العُلَمَاءَ وَزَاحِمُهُم بِرُكْبَتَيْكَ فَاِنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى يُحْيِى القُلُوْبَ بِنُورِ الحِكْمَةَ كَمَا يُحْيِى الأَرْضَ بِوَابِلِ السَّمَاءَ

Wahai anak mulakan harimu dengan zikrullah. Lepas subuh jangan tidur, berwirid baca Qur’an. Ingat siapa banyak tidur dan malas akan susah hidupnya dikemudian hari.

Siapa banyak tidur kurang amalan baiknya. Jika amalan kurang ruhani akan sakit.

Anakku kau dampingilah masjid. Usahakan solat berjemaah setiap waktu jika mampu. Kerana Masjid adalah cawangan Baitullah disitu ada cahaya di situ ada rahmat siapa yang rajin datang masjid hidupnya berjaya. Ibu-ibu yang suka ke Masjid anak-anaknya akan diberkati.Kau lihatlah disekelilingmu penuh dengan iktibar ini. Datanglah ke Masjid. Datanglah ke Masjid, Datanglah ke Masjid. Kerana di Masjid tempat para malaikat melebarkan sayapnya.

Wahai Anak Banyakkan Doa dan Zikirmu Kepada Tuhan Kerana doamu sangat makbul.

Kelebihan Mengamalkan Wirid dan zikir

  1. Iman bertambah teguh dan kukuh
  2. Mengelakkan diri dripada melakukan kemungkaran.
  3. Murah rezeki dan tenang jiwa.
  4. Tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang merosakkan akidah
  5. Sebagai perisai pertahanan diri
  6. Akan tercapai kemanisan iman dan ketakwaan kepada Allah s.w.t
  7. Mendekatkan diri kepada Allah

Adab- Adab Berzikir Kepada Allah s.w.t

1. Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami maksudnya.

2. Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada Hadas

3. Zikir dengan lafaz yang terdapat dalam Nas al-Quran atau Assunnah.

4. Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah s.w.t.

5. Mengunakan suara yang perlahan

6. Perbanyakkan zikir dalam suasana genting

7. Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat.

8. Tidak berzikir semasa Qadha hajat.

Kerugian kepada orang yang tidak berzikir

  1. Terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah kerana ia mudah dikuasai syaitan dan sukar mengawal nafsu.
  2. Lupa kepada tanggungjawab terhadap agama.
  3. Berada dalam keadaan gelisah
  4. Hidupnya kurang diberkati Allah.
  5. Tidak mengecapi kemanisan beribadat

DOA-DOA UNTUK KESEJAHTERAAN DIRI

DOA-DOA MA’THUR YANG DIPETIK DARI AL-QUR’AN DAN HADIS

Allah berjanji akan mengabulkan semua doa orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Oleh itulah adalah amat bijaksana jika kita menerima tawaran yang hebat dari Allah ini dengan membanyakan doa untuk kesejahteraan diri, keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan seluruh muslimin dan muslimat.

Macamanakah doa yang paling baik

Doa yang paling baik ialah doa yang terbit dari hati, dilakukan dengan sepenuh jiwa. Ia mengambarkan anda percaya kepadanya dengan sesungguh hati, mendengar doa anda dan mengabulkannya jika ia memang baik untuk anda.

Sabda Rasulullah s.a.w:

اُدْعُوا اللهَ وَأَنْتُمْ مُوْقِنُوْنَ بِالأِجَابَة وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ لاَ يَسْتَجِيْبُ دُعَاءٌ مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ

Maksudnya:

Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu meyakini Allah akan memakbulkan doa kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan menjawab doa yang dipohon dari hati yang lalai.

Firman Allah S.W.T:

وَإِذَا سَئَلَكَ عِبَادِىْ عَنِّى فَإِنِّي قَرِيْبٌ أُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِى فَلْيَسْتَجِيْبُوا لِى وَلْيُؤْمِنُوا بِىْ لَعَلَّهُم يَرْشُدُون

Maksudnya:

Apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenaiku. Maka beritahulah mereka bahawa sesungguhnya aku sentiasa hampir dengan mereka. Aku akan perkenankan doa orang yang berdoa kepadaku maka hendaklah mereka menyahut seruanku dan hendaklah mereka beriman kepadaku supaya mereka menjadi baik dan betul. (surah al-Baqarah ayat 186)

3. Saya sudah berdoa tetapi kenapa tuhan tak kabulkan doa saya

Allah mengentahui yang terbaik untuk anda. Dalam anda berdoa jawapan tuhan adakalanya ya untuk anda, adakalanya tidak dan adakala tidak sekarang. Tetapi kesemuanya ,memberi kebaikan dan doa anda tetap dikabulkan pada anda jika sememangnya anda berdoa dengan yakin dan bersungguh-sungguh. Sabda Rasulullah s.a.w:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو اللهَ بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيْهَا قَطِيْعَةِ رَحْمٍ إِلاَّ اَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ : إِمَّا اَنْ تَعْجِلْ لَهُ دَعْوَتُهُ وَاِمَّا أَن يَدَّخِرُهَا لَهُ فِى الأخِرَة وَاِمَّا أَن يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّؤِ مِثْلِهَا قَالُوا اِذًا نُكْثِرْ اللهُ اَكْثَر.

Maksudnya:

Mana-mana muslim yang berdoa kepada Allah dalam keadaan mereka tidak memutuskan silaturrahim, maka Allah akan mengabulkan doa mereka dengan tiga cara: samada Allah mengabulkan doanya dengan segera ataupun disimpan pahalanya dihari akhirat atau pun ditolak darinya segala kejahatan. Para sahabat berkata kalau begitu kami akan banyakkan doa kami. Nabi Muhammad bersabda disisi Allah lebih banyak lagi.

Adab-Adab Doa

1. Berwudhuk seandainya tidak menimbulkan kesukaran.

2. Mengadap kiblat.

3. Mengangkat kedua tapak tangan setinggi yang boleh.

4. Dimulai dengan memuji Allah dan selawat sekurang-kurangnya:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

اَلْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

5. Berdoa dengan suara yang perlahan.

6. Memohon ampun kepada Allah.

7. Berdoa dengan doa yang ma’thËr daripada ayat al-

Qur’an dan Hadis.

8. Berdoa dengan kyushuk, merendah diri dan yakin

bahawa Allah akan mengabulkan doanya.

9. Mengakhiri doa juga dengan selawat dan memuji

Allah:

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم وَالحَمْدُللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Berikut diperturunkan doa-doa yang sebenarnya telah diajar dan ditunjuk oleh Allah S.W.T dalam semua keadaan di dalam al-Qur’an bagaimana untuk mencapai kecemerlangan diri. Hanya kita sahaja yang tidak berusaha untuk mengali khazanah ilmu ini.

1. Pembuka Doa

اَلْحَمْدُللهِ رَبِّ العَالَمِيْن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى أَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

2. Doa mohon dilapangkan dada, dimudahkan urusan dan petah berbicara,

رَبِّ اشْرَح لِى صَدْرِي وَيَسِّرلِى أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ الِّلسَانِ يَفْقَهُ قَوْلِى

Maksudnya:

Wahai tuhanku lapangkanlah dadaku, permudahkan segala urusanku, rungkaikan simpulan lidahku agar mereka memahami kata-kataku.(surah Thaha ayat 25-26

6. Doa diberi ilham yang baik dan dilindungi dari keburukan diri sendiri

اَلَّلهُمَّ أَلْهِمْنِى رُشْدِى وَأَعِذْنِى مِنْ شَرِّ نَفْسِى

8. Doa menjauhi sifat lemah dan malas

الَّلهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ

وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ وَأَعُوذُبِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَال

11. Doa memohon dijauhkan bencana, sihir dan segala kejahatan

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَئٍ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْم

Dengan nama Allah yang dengan namanya tidak ada sesuatu pun yang berbahaya sama ada dilangit mahu pun dibumi dan dialah tuhan yang maha mendengar lagi maha mengentahui( Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Hakim)

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقْ

Maksudnya:

Aku berlindung dengan nama Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan ( Hadis riwayat Muslim)

13. Doa pada setiap malam bulan Ramadhan.

Dibaca pada bila-bila masa;ketika hendak tidur,bangun tidur ketika sahur ketika berbuka

اَلَّلهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

wahai tuhan yang maha pengampun lagi mulia yang suka memberi kemaafan,ampunilah segala dosa dan kesilapanku.

Penutup doa

وَصَلَّ اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم وَالحَمْدُلله رَبِّ العَالَمِيْنَ