Thursday, October 28, 2010

Adab Menuntut Ilmu

1. Mulakan dengan berdoa semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan berkat dalam segala usaha yang dilakukan.

2. Niatkan setiap yang dilangkahkan adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah S.W.T.

3. Minta izin dari ibu bapa terlebih dahulu sebelum melangkah.

4. Bersalam dan mencium tangan ibu bapa sebelum keluar rumah

5. Sentiasa berharap doa dari ibu bapa agar berkat ilmu yang diperolehi.

6. Memberi salam kepada sesiapa yang ditemui di perjalanan

7. Membantu sesiapa yang meminta bantuan

8. Menuntut ilmu fardhu ain didahulukan dari ilmu yang lain.

9. Merendah diri dengan ilmu yang diajar oleh guru dengan mengikuti segala suruhannya.

10. Berkhidmat kepada guru, sedia dan segera menolong tanpa di arah.

11. Suci hati dari sifat dan perangai yang buruk

12. Bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu.

13. Sentiasa berdoa sepanjang masa.

Doa supaya di Beri Ilmu Yang Berguna

Setiap dari diri manusia muslim digalakkan supaya berdoa kepada Allah s.w.t supaya ditambahkan Allah dengan ilmu yang berguna setiap hari kerana dengan ilmu hidup kita akan diberi cahaya dan kebaikan. Saranan supaya berdoa untuk ditambahkan ilmu ini disebut di dalam al-Qur’an dalam surah Thoha ayat 114:

وقل رب زدنى علما

Ertinya Wahai tuhan tambahkanlah kepada ku ilmu pengetahuan.

Muslimin dan Muslimat boleh membaca doa ini di awal pagi seperti ketika terjaga dari tudur atau selepas solat suboh atau bila-bila masa saja terutama sebelum memulakan pelajaran:

رَبِّ زِدْنِى عِلْمًا وَارْزُقْنِى فَهْمًا

Wahai tuhan tambahkan daku ilmu pengetahuan dan kurniakan daku mudah memahaminya.

No comments:

Post a Comment