Sunday, November 25, 2012

My Presentation

biasa-biasa saja conference ni...rupa-rupanya diuruskan oleh syarikat yang mencari keuntungan...tak grand macam conference di Malaysia yang biasanya siap ada keynote speaker...protokol macam-macam...yang ni pengerusi majlis pun tak ada sendiri conduct tapi yang datang bentang kebanyakkannya adalah prof, para doktor.. dari Universiti seluruh dunia.nampaknya kami  bertiga je student...dari malaysia ada 4 orang dr satu dari usm Dr. Azidah Abu Ziden, Dr. M. Pisol b. Mat Isa dari Universiti Teknologi Petronas, Dr Anita Abdul Rahim dari UKM, Dr,. Tengku Noor Azira juga dari UKM. Tapi rasanya conference  mcam nilah yang sesuai utk kita-kita yang nak berjalan dan melihat negeri orang...sebabnya relax dan santai tak tension langsung...:


Saturday, November 24, 2012

International Conference on Islamic Education ICIE2012- World Academy of Science, Engineering and Technology: 25-26 July 2012 di NH Naarden, Amsterdem, The Netherland.


         


Naarden, Netherland 24/7/2012

Setelah penat round Amsterdem pukul 12.30 kami pun mengambil keputusan untuk segera check in hotel di Nh Naarden tempat akan berlangsungnya conference...sekejap je sampai dengan menaiki teksi..mahal betul teksi kesana 60 euro (60x5=RM300) tapi terpaksa la sebab beg banyak camano nak naik train, lagi pun tak berapa pandai lagi cara nak pergi dgn train..rupanya kalau naik train pun tiada masalah..train semua sekali lebih kurang  4 euro 75 cent  je dari Amsterdem Central ke Naarden...kemudian naik bas pulak ke hotel lebih kurang 2 euro....train dan bus pulak rupanya mesra alam bawa barang banyak pun tak apa..rekabentuk bas memang mesra oku, orang tua, kanak-kanak dan apa apa saje...sebab depa memang khusus boleh bawa basikal pun dalam bas ke dalam train ke... Aha dah sampai pun kat Nh Naarden..Nyaman sekali udaranya..sampai hari ini pun masih terbayang kenyamanan udaranya...Cantik dan nyaman sekali naarden ni udara desa dalam kemodenan