Tuesday, August 14, 2012

Amsterdem Central-24 Julai 2012

Sekejap je naik Train dari Schippol ke Amsterdem Central dah sampai dah..perkara pertama ialah cari tempat simpan beg...kami bercadang untuk berjalan-jalan dulu sebagai warming up katakan...tinjau-tinjau dulu... pukul sekarang masih pagi benar lagi dalam kul 9 pagi...hotel di Nh naarden check innya pukul 2. so kami jalan-jalan dululah kat Amsterdem...oh dah jumpa tempat simpan begnya: tapi gambar kat bawah tu bukan tempat simpan beg...saja posing..dah tukar dari selipar kepada sneaker  dah...nak jalan ni kaki kena selesa...tempat simpan bag luggage locker  tu adalah self service nak simpan beg kena guna kad visa ke masterkad ke..cash tidak terima oleh itu pastikan anda ingat no pin kad kredit anda..lau tidak tak dapat simpan beg..no pin kad kredit adalah no yang diberi oleh pihak bank semasa mula-mula dapat kad tu...ingat no pin tu ye..simpan elok-elok. nasib baik le saya salin no kad tu dalam buku rahsia...suami saya langsung tak ingat no dia dan tak simpan..bila dia call bank minta no,  bank cakap kalau nak nombor kena mohon  baru...la..gitu ke


Keluar dar Amsterdem Central;
Masyaallah nyamannya udara..syukur padaMu Ya Allah beri peluang kepada kami melihat segala kejadianmu untuk jadi teladan dan sempadan:

Mulanya si Mark dari Manila tu bawa kami ..sebenarnya dia pun pertama kali jugak datang Amsterdem..dia dalam perjalanan ke stokholm singgah sekejap je sebab flight dia malam nanti akan ke stockholm...jadi kami pun sama-sama tinjau bandar Amsterdem...la tak tahulah pulak tempat pertama kami tinjau tu  adalah red light street..tempat pelacuran terbuka Allah uakbar Allah nak tunjuk sempadan kepada kami..Astagfirullah al-'Azim la hawla wa la quwwata illa billah..Kat Amsterdem pelacuran adalah legal demikian juga ganja yang ringan...he he busuk la tempat tu nasib baik waktu siang kawasan ni tak hidup malam baru hidup ..jangan amik gambar kat kawasan ni ada gangster..pelacuran adalah profesi terhormat sama seperti pekerjaan yang lain..mereka pamerkan diri mereka dalam cermin untuk menarik pelanggan..tak payah tengoklah jalan-jalan saja untuk amik iktibar jadi bahan dakwah. kawasan ni memang kotor sekotor batinnya.. bau air kencing ..kesan arak...Ya Allah ampuni kami kami tidak tahu tempat ini...



















 Restoran Indonesia memang banyak kat Amsterdem tapi rasanya tidak halal...kan indonesia itu adalah jajahan Belanda..kemakmuran Belanda hari ini rasanya dari hasil mahsul Indonesia yang di rompak Belanda dahulu. Negara Belanda memang kaya raya...


Setelah rasa penat jalan dengan si Mark tu sementelahan kami dah mula rasa dah boleh jalan sendiri kami dengan hormatnya mohon berpisah untuk mencari jalan masing-masing tak mahu lagi dah jalan dengan dia...dibawanya kami ke Red light...ada ke patut...walau apa pun timakasih jugak kat dia atas budi bahasanya yang baik...

Orang kat sini suka naik basikal..basikal macammacam jenis..gaya naik basikalnya tegak dan nampak hebat tak bongkokkan badan macam kat tempat kita..bawanya laju amat...rasa heran kenapa Netherland dapat tempat ketiga je olimpik baru ni dalam lumba basikal patutnya dapat johan la..sebab menunggang basikal memang amalan rakyat depa dari kecil

Schippol Airport Amsterdem ke Amsterdem Central 24 Julai 2012

Dah sampai pun....Sekejap je membelah benua: Teringat Kisah Rasulullah s.a.w di olok-olokkan oleh  penduduk Mekah kerana Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa beliau telah dibawa oleh Malaikat ke Baitul Muqaddis dan seterusnya naik kelangit dalam masa semalaman. Penduduk mekah berkata ..kalu dulu kami was-was yang Muhammad ni adalah orang gila sekarang ni kami dah konfirm dia gila..Masyaallah dunia moden hari ini membuktikan bahawa apa yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah benar dan terbukti...jika dengan kudrat manusia kita mampu untuk makan pagi di Kuala lumpur, makan tengahari di Jeddah, makan malam di Amsterdem maka apatah lagi dengan kehebatan kekasih Allah s.w.t amat mudah baginya untuk kepetala langit dan bumi mengikut kehendak Allah s.w.t:

Sampai je selepas keluar dari pemeriksaan kastam kami ke tingkat bawah untuk beli tiket ke Amsterdem central, stesen Train tempat  macam KL central lah..AC akan menghubungkan kita keseluruh tempat di Netherland dan juga Eropah..Nak pergi Paris, London dan seluruh Eropah melalui Train kita kena pegi AC



Dah beli tiket: harganya kalu tak silap nampak 4.50 Euro lebih kurang RM17


 Lepas tu kami turun lagi ke tingkat bawah ke Platform Train. Kat situ ada dua tiga orang yang nak ke AC antaranya lelaki Muda tu namanya Mark dari Manila akhirnya dia pula jadi guide kami  pula. Alhamdulillah Allah kirim sesiapa sahaja untuk tolong kami. Berkat solat hajat anak-anak tahfiz Madrasah Khairiah Banggol Setol yang solat hajat untuk kami dipermudahkan segala urusan terimakasih juga untuk mudirnya Ustaz Yahya Zakaria mudahan ma'aahad Tahfiz ini akan terus maju dan melimpah berkat dan rahmat keseluruh alam:



Dalam Train:
Maju betul sistem pengankutan Train di Eropah ini..semua orang naik Train untuk kedestinasi dalam dan luar amsterdem..mudah senang murah mesra orang tua kanak-kanak dsb...




Amsterdem 24 Julai 2012

Kami sampai di  Airport Schippol Amsterdem pada pada pukul 6 pagi 24 Julai setelah 12 jam berada dalam flight non stop MAS KLIA-Schipol. Kami bersahur dalam Kapalterbang dengan diberi layanan istimewa oleh Stewardess:

Sarapan sahur kami dalam MAS Nasi lemak yang lazat confirm halal Alhamdulillah..Sebelum ni banyak cadangan penerbangan yang kami listkan untuk dinaiki berdasarkan kadar harga antaranya Emirates, Singapore , KLM tapi akhirnya suami memberi kata putus supaya menaiki MAS kerana faktor makanan dan harga. kalu naik Emirates pulak kena Transit di Dubai leceh pula, naik singapore pulak tak jamin makanannya kalu nak halal kena request pulak..alhamdulillah pilihan yang tepat.


Kembara di Bumi Allah- Amsterdem 24-30 julai 2012

Alhamdulillah dengan izinnya saya dan suami dapat menjejaki bumi Eropah pertama iaitu Amsterdem, Netherland pada 24 julai 2012 yang lalu untuk menghadiri oral presentation anjuran WASET di Nh Naarden Netherland/Holland/ Belanda. Saya menjadikan lawatan pertama ini sebagai lawatan penanda aras menghilangkan segala fobia saya untuk berjalan dan melancong ke Eropah..harap-harapnya selepas ini saya akan dapat melancong bersama seluruh ahli keluarga pula insyaallah:



Sebelum bertolak pada jam 12 Malam waktu Malaysia. Di Airport KLIA bersama Dr Daud dari UPM yang banyak membantu kami tentang tips-tips untuk melawat Amsterdem. Beliau dan Isteri baru sahaja balik dari melawat Eropah Amsterdem-Paris-Itali kerana membentangkan kertas kerjanya di sana. Penerangan beliau amat banyak membantu kami. Jaza Allah hu lahu Ajran kabira.

Berposing ckit sebelum berlepas dengan teman sehati sejiwa rakanku yang paling akrab yang sangat baik hati sponsor saya ke sana Alhamdulillah-


Bersama Rakan Kembara kami sepasang suami isteri yang hebat Dr. Kamal Azman b. Jusoh pensyarah dari UITM Pahang  dan Isterinya seorang bussinesswoman yang berjaya di Bandar Jengka widiyanti bt Ariffin. Allah mengirimkan kepada kami kedua insan ini sebagai Mutawwif kami hehe Alhamdulillah..Taajub betul dengan depa ni. Dari Malaysia lagi kedua-dua insan ini telah merancang segala perjalanan dari penempahan hotel tempat menginap, kepada pembelian tiket-tiket train dan Bas sepanjang di Eropah melalui internet. Akhirnya perjalanan yang dirancang dengan baik maka baiklah juga kesudahannya