Sunday, May 25, 2014

Jalan-jalan Kota Kaherah 2012; Piramid Giza











Jalan-Jalan Istanbul 2013

Indahnya  Istanbul..setelah bermimpi dan berkhayal bertahun-tahun untuk sampai kesini akhirnya Allah S.W.T telah mengizinkan umi dan husban sampai sini..berserta dgn my doter..hadiah dapat masuk UIA... Kata-kata tidak mampu mengungkapkan keindahannya..Warna lautnya amat hebat sekali..wah Subha na Allah..Engkaulah Allah yang maha indah yang menciptakan keindahan...

Pada umi istanbul adalah kota Islam yang sebenar..kebersihan dan kecantikan yang dilihat didalam gambar adalah wujud dialam nyata...Tandas-tandas awam di Kota Istanbul sangat bersih..dalam bandarnya bersih..teringat umi seketika sewaktu di Amsterdem nampak dalam gambar bersih tetapi bila berjalan busuk bau kencing disekitar bandaraya amsterdem..tidak kedapatan tandas-tandas yang sempurna sekalipun dekat amsterdem sentral tempat tumpuan pelancong asing seluruh dunia..hebat lagi tandas kat KL central berbanding Amsterdem Central...sebelas bintang umi berikan untuk kota Istanbul sebagai destinasi yang paling hebat untuk melancong*********************

















Saturday, May 24, 2014

Jalan-Jalan Ankara;

Cantik memang cantik...itulah Turkey..antara tempat yang umi sampai juga ialah diKamal Ataturk Mouseleum...makan kamal Atatturk bapak sekularisme Turki..yang dikatakan orang mayatnya tidak diterima bumi Wa Allah Hu aklam..tapi sebahagian besar rakyatnya sangat bangga dengan Kamal Ataturk yang dikatakan sebagai bapa pemodenan Turki.. Bagi para penyokongnya Kamal Ataturk adalah simbol kemodenan dan penggerak kaarah wujudnya Turki Moden..Bagi penentangnya Kamal Ataturk adalah orang yang bertanggungjawab menghancurkan Islam di Turki bahkan yang menghancurkan penguasaan Islam ke atas dunia. Melalui peranan Kamal Ataturk lah jatuhnya Kerajaan Khalifah Islamiyyah yang terakhir dalam dunia Islam semenjak berabad lamanya. Semenjak Institusi Khalifah hancur ditangannya dunia Islam seperti diibaratkan seperti anak ayam yang kehilangan ibu tiada lagi penaung dan pendokong..demikianlah diibaratkan oleh Syeikh Yusuf al-Qardawi....Umi dan Tn Hj serta doter bergambar di situ...cantik....:





Cikgu-cikgu bawa anak-anak murid untuk pendidikan luar..cantik dan segak sekali anak-anak sekolah Turki....Umi tidak lepaskan peluang amik gambor mereka..jangan amik depan cikgu depa..cikgu marah....