TIPS-TIPS UNTUK MENGUAT DAN MENGUKUHKAN DIMENSI
SPIRITUAL
Islam, iman dan ihsan adalah punca kepada kekuatan spiritual dalam
diri manusia.
1. Ruh Menjadi Kuat Dengan Iman
Hati yang
dipenuhi dengan keimanan kepada Allah S.W.T tidak mungkin dihinggapi penyakit
hasad atau jenis penyakit jiwa yang lain. Rasa iman kepada Allah, ikhlas dalam
menjalankan ibadat, berpegang teguh kepada agama Allah, redha terhadap
ketentuan takdir akan dapat membebaskan
seorang mukmin dari rasa cemas takut dan putus asa. Mereka merasa
bahagia dengan janji Allah S.W.T:
مَنْ عَمِلَ
صَالِحًا مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهُ حَيَاةً
طَيِّبَةً وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Sesiapa yang beramal soleh, dari
lelaki atau perempuan, sedang dia beriman,
maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan
membalas mereka, dengan memberikan
pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.
(Surah al-Nahl 16: 97)
Dunia ini merupakan medan ujian kepada
manusia. Ia menjadi tempat manusia menanam bagi memungut hasilnya di akhirat
iaitu syurga. tempat asal yang diciptakan Allah S.W.T untuk manusia. Orang yang
beriman dengan sebenar-benar iman akan menerima segala bentuk ujian yang
ditimpakan kepada mereka dengan redha dan berserah diri kepada Allah S.W.T.
Mereka meyakini bahawa segala bentuk ujian adalah untuk membawa mereka kepada
Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T:
كُلُّ نَفْسٍ
ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا
تُرْجَعُونَ
Tiap-tiap diri akan merasai mati
dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan
kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
Surah al-Anbiya’ (21):35
Menurut al-Ghazali , qadha dan qadar Allah S.W.T berlaku dalam empat perspektif iaitu (1) qadha untuk melakukan ketaatan (2) qadha untuk melakukan kemaksiatan (3) qadha untuk memberi kenikmatan (4) qadha untuk menimpakan musibah.
Menurut al-Ghazali, bila Allah S.W.T memutuskan ketaatan
kepada hamba, maka ia mesti menerimanya dengan kesungguhan dan keikhlasan
supaya Allah S.W.T memuliakannya dengan taufik dan hidayah Firman Allah S.W.T:
وَالَّذِينَ
جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ
الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berusaha
dengan bersungguh-sungguh kerana
memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan
mereka bergembira serta beroleh
keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang
berusaha membaiki amalannya.
Surah al-Ankabut (29): 69
Apabila Allah S.W.T telah menetapkan seseorang
hamba untuk berbuat maksiat, maka ia mesti menghadapinya dengan istighfar,
taubat dan penyesalan dari lubuk hatinya. Allah S.W.T berfirman:
إِنَّ اللّهَ
يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
SesungguhNya Allah mengasihi
orang-orang yang banyak bertaubat , dan mengasihi
orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
Surah
al-Baqarah (1):222
Sabda
Rasulullah S.A.W:
كلُّ بني آدمَ خطَّاءٌ ، وخيرُ الخطَّائينَ التَّوَّابونَ
Maksudnya:
Setiap
anak Adam melakukan kesilapan. Sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah
mereka yang bertaubat.
Apabila
Allah S.W.T telah menetapkan suatu kenikmatan, maka seseorang hamba itu harus
menyambutnya dengan rasa syukur dan kedermawanan supaya Allah S.W.T
memuliakannya dengan tambahan nikmat. Firman Allah S.W.T:
وَإِذْ تَأَذَّنَ
رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي
لَشَدِيدٌ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu
bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar
sesungguhnya azabKu amatlah keras.
Surah Ibrahim (14): 7
Apabila Allah S.W.T telah
menetapkan suatu musibah, maka seseorang hamba itu mesti menghadapinya dengan
sabar dan rela, agar Allah S.W.T memberinya kemuliaan di akhirat kelak. Firman
Allah S.W.T:
قُلْ يَا عِبَادِ
الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ
الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ
أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ
Katakanlah (wahai Muhammad, akan
firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal
sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang
yang berbuat baik di dunia ini akan
beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah
sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala
mereka dengan tidak terkira.
Surah al-Zumar
(39):10
Allah S.W.T memuji orang-orang
beriman yang sentiasa redha menerima ketentuan dan takdir Allah S.W.T dengan
penerimaan yang sentiasa positif dan berbaik sangka dengan Allah S.W.T. Sabda
Rasulullah S.A.W:
عَجِبْتُ لأمرِ المؤمنِ ، إنَّ أمرَهُ كُلَّهُ خيرٌ ، إن أصابَهُ
ما يحبُّ حمدَ اللَّهَ وَكانَ لَهُ خيرٌ ، وإن أصابَهُ ما يَكْرَهُ فصبرَ كانَ
لَهُ خيرٌ ، وليسَ كلُّ أحدٍ أمرُهُ كلُّهُ خيرٌ إلَّا المؤمن
Maksudnya: Aku merasa takjub dengan segala urusan
orang mukmin. Semua perkara yang berlaku kepada mereka adalah baik. Jika mereka
dikurniakan dengan apa yang mereka sukai dan inginkan mereka bersyukur pada
Allah , maka ianya adalah bagi mereka. Jika mereka ditimpa dengan musibah yang
tidak disukai merkea bersikap sabar, maka itu adalah baik bagi mereka. Dan
tidak diberikan kepada sesiapa sesuatu perkara di atas dunia ini yang semuanya
baik kecuali apa yang berlaku kepada orang-orang mukmin.
Al-Qur’an sentiasa memberi motivasi positif kepada
manusia supaya sentiasa menerima segala takdir dan ketentuan Allah S.W.T dengan
redha dan sabar. Firman Allah S.W.T:
وَاصْبِرْ عَلَى
مَا أَصَابَكَ إِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
dan bersabarlah atas segala bala
bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang
demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
Surah Luqman (31): 17
Firman Allah S.W.T:
قُل لَّن
يُصِيبَنَا إِلاَّ مَا كَتَبَ اللّهُ لَنَا هُوَ مَوْلاَنَا وَعَلَى اللّهِ
فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad):
Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun
melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami dan
(dengan kepercayaan itu) maka kepada
Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.
Surah al-Taubah (9):51
2. Ruh
Akan Kuat Dengan Sifat Ihsan
Dari sudut bahasa
perkataan ihsan berasal dari bahasa Arab yang diambil dari kalimah husn
yang merujuk kepada kualiti sesuatu yang baik dan indah. Perlakuan yang baik
dan indah ini hendaklah dilakukan secara terus menerus dan ikhlas. Nabi
Muhammad S.A.W mentakrifkan ihsan sebagai melakukan ibadat kepada Allah
seolah-olah engkau melihat Allah S.W.T. Jika engkau tidak melihatnya maka
sesungguhnya la melihat kamu. Pengertian ibadat bukan semata-mata ibadat yang
khusus solat puasa dan sebagainya bahkan ia merangkumi seluruh kerja buat kita
seperti pekerjaan kita mencari rezeki. Kerana itulah Rasulullah S.A.W pernah
bersabda:
إنَّ منَ الذُّنوبِ ذنوبًا لا يُكفِّرُها الصَّلاةُ ولا الصِّيامُ ولا الحجُّ ولا
العُمرةُ ، قالوا : فما يُكفِّرُها يا رسولَ اللَّهِ ؟ قال : الهمومُ في طلبِ
المعيشة
Maksudnya:
Ada di antara dosa itu yang tidak dapat ditebus melalui solat, puasa, haji
mahupun umrah.. Mendengar itu para sahabat bertanya "Kalau begitu ibadat
yang manakah yang boleh menebusnya? Jawab baginda "Kesungguhan bekerja
untuk menyara kehidupan.[i]
Dalam konteks pekerjaan sebagai guru,
maka seorang insan guru sama ada yang mengajar di tadika, sekolah rendah,
sekolah menengah atau institut pengajian tinggi atau dimana-mana sahaja, tidak
disebut ihsan kalau dia hanya mengerjakan yang rutin sahaja tetapi akan
mendapat makam ihsan kalau dia mahir dalam pekerjaannya, kreatif, bagus
hasilnya, menyenangkan rakan sekerjanya, memenuhi hajat murid-muridnya dan juga
masyarakat sekelilingnya serta selalu ingat kepada Allah yang memberi
kesempatan baginya untuk bekerja mencari rezeki. Ia bekerja dengan perasaan
diawasi dan selalu bersama Allah. Manfaat ihsan itu akan kembali kepada tuan
yang melakukannya. Firman Allah S.W.T:
إِنْ أَحْسَنتُمْ
أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka
faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah
untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan,
maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. (Surah
al-Isra’ 17:7)
Orang yang bersifat ihsan dan suka
berbuat baik kepada orang lain amat dikasihi Allah S.W.T. Perkataan ihsan dan muhsin (orang yang
mengerjakan sesuatu yang indah dan baik) disebut oleh Allah di dalam al-Qur'an
sebanyak 70 kali. Ianya menggambarkan betapa pentingnya kita manusia memakai
sifat-sifat ini dalam kehidupan. Firman Allah S.W.T:
وَأَنفِقُواْ فِي
سَبِيلِ اللّهِ وَلاَ تُلْقُواْ بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوَاْ
إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Belanjakan (harta kamu) untuk
jalan Allah dan janganlah kamu menjerumuskan diri
ke dalam kebinasaan. Buatlah kebaikan, sesungguhnya
Allah suka kepada orang yang berbuat baik.
(Surah al-Baqarah, 2:195)
3. Ruh
Menjadi Kuat Dengan Ibadat
Beribadat dan bcrzikir akan dapat membersih dan mennjernihkan jiwa manusia. Kebersihan dan kejernihan jiwa tersebut akan memberikan kekuatan kepada dimensi spiritual atau ruh manusia. Kekuatan spiritual tersebut akan membebaskan dimensi material manusia dari berbagai simpulan yang membelenggunya. Seketika itu manusia mampu memahami ,hal yang tidak mampu difahaminya ketika dia sedang sibuk dengan berbagai urusan duniawi. Menurut Ibn Khaldun, latihan-latihan kerohanian, khalwah, zikir dan doa merupakan makanan kepada roh. Apabila roh menjadi kuat, tirai perasaan akan tersingkap dan roh akan menyedari kewujudannya yang sebenar. la akan memahami sifat-sifat Allah S.W.T., mendapat bahagian dari ilmunya, menerima rahmat yang khusus, bahkan roh akan dapat mencapai tingkatan malaikat.
Dalam
keadaan jiwa yang jernih dan bersih roh
akan terbebas dari ikatan fizikal yang membolehkannya bergerak bebas. Dalam
kondisi seperti ini, roh akan mampu melihat dan mendengar sesuatu yang sangat
jauh dan mampu menangkap hal-hal yang berada di alam metafizik. Kemampuan roh
ini dalam tradisi Islam antara lainnya dikenali dengan ilham (ilmu yang
dicampakkan Allah ke dalam jiwa), kasyaf (pembukaan alam ghaib), firasat, ru'ya
(mimpi yang benar) dan sebagainya.
Menurut
Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam karya hebatnya berkenaan dengan pendidikan iaitu
Miftah Dar al-Sa’adah, kekuatan ruh manusia akan terhasil
dari iman kepada Allah S.W.T diikuti
dengan ibadah yang tulus ikhlas, konsisten serta bersesuaian dengan al-Quran
dan al-Sunnah. Ibn Qayyim al-Jawziyyah menyatakan,
antara amalan yang dapat menguatkan ruh dengan hebat ialah dengan
membaca al-Quran secara tafakur dan tadabbur. Cara mentadabbur al-Quran ialah dengan mengulang-ulang membaca al-Quran
dengan diringi tafakur yang mendalam. Apabila ia melewati ayat yang kebetulan dia perlukan untuk
kesembuhan hatinya, maka ia mengulang-ulangnya meski pun sampai seratus kali
atau sepanjang malam. Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Nabi Muhammad s.a.w
sendiri pernah solat tahajud dengan membaca satu ayat yang beliau ulang sampai
pagi iaitu ayat 118 surah al-Ma’idah.[ii]
Ibn Qayyim al-Jawziyyah menjelaskan bahawa membaca satu ayat dengan tafakur dan
tadabbur lebih baik daripada mengkhatamkan al-Quran tanpa tadabur. Bacaan
tafakur dan tadabur lebih bermanfaat kepada hati, lebih mendatangkan iman dan
menciptakan rasa halawat atau manisnya al-Quran di dalam hati.[iii]
Ibn
Qayyim al-Jawziyyah selanjutnya menjelaskan bahawa membaca dengan tadabur
adalah inti kepada semua tingkatan dan maqam orang-orang
arif. Pembacaan tersebut menimbulkan
rasa cinta (hubb), kerinduan (shawq), takut (khauf), harap
(raja’), taubat, tawakkal, syukur, sabar dan sifat-sifat lain yang
mengindikasikan hidupnya hati. Orang yang memiliki hati yang hidup akan
dapat melihat sesuatu dengan mata hatinya. Dalam hal ini beliau menulis tentang
keajaiban penglihatan mata hati manusia:
فتفتح
له ابواب السماء فيجول في اقطارها وملكوتها وبين ملائكتها ثم يفتح له باب بعد باب
حتى ينتهي به سير القلب إلى عرش الرحمن فينظر سعته وعظمته وجلاله ومجده ورفعته
ويرى السموات السبع والارضين السبع بالنسبة اليه كحلقه ملقاة بأرض فلاة ويرى
الملائكة حافين من حوله لهم زجل بالتسبيح والتحميد والتقديس والتكبير والامر ينزل من فوقه بتدبير الممالك
والجنود التي لا يعلمها الا ربها
“
…Orang yang melihat dengan mata
hati, sehingga pintu-pintu langit terbuka dan ia berkelana dipenjuru kerajaan
langit diantara para malaikat. Pintu demi pintu terbuka hingga sampai
perjalanan hatinya ke ‘Arasy. Ia menyaksikan keluasannya, keagungannya,
kebesarannya dan ketinggiannya. Dia melihat ketujuh langit dan ketujuh lapisan
bumi itu jika dibandingkan dengan Arasy seperti satu butir tasbih yang terbuang
dipadang maha luas.
Falsafah Barat tidak mengakui perkara ghaib sebagai sumber ilmu. Oleh itu, dalam kajian Barat, mereka mengklasifikasikannya sebagai ilmu parapsikologi dengan menyebutnya sebagai Extra-Sensory Perception (ESP), iaitu perolehan pengetahuan tanpa melalui pancaindera. Antara jenis ESP ialah telepathy (mengetahui dan merasakan dari jauh), spiritualisme (mendatangkan ruh), Magnetisme (peniduran magnetic), mind reading (mengetahui fikiran orang lain), dream interpretation (pentafsiran mimpi), precognition (mengetahui masa depan), psychometry (Mengetahui seseorang dengan menyentuh barang yang berhubung dengannya).
Ibn Khaldun dalam karya agungnya al-Muqaddimah menjelaskan bahawa perbezaan di antara latihan kerohanian yang diamalkan oleh para agamawan selain dari Islam ialah Zikrullah. Tanpa zikir sebagaimana yang selain dari ajaran Islam ia lebih mirip kepada sihir dan pekerjaan syaitan, manakala pengalaman-pengalaman ghaib yang dialami oleh mereka adalah merupakan bisikan-bisikan syaitan.[vii] Menurut Ibn Khaldun lagi, pengalaman-pengalaman ghaib atau kasyf yang didapati oleh para ahli sihir, para yogis, tukang tenun dan para rahib Kristian dan lain-lain adalah fenomena biasa yang dialami oleh mereka yang menjalani latihan-latihan kerohanian dengan berkhalwat atau mengasingkan diri dan berlapar. Mereka dapat melakukan perkara-perkara yang pelik dan luarbiasa, bahkan mereka ini mempunyai kitab khusus yang mengajarkan cara-cara untuk mendapatkan ilmu ghaib ini. Para sahabat Nabi Muhammad S.A.W adalah mereka yang terkenal sebagai hamba Allah yang paling hebat melakukan mujahadah dan zikrullah, mereka juga sebenarnya mendapat bahagian daripada karamah yang melimpah ruah. Namun demikian mereka tidak menganggap tinggi kasyf ini. Bahkan mereka menganggapkan pengalaman kasyf adalah sebagai ujian. Bagi mereka, terbukanya kasyf atau tabir kepada perkara-perkara ghaib bukanlah hal yang benar dan sempurna melainkan jika ianya terhasil daripada keikhlasan dan ketulusan hati dalam beribadat kepada Allah S.W.T.[
Hakikatnya semua manusia sama ada muslim ataupun tidak mendambakan hati yang tenang dan jiwa yang kuat dalam menghadapi segala cabaran hidup. Yoga, meditasi, mantera, jampi adalah antara bentuk-bentuk latihan kerohanian yang diamalkan oleh manusia untuk mencari ketenangan dan kekuatan hati. Latihan-latihan kerohanian ini boleh menyingkap perkara-perkara supernatural yang diluar dari kemampuan manusia biasa. Rasulullah S.A.W pernah menyatakan bahawa manusia mampu melihat perkara ghaib jika mempunyai hati yang bersih. Ketidakmampuan manusia melihat yang ghaib adalah kerana dihalang oleh syaitan.
Sabda Rasulullah S.A.W:
رأيتُ ليلةَ أُسْرِى بي , لما انتهينَا إلى السماءِ
السابِعَةِ , فنظرتُ فوقِي , فإذا أنا برعْدٍ وبرقٍ وصواعقَ , قال: وأتيتُ على قومٍ بُطُونِهِم كالبيوتِ فيها الحيَّاتُ
تُرى من خارجِ بطونِهم , قلتُ:
مَن
هؤلاءِ يا جبريلُ ؟ قال: هؤلاءِ أكَلَةِ الرِّبَا. فلما نزلتُ إلى السماءِ الدنيا
فنظرتُ إلى أسفلَ مِني , فإذا أنا بِرَهَجٍ ودُخَانٍ وأصواتٍ , فقلت: ما هذا يا
جبريلُ ؟ قال: هذه الشياطينُ يُحَرِّفُونَ على أعينِ بنِي آدمَ أن لا يَتَفَكَّرُوا في ملكوتِ السمواتِ
والأرضِ , ولولا ذلك لرَأَوُا العَجَائِبَ
Pada malam peristiwa isra’ aku diperlihatkan beberapa perkara. Ketika sampai kelangit ketujuh aku telah melihat di atasku kilat petir dan suara tempikan yang dahsyat. Disana kelihatan satu kaum yang perutnya seperti rumah, didalamnya terlihat ular-ular yang keluar daripada perut mereka. Aku bertanya Jibril. Siapakah mereka ini. Jibril berkata inilah pemakan riba. Ketika aku turun kelangit dunia aku melihat kebawah. Aku dapati ada selaput, asap dan suara-suara. Aku bertanya Jibril apakah ini. Jibril berkata inilah syaitan yang mengelirukan mata manusia supaya tidak berfikir tentang kerajaan langit dan bumi. Sekiranya manusia memikirkan tentang kekuasaan kerajaan langit dan bumi nescaya mereka akan dapat melihat perkara-perkara yang mena’jubkan
3.1 Ruh Kuat Dengan Ibadat Solat.
Karakter atau tabiat serta kebiasaan
dapat dibentuk melalui proses pengulangan yang berterusan. Menurut Ary
Ginanjar, seorang tokoh motivasi dari Indonesia, pembentukan karakter manusia
unggul memerlukan RMP ((Repetitive Magic Power) atau pengulangan yang
terus menerus. Dalam RMP energi potensi yang maha dahsyat yang berada dalam
diri setiap manusia (dalam God Spotnya) diubah menjadi
tenaga kinetik secara berulang-ulang sehingga menghasilkan sebuah karakter
manusia yang hebat. [i] Menurut beliau Allah S.W.T
telah mengajarkan kepada manusia metode ini melalui solat yang mengandungi
prinsip dan kaedah pengulangan yang maha
hebat sebagaimana berikut:
1.
Perbuatan yang
diulang-ulang
1 |
Qiyam (34 kali) |
: Melatih sikap percaya
kepada keupayaan diri |
2 |
Ruku’ (17
kali) |
: Melatih kerendahan hati. |
3 |
I'tidal (17 kali) |
: Melatih untuk bersikap teguh
dan bangkit kembali |
4 |
Sujud (34 kali) |
: Melatih untuk selalu mengabdi
hanya kepadaNya. |
1 |
Takbir (94
kali) |
Menyebut kebesaran Allah S.W.T Menghasilkan
semangat |
2 |
Tasbih (51 kali) |
Menyebut kesucian Allah S.W.T menghasilkan kejernihan |
3 |
Tawajuh (5 kali) |
Menyebut doktrin tauhid, menghasilkan prinsip. |
4 |
Al-Fatihah(17 kali) |
Evaluasi diri atau muhasabah |
5 |
Surah (10 Kali) |
Sesuai keperluan dan situasi |
6 |
Sami'allah
(17 kali) |
Maha Mendengar,
menghasilkan sikap empati |
7 |
Rabbana (17
kali) |
Menyebut ketinggiannya, menghasilkan keikhlasan |
8 |
Doa duduk (17 kali) |
Menekankan pentingnya
darjat, rezeki dan kesihatan sebagai alat dan bekal dalam perjuangan. |
9 |
Attahiyyat (9 kali) |
Mengakui
keberkatan milik Allah S.W.T. menghasilkan rasa ikhlas. |
10 |
Assalam (9
kali) |
Menyebarkan kedamaian |
11 |
Syahadat (9
kali) |
Membangun
komitmen dan misi. |
12 |
Selawat (9
Kali) |
Sikap berterima
kasih |
13 |
Taslim (5 kali) |
Sikap perihatin
kepada orang di sekelilingnya [ii] |
Syaikh Dawud
al-Fatani mengungkapkan perbuatan solat sebagai
perbuatan yang sangat besar dan mulia dalam menghubungkan manusia dengan Allah
S.W.T. Perbuatan-perbuatan dalam solat menggambarkan sesuatu jalinan yang hebat
antara manusia dengan Allah S.W.T:
Berdiri (
وقوف) |
tanda merendahkan diri kepada
Allah S.W.T.(تذللا) |
Takbir |
penyerahan
diri kepada Allah S.W.T
(تسليم) |
Pujian
((ثناء dan bacaan)
(تلاوة |
adalah menghina diri di hadapan Allah
S.W.T (تبذلا) |
Ruku’ |
merupakan tanda tunduk dan patuh (خضوع) |
Sujud |
merupakan khushu’(خشوع) |
Duduk |
merupakan gemar (ترغب) |
Tasyahud
|
merupakan lambang rindu dendam( تملق )[iii] |
Ibn ‘Ataillah dalam karya al-Hikam
menggambarkan perbuatan solat sebagai penyucian hati dari kekotoran dan pembuka
pintu ghaib:
الصلاة طهرة للقلوب من أدناس الذنوب ، واستفتاح لباب الغيوب الصلاة محل المناجاة ومعدن المصافاة
تتسع فيها ميادين الأسرار وتشرق شوارق الأنوار
Maksudnya:
Solat itu sebagai penyucian hati dari kekotoran dosa, serta pembuka pintu
ghaib. Ia menjadi tempat munajat dan menyampaikan hajat. Serta memanjatkan puji
syukur. Dan sebagai tempat pembersihan hati dari berbagai kekotoran. Terbuka
bebas di dalamnya. Datangnya berbagai rahsia-rahsia Tuhan. Dan terbit terang
padanya cahaya-cahaya ilmu dan makrifat.
Menurut Ibn Ata’illah,
solat adalah tempat munajat kepada Allah S.W.T dimana di dalamnya menjadi saluran kepada hamba
Allah S.W.T menyatakan hajat, menyatakan kesyukuran serta membersihkan
kekotoran hatinya. Di dalam solat Allah S.W.T membukakan kepada manusia dengan
berbagai-bagai rahsia ketuhanan dan terbit terang cahaya-cahaya ilmu dan
makrifat. Ibn Ata’illah seterusnya menyatakan bahawa solat lima waktu adalah
rahmat kasihan belas Allah S.W.T kepada hamba-hambanya yang beriman. Ia
seumpama hidangan supaya seseorang hamba itu dapat merasakan pada tiap bacaan
dan gerakkannya itu adalah kurnian dan pemberian-pemberian Allah S.W.T. Gerakan
tubuhnya sebagai makanan, manakala bacaan-bacaannya bagaikan minuman. Hidangan
tersebut disediakan oleh Allah S.W.T lima kali sehari semalam supaya tidak ada
lagi sisa kotoran dan debu pada hambanya yang bertauhid.[iv]
Sesungguhnya begitu hebat sekali prinsip
dan kaedah solat dalam membentuk peribadi yang cemerlang. Solat yang dilakukan dengan sempurna dan berulang-ulang ini akan membentuk hamba Allah yang hebat
melalui:
1. Peningkatan perasaan ubudiyyah kerana dengan bersolat akan mengingatkan manusia tentang kedudukan mereka sebagai hamba kepada Allah S.W.T
2. Hamba Allah yang sentiasa bertaubat. Solat yang dilakukan secara berterusan
dapat membersihkan dosa-dosa dan kecenderungan kepada maksiat.
3.
Hamba Allah yang sentiasa bersyukur.
4. Solat dapat mengukuhkan akidah, kerana solat yang berterusan adalah
pengisian dan makanan yang berterusan
kepada akidah dan keyakinan diri kita kepada Allah S.W.T.
5. Solat mengalakkan rasa cinta untuk menuntut ilmu. Islam mewajibkan setiap orang yang melakukan solat agar mematuhi segala rukun dan syarat sah solat. Untuk memenuhi semua spesifikasi yang sangat ketat ini seorang muslim tidak mempunyai pilihan lain melainkan mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh.
6. Pengurusan masa, Ibadat solat mengajar manusia tentang pengurusan masa dan peka kepada perubahan waktu.
7. Kebersihan diri zahir dan batin melalui bersuci dan berwudhuk, serta kebersihan pakaian dan tempat tinggal.
8. Kesihatan fizikal.Pergerakan solat yang menggunakan seluruh anggota badan seumpama senaman fizikal yang mamp mengerakkan kehidupan manusia
9. Latihan kepimpinan. Solat mengajar manusia tentang sifat kepimpinan dan menghormati pemimpin melalui solat berjemaah.
10. Menutup aurat, solat mengajar manusia untuk melahirkan rasa malu kepada Allah S.W.T dengan menutup aurat secara sempurna.
Namun demikian mengapakah hasil yang ada
dalam keperibadian majoriti umat Islam tidak mencerminkan kehebatannya?. Begitu
ramai orang yang solat tetapi umat tetap seperti buih tiada kekuatan, tiada
jati diri. Jawapannya sederhana sahaja iaitu ramai yang solat tetapi mereka
hanya melakukan sebagai ibadat fizikal sahaja tanpa ruh, tiada kekhusyukan dan
lalai. Mereka tidak mengerti fungsi solat sebagai pembentuk karakter bahkan
tidak memahami pun apa-apa yang dibaca di dalam solat. Oleh itu bagaimanakah mungkin fizik dapat disertakan
dengan ruh. Mereka mengetahui Allah itu Tuhan tetapi tidak mengenal
sifat-sifatnya. Ia tidak merasai kehadiran Tuhan dalam solatnya. Akhimya solat
menjadi kebiasaan yang tidak mempunyai makna apa-apa. Firman Allah S.W.T dalam
surah al-Ma’un 107:4-5):
فَوَيْلٌ
لِّلْمُصَلِّينَ الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
maka
kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang; (Iaitu) mereka yang berkeadaan
lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya
Ruh
Menjadi Kuat Dengan Puasa
Ibadat puasa memiliki faedah yang sangat
banyak. Di antara faedah puasa ialah memperkuat kehendak, menimbulkan kekuatan
untuk melawan hawa nafsu, meringankan tubuh untuk melakukan ibadat, menanamkan
rasa takwa dan lazat beribadat kepada Allah S.W.T.. Amalan puasa ini telah
dilakukan oleh umat-umat yang terdahulu, bahkan agama-agama lain seperti
Yahudi, Kristian, Hindu, Budha juga mengamalkan puasa sekalipun caranya berbeza
dengan Islam. Hal ini menunjukkan bahawa ibadat puasa adalah amalan fitrah
manusia. Puasa dapat menyucikan hati diri, menzahirkan sifat fitrah manusia.
Sabda Rasulullah S.A.W:
من صام رمضانَ إيمانًا واحتسابًا غُفِر له ما تقدَّم من ذنبِه
Maksudnya:
Barangsiapa yang menunaikan puasa Ramadhan dengan rasa ir dan ikhlas, maka
dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. (sahih Sunan al-Nasa’i, nombor
hadis 13561)
Ada beberapa hadis yang menerangkan
bahawa barangsiapa yang menunaikan puasa pada beberapa hari yang memiliki
keutamaan, maka dia akan meraih ampunan dari Allah S.W.T atas segala dosa yang
telah dilakukan. Di antara hari yang dimaksudkan ialah hari Arafah yang
pahalanya dapat melebur dosa setahun sebelum dan selepas, hari Asyura yang
dapat melebur dosa setahun sebelum, beberapa hari dalam bulan Syawwal yang
menyamai pahala berpuasa setahun penuh dan puasa tiga hari pada setiap bulan
yang pahalanya menyamai puasa selama satu tahun.
1.2.6. Ruh Menjadi Kuat
Dengan Infaq Pada Jalan Allah
Maksud infaq pada jalan Allah ialah
dengan membelanjakan harta pada jalan Allah S.W.T seperti menunaikan zakat,
sedekah, memberi nafkah kepada orang-orang dibawah tanggung jawab, berbelanja dalam menolong dan meninggikan
agama Allah S.W.T dan lain-lain. Antara contoh-contoh membelanjakan harta di
jalan Allah ialah seperti:
1. Menolong kaum kerabat dan saudara mara
yang berada dalam kesukaran dan kesempitan samada dengan memberi hutang,
bersedekah dan meringankan bebanan yang dihadapi.
2. Menolong fakir miskin dan anak-anak
yatim yang berada dalam kesempitan
3. Membantu pelajar yang ingin menuntut
ilmu dan menyambung pelajaran
4. Menderma untuk pembinaan masjid, pusat
pengajian, aktiviti-aktiviti keilmuan dan aktiviti kemasyarakatan yang memberi
faedah kepada umat Islam dan umat manusia sejagat.
5. Memberi kepada orang yang meminta-minta.
Allah S.W.T memberi
banyak motivasi dalam al-Qur’an dan hadis bagi menggalakkan
hamba-hambanya untuk berinfaq. Mereka dijanjikan dengan ganjaran kebaikan
berlipat kali ganda di dunia dan kebaikan yang sangat besar di hari akhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W:
ما من يومٍ يُصبِحُ العبادُ فيه ، إلا ملَكان ينزلانِ ، فيقولُ أحدُهما : اللهم أَعطِ مُنفِقًا
خَلَفًا ، و يقولُ الآخر : اللهمَّ أَعْطِ مُمْسكًا تَلَفًا
Setiap pagi dua orang malaikat akan turun kepada
setiap hamba Allah. Keduanyaa akan berdoa. Seorang daripadanya akan berkata, “
Wahai Allah tambahkanlah rezeki kepada
orang yang berbelanja pada jalanmu. Manakala seorang lagi akan berkata “Wahai
Allah balaskanlah orang yang kedekut dengan kerugian.”[i]
Allah S.W.T
sendiri telah menjanjikan gantian yang sangat besar kepada hamba-hambanya yang
berinfaq dijalanNYA. Firman Allah S.W.T:
قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ مِنْ
عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنفَقْتُم مِّن شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ
خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad):
Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi
sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya
dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan
menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.
Surah Saba’ (34):39
Allah S.W.T juga
menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada orang yang memberi hutang bagi
menolong saudaranya yang dalam kesukaran dan hajat yang sangat besar firman
Allah S.W.T:
مَن ذَا الَّذِي
يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ وَلَهُ أَجْرٌ كَرِيمٌ
Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah,
sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) dia akan beroleh pahala yang besar!
Surah al-Hadid (57):11
Memberi hutang
kepada Allah S.W.T bermaksud memberi hutang kepada hamba-hamba Allah yang
sangat berhajat dan memerlukan pertolongan. Kelebihan hutang ini juga telah
nyatakan oleh Rasulullah S.A.W sebagai lebih besar pahalanya dari bersedekah.
Sabda Rasulullah S.A.W:
رأيتُ ليلةَ أُسريَ بي مكتوبًا على باب الجنةِ الصدقةُ بعشرِ أمثالِها والقرضُ ثمانيةَ عشرَ
فقلتُ لجبريلَ ما بالُ القرضِ أفضلُ من الصدقةِ قال لأنَّ السائلَ يسألُ وعنده
والمُستقرضُ لا يستقرضُ إلا من حاجةٍ
Maksudnya: Pada malam aku diisra’kan aku telah melihat
tertulis di pintu syurga bahawa pahala sedekah ialah sepuluh kali ganda pahala
kebaikannya manakala memberi hutang adalah 18 kali ganda. Aku bertanya kepada
Jibril mengapa memberi hutang lebih besar daripada sedekah. Jibril menjawab
penerima sedekah masih mempunyai sesuatu disisi mereka tetapi pemiutang tidak
akan meminta hutang kecuali kerana mereka berhajat.
Rasulullah S.A.W menjelaskan bahawa sedekah akan dapat
memadamkan kejahatan dunia dan akhirat serta membuka pintu-pintu kebaikan:
عن معاذ بن جبل كنت مع النبي صلى الله عليه
وسلم في سفر...قال يعني النبي صلى الله عليه وسلم ألا أدلُّكَ على أبوابِ الخيرِ قلت بلى يا رسول الله قال الصَّومُ جُنَّةٌ ، والصَّدَقةُ تُطفي الخطيئةَ
كما يُطفئُ الماءُ النَّارَ ، وصلاةُ الرَّجلِ من جوفِ اللَّيلِ
Maksudnya:
Daripada Mu’az bin Jabal beliau berkata bahawa suatu ketika aku bermusafir
bersama Rasulullah S.A.W....... Baginda berkata kepadaku, mahukah aku tunjukkan
kepada kamu pintu-pintu kebaikan, Aku menjawab, sudah tentu wahai Rasulullah.
Baginda berkata puasa itu adalah perisai dari api neraka manakala sedekah itu
adalah pemadam kepada kepada segala kesilapan sebagaimana air memadamkan api,
juga solat seseorang pada waktu tengah malam.
Sedekah yang dilakukan dengan amat ikhlas dan secara
tersembunyi juga mendapat pujian Allah S.A.W. Bahkan Allah S.W.T akan
menempatkan golongan yang bersedekah ini sebagai salah seorang yang akan
mendapat perlindungan di bawah bayangan Allah S.W.T di padang Mahsyar nanti,
sabda Rasulullah S.A.W:
سبعةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ تعالى في ظِلِّهِ يومَ لا ظِلَّ إلا
ظِلُّهُ : إمامٌ عدلٌ ، وشابٌّ نشأَ في عبادةِ اللهِ ، ورجلٌ قلبُهُ مُعَلَّقٌ في المساجدِ ،
ورجلانِ تحابَّا في اللهِ ، اجتمعا عليهِ وتفرَّقا عليهِ ، ورجلٌ
دعَتْهُ امرأةٌ ذاتُ منصبٍ وجمالٍ ، فقال : إني أخافُ اللهَ ، ورجلٌ تصدَّقَ بصدقةٍ ، فأخفاها حتى لا
تعلمَ شمالُهُ ما تُنْفِقْ يمينُهُ ، ورجلٌ ذَكَرَ اللهَ خاليًا ففاضتْ عيناهُ
Maksudnya: Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah S.W.T di bawah bayangannya pada hari kiamat, pada hari yang tiada sebarang pelindung. Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidup dalam ibadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, lelaki yang saling mengasihi bertemu dan berpisah kerana Allah, lelaki yang digoda oleh perempuan yang cantik serta mempunyai kedudukan untuk melakukan zina, namun dia menolaknya dan berkata sesungguhnya aku takut kepada Allah, lelaki yang bersedekah dengan ikhlas seumpama tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanan dan lelaki yang berzikir kepada Allah ketika bersendirian sehingga mengalir airmatanya.
Rasulullah
S.A.W juga amat menggalakkan umatnya agar menjamu makan. kerana
menjamu makan itu dapat melindungi pelakunya daripada bakaran api neraka. Sabda
Rasulullah S.A.W:
اتَّقوا النَّارَ ولو بشقِّ تمرةٍ ، فمن لم يجِدْ فبكلمةٍ طيِّبةٍ
Maksudnya: Peliharalah kamu dari api neraka sekalipun
dengan sebelah biji tamar, sekiranya tiada maka hendaklah ia bersedekah dengan
kata-kata yang baik.[v]
Rasulullah S.A.W menyatakan
bahawa antara amalan yang dapat memasukkan seseorang kedalam syurga ialah
dengan menjamu makan.
لَمَّا قَدِمَ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ
عليهِ وسلَّم المدينةَ انجَفَل الناسُ إليه وقيل قَدِمَ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ
عليهِ وسلَّم قَدِمَ رسولُ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم قَدِمَ رسولُ اللهِ
صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم فجِئْتُ في الناسِ لِأَنْظُرَ إليه فلما استَثْبَتُّ
وجهَ رسولِ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّم عَرَفْتُ أن وجهَه ليس بوجهِ كذابٍ
وكان أَوَّلُ شيءٍ تكلم به أن قال أَيُّها الناسُ أَفْشُوا السلامَ، وأَطْعِمُوا الطعامَ، وصَلُّوا والناسُ
نِيَامٌ، تَدْخُلوا الجنةَ بسَلَامٍ
Maksudnya: Abdullah Ibn Salam meriwayatkan: Ketika Rasulullah S.A.W mula-mula sampai ke Madinah, manusia berduyun-duyun mengerumuni baginda. Mereka berkata Rasulullah S.A.W telah datang Rasulullah S.A.W telah datang, Rasulullah S.A.W telah datang, dan aku adalah antara orang yang datang yntuk melihat baginda. Tatekala aku memerhatikan wajahnya tiada langsung diwajahnya menggambarkan baginda seorang pendusta dan perkataan pertama yang dituturkan kepada kami ialah: Wahai manusia sebarkanlah salam, jamulah orang makan, solatlah malam diketika orang lain sedang tidur nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.
.2.7 Ruh Menjadi Kuat Dengan Ibada Haji Dan Umrah.
Orang yang mengerjakan haji bermakna
mereka bermusafir. Amalan musafir sangat digalakkan dalam Islam sehingga Allah
memberi fadilat kepada orang yang bermusafir dengan menjadikan doa mereka
sangat mustajab. Musafir yang sangat afdhal dalam Islam ialah musafir kerana
menunaikan haji dan umrah, musafir kerana menuntut ilmu, musafir kerana
berjihad di jalan Allah. Orang yang bermusafir dijanjikan dengan kekayaan oleh
Allah S.W.T. Kekayaan yang sebenar bukan sahaja terletak pada harta tetapi kaya
jiwa, kaya pengalaman. Kaya dengan ilmu dan sebagainya. Sabda Rasulullah S.A.W:
اغزُوا تغنَموا وصُوموا تصِحُّوا وسافِروا تستَغْنوا
Maksudnya: Pergilah berperang dijalan
Allah, nescaya kamu akan mendapat harta ghanimah, berpuasalah nescaya kamu akan sihat,
bermusafirlah nescaya kamu akan kaya. (diriwayatkan oleh Tabrani dalam al-Awsat)
Orang yang mengerjakan haji akan
mengharapkan Allah S.W.T mengampuni dosa-dosanya. Oleh kerana itu dia akan kembali dari hajinya dalam keadaan
terbebas dari perasaan berdosa, jauh dari rasa gundah, dan malah sebaliknya
merasa tenang, tenteram dan dadanya dipenuhi dengan rasa bahagia dan sukacita.
Sabda Rasulullah S.A.W:
تَابِعُوا بين الحجِّ والعمرةِ ، فإنَّهما ينفيانِ الفقرَ والذنوبَ ، كما يَنفي الكيرُ
خَبَثَ الحديدِ والذهبِ والفضةِ ، وليس للحجةِ المبرورةِ ثوابٌ إلا الجنةُ
Maksudnya: Ikutilah amalan haji dengan
umrah kerana sesungguhnya kedua ibadat tersebut dapat menghilangkan kefakiran
dan dosa-dosa sebagaimana tungku api (memusang) menghilangkan kotoran besi,
emas dan perak yang sedang ditempa. Tidak ada ganjaran untuk haji yang mabrur
kecuali syurga. ( hadis hasan sahih gharib: Sunan al-Tirmizi)
Ibadat haji mengandungi rahsia-rahsia kejayaan diri yang
perlu diambil iktibar dan manfaat oleh setiap muslim yang inginkan kejayaan dan
kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat. Antara rahsia-rahsia kejayaan hidup yang
terkandung dalam ibadat haji:
1. Perlunya setiap individu bekerja dan
mengejar kekayaan dan harta kerana seseorang itu sukar untuk mengerjakan haji
tanpa mempunyai harta kecuali bagi orang-orang yang terpilih di sisi Allah
S.W.T.
2. Kekayaan harta sebenarnya bukan didapati
kerana pendapatan yang besar tetapi dengan amalan berjimat cermat dan
menyimpan. Seseorang yang berpendapatan besar sekalipun jika tidak ada amalan
berjimat cermat maka dia akan sentiasa tidak berkecukupan. Sabda Rasulullah
S.A.W:
ما خاب مَنِ استخار ولا ندِم مَنِ استشار ولا عال مَن اقتَصَد
Maksudnya:
Tidak akan kecewa orang yang solat istikharah, tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dan tidak papa orang
yang berjimat cermat.[1]
3. Melalui ibadat haji. Allah mengajar kita
tentang nilai hidup yang utama iaitu pengorbanan harta. Harta yang ada yang
hanya disimpan tanpa digunakan tidak
akan mendapat sebarang faedah. Harta hanya akan bernilai jika diguna dan
dikorbankan pada jalan Allah.
4. Haji juga melatih diri mengorbankan kasih kepada dunia
untuk mendapat cinta abadi dari Allah. Mereka dilatih untuk berpisah dengan
harta benda yang dimiliki, anak, kaum keluarga sebagai latihan kejiwaan kerana
kita semua pasti akan menemui Allah meninggalkan segala harta benda dunia ini.
5. Ibadat haji juga mengajar kita bagaimana cara kita
berkomunikasi dan berhubung dengan manusia lain. Kita dilarang bercakap lucah
berbantah-bantahan, mencaci dan lain-lain perkataan keji kerana perbuatan
tersebut akan menghilangkan pahala haji.
Sabda Rasulullah S.AW-
إن المؤمنَ ليسَ باللعَّانِ ولا الطعَّانِ ولا الفاحشِ ولا البذيءِ
Bukanlah sifat orang mukmin sebagai
pelaknat, pencaci, pelucah dan tidak juga busuk mulutnya iaitu suka mencaci dan
mencarut.
(diriwayatkan oleh Imam Ahmad
dalam Musnad)
Orang yang beriman selalu memerhati dan
berhati-hati dalam bertutur kata. Sifat mereka ialah bertutur dengan bahasa
yang baik dan lemah lembut. Hamba-hamba Allah yang bertutur dengan baik dan
lemah lembut akan dimudahkan segala urusan dan pekerjaannya akan berhasil.
Sabda RasuluLlah S.A.W:
يا عائشةُ ! إنَّ اللهَ رفيقٌ يحبُّ الرِّفقَ . ويُعطي على الرِّفقِ ما
لا يُعطي على العنفِ . وما لا يُعطِي على ما سواه
Nabi Muhammad S.A.W berkata kepada Aisyah; Wahai
Aisyah, Sesungguhnya Allah S.W.T itu maha lembut. Allah menyukai kelembutan.
Allah S.W.T akan memberi kepada orang yang bersikap lemah lembut apa yang tidak
diberi kepada orang yang bersikap kasar dan tidak memberikan kepada selain
sikap lemah lembut
(Sahih Muslim, no hadis 2593)
6.
Menjadi tetamu
Allah dan pahala amalannya berlipatkali
ganda. Segala perbelanjaan yang dikeluarkan untuk mengerjakan haji juga akan
diganti balik oleh Allah S.W.T dengan gentian yang lebih baik. Bukan semua
orang dijemput untuk menjadi tetamu Allah. Oleh itu bersyukurlah andai kita
dipilih untuk mengerjakan haji. Bagi yang belum terpilih berusahalah untuk
mendapatkannya kerana ganjaran dan keuntungannya adalah sangat besar di
sisi Allah S.W.T dan
kebaikannya
akan terpulang balik kepada individu
yang mengerjakannya. Sabda Rasulullah S.A.W:
الحُجَّاجُ والعُمَّارُ وفدُ اللهِ إن سألوا أُعطُوا وإن دعَوْا أُجيبوا وإن أنفقوا
أُخلِف لهم
Maksudnya:
Orang yang mengerjakan haji dan umrah itu adalah para tetamu Allah. Allah akan
memberikan apa saja yang mereka minta, mengabulkan doa yang mereka pohon,
menggantikan balik perbelanjaan yang mereka keluarkan.
(al-Munziri
dalam al-Targhib wa al-Tarhib)
النَّفقةُ في الحجِّ كالنَّفقةِ في سبيلِ اللهِ بسبعِمائةِ ضعفٍ
Perbelanjaan yang
dikeluarkan untuk menunaikan haji seperti berbelanja di jalan Allah dengan
dibalas pahalanya dengan 700 kali ganda kebaikan
(al-Munziri
dalam al-Targhib wa al-Tarhib)
7. Berada dalam
jaminan Allah S.W.T. dan menjadi penghalang dari ditimpa kemiskinan dan
kepapaan. Sabda Rasulullah S.A.W:
ان هذا البيتُ دِعامةٌ مِن دعائمِ الإسلامِ فمَن حجَّ البيتَ أوِ اعتَمَر فهو ضامنٌ على اللهِ فإنْ مات أدخَله الجنَّةَ
وإنْ ردَّه إلى أهلِه ردَّه بأجرٍ وغَنيمةٍ
Maksudnya:
Sesungguhnya Baitullah itu adalah salah satu dari mercu tanda Islam, sesiapa
yang mengerjakan Haji dan Umrah padanya, maka dia berada dalam jaminan Allah.
Sekiranya ia meninggal dunia semasa mengerjakannya maka Allah S.W.T akan
memasukkan dia ke dalam syurga, sekiranya tidak maka dia akan kembali kepada
keluarganya dengan ganjaran pahala dan keuntungan yang besar.
(al-Tabrani dalam Mu’jam al-Awsat)
8. Sebagai ganti
jihad bagi kaum wanita, orang-orang tua
dan orang-orang yang lemah. Sabda Rasulullah s.a.w:
جِهادُ الكبيرِ والضَّعيفِ والمرأةِ الحجُّ والعُمرةُ
Maksudnya:
Jihad bagi orang-orang tua, orang-orang
yang lemah dan wanita ialah dengan mengerjakan haji dan umrah
(al-Tabrani
dalam Mu’jam al-Awsat)
9. Ganjaran
pahala solat yang berlipat kali ganda kerana kemuliaan Masjidil Haram dan
Masjid Nabawi. Sabda Rasulullah S.A.W:
صلاةٌ في مسجِدي هذا ، أفضلُ من ألفِ صلاةٍ فيما سِواهُ ، إلَّا المسجدَ الحرامَ ، وصلاةٌ في المسجدِ الحرامِ ، أفضلُ من صلاةٍ في مسجدي هذا بمائةِ صلاةٍ
Maksudnya:
Solat di masjidku yakni
masjid Nabawi di Madinah lebih afdhal daripada
solat di masjid lain dengan seribu kali ganda melainkan MasjidilHaram. Solat di
Masjidil Haram lebih afdhal daripada solat dimasjid ku dengan seratus kali
solat.
(Hadis
sahih diriwayatkan oleh Ibn Hibban dalam bulugh al-Maram)
Sabda Rasulullah
S.A.W:
من صلَّى في مسجدي أربعين صلاةً لا تفوته صلاةٌ كُتِبتْ له براءةٌ من النَّار وبراءةٌ من
العذابِ
وبرِئ من النِّفاق
Maksudnya:
Sesiapa yang solat di masjidku yakni Masjid Nabawi sebanyak 40 waktu
turut-turut tanpa luput satu solat pun akan ditulis untuknya terlepas dari api
neraka, terlepas dari azab kubur dan selamat dirinya dari sifat munafik.
(Al-Munziri;
al-Targhib wa al-Tarhib, Perawinya adalah sahih dan tsiqah)
1.2.8 Ruh Akan Kuat Dengan Zikir
Zikir adalah
sebahagian daripada ibadat. Dengan berzikir Allah S.W.T menjanjikan ketenangan,
turunnya rahmat dan keberkatan dalam hidup hamba-hambaNYA. Walau apa cara
sekalipun yang dilakukan oleh manusia untuk mencari ketenangan dan kekuatan
jiwa, namun ketenangan yang sebenar hanya ada dalam zikrullah. Hal ini
dijelaskan Allah S.W.T dalam firmanNya:
الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ
اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
"zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang Tenteramlah hati manusia.
(Surah al-Ra’du, 13:28)
Zikir menurut
syari’at ialah setiap ucapan yang dilakukan bagi tujuan memuji dan berdoa.
iaitu lafaz yang digunakan untuk beribadah kepada Allah, berkaitan dengan
pengangungan terhadap-Nya dengan menyebut nama-nama atau sifat-sifat-Nya, memuliakan dan mentauhidkan-Nya,
bersyukur dan mengangungkan Zat-Nya, membaca kitab-Nya, dan berdoa kepada-Nya.[2]
Menurut al-Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalani asy-Syafi’iy zikir adalah mengucapkan
dan memperbanyak segala bentuk lafaz yang di dalamnya mengandungi tentang kabar
gembira, seperti kalimat : SubhanaLlah, walhamdulillah, wa laa ilaaha
illallaah, wallaahu akbar; dan seumpamanya seperti doa untuk kebaikan dunia dan akhirat.
Termasuk dalam pengertian zikir juga ialah segala bentuk aktiviti amal soleh
yang hukumnya wajib mahupun sunat seperti membaca al-Quran, mempelajari ilmu
hadis, mempelajari ilmu agama, melakukan solat-solat sunat dan lain-lain.[3]
Rasulullah
S.A.W telah memberikan satu motivasi
yang hebat kepada umatnya supaya sentiasa menghidupkan majlis zikir. Baginda
menyatakan bahawa kaum atau kumpulan pun yang duduk dalam majlis akan dicucuri
rahmat Allah yang melimpah-limpah, dihilangkan kesedihan dan dukacita serta
membangkitkan rasa bahagia dan tenteram. Sabda Rasulullah S.A.W:
مَن نفَّسَ عن مُسلمٍ كُربةً من كرَبِ
الدُّنيا ، نفَّسَ اللَّهُ عنهُ كُربةً من كُرَبِ يومِ القيامةِ ، ومَن سترَ
مسلِمًا سترَهُ اللَّهُ في الدُّنيا والآخرةِ ، ومَن يسَّرَ على مُعسرٍ يسَّرَ
اللَّهُ عليهِ في الدُّنيا والآخرةِ ، واللَّهُ في عونِ العبدِ ما كانَ العبدُ في
عونِ أخيهِ ، ومَن سلَكَ طريقًا يلتَمِسُ فيهِ علمًا ، سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ
طريقًا إلى الجنَّةِ ، وما اجتمعَ قومٌ في بيتٍ من بيوتِ اللَّهِ ، يَتلونَ كتابَ
اللَّهِ ، ويَتدارسونَهُ بينَهُم ، إلَّا حفَّتهمُ الملائِكَةُ ، ونزَلت عليهمُ السَّكينةُ ، وغشيتهمُ الرَّحمةُ ، وذَكَرَهُمُ اللَّهُ
فيمن عندَهُ ، ومن أبطأَ بِهِ عملُهُ لم يُسرِعْ بِهِ نسبُهُ
Maksudnya:Sesiapa yang melepaskan kesulitan orang
mukmin daripada kesulitan-kesulitan dunia maka Allah S.W.T akan melepaskan
kesulitan-kesulitannya diakhirat. Barangsiapa yang menutupi keaipan orang
mukmin didunia, maka Allah S.W.T akan menutupi keaipan-keaipannya didunia dan
akhirat.Barang siapa memudahkan urusan orang mukmin di dunia maka Allah S.W.T
akan memudahkan urusannya didunia dan akhirat. Allah S.W.T akan menolong
hamba-hambanya selama mana hambanya itu menolong saudaranya. Sesiapa yang
menempuh jalan untuk mencari ilmu, Allah S.W.T akan memudahkan baginya jalan
kesyurga. Tidak berhimpun sesuatu kaum dirumah Allah S.W.T, yang mana disitu
mereka membaca kitab-kitab Allah dan mempelajarinya antara satu sama lain, maka
para malaikat akan megelilingi mereka, diturunkan kepada ketenangan, dilitupi
dengan rahmat dan Allah S.W.T akan menyebut-nyebut namaNYA pada malaikat yang
berada disisiNYA. Sesiapa yang malas beramal, maka nasab keturunannya tidak
akan mampu meninggikan darjatnya.
(Sahih Muslim, no hadis 4867)
Sabda
RasuluLlah S.A.W:
يقولُ اللهُ عزَّ وجلَّ : أنا عند ظنِّ
عبدي بي . وأنا معه حين يذكُرني . إن ذكرني في نفسِه ذكرتُه في نفسي . وإن ذكَرني في ملإٍ ، ذكرتُه في ملإٍ هم
خيرٌ منهم . وإن تقرَّب منِّي شبرًا ، تقرَّبتُ إليه ذراعًا . وإن تقرَّب إليَّ ذراعًا ، تقرَّبتُ منه باعًا . وإن أتاني يمشي ، أتيتُه
هَرْولةً . وفي روايةٍ : بهذا الإسنادِ . ولم يذكُرْ وإن تقرَّب إليَّ ذراعًا ، تقرَّبتُ منه باعًا
/
^
Maksudnya:
Allah S. W. T berfirman: Aku menetapkan sesuatu berdasarkan pada prasangka
hambaKu terhadapKu. Dan Aku sentiasa bersamanya jika dia mengingatiKu. Apabila
dia mengingatKu dalam dirinya maka Aku akan mengingatnya dalam rahmatKu. Jika
dia mengingatKu di tengah-tengah orang ramai. maka Aku mengingatnya dalam
kumpulan yang lebih baik. Apabila dia mendekatkan dirinya kepadaKu sejengkal
maka Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekatiKu sehasta Aku akan
mendekatinya sedepa. Jika dia mendekatiKu sambil berjalan, Aku akan
mendatanginya dengan berlari.
(sahih
Ibn Hibban)
Ruh kepada setiap ibadat ialah zikrullah.
Anda bersolat bererti anda sedang berzikir kepada Allah. Yang memberi makna
kepada ibadat haji juga ialah zikrullah, berdoa, bertasbih, bertahmid,
bertakbir, berselawat, membaca al-Qur'an bererti anda sedang berzikir kepada
Allah. Anda keluar untuk belajar dan bekerja kerana Allah bererti anda berzikir
kepada Allah. Tidak ada benda yang paling hebat dan paling besar yang anda
lakukan yang akan mendapat tempat yang paling istimewa di sisiNya kecuali
Zikrullah.
اتْلُ مَا أُوحِيَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتَابِ وَأَقِمِ الصَّلَاةَ إِنَّ
الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Bacalah serta ikutlah (wahai
Muhammad) akan apa yang
diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu
mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar
(faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah)
Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Ankabut 29:45)
قال اللهُ تبارَك وتعالى : أنا مع عبدِي ما ذكَرني وتحرَّكَتْ بي شَفَتاهُ
Berkata
Allah S.W,T: Aku bersama-sama hambaku selama mana mereka berzikir mengingatiku
dengan mengerakkan dua bibirnya
(Sahih Ibn Hibban)
1.3 PENUTUP
Jiwa dan ruh yang kuat adalah amat perlu dalam kehidupan
semua manusia. Ruh dan jiwa yang kuat ini hanya akan dapat dinikmati oleh mereka yang mempunyai akidah yang benar
dan hubungan yang rapat dengan Allah S.W.T. Kekuatan sebenar manusia adalah
pada ruhnya. Dengan ruh dan jiwa yang kuat manusia akan dapat menjalani
kehidupan di dunia ini dengan selamat dan berjaya mengendalikan tugas dan
tanggungjawab sebagai khalifah sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah S.W.T.
Dengan ilmu dan akidah yang benar manusia akan dapat mengetahui dan menghayati
bahawa ruh yang kuat boleh didapati dengan iman, ihsan dan dengan ibadat yang
berterusan kepada Allah S.W.T.
RUJUKAN
[1]Hadis Gharib,
diriwayatkan oleh Ibn Hajar al-Asqalani dalam al-Futuhat
al-Rabbaniyyah
dan al-Tabrani dalam Mu’jam al-Awsat
[2]
(Lihat:
al-Mawsu’ah al-Fiqhiyah, jil. 21/220)
[3]
(Fathul-Baariy,
11/209)
No comments:
Post a Comment