Showing posts with label Akidah. Show all posts
Showing posts with label Akidah. Show all posts

Thursday, November 11, 2010

Kepentingan Akidah

Mengapa mencari yang lain dari Islam

Kerana mereka jauh dari al-Qur’an. Al-Qur’an tidak dibaca dan tidak dihayati maknanya. Tanya diri tuan puan adakah aku membaca al-Qur’an setiap hari sekurang-kurang satu muka surat. Adatak dirumah aku al-Qur’an terjemahan milik aku yang aku baca setiap hari. Fungsi al-Qur’an ialah sebagai makanan kepada ruh dan ubat kepada jiwa dan ruh satu bahagian dari unsur diri kita. Al-Qur’an bukan diturunkan untuk ajar kita buat bangunan yang hebat-hebat atau ajar satu masakan yang hebat atau ajar buat kereta buat teknologi yang hebat-hebat tetapi semua apa yang ingin kita tahu ada dalam al-Qur’an al-Qur’an buka buku resipi tapi al-Qur’an boleh bagi tahu cara nak wat pelbagai jenis kek macama mana?

وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلاَّ رِجَالاً نُّوحِي إِلَيْهِمْ فَاسْأَلُواْ أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki yang Kami wahyukan kepada mereka (bukan malaikat); maka bertanyalah kamu kepada Ahluzzikri jika kamu tidak mengetahui. (al-Anbiyak: 7)

Ayat ini menceritakan kepada orang musyrik kalau dia tak tahu pasal agama hendaklah dia Tanya begitu juga kalu kita tidak tahu sesuatu kita belajar kita tanya orang yang pakar dalam bidangnya


Islam sumber yang autentik

Semua agama menyeru kepada kebaikan dan memang kita tidak dapat nafikan tapi tidak bererti ia agama yang benar. Kenyataan yang paling benar adalah dari sumber yang sahih begitu juga dengan agama yang benar mestilah dari sumber yang sahih. Sumber yang paling sahih dan paling benar di atas mukabumi ini ialah al-Qur’an. Kewujudan sebarang unsur yang sama dengan ajaran para nabi tidak memestikan bahawa ia bersumberkan wahyu langit sepenuhnya, bahkan ia adalah sekadar penyerapan ajaran langit tersebut ke dalamnya apa yang pasti kajian yang mendalam terhadap kebanyakan teks-teks agama purba dan silam menetapkan bahawa wujudnya kesepakatan atau persamaan terhadap sebahagian makna-makna al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini membuktikan dua noktah penting:

1- Asal usul agama ini adalah dari langit

2- Setiap ummah telah diutuskan rasul kepadanya

Agama hindu sebagai agama yang tertua di atas mukabumi ini juga pada asalnya adalah dari agama langit tapi kerana lamanya masa maka ia tidak selamat dari berlaku penyelewengan dari agama asal mereka juga sebenarnya percaya kepada tuhan yang maha esa yang datang dalam pelbagai simbol oleh itu ada- etika dalam agama tersebut etika yang baik sebagai saki baki dari ajaran langit . Menurut seorang pengkaji ilmu perbandingan agama Mahmuyd abu al-Faid yang saya petik dari doktor Abdullah Mustapha Numsuk dalam kajiannya Buddhism its history, belief and relationship with suffism bahawasanya agama Buddha yang merupakan serpihan dari agama Hindu telah melalui tiga circulatioun pusingan:[1]

1- Ajaran yang berasal dari agama tauhid agama yang mengesakan Allah yang merupakan agama hindu kuno yang berasal dari Al-Sami yang dinisbahkan kepada sam b. Nuh anak nabi Nuh yang diambil dari ayahnya Nuh dan Nuh dari Allah S.W.T-agaknya tok sami tok sami dari situ agaknya (agak-agak). Tengok pakaian tok sami macam baju ihram yang dipakai oleh kita sewaktu nak mengerjakan haji. Ajaran nabi Ibrahim pakai macam tu yang kita dok pakai. Bukan kita tiru tok sami tapi ajaran dari Allah. Dia pun boleh jadi kalu tengok asal. Tapi boleh jadi tiada sumber yang pasti dari Allah seperti kita. Begitu juga amalan meditasi dan yoga dalam agama Hindu. Menurut Dr Malik Badri dari UIA dalam kajiannya al-Tafakkur min usyahada ila al-Syuhud: Dirasah al-Nafsiyyah al-Islamiyyah. Pengamatan asal usul meditasi trasendental dalam agama-agama Timor kuno Serta kemiripannya dengan amalan tafakur dan tasbih, telah mendorong Prof abu a’la al-Maududi menyimpulkan bahawa agama Buddha dan Hindu dahulunya termasuk agama yang benar tetap kemudian diselewengkan. Sekarang yang tinggal hanya bentuk-bentuk ritual yang masih memiliki faedah yang tampak seperti meditasi. Tujuan agama yang sebenar iaitu mengarahkan manusia untuk bermeditasi beribadat dan bertasbih kepada Allah serta merenungkan ciptaannya sudah terabai dan hilang. Dunia barat kemudian mengambil metode meditasi ini setelah terbukti berfaedah besar dalam bidang kedoktoran. [2] (Bayangkan gambaran bersila duduk yoga adalah gambaran hidup seorang mukmin yang sedang duduk bersila setelah melakukan solat kemudian tenggelam dalam tafakur, merenungkan kebesaran Allah S.W.T sambil mengulang-ulang bacaan takbir tasnih tahlil dan tahmid

Bolehkah amalkan Yoga

Fatwa kata tak boleh tak boleh saya bukan mufti. Tafakur dalam Islam dan meditasi trasedental tanpa akidah dan konsep yang benar mengenai alam dan kehidupan bagaikan dua orang penyelam yang masuk ke dalam laut penyelam yang satu mendapatkan permata yang mahal dan bernilai manakala yang satu lagi tidak mendapat apa-apa kecuali binatang kecil-kecil yang tidak berguna’Kebahagian yang sebenar ialah kemurnian tauhid dekat dengan pencipta Allah S.W.T.

Yoga pada step yang lebih tinggi dok dalam gua dalam hutan untuk sampai englighten pencerahan Kenapa kita nak cari yang berat susah yoga kena dok dalam gua dalam hutan untuk Islam dah ganti yang lebih baik tak perlu gi gua. Nabi sebelum diberi wahyu memang dok bertapa dalam gua tetapi setelah diberi anugerah yang agung nabi tak gi dok dah dalam gua nak bertapa nak cari ketenangan iktikaf dalam masjid itu lebih baik. Yoga makan bertih latihan-latihan yang dilalui mereka boleh tak makan apa-paa selama berhari-hari puluhan hari cukup makan bertih Islam ajar puasa yang lebih baik untuk capat takwa:

2. Peringkat kahin sami pendeta Brahma dan lambang-lambang. Pada waktu ini munculnya trinity dalam agama Hindu Tuhan Brahma, Vishnu dan Siva. Yang demikian itu setelah berlalunya tempoh yang panjang dari masa pertama di atas



[1] Dr Abdullah Numsuk h. 80.

[2] Malik Badri h. 44

DIALOG NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN PENYEMBAH BERHALA

DIALOG NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN ORANG KAFIR DAN MUSYRIK.

Nabi Muhammad s.a.w pernah berdialog dengan penganut pelbagai agama. Mereka itu ialah Yahudi, Kristian, Ateis, Dualisme dan Arab penyembah berhala. Dialog ini adalah sebahagian dari diskusi besar yang melibatkan 25 orang, iaitu lima orang setiap agama. Pada akhir diskusi ini kesemua wakil ini kembali kepada puak masing-masing dan selepas tiga hari mereka datang semula menemui Nabi Muhammad s.a.w dan menyatakan diri mereka sebagai Muslim.

DIALOG NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN PENYEMBAH BERHALA

Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada wakil dari golongan penyembah berhala mengapa mereka percaya kepada berhala-berhala itu dan tidak menyembah tuhan yang maha kuasa. Mereka berkata, “Melalui berhala-berhala kami mencari jalan bagi mendekatkan diri kepada Tuhan.”

Nabi Muhammad s.a.w bertanya: “ Apakah berhala-berhala yang kalian katakan itu dapat mendengar? Apakah menurut kalian mereka itu hamba-hamba tuhan yang taat dan berbakti? Bagaimana kalian boleh mendekatkan diri kepada tuhan melalui berhala-berhala itu?” Nabi Muhammad melanjutkan kenyataannya, kalian sendirilah yang membuat berhala-berhala itu dengan tangan-tangan kalian. Kalaulah patung-patung-patung itu memilikki kemampuan untuk menyembah maka sudah tentu menjadi kewajipan kepada patung-patung ini menyembah kalian sebagai yang menciptakan mereka. Lebih dari itu Tuhan tidak pernah membenarkan manusia menyembah berhala. Bagaimana mungkin, sesuatu perbuatan yang tiada diizinkan Tuhan seperti itu dapat mendekatkan diri kalian kepadanya?. Mendengar apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w, orang-orang itu lalu berpecah menjadi tiga kelompok dengan pendapat-pendapat berikut:

1. Kelompok yang berpendapat, “ Berhala-berhala yang kami sembah sebenarnya imej daripada manusia yang ke dalam diri mereka tuhan berinkarnasi. Jadi kami sebenarnya menyembah Tuhan melalui penyembahan imej daripada orang-orang tadi yang pada hakikatnya adalah inkarnasi Tuhan.”Mendengar ucapan kelompok ini Nabi Muhammad kemudiannya mengutarakan tiga keadaan:

i. Kepercayaan kalian bahawa Tuhan berinkarnasi ke dalam diri seseorang ternyata benar-benar keliru, sebab dengan anggapan sebegitu kalian menganggap Pencipta seumpama dengan hasil ciptannya. Tidakkah kalian menyedari bahawa Tuhan sama sekali tidak berinkarnasi dalam bentuk apa pun kecuali penserupaan itu mesti berlaku dalam apa-apa yang disekitarnya. Namun bagaimana mungkinkah ada apa-apa yang berada disekitarnya Bukankah Tuhan bebas daripada yang demikian?’’

ii. Disamping itu, apakah bezanya antara Tuhan dan benda-benda lain yang terdapat pada wujud fizikal seperti warna, rasa, bau, kekerasan, kelembutan, berat, ringan dan sebagainya? Semua yang saya sebutkan ini terdapat pada benda-benda lain tadi yang semuanya tidak mempunyai kewujudan bebas. Apakah maksud kalian tuhan seperti itu

iii. “Manakala kalian menggangap tuhan mempunyai kualiti yang ada pada benda-benda ciptaan yang tadinya tidak ada. Mengapa kalian tidak menyakini pula bahawa semua kualiti lain yang ada pada benda-benda ciptaan itu juga ada pada Tuhan?. Oleh itu seharusnya kalian juga menyakini bahawa Tuhan berubah-ubah, rosak dan mati. Bukankah menurut keyakinan kalian wujud fizikal yang berinkarnasi membawa erti, berubah, rosak dan mati? Tidakkah menurut kalian tidak mungkin bahawa sesuatu isi tidak berubah sementara wadahnya berubah? Semua kenyataan yang saya utarakan ini membuktikan bahawa sekali-kali tidak mungkin bagi tuhan untuk mengalami inkarnasi ke dalam bentuk apa pun juga. Jika inkarnasi ini jelas tidak benar, tidak ada dasar sama sekali yang dapat menguatkan kepercayaan kalian tentang inkarnasi Tuhan, dan bahawa patung-patung tadi, seperti kata kalian adalah imej daripada orang-orang ke dalam tempat Tuhan berinkarnasi tadi.”

2. Kelompok yang berpendapat patung atau berhala yang mereka sembah itu adalah imej daripada generasi-generasi terdahulu yang terlalu patuh pada Tuhan. Orang-orang ini memahat patung-patung tadi sebagai imej generasi itu dan menyembah mereka dengan tujuan mengagungkan Tuhan melalui penyembahan tadi. Muhammad bertanya: Cuba kalian katakan kepadaku, penyembahan macam apakah yang sebenarnya kalian lakukan terhadap Tuhan yang maha kuasa, jika penyembahan imej-imej yang kalian katakan tadi, kalian lakukan dengan bersujud, meminta dan menundukkan kepala di hadapan berhala-berhala ini?” Orang-orang itu diam, dan Nabi Muhammad melanjutkan: Tidakkah kalian tahu bahawa hak Tuhan untuk tidak dianggap sama dengan hambanya. Misalkan saja kalian menghormati Raja sama caranya seperti kalian menghormati pelayan Raja. Tidakkah ini akan bererti satu penghinaan bagi Raja itu?” Orang-orang itu sependapat dengan apa yang dikatakan Nabi Muhammad s.a.w. Sambung Nabi lagi,”Kalau memang demikian, tidakkah kalian sedari bahawa dengan menyembah imej-imej yang kalian katakan itu, kalian bererti telah menghinakan pencipta bukan mengangungkannya.”

3. Kelompok yang mengatakan:”Tuhan menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud dihadapannya. Kerana kita ini anak-anak Adam, tentulah kita lebih layak untuk sujud dihadapan beliau. Adam kini sudah tiada, kerana itu kami ciptakan imej Adam ini untuk kami sujud dan melalui penyembahannya kami mencari kedekatan kepada Tuhan.”

Muhammad lalu menjawab:”Benarlah bahawa Tuhan memang telah memerintahkan para malaikat sujud kepada Adam. Tetapi apakah Tuhan memerintahkan kalian bersujud di hadapan imej Adam yang kalian katakan itu? Adam dan imejnya yang kalian buat itu tidaklah sama. Bagaimana kalian boleh yakin bahawa Tuhan tidak murka atas penyembahan yang kalian lakukan terhadap imej Adam ini?.” Baiklah saya berikan contoh lain. Jika ada seseorang yang memberi izin kepada kalian memasuki rumahnya pada suatu hari, apakah bererti bahawa kalian juga mempunyai hak untuk memasuki rumah orang ini pada hari yang lain, atau memasuki rumah yang lain daripada dari kepunyaan orang ini?. Jika seseorang memberi kalian suatu pemberian berupa baju atau kuda misalnya, apakah kalian akan menerima pemberian ini?” Orang-orang ini mengiakan pertanyaan Nabi Muhammad s.a.w. Lalu jika kalian tidak suka menerima baju atau kuda tertentu yang ingin diberikanya kepada kalian, apakah kalian berhak mengambil baju atau kuda yang lain milik orang ini tanpa izinnya?. Tidak, “ jawab orang-orang ini” Sebab yang diberikan orang ini bukan baju atau kuda yang lain tadi.” Kalau demikian pendapat kalian” Sambung Muhammad, “Siapakah sebenarnya yang lebih berhak menjaga supaya miliknya tidak dipergunakan tanpa izinnya, Tuhan atau makhluknya?”

Wakil-wakil golongan ini melihat gambaran ini. Mereka tahu dan mengatakan tentulah Tuhan yang lebih berhak untuk itu. Muhammad kemudiannya mengakhiri perbicaraan ini dengan mengatakan, “ Kalau demikian, mengapakah kalian menyalahi prinsip ini? Bila dan dimana Tuhan pernah mengizinkan kalian menyembah berhala-berhala itu?.

KESIMPULAN

Konsep ketuhanan adalah perkara yang teramat penting dalam kehidupan insane. Konsep ketuhanan yang betul adalah selaras dengan fitrah semulajadi manusia dan sama sekali tidak bertentanagan dengan akal. Konsep ketuhanan yang betul akan mencorakkan kehidupan manusia selaras dengan kejadinnya dan secara langsung mengangkat martabatnya menjadi makhluk terbaik. Persoalan ketuhanan mestilah berdasarkan keterangan yang datangnya dari Tuhan sendiri, bukannya hasil renungan atau khayalan akal manusia. Konsep ketuhanan yang tidak betul membawa manusia menjalani kehidupan gelap dan meraba-raba tanpa petunjuk, akibatnya akan merosakkan kehidupan sendiri di dunia dan selepas matinya.