Showing posts with label Kertas Kerja masa belajar diperingkat Sarjana di APIUM. Show all posts
Showing posts with label Kertas Kerja masa belajar diperingkat Sarjana di APIUM. Show all posts

Wednesday, August 4, 2010

Klasifikasi Ilmu al-‘Ulum al-Naqliyyah al-Wad’iyyah Ibn Khaldun

Raihaniah Bt. Hj. Zakaria


Pendahuluan

Dunia Barat telah mereguk kekayaan ilmu para ilmuan Islam dan membina tamaddun dari asas ini. Kemasyhuran Ibn Khaldun hari ini pada asalnya dirintis dari kajian para Orientalis. Bermula pada pertengahan kurun ke 19 para sarjana Barat mula mengkaji dengan serius teori-teori pemikiran Ibn Khaldun. Hasilnya mereka mendapati Pemikiran beliau telah mendahului tokoh-tokoh pemikir agung mereka seperti Machiavelli ( 1469-1527) dalam bidang sejarah dan politik kenegaraan, Vico (1668-1744) dalam bidang sejarah dan Falsafah, Montesqieu ( 1669-1755) dalam falsafah dan sosiologi, Adam Smith (1725-1857) dalam bidang ekonomi, August Comte (1798-1857) yang dianggap sebagai penemu kepada teori falsafah Positiveness.

Kurikulum Pendidikan Islam formal pada zaman kegemilangan kebudayaan Islam adalah bersepadu ( Integrated) . Individu-individu yang lahir dari sisitem sepadu ini seperti para Hukama’ ( Muslim Intellectual Par Excellence ) pada zaman lampau adalah contoh-contoh keperibadian yang benar-benar bersepadu yang jarang-jarang terdapat dalam sejarah tamaddun manusia. Para ilmuan ini mendalami ilmu-ilmu wahyu dan akli secara serentak, bahkan kedudukan mereka dalam bidang keilmuan adalah Multi –Displinary, iaitu keilmuan yang pelbagai dan Inter-Displinary iaitu merentas bidang, sebagaimana yang dianggapkan oleh sarjana Barat terhadap Ibn Khaldun.

Kedatangan penjajah ke negara-negara umat Islam telah memecahkan sistem pendidikan Islam kepada Dichotomy ( Pembelahan dua), iaitu pemisahan keatas ilmu-ilmu Syar’iyyah dan ilmu-ilmu Akliyyah. Pemisahan ini merupakan kejayaan politik pendidikan penjajah barat ke atas dunia Islam. Al-Faruqi dalam ‘Islmization of Knowledge’ menekankan bahawa punca utama kepada ‘Malaise ‘ Ummah, iaitu kelesuan dan kelemahan Ummah adalah dari sistem pendidikan yang bercorak dualisma ini. Oleh itu tugas utama yang mesti ditanggung oleh umat Islam pada abad 15 hijrah ini ialah menyelesaikan masalah pendidikan.

Tulisan ini cuba untuk menyahut saranan al-Faruqi yang menyatakan antara langkah yang wajar diambil oleh para intelektual Islam ialah menguasai secara mendalam terhadap disiplin-disiplin ilmu warisan Islam. Sorotan ini cuba untuk mengeksplorasi sejauh mana bernilainya pemikiran Ibn Khaldun dalam bidang pendidikan untuk dibuat perbandingan dan diaplikasikan dalam pendidikan umat Islam kini.


Biografi Ibn Khaldun

Nasabnya ialah Abd Rahman b. Muhammad b. Muhammad b. Muhammad b. al-Hassan b. Muhammad b. Jabir b. Muhammad b. Ibrahim b. Abd Rahman b. Khaldun (1332-1405). Pengasas ilmu pensejarahan moden, tokoh sosiologi dan failasuf. Beliau diletakkan sebagai tokoh pensejarahan terhebat di zaman pertengahan. Dilahirkan dari keturunan Arab yang berhijrah dari Sepanyol ke Tunisia. Di Tunisia, dia mula mendapat pendidikan awalnya dari kesinambungan pendidikan tradisi Islam. Dalam usia 20 tahun, beliau memulakan kerjayanya sebagai setiausaha pada pemerintahan Abu Muhammad Tafrakin di Fez. Seterusnya menyambung kerjaya sebagai hakim dan pegawai penyelenggara istana di Granada, Biskara dan Tilmisan di Afrika Utara. Sultan Granada pernah mengutusnya ke Sepanyol, sebagai duta untuk menemui Raja Peter el Cruel, Raja Kristian di Sevilla.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam beberapa buah pemerintahan diatas, beliau menghadapi zaman turun naik yang tidak berkesudahan. Pada satu ketika, kedudukan beliau dihargai dan dihormati tetapi pada ketika yang lain beliau dibenci dan dicurigai. Sepanjang tempoh ini beliau pernah dipenjarakan sebanyak dua kali. Pengalaman-pengalaman ini memberikan beliau gambaran yang jelas dan praktikal dalam kehidupan politik di Sepanyol dan Afrika Utara pada masa tersebut. Pada tahun 1374, beliau beruzlah dan berehat dari sebarang karier politik dan kenegaraan di Qal’at Ibn Salamah, sebuah istana terpencil di Oran, Algeria milik Amir Abu Inan. Di Qal’at inilah beliau menulis kitab al-Ibar. Pada tahun 1377, Ibn Khaldun memohon dari pemerintah Tunisia iaitu Abu al-Abbas agar membenarkan beliau kembali ke Tunisia, kota kelahirannya. Disini, beliau berhasrat untuk menyambung penulisan karyanya, kerana di Tunisia dewasa itu dilengkapi beberapa perpustakaan yang baik dan lengkap, di samping mengambil peluang menziarahi keluarga dan makam kedua ibubapa, guru-guru dan sahabat handai di sana.

Pada tahun 1382, beliau memohon daripada raja Tunisia untuk menunaikan haji ke Mekah. Beliau Belayar meninggalkan Tunisia pada 24 oktober 1382, meninggalkan kaum keluarga yang dicintai. Setelah lebih 40 hari belayar, pada 8 Disember 1382, beliau tiba di bumi Mesir dan tidak meneruskan perjalanannya ke Mekah. Sebenarnya permintaan beliau untuk menunaikan haji hanyalah sebagai rancangan awal beliau untuk meninggalkan Tunisia walaupun beliau sememangnya berniat untuk menunaikan haji suatu hari nanti. Ini adalah kerana beliau terancam oleh bahaya fitnah. Untuk mengelak dari terjadi sesuatu yang tidak diingini dengan pihak sultan, beliau memohon dibebaskan dari tugasnya dan dibolehkan pergi ke Mekah. Hal ini juga ada kaitannya dengan keinginan jiwanya untuk mengembara dan terjun dalam bidang keilmuan. Sebelum ini beliau telah mendengar tentang kehebatan Mesir sebagai pusat keilmuan dan peradaban dunia pada waktu itu..

Nama Ibn Khaldun sebenarnya tidak asing kepada masyarakat Mesir. Reputasinya sebagai tokoh sejarah dan pengarang kepada kitab al-Muqaddimah, juga sebagai ‘The Leading Figure” dalam arena politik di sebelah Barat waktu itu telah mendahului dirinya sendiri. Akhirnya dalam masa yang singkat berita kedatangan beliau akhirnya tersebar dengan cepatnya di Mesir. Beliau telah dijemput untuk memberi syarahannya di Masjid Universiti al-Azhar yang dihadiri oleh para pembesar dan intelektual terbilang. Beliau seterusnya dilantik oleh sultan Barquq sebagai Professor di Kolej Qamhiya dan di kolej az-Zahiria, seterusnya sebagai profesor Hadis di Kolej Sarghitmishiya dan beberapa kolej yang lain. Di samping tugasnya sebagai professor dan pensyarah, beliau juga telah dilantik oleh Sultan sebagai ketua Hakim mazhab Maliki. Semasa di Mesir, beliau berpeluang menunaikan haji, menziarahi Mekah dan Madinah. Beliau juga pernah menjadi wakil Sultan ke Damshik dan berpeluang menziarahi beberapa tempat seperti Palestin, Jurusalem, Bethlehem dan Hebron. Beliau juga berpeluang menemui Tamerlane, yang terkenal sebagai penakluk agung bangsa Monggol, atas permintaan Tamerlane sendiri. Ibn Khaldun meninggal dunia di Kaherah pada 17 mac 1406 dan dikebumikan di perkuburan Sufi di Bab al-Nasr, Kaherah.

Sorotan Ringkas Tentang Muqaddimah

Muqaddimah, yang dianggap sebagai karya agung dan besar Ibn Khaldun merupakan buku pertama dan pengantar kepada kitab sejarah dunia beliau dan ditulis dalam tiga buah buku besar yang dikenali dengan kitab “al-Ibar wa Diwan al-Mubtada’ wa al-Khabar Fi Ayyam al-Arab wa al-’ajam wa al-Barbar wa man Asruhum min Zawi al-Sultan al-Akbar” atau terjemahannya “Buku tentang Ibarat-ibarat Dan Catatan Sejarah Terdahulu dan Terkemudian, Membincangkan Peristiwa Politik Bangsa Arab, Asing dan barbar Dan Raja-Raja Besar yang Hidup Di Zaman Mereka”. Buku ini ringkasnya di sebut ‘al-Ibar’.
Kandungan Muqaddimah sebagaimana yang disebut oleh Ibn Khaldun dibahagikan kepada enam bab perbincangan tidak termasuk pengantar kepada Muqaddimah. Perbincangan dalam setiap bab adalah seperti berikut:

i. Bab Pertama, tentang peradaban manusia secara umum, dengan kepelbagain jenis dan bahagian bumi yang disifatkan sebagai berperadaban.
ii. Bab kedua, tentang peradaban di padang pasir, termasuklah laporan tentang masyarakat pengembara dan bangsa-bangsa yang tidak bertamadun.
iii. Bab ketiga, tentang kerajaan-kerajaan, khalifah dan kuasa raja.
iv. Bab keempat, tentang peradaban mereka yang tinggal menetap, negara-negara dan bandar-bandar besarnya.
v. Bab kelima, tentang keahlian, cara mendapatkan pencarian hidup, usaha hidup dengan pelbagai aspeknya.
vi. Bab keenam, tentang ilmu pengtahuan, cara memperoleh dan mempelajarinya.

Muqaddimah diiktiraf sebagai karya bertaraf dunia, membaca Muqaddimah diibaratkan seperti membaca ensiklopedia manusia dan kemanusiaan secara keseluruhannya. Idea-idea yang diutarakan oleh beliau sentiasa segar dan relevan hingga ke hari ini, membacanya membolehkan anda menjadi apa saja yang anda inginkan, seorang raja, politikus, intektual, ulamak, sufi, Faqih, failasuf, pendidik yang cemerlang bahkan kalau anda mahu anda boleh menjadi ahli sihir yang penuh dengan kuasa magik. Mungkin kerana itulah ia disifatkan oleh Toynbee sebagai “is undoubtedly the greatest work of its kind that has ever yet been created by any mind in any time or place”
Klasifikasi Ilmu Ibn Khaldun

Keluasan ilmu yang tiada hadnya, kemuliaan tanggungjawab untuk mencarinya dan keterbatasan hidup seseorang manusia merupakan realiti yang dipelajari umat Islam dari al-Qur’an.. Aspek-aspek tersebut merangsang sarjana Muslim mengklasifikasikan ilmu. Al-Kindi (796-873M) adalam ilmuan Islam pertama yang telah melakukan klasifikasi ilmu dalam Islam. Beliau mengklasifikasikan ilmu berdasarkan penjenisan yang dibuat oleh Aristoteles. Pengkelasan ilmu seterusnya dilakukan oleh ilmuan-ilmuan berikutnya seperti al-Farabi (878-950), Ibn Sina (980-1036), al-Ghazzali (1058 –1111M). Ibn Khaldun dianggap sebagai sarjana yang paling banyak membicarakan penjenisan ilmu selepas al-Ghazzali. .

Secara umumnya Ibn Khaldun telah mengklasifikasikan ilmu kepada dua bahagian iaitu al-‘Ulum al-hikmiyyah al-Falsafiyyah dan al-‘Ulum al-Naqliyyah al-Wad’iyyah.. jenis ilmu yang pertama ialah ilmu yang bersifat falsafah yang boleh dicapai oleh manusia melalui petunjuk akal. Manakala yang kedua ialah ilmu yang berasaskan ketetapan-ketetapan Syara’, di dalamnya tidak ada ruang bagi keupayaan akal kecuali bilamana akal itu digunakan untuk mengaitkan persoalan-persoalan yang ada dengan prinsip-prinsip dasar. Selain dari kedua-dua jenis ilmu tersebut Ibn Khaldun juga mengklasifikasikan ilmu kepada Ilmu Alat , iaitu ilmu sampingan yang harus dipelajari, guna untuk memahami dua dikotomi ilmu di atas, antara kategori ilmu alat ialah seperti ilmu bahasa dan ilmu logic, matematik dan penulisan.

Jenis-jenis ilmu al-‘Ulum al-Naqliyyah al-Wad’iyyah

Ilmu ini adalah merupakan ilmu yang paling penting dan paling utama. Dalam Muqaddimah, ilmu ini diletakkan dalam urutan yang awal. Antara ilmu-ilmu jenis ini yang dipelajari pada masa beliau ialah : ( 1 ) Ilmu Tafsir, ( 2) Ilmu Qira’at, (3)Ilmu Hadis, ( 4) Ilmu Feqah ( 5) Ilmu Faraid (6) Ilmu Usul Fiqh ( 7) Ilmu Kalam, ( 8) Ilmu Tasawwuf, ( 9 ) Ilmu Tafsir mimpi.

Sorotan Terhadap ilmu Al-‘Ulum al-Naqliyyah al-Wad’iyyah Ibn Khaldun

1. Ulum al-Qur’an iaitu Ilmu Tafsir dan Ilmu Qira’at .


i. Ilmu Qira’at


Para Sahabat meriwayatkan bacaan al-Qur’an daripada rasulullah s.a.w dengan cara yang berbeza-beza. Untuk mengelakkan kekeliruan dalam bacaan, akhirnya jumhur ulamak telah menetapkan tujuh cara bacaan sahaja dan ia dikenali dengan al-Qira’at al-sab’ah. Ilmu Qira’at ini telah berkembang dengan pesat, banyak penulisan-penulisan telah dibuat sehingga ia akhirnya membentuk satu disiplin ilmu yang tersendiri. Dari ilmu ini pula muncul ilmu-ilmu baru seperti ilmu al-Rasmi iaitu ilmu Khat dengan bentuk-bentuk penulisan yang pelbagai. Dari situ berkembang pula ilmu bahasa dan penulisan Arab. Sebahagian pemerintah negara Islam waktu itu antaranya ‘Mujahid’ raja andalus telah mengambil perhatian yang besar dalam ilmu ini, sehinggakan ilmu ini menjadi ilmu utama dalam pendidikan negara. Para ulamak yang mahir dalam bidang ilmu Qira’at ini diberi penghormatan dan kedudukan yang tinggi. Antara ulamak besar dalam bidang Qira’at ini ialah Amru-al-Dani yang menulis buku Qira’at yang masyhur iaitu Al-Taysir dan al-Muqni. Seterusnya Abu Qasim Ibn al-Firah yang menulis buku al-Syatibiyyah..

ii. Ilmu Tafsir.


Al-Qur’an diturunkan oleh Allah s.w.t dalam bahasa Arab secara berperingkat-peringkat. Penurunan al-Qur’an mempunyai sebab-sebab Nuzul yang tersendiri. Diantara ayatnya ada yang nasikh dan mansukh, serta mempunyai maksud-maksud yang tersendiri dari setiap ayatnya. Para sahabat dapat memahami semua itu dengan mudah kerana rasulullah masih lagi hidup. Sebarang kekeliruan dapat diselesaikan dengan mudah. Pemahaman para sahabat terhadap maksud –maksud sebenar al-Qur’an itu terus menerus dipindahkan dari jenerasi kejenarasi yang berikutnya, kemudian apabila berkembangnya ilmu penulisan ilmu ini pun mula berkembang pesat dan ilmu ini dinamakan ilmu tafsir. Ilmu tafsir terbahagi kepada dua iaitu: Ilmu tafsir bi al-Naqli dan ilmu tafsir bi Ghair al-Naqli.

1. Tafsir al-Naqli


iaitu ilmu tafsir berdasarkan nukilan melalui tradisi Naql dari para Sahabat dan Tabi’in . Ibn Khaldun memperingatkan kepada umat Islam bahawa dalam tafsir jenis ini ada tafsir-tafsir yang telah bercampur aduk antara yang palsu dan benar, yang mardud dan yang maqbul. Hal ini berlaku kerana ada tafsiran-tafsiran ini dinukilkan dari Muslimin yang berasal dari agama yahudi seperti Ka’ab b. al-ahbar, Wahhab b. munabbih, Abdullah b. salam dan lain-lain. Penukilan ini berlaku kerana sifat kebadwiyyan dan budaya padang pasir orang arab pada waktu itu. Apabila mereka ada keinginan yang besar untuk mengentahui persoalan-persoalan yang besar seperti sebab-sebab terciptanya alam semesta, permulaan penciptaan, rahsia-rahsia wujud dan sebagainya mereka akan menanyakan hal itu kepada ahli al- Kitab yang ada pada masa itu.. Ahli al-Kitab taurat pada masa itu sama saja dengan orang-orang Arab. Mereka hidup dalam tradisi badwi. Oleh itu mereka tidak mementingkan keabsahan sumber. Namun demikian kerana mereka ini adalah orang-orang yang terhormat dan menonjol dalam agama, maka apa saja yang diberitahu oleh mereka diterima dan diakui oleh masyarakat.. Buku-buku Tafsir yang terawal antaranya ialah al-tabari, al-Waqidi , al-Tsa’labi. Dan lain-lain. Apabila berkembangnya tatacara berfikir secara logis dan analitik, muncul ulama’-ulama’ Tafsir yang bersikap kritis, antara ulama’-ulama’ ini ialah, Muhammad b. Atiyyah, al-Qurtubi dan sebagainya.

iii. Tafsir bi ghair al-Naqli-


Iaitu tafsir yang berpegang kepada kaedah I’rab dan Balaghah tanpa merujuk kepada tradisi naqli. Tafsir ini ditulis berdasarkan perbahasan Linguistik, kerana al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab dan berdasarkan sistem-sistem Balaghah bahasa tersebut.. Tafsir jenis ini muncul setelah pengajaran bahasa dan linguistik berkembang maju menjadi satu bidang keahlian yang tersendiri ( Malakah). Ibn Khaldun menyebut antara buku tafsir yang paling baik pada zamannya dalam tafsir jenis ini ialah kitab al-kasyaf karya al-Zamakshari. Namun demikian beliau mengigatkan pembaca supaya mendalami terlebih dahulu kitab-kitab tafsir mazhab Sunni yang lain sebelum mendalami kitab ini kerana menurut beliau al-Zamaksyari adalah penganut ideologi Mu’tazilah. Seterusnya Ibn Khaldun mengususlkan satu buku tafsir yang terkini selepas al-zamaksyari yang membongkarkan kesilapan-kesilapan dalam al-kasyaf iaitu kitab tafsir karya Syarafuddin al-Tayyibi, seorang warga Iraq. Ibn Khaldun mengakhiri huraian tentang jenis ilmu tafsir ini dengan firman Allah s.w.t:
وَفَوْقَ كُلَّ ذِى عِلْمٍ عَلِيْمٌ


2. Ilmu Hadis


Kemunculan ilmu hadis juga adalah rentetan dari usaha untuk memahami al-Qur’an. Di dalam memahami hadis Rasulullah s.a.w sebagai sumber rujukan yang sahih yang dapat diguna pakai dalam kehidupan. Ibn Khaldun membahagikan pengajian ilmu hadis ini kepada bahagian –bahagian tertentu antaranya: ilmu tentang Nasikh dan Mansukh, ilmu tentang Isnad, ilmu tentang Matan.

i. Ilmu Tentang Nasikh dan mansukh


Sebagaimana dalam al-Qur’an yang terdapat ayat Nasikh dan Mansukh,demikian juga ilmu Hadis. Apabila terdapat dua keterangan yang saling bertentangan dari hadis yang berbeza tentang sesuatu hukum atau perkara, sedangkan tidak ada persesuaian diantara keduanya melalui takwil, maka ditetapkan bahawa khabar yang datang kemudian sebagai Nasikh kepada hukum yang sebelumnya ( Mansukh. Pengtahuan tentang Nasikh dan mansukh ini menurut Ibn Khaldun adalah pengajian hadis yang paling penting dan paling sukar. Tokoh yang terkenal dalam bidang ini ialah al-Imam al-Syafi’e.


ii. Ilmu Tentang Isnad dan Matan.


Sanad ialah Rawi atau penyampai hadis yang bermula dari pengumpul hadis hingga kepada nabi Muhammad s.a.w. Menurut Ibn Khaldun, pengajian tentang sanad ini sangat penting dalam usaha untuk mengetahui hadis yang benar-benar tulen dan bersumberkan dari sanad yang sahih sehingga sampai kepada rasulullah s.a.w. Ilmu tentang Isnad ini memperkatakan tentang perkara-perkara berikut:

i. Keadaan Rawi ( Sanad hadis)
ii. Matan ( Lafaz hadis).
iii. Cara bagaimana hadis itu disampaikan dari satu rawi kepada rawi yang lain.
iv. Bagaimana Rawi itu menerima dari rawi yang menyampaikan.
v. Sifat dan keadaan rawi itu sendiri.

Dalam usaha untuk mengetahui ilmu isnad ini kita akan berjumpa dengan pelbagai istilah tertentu: Dalam usaha untuk mengetahui keadaan rawi, ijtihad dilakukan melalui usaha mengetahui ‘Adalah’(
عدالة ) , dan al-Dhabt ( الضبط ) . Lawan kepad a ‘Adalah’ ialah al-Jarh) (الجرحdan lawan kepada al-Dhabt ialah Ghaflah( غفلة ). Apabila keadaan rawi itu diketahui kedudukannya , maka hadis itu diberi penilaian tinggi rendah mutunya melalui istilah-istilah seperti Sahih , Hassan, , Dhaif, Mursal, , Munqati’,
Mu’lal, Syaz, dan Gharib. .

Terdapat tiga metod dalam pengajian Isnad, iaitu metod Ahl- al-Hijaziyyin, metod Ahl al-Shamiyyin, metod ahl-al-Iraqiyyin. Metod ini berdasarkan negeri tempat tinggal penukil hadis tersebut. Menurut Ibn Khaldun metod ahl- al-hijaz lebih tinggi kedudukan sanadnya dan hadisnya lebih meyakin berbanding metod yang lain. Antara tokoh ulama’ Hijaz ialah Imam malik dengan kitab al-Muwatto’, Imam Abu Abdullah b Muhammad b idris al-Syafi’e, Ibn Wahab, ibn Bakir, Muhammad b al-hassan dan imam Ahmad b. hanbal.
Ibn Khaldun seterusnya menyebut rangkaian tokoh-tokoh ilmu hadis bersama buku masing-masing iaitu; Muhammad b. Ismail al-Bukhari dalam Musnadnya yang mengandungi 9200 hadis, tiga ribu daripadanya disebut. Ibn Khaldun memuji kitab ini sebagai paling tinggi kedudukannya berbanding yang lain yang sezaman dengannya. Seterusnya Imam Muslim b. Hajjaj al-Qushairi dengan Musnad sahihnya, seterusnya Abu Daud al-Sijistani, seterusnya Abu Isa al-Turmuzi dan Abu Abd al-Rahman al-Nisa’.

3. Ilmu Feqah.


Ilmu Feqah ialah pengtahuan tentang klasifikasi mengenai undang-undang Allah s.w.t yang berkenaan dengan tindakan-tindakan kaum muslim mukallaf seperti hukum wajib, haram sunnah, makruh dan mubah. Undang-undang atau hukum-hukum ini adalah bersumberkan al-Qur’an dan al-Sunnah, dan dalil-dalil yang telah ditetapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. hukum-hukum yang disimpulkan daripada dalil-dalil ini disebut ‘fekah’.
Menurut Ibn Khaldun kemunculan ilmu ini adalah dari reaksi kepada beberapa faktor iaitu: Perbezaan tafsiran ulama’ terhadap sesuatu hukum disebabkan pemahamnnya yang berbeza, juga dari perbezaan tingkatan hadis, demikian juga tidak semua sahabat nabi layak memberi fatwa-fatwa atau ketetapan perundangan, dengan itu tarjih atau ketegasan amat diperlukan dalam menentukan sesuatu hukum. Pentarjihan hukum ini hanya dikhususkan kepada segolongan sahabat yang benar-benar memahami al-Qur’an dan mengentahui nasikh dan mansukh, ayat Muhkamat dan mutasyabihat. Golongan sahabat yang pintar ini pada awalnya digelar Qurra’ . Kemudian dengan pesatnya perkembangan ilmu golongan ini akhirnya digelar Fuqaha’ dan Ulama’.

Pada awalnya Ulama’feqah membentuk dua pendekatan yang berbeza dalam penentuan hukum. Satu golongan mendasarkan pemahaman mereka kepada hadis dan tradisi Rasulullah s.a.w, golongan ini diwakili oleh ulama’ulamak dari Hijaz. Antara tokoh ulama’ Hijaz ini ialah Malik b. Anas seterusnya al-Syafie, mereka ini digelar ahl-al-Hadis. Golongan yang kedua ialah golongan yang mendasarkan pemahaman mereka kepada ra’yi dan Qiyas, golongan ini diwakili oleh ulama’ dari penduduk Iraq mereka juga digelar ahli a-Ra’yi. Tokoh golongan ini Imam Abu Hanifah.

Terdapat juga satu golongan yang dikenali dengan al-Dzahiriyyah. Mereka membatasi sumber hukum hanya pada nas-nas dan Ijma’. Mereka mengambil berat andaian yang jelas Qiyas Kulliy. Pemimpin kepada golongan ini ialah Dawud b. Ali dan puteranya. Antara tokoh ternama yang terpengaruh dengan mazhab ini ialah Ibn hazim di andalus. Terdapat beberapa lagi mazhab yang terpencil iaitu Syi’ah. Golongan Syi’ah ini mencipta mzahab yang tersendiri. Mereka mengasaskan atas dasar memperkecilkan sebahagian sahabat nabi dan memepercayai ismah para Imam. Segolongan yang lain ialah Khawarij.

Kemudian muncul dua orang tokoh iaitu dari Ahl- al-ra’yi ialah Imam Ahmad b. Hanbal. Beliau mempelajari feqah dari sahabat dan pengikut Imam Abu Hanifah, lalu akhirnya membentuk mazhab tersendiri. Kedua dari Ahl-Al-Hadis ialah Imam al-Syafie. Sesudah berguru denganImam Malik , beliau berangkat ke Iraq dan belajar pula dengan sahabat Imam Abu hanifah. Beliau telah mengabungkan metod Hijaz dengan metod Iraq dan membentuk mazhab tersendiri yang banyak bertentangan dengan pendapat gurunya Malik.

Daripada empat tokoh iaitu Imam Malik, , Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafie dan Imam Ahmad b. Hanbal terdiri ajaran mazhab dan membentuk ilmu yang tersendiri kepada para pengikutnya. Sehingga tidak ada jalan lagi untuk ijtihad dan qiyas. Di kota-kota Islam pengertian taklid terbatas kepada imam yang empat tersebut. Kaum Muqallidun tidak mengakui ulama’ ulamak selain dari yang empat tersebut. Golongan yang bertaklid kepada Imam Ahmad b. Hanbal sebahagian besarnya terdapat di Syria, Iraq dan baghdad, pengikutnya tidaklah sebegitu ramai. Golongan yang bertaklid kepada al-Syafie banyak berada dimesir, melebihi tempat-tempat yang lain. Mazhab ini tersebar di Khurasan, berhampiran sungai euprat dan tigris. Golongan Yang bertaklid kepada Imam Abu hanifah sekarang ialah orang-orang Iraq, Muslimin India dan China.

4. Ilmu faraid.


Ilmu faraid Ialah pengtahuan tentang pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian yang menjadi hak hubungannya dengan bahagian-bahagian seseorang dan pembahagian-pembahagiannya yang dasar. Ilmu ini juga mencakup tentang pengaturan kembali bahagian-bahagian ‘ Munaskhah’. Munaskhah ini penting dilakukan apabila salah seorang diantara salah seorang dari ahli waris yang asal meninggal dunia. Bahagian-bahagiannya hendaklah dibahagikan pula kepada waris nya. Waktu itulah perlu untuk menentukan dengan benar keatas bahagian yang pertama sehingga ahli warisnya menerima bahagian yang kedua menerima bahagian-bahagian yang tak harus di bahagi lagi.

Ilmu faraid adalah satu bidang ilmu yang sangat mulia kerana mencakupkan ilmu yang didasari dengan akal dan Nas. Para sarjana di Kota-Kota Islam memberikan perhatian yang besar kepada ilmu ini. Ilmu ini juga telah mengembangkan pengajian Matematik, arithmatik, al-Gebra dalam tamaddun Islam.


5. Ilmu Usul Fiqh


Ilmu Usul Fiqh merupakan satu ilmu yang paling besar, amat penting dan paling bermanfaat di antara ilmu-ilmu syaria’ah. Ilmu ini menitik beratkan tentang dalil-dalil syariah dafri mana hukum-hukum agama dan kewajipan –kewajipan rasmi diambil. Sumber-sumber dasar Syari’ah ialah al-Qur’an, dan al-Sunnah sebagi penjelas kepada al-Qur’an. Selepas kewafatan rasulullaf s.a.w sumber hukum dilebarkan kepada sumber ijma, dan juga Qiyas

Salah satu perbahasan utama ilmu usul fiqh ialah penulenan keempat-empat sumber tersebut sebagai dalil-dalil alqur’an. AdDbat dan Adalah terhadap rawi hadis juga menjadi sebahagian dari perbahasan ilmu usul feqah. Demikian juga perbicaraan tentang ilmu nahwu Tasrif dan bayan, adalah termasuk dalam perbahasan ilmu usul Feqah, dari situ munculnya istilah-istilah seperyti Amr ( perintah), Nadb ( Sunat), Nahy( larangan), kemudian Muntalik dan Muqayyad.

Orang yang pertama menulis tentang Usul Fiqh ini ialah al-Imam al-Syafiee melalui bukunya al-Risalah. Manakala buku terbaik ulama’ kalam yang menulis tentang ilmu usul feqah ini ialah al-Burhan karya imam al-Haramain, al-Mustasfa karya al-Ghazzali dari kalangan Asya’irah dan kitab al-Ahd karya abd al-Jabbar dan al-Mu’tamad karya Al-Hussin alBasri dari golongan Mu’tazilah.





6. Ilmu al-Kalam


Menurut Ibn Khaldun Ilmu ini disebut dengan Ilmu al-Kalam kerana, terdapat di dalamnya perbahasan pendapat dan diskusi yang sifatnya perbicaran ‘al-Kalam’, atau mungkin juga kerana dasar pendekatannya ialah menafikan sifat kalam dari Allah s..w. t oleh golongan Mu’tazilah. Ilmu Kalam ialah satu ilmu yang mengunakan bukti logik untuk mempertahankan akidah umat Islam dan menolak beberapa pendapat yang menyimpang dari inti akidah al-salafu al-Soleh dan Ahli Sunnah wa al-Jamaah.

Proses munculnya Ilmu al-Kalam atau ‘telogi spekulatif’ ini ialah kerana berlaku perbezaan pendapat mengenai persoalan terperinchi mengenai ketuhanan yang berkisar pada ayat-ayat Mutasyabihat. Ilmu Kalam ini digunakan sebagai bukti logik untuk mensabitkan kewujudan Allah s.w.t yang bersifat dengan Wahdaniyyah, Qudrah, Ilmun, dan segala sifat-sifat kesempurnaan Allah s.w.t. Ilmu Kalam ini juga digunakan oleh ulamak untuk menolak pendapat-pendapat yang menyeleweng berkisar dari ayat-ayat Mutasyabihat.
Terdapat perbezaan pemahaman dalam memahami ayat-ayat Mutasyabihat ini sehingga muncul golongan-golongan yang menta’wilkan ayat tersebut dan mentasybihkan zat Allah dengan makhluk. Ataupun disebut ‘Anthropomorphisme’. Golongan ini mempercayai Allah memilikki tangan, kaki dan wajah seterusnya mentajsimkan Allah s.w.t. Terdapat juga segolongan yang cenderong kepada tasybih dalam soal yang berhubung dengan sifat Allah seperti menetapkan Jihah / Arah seperti dalam Ayat:
فأينما تولو وجوهكم فثم وجه الله, Bersemayam
‘Istiwa’, turun Allah ke langit dunia’Nuzul’ dan lain-lain. Mereka juga mentajsimkan Allah s.w.t.

Setelah berlaku perkembangan ilmu yang pesat, para ulama’ al-Kalam menulis buku mentanzihkan Allah dari golongan –golongan pemyeleweng, muncul golongan Mu’tazilah mengemukakan pendapat yang meniadakan sifat Allah dari sifat al-Ma’aani iaitu ilmu, Qudrah, Iradah, hayat. Menurut mereka lmensabitkan sifat ini kepada Allah s.w.t bererti membanyakkan jumlah tuhan yang Qadim. Mereka juga meniadakan sifat Sam’un, kalam, basar. Mereka juga menolak sifat ‘Kalam’ kerana mengandungi kesamaan dengan apa yang ada pada sifat sama’ dan Basar. Mereka tidak mengakui sifat daripada firman yang tegak dalam jiwa, oleh itu mereka mengatakan al-Qur’an adalah makhluk ciptaanya.

Perkara-perkara Bid’ah ini terus membesar sehingga sampai mendominasikan pemikiran rakyat dan di dokong oleh pemerintah. Akhirnya muncullah golongan ahli al-Sunnah yang diketuai oleh Abu Hassan al-Asy’ari yang menolak bid’ah ini. Beliau menetapkan Hujjah berdasarkan dalil akli dan naqli. Al-Asy’ari berdialog dengan golongan ini dalam soal amal yang baik dan terbaik ‘al-Salah wa al-Islah’ amal baik dan buruk ‘al-Tahsin wa al-Taqbih, tentang hari kebangkitan, syurga dan neraka, dosa dan pahala. Perbincangan juga dalam masalah Imamah , dimana terdapat golongan yang mengatakan masalah imamah adalah masalah Akidah yang telah ditetapkan oleh nabi.
Pendapat-pendapat al-Asy’ari ini akhirnya mendapat sambutan ramai. Pendapat ini kemudiannya dikembangkan oleh pengikut-pengikutnya seperti Ibn Mujahid dan lain-lain. Seterusnya oleh al-Qadi Abu Bakar al-Baqillani, Imam al-Haramain al-Ma’aali. Pada permulaan pertumbuhan ilmu al-kalam ini ulamak masih belum mengunakan kaedah ‘logik’ kerana ia masih bercampur dengan ilmu-ilmu falsafah yang menurut Ibn Khaldun bertentangan dengan syaria’at. Namun setelah muncul ulamak yang terkemudia’Mutaakhirin’ seperti Imam al-Haramain al-Ma’ali dalam bukunya al-Syamil dan al-Irsyad, ilmu-ilmu logik mula tersebar luas dalam islam. Sarjana pertama yang mengunakan pendekatan teologi spekulatif ini ialah al-imam al-Ghazzali, diikuti oleh Ibn al-Khatib ( Fakh r al-Din al-Razi.
Namun demikian menurut ibn Khaldun, ilmu al-kalam pada masa beliau sudah tidak begitu penting lagi kerana golongan-golonga yang ingkar dan bid’ah telah dapat dikalahkan dan sudah mengalami kehancuran. Walaubagaimanapun Ibn Khaldun mengakui faedah mempelajari ilmu ini terutama kepada individu-individu tertentu dan golongan terpelajar. Dimana ilmu ini menurut beliau dapat melatih seseorang untuk berhujjah dan memberi dalil yang kuat.

7. Ilmu Tasawwuf

Ilmu Tasawwuf adalah termasuk dalam ilmu syariat agama yang berasal dari Islam. Ia didasarkan kepada anggapan bahawa Nabi muhammad s.a.w ,para sahabat juga tabi’in dan seterusnya yang beriman adalah sufi. Pendekatan sufi adalah di dasarkan kepada pelaksanaan ibadat yang berterusan, kesetiaan kepada Allah s.w.t, berpantang dari menikmati kesenangan dunia seperti yang dicita-citakan oleh ramai manusia serta berkhalwah untuk melaksanakan ibadat. Apabila berkembangnya sikap hidup bermewah-mewah dikalangan umat Islam pada abad kedua hijrah, amalan -amalan seperti yang disebutkan diatas menjadi semakin terhakis. Golongan yang mengekalkan amalan-amalan tersebut secara Istiqamah digelar sufi.

Kaum sufi tampil dengan menunjukkan sikap Zuhud atau asketikisme. Dan dari pengalaman zuhud ini, mereka mengusahakan satu bentuk persepsi yang khusus dari apa yang terjadi melalui pengalaman Zuhud. Terdapat dua bentuk persepsi iaitu: Persepsi Ilmu dan bahan-bahan pengtahuan dan yang kedua persepsi bagi ‘keadaan-keadaan’ yang timbul pada diri manusia seperti senang dan susah, gelisah dan tenang,, kepuasan, marah, sabar, syukur dan lain-lain. Latihan-latihan kerohanian dan ibadah Sufi harus mengarah kepada’ keadaan’ yang terhasil dari mujahadahnya.

‘Keadaan-keadaan’ atau disebut dengan istilah ‘Ahwal” ini berbeza tingkatannya. Ahli sufi yang baru akan berusaha untuk mencapai tingkat-tingkat dari satu maqam kepada maqam yang lebih tinggi sehingga sampai kepada maqamat Gnosis atau makrifat yang menjadi puncak kepada keinginan dari kebahagiaan. Sabda Rasulullah s.a.w:

من مات يشهد ان لآ اله الا الله دخل الجنة
"Sesiapa yang mati dalam keadaan bersaksi tidak ada tuhan selain Allah, dia akan masuk syurga."
Pelatih-pelatih sufi harus mencapai kemajuan secara berperingkat-peringkat asasnya ialah ketaatan kepada Allah s.w.t dan ikhlas kepadanya. Gnosis ini juga ada naik turunnya oleh itu para sufi mestilah sentiasa mujahadah dan Muraqabah dalam setiap tindakannya. Para sufi yang baru bermula akan mengentahui kedudukan mereka melalui pengalaman mistik ( dzawq). Latihan-latihan kerohanian ( Mujahadah), pengasingan diri ( Khalwah) dan berdoa ( zikir) biasanya diikuti dengan tersingkapnya tabir perasaan atau Kasyf. Dari kasyf mereka dapat menanngapi pelbagai rahsia ciptaan tuhan yang tidak dapat ditanggapi oleh manusia lain. Mereka juga berkeupayaan mengentahui banyak peristiwa yang akan terjadi. Akan tetapi seorang sufi yang tulen tidak mengambil berat terhadap terbukanya hijab, malah mereka menganggap bahawa kesemua itu adalah cubaan. Para sahabat nabi telah melakukan mujahadah ini dan mereka mendapat bahagian karamah yang melimpah-limpah namun mereka tidak memandang tinggi Kasyf ini. Diberitakan bahawa Abu Bakar, Umar, usman dan Ali mempunyai banyak kelebihan ini.

Namun demikian Ahli sufi mutakhir terlalu memberikan perhatian kepada bentuk Kasyf dan berbicara tentang pelbagai hakikat ciptaan, tentang roh, arsy dan sebagainya. Oleh itu mereka yang tidak faham dengan pendekatan sufi ini tidak berupaya memahami masalah-masalah tersebut seperti para fuqaha. Dengan itu banyaklah terjadi pertentangan-pertentangan diantara fuqaha’ dan sufi. Sebahagian sufi mutakhir ini menganggapkan persepsi intuitif ‘kasyf’ sebagai sesuatu yang bersifat ilmiah dan logis. Mereka mengemukakan pendapat bahawa pencipta adalah satu dengan makhluknya dalam ciri-ciri wujud dan sifatnya. Inilah seterusnya yang mengakibatkan munculnya istilah-istilah seperti Ittihad dan Hulul. Mereka memenuhi halaman buku-buku mereka dengan pelbagai persoalan ini seperti yang dilakukan oleh al-Hurawi dalam kitab al-Mawamat, Ibn Arabi, Ibn Sabin, Ibn al-afif dan lain-lain.

Terdapat juga ungkapan-ungkapan yang membingungkan yang dituturkan oleh Ahli Sufi ketika mereka masih dalam tanggapan indera dan dalam keadaan menguasai diri, ungkapan ini dinamakan Syatahat,yang mengakibatkan timbulnya kecaman dari ulamak salaf, seperti al-Hallaj yang menuturkan ana- al-Haq. Kerana itu ulamak feqah dan para sufi ternama memutuskan untuk membunuh al-Hallaj .

Pada permulaan Islam Tasawwuf merupakan suatu Ibadah sahaja dan hukum-hukumnya terwujud dalam dada manusia. Namun dengan berkembangnya ilmu ia mula ditulis dan memilikki disiplin ilmu yang tersendiri. Antara tokoh Tasawwuf mutaqaddimin ialah, al-Muhasiby dalam bukunya al-Ri’ayah, al-Qushairi yang menulis bukunya al-Risalah, al-Suhrawardi dalam kitabnya awarif al-Ma’arif, al Ghazzali dalam ihya’. Manakala tokoh-tokoh Mutakhir seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

8. Ilmu Ta’bir Mimpi

Ilmu ini adalah salah satu dari cabang undang-undang syari’at. Ia berkembang dalam Islam dan menjadi satu bidang keahlian yang tersendiri. Alamat mimpi dan tafsir mimpi sudah ada di kalangan masyarakat dahulu dan begitu juga dengan jenerasi sesudahnya. Dalam keadaan apa pun semua manusia boleh mendapatkan alamat mimpi. Dan mimpi-mimpi ini harus ditafsirkan. Nabi yusuf juga mentafsirkan mimpinya. Alamat mimpi merupakan sejenis tanggapan supernatural. Sabda Rasulullah s.a.w;


الرؤيا الصالحة جزء من ستة وأربعين جزءا من النبوة


Maksudnya: Mimpi yang baik adalah sebahagian dari 46 bahagian kenabian.Sabda baginda lagi:


لم يبق من المبشرات الا الرؤيا الصالحة يراها الرجل الصالح او ترى له


Maksudnya: Yang tinggal daripada berita-berita yang mengembirakan hanyalah mimpi-mimpi yang baik, yang dilihat oleh oleh orang-orang yang soleh atau diperlihatkan kepadanya.


Wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dimulai dengan mimpi. Setiap mimpi yang baginda nampak muncul bagaikan pudarnya subuh hari. Dan apabila nabi selesai mengerjakan solat subuh baginda akan bertanya kepada sahabat baginda:


هل راى احد منكم الليلة رؤيا


Maksudnya: Adakah sesiapa di antara kamu yang mendapat alamat mimpi malam tadi . Baginda bertanyakan soalan itu untuk mendapatkan berita-berita yang mengembirakan daripada alamat mimpi yang dapat menunjukkan kekuatan Islam dan pertumbuhan kekuasaannya.
Mimpi terbahagi kepada tiga sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:


الرؤيا ثلآث رؤيا من الله ورؤيا من الملك ورؤيا من الشيطان


Maksudnya: Mimpi ada tiga, mimpi dari Allah, mimpi dari malaikat dan mimpi dari syaitan.

Mimpi dari Allah adalah mimpi yang jelas dan tidak memerlukan tafsiran. Mimpi dari malaikat adalah mimpi yang benar tetapi memerlukan tafsiran, manakal mimpi-mimpi dari syaitan adalah mimpi-mimpi yang kacau.
Mimpi-mimpi yang benar mempunyai tanda-tanda antaranya ialah orang yang bermimpi itu akan cepat bangun sebaik saja dia menanggapinya. Mimpi itu juga akan berkekalan dengan segala perinchian dalam kotak fikirannya.
Antara ulama’ yang menulis tentang tafsir mimpi ini ialah Muhammad Ibn Sirin, Ibn Abu Talib al-Qairawani dalam kitab al-Mumatti, juga al-Salimi dalam karyanya al-Salimi.

Kesimpulan Dan Penutup

Klasifikasi ilmu yang disusun oleh Ibn Khaldun adalah merupakan cabaran yang perlu disahut oleh ilmuan dan umat Islam kini. Dalam penyusunannya terhadap ilmu, beliau telah mengambarkan dirinya sebagai seorang manusia yang benar-benar menghayati budaya ilmu. Bukan sekadar kesungguhan memahami, mendalami dan menghayati, malah lebih penting lagi menjelmakan sifat keilmuan yang pelbagai bidang(Multi – disciplinary) dan merentas bidang (Inter –disciplinary). Keilmuannya dalam bidang-bidang ilmu utama di zamannya memang telah terserlah dan diakui, tetapi pembudayaan ilmu beliau bukan terhenti setakat itu sahaja, malahan beliau mengalami dan menghayati sendiri pengalaman-pengalaman ilmu lain yang terpinggir seperti ilmu mimpi dan juga ilmu sihir, sehingga pengtahuannya dapat dipaparkan secara terperinchi dalam satu penjelasan cerita yang sungguh menarik dan menakjubkan, Pembudayaan ilmu Ibn Khaldun bukan tertutup untuk dirinya sahaja, bahkan beliau mendorong manusia lain memilikki kebijaksanaan yang serupa. Membaca penjelasan terhadap setiap klasifikasi ilmu yang diutarakan oleh beliau seolah-olah seperti hadir dalam sebuah emperium ilmu. Dalam setiap perbincangan terhadap satu –satu subjek ilmu beliau memberi penjelasan yang lengkap tentang pokok-pokok perbincangan ilmu, tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidangnya, senarai buku-buku utama mengenai setiap subjek termasuk juga ilmu sihir dan ilmu mimpi.. Semuanya ini seolah-olah seperti ensiklopedia lengkap tentang ilmu. Sebagai contoh, dalam penjelasan beliau tentang ilmu hadis umpamanya, beliau telah memperkenalkan kepada kita tokoh-tokoh hadis dan buku-buku mereka dengan komentar yang lengkap sekali. Dengan membaca Muqaddimah penulis dapat mengenali Imam Malik dengan karyanya Muwatto’, Imam Muhammad b. Ismail al-Bukhari dengan Musnad sahihnya, Imam Muslim b. alHajjaj al-Qushairi dengan musnad sahihnya, Abu Dawud as-Sijistani dengan kitab sahihnya, Abu Isa at-Turmidzi, juga Abu Abdulrahman an-Nasai serta lain-lainnya.









Bibliografi


Abdul Monir yaacub (2003), “ Kurikulum Pendidikan di Sekolah-sekolah agama Negeri di malaysia, dalam Suzalie Muhammad (ed), Mamahami Isu-Isu Pendidikan Islam di Malaysia, Kula Lumpur: IKIM ,h 83.
Asyraf: Lahore ,h 150.
Enan, Mohammad Abdullah (1941), Ibn Khladun His life and Work, Sh. Muhammad
Hassan Langgulung(, pengenalan Tamaddun Islam Dalam Pendidikan (1986), Kuala Lumpur:DBP,.

Ibn Hajar al-‘Asqalan, Mustalah Ahl al- Atsar, Dar imar: Jordan, cet 1 1999.

Ibn khaldun (1909), al-Ta’rif bi Ibn Khaldun wa Rihlatuhu Sharqan wa Gharban.

-------------- Tarikh al-Allamah Ibn Khaldun: Kitab al-‘Ibar wa Diwan al-Mubtada’ wa al-Khabar fi Ayyam al-A’rab wa al-A’jam wa al-Barbar wa Man ‘Asruhum, Beirut: Dar al-Kitab al-Lubnani (1909), j. 7,

---------------, Muqaddimah Ibn Khaldun, Beirut: Dar Ihya’ at-Turas al-Arabi (t.t) ,
.
International Institute of Islamic Thought (1989), Islamization of Knowledge, cet 2, h 13.

M. Talbi (1986), “Ibn Khaldun”, The Encyclopedia of Islam, Vol iii, Leiden Ej Brill: London,

Saab, Hassan (1967), “Ibn Khaldun”, The Encyclopedia of Philosophy, v. 4, New York: The Macmillan,

Walter J. Fischel (1967), Ibn Khaldun in Egypt, California: University of California.

Wan Mohd Nor Wan Daud (2005), Falsafah dan amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib al-Attas, Kuala Lumpur:Universiti Malaya.

_____________ Budaya Ilmu satu Penjelasan, Singapura: Pustaka Nasional, 2003.

Epistemologi Ilmu Islam Ibn Khaldun:Analisis peranannya dalam menangani krisis pemikiran ummah

Epistemologi Ilmu Islam Ibn Khaldun: Analisis Peranannya Dalam Menangani Krisis Pemikiran Ummah*

Raihaniah bt Zakaria
Jabatan Akidah dan Pemikiran
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Dapatkah epistemologi ilmu Islam yang dibawa oleh Ibn Khaldun menyelesaikan krisis pemikiran umat kini? Untuk menjawab persoalan ini, analisis ini akan mengkaji aspek-aspek berikut: biografi Ibn Khaldun sendiri yang menurut hemat penulis adalah merupakan sumber epistemologi yang paling penting dan epistemologi ilmu sejarah kritis serta sosiologi atas dasar kemasyhurannya sebagai pengasas ilmu pensejarahan dan sekaligus pengasas ilmu sosiologi moden. Perbincangan tentang definisi, sumber dan klasifikasi ilmu akan dianalisis dibawah aspek epistemologi ilmu sosiologi. Penulisan ini juga membincangkan skop asas epistemologi sebagai panduan kepada pengkajian diperingkat awal. Dimasukkan juga perbincangan tentang menemukan semula epistemologi ilmu Islam, sebagai asas untuk mendapatkan worldview terhadap analisis tajuk secara keseluruhan.


Pendahuluan

Dunia Islam kini bahkan semenjak berabad-abad yang lalu mengalami krisis pemikiran. Hal ini diakui tokoh-tokoh besar pemikir Islam terkini seperti Muhammad al-Ghazzali, al-Qaradawi, Abdul Hamid Abu Sulayman, Taha Jabir dan lain-lain. Adalah menjadi tanggungjawab yang besar ke atas pundak ilmuan Islam untuk menghidupkan semula epistemologi ilmu Islam dalam menangani kemelut pemikiran umat kini. Menyahut cabaran ini, penulis akan cuba menganalisis pemikiran tokoh ilmuan tersohor abad ke-14 iaitu Ibn Khaldun (1332-1406M). Ibn Khaldun diakui sebagai tokoh dunia yang telah berjaya memadukan sumber-sumber fundamental Islam dengan pengalaman-pengalaman kognitif manusia.

Skop Pengkajian Epistemologi

Terma epistemology adalah diambil dari bahasa Greek iaitu ‘episteme’ yang bermaksud pengetahuan dan ‘logos’ yang bermaksud teori atau kajian. Ini bermakna epistemologi membawa maksud kajian tentang ilmu pengetahuan.


Adalah dipercayai perkataan ini mula diperkenalkan dalam dunia intelektual oleh James F. Ferrier pada tahun 1854. Epistemologi adalah salah satu perbincangan penting ilmu falsafah .

Epistemology pada kebiasaanya mengkaji tiga perkara pokok iaitu :

i. Sumber-sumber pengetahuan, iaitu usaha-usaha memberikan jawapan kepada persoalan bagaimana manusia mengenali perkara-perkara yang ada di sekelilingnya. Terdapat empat aliran falsafah di dalam menjawab persoalan tersebut iaitu aliran Rasionalisme, Empirisisme, Intuisionisme dan Pragmatisme.
ii. Kajian tentang tabi’i pengetahuan atau the nature of knowledge. Terdapat dua aliran falsafah yang berkaitan dengan tabi’i ilmu iaitu Realisme dan Idealisme.
iii. Kemungkinan pengetahuan dan batas-batasnya atau disebut the possibility of knowledge. Terdapat dua aliran falsafah yang berkaitan dengannya iaitu skeptisisme dan dogmatisme.


Menemukan Semula Epistemologi Ilmu Islam

Menurut Dr. Syamsuddin Arif, persoalan mendasar yang membelit pelbagai wacana pemikiran saat ini sebenarnya mencerminkan krisis epistemologi. Kerana itu adalah penting epistemologi yang telah dirumus oleh para ulamak silam dari golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dipapar dan diuraikan kembali dari sudut prinsip-prinsip usul dan dasarnya . Lambakan ideologi-ideologi yang dikaitkan dengan nama Islam dalam label-label produk seperti Islam Liberal, Islam Rasional, Islam Plural adalah gambaran jelas kepada kemelut pemikiran yang dihadapi ummah. Pada dasarnya ideologi ini diimpot masuk dari tradisi ilmu dan falsafah barat. Membiarkan idea-idea ini bercambah dan berkembang dengan mengkesampingkan peranan epistemologi Islam akan mengeruhkan lagi kemelut yang sedia dihadapi. Dalam tradisi ilmu barat, konsep kebenaran ilmu merupakan satu masalah yang berpanjangan kerana ketiadaan konsep kebenaran yang muktamad. Kebenaran bagi mereka adalah relatif, sentiasa berubah mengikut peredaran zaman .

Dalam Islam “Knowledge is Possible”, dalam erti kata mengetahui itu tidak mustahil. Ia berbeza dengan apa yang diproklamasikan oleh golongan Sophist (as-Sufasta’iyyah), Relatif (al-Indiyyah), Skeptik (al-Indiyyah) dan Agnostik (al-Indiyyah).

How is knowledge possible, atau persoalan bagaimana manusia boleh mengetahui? Dalam tradisi Islam, saluran atau sumber kepada ilmu terangkum di dalam empat sumber iaitu panca indera (idrak al-Hawas), akal yang sihat (al-Aql al-Salim), intuisi hati (al-Qalb), dan informasi yang benar (khabar al-Sadiq). Melalui indera, manusia dapat menyimpan memori, berimaginasi dan membuat penaksiran. Melalui akal spekulatif (al-Aql al-Nazariy) manusia mampu menyusun saranan, menyatakan pendapat, melakukan perbandingan, membuat keputusan dan menarik kesimpulan. Melalui intuisi kalbu, manusia dapat menerima isyarat-isyarat ghaib seperti ilham, kasyaf dan sebagainya. Melalui khabar al-Sadik (wahyu - kalam Allah dan sunnah rasul) manusia akan dibimbing untuk mendapat kebahagian hakiki di dunia dan akhirat.

Menurut Dr. Mohd Fauzi Hamat, apabila berlaku pertembungan pemikiran, yang akan menang ialah golongan yang mempunyai dasar epistemologi yang kukuh, contohnya orang-orang Monggol. Mereka akhirnya memeluk Islam, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah. Orang yang menjajah dipengaruhi oleh orang yang dijajah . Menurut hemat penulis, Islamnya sebahagian dari orientalis Barat seperti Muhammad Asad, Muhammad Marmaduke, Pickhtal, Maryam Jameelah, T.B Irving, Abdul Ahad Daud dan lain-lain, begitu juga dengan para intelektual Barat yang mengkaji Islam seperti Roger Garraudi , Eric Winkel dan lain-lain bukanlah kerana melihat Islam dari sudut penganutnya, tetapi melihat Islam dari sudut kekukuhan dan kekuatan sumbernya yang tiada tandingan. Bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Sayyed Hossien Nasr, bahawa untuk mempelajari sesuatu dari tradisi kita, maka mestilah mengkaji tokoh-tokoh pemikir dahulu yang amat kaya dan luas, di mana pengajaran mereka menjadi warisan teguh dan tetap dalam dunia Islam , maka penulis cuba untuk mencungkil sebahagian dari lautan ilmu tokoh terbilang “Ibn Khaldun.”


Biografi Ibn Khaldun Sebagai Sumber Epistemologi

Nasabnya ialah Abd Rahman b. Muhammad b. Muhammad b. Muhammad b. al-Hassan b. Muhammad b. Jabir b. Muhammad b. Ibrahim b. Abd Rahman b. Khaldun (1332-1405). Pengasas ilmu pensejarahan moden, tokoh sosiologi dan failasuf. Beliau diletakkan sebagai tokoh pensejarahan terhebat di zaman pertengahan. Dilahirkan dari keturunan Arab yang berhijrah dari Sepanyol ke Tunisia. Di Tunisia, dia mula mendapat pendidikan awalnya dari kesinambungan pendidikan tradisi Islam. Dalam usia 20 tahun, beliau memulakan kerjayanya sebagai setiausaha pada pemerintahan Abu Muhammad Tafrakin di Fez. Seterusnya menyambung kerjaya sebagai hakim dan pegawai penyelenggara istana di Granada, Biskara dan Tilmisan di Afrika Utara. Sultan Granada pernah mengutusnya ke Sepanyol, sebagai duta untuk menemui Raja Peter el Cruel, Raja Kristian di Sevilla.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam beberapa buah pemerintahan diatas, beliau menghadapi zaman turun naik yang tidak berkesudahan. Pada satu ketika, kedudukan beliau dihargai dan dihormati tetapi pada ketika yang lain beliau dibenci dan dicurigai. Sepanjang tempoh ini beliau pernah dipenjarakan sebanyak dua kali. Pengalaman-pengalaman ini memberikan beliau gambaran yang jelas dan praktikal dalam kehidupan politik di Sepanyol dan Afrika Utara pada masa tersebut. Pada tahun 1374, beliau beruzlah dan berehat dari sebarang karier politik dan kenegaraan di Qal’at Ibn Salamah, sebuah istana terpencil di Oran, Algeria milik Amir Abu Inan. Di Qal’at inilah beliau menulis kitab al-Ibar. Pada tahun 1377, Ibn Khaldun memohon dari pemerintah Tunisia iaitu Abu al-Abbas agar membenarkan beliau kembali ke Tunisia, kota kelahirannya. Disini, beliau berhasrat untuk menyambung penulisan karyanya, kerana di Tunisia dewasa itu dilengkapi beberapa perpustakaan yang baik dan lengkap, di samping mengambil peluang menziarahi keluarga dan makam kedua ibubapa, guru-guru dan sahabat handai di sana.

Pada tahun 1382, beliau memohon daripada raja Tunisia untuk menunaikan haji ke Mekah. Beliau Belayar meninggalkan Tunisia pada 24 oktober 1382, meninggalkan kaum keluarga yang dicintai. Setelah lebih 40 hari belayar, pada 8 Disember 1382, beliau tiba di bumi Mesir dan tidak meneruskan perjalanannya ke Mekah. Sebenarnya permintaan beliau untuk menunaikan haji hanyalah sebagai rancangan awal beliau untuk meninggalkan Tunisia walaupun beliau sememangnya berniat untuk menunaikan haji suatu hari nanti. Ini adalah kerana beliau terancam oleh bahaya fitnah. Untuk mengelak dari terjadi sesuatu yang tidak diingini dengan pihak sultan, beliau memohon dibebaskan dari tugasnya dan dibolehkan pergi ke Mekah. Hal ini juga ada kaitannya dengan keinginan jiwanya untuk mengembara dan terjun dalam bidang keilmuan. Sebelum ini beliau telah mendengar tentang kehebatan Mesir sebagai pusat keilmuan dan peradaban dunia pada waktu itu..

Nama Ibn Khaldun sebenarnya tidak asing kepada masyarakat Mesir. Reputasinya sebagai tokoh sejarah dan pengarang kepada kitab al-Muqaddimah, juga sebagai ‘The Leading Figure” dalam arena politik di sebelah Barat waktu itu telah mendahului dirinya sendiri. Akhirnya dalam masa yang singkat berita kedatangan beliau akhirnya tersebar dengan cepatnya di Mesir. Beliau telah dijemput untuk memberi syarahannya di Masjid Universiti al-Azhar yang dihadiri oleh para pembesar dan intelektual terbilang. Beliau seterusnya dilantik oleh sultan Barquq sebagai Professor di Kolej Qamhiya dan di kolej az-Zahiria, seterusnya sebagai profesor Hadis di Kolej Sarghitmishiya dan beberapa kolej yang lain. Di samping tugasnya sebagai professor dan pensyarah, beliau juga telah dilantik oleh Sultan sebagai ketua Hakim mazhab Maliki. Semasa di Mesir, beliau berpeluang menunaikan haji, menziarahi Mekah dan Madinah. Beliau juga pernah menjadi wakil Sultan ke Damshik dan berpeluang menziarahi beberapa tempat seperti Palestin, Jurusalem, Bethlehem dan Hebron. Beliau juga berpeluang menemui Tamerlane, yang terkenal sebagai penakluk agung bangsa Monggol, atas permintaan Tamerlane sendiri. Ibn Khaldun meninggal dunia di Kaherah pada 17 mac 1406 dan dikebumikan di perkuburan Sufi di Bab al-Nasr, Kaherah.

Sorotan Ringkas Tentang Muqaddimah

Muqaddimah, yang dianggap sebagai karya agung dan besar Ibn Khaldun merupakan buku pertama dan pengantar kepada kitab sejarah dunia beliau dan ditulis dalam tiga buah buku besar yang dikenali dengan kitab “al-Ibar wa Diwan al-Mubtada’ wa al-Khabar Fi Ayyam al-Arab wa al-’ajam wa al-Barbar wa man Asruhum min Zawi al-Sultan al-Akbar” atau terjemahannya “Buku tentang Ibarat-ibarat Dan Catatan Sejarah Terdahulu dan Terkemudian, Membincangkan Peristiwa Politik Bangsa Arab, Asing dan barbar Dan Raja-Raja Besar yang Hidup Di Zaman Mereka”. Buku ini ringkasnya di sebut ‘al-Ibar’.
Kandungan Muqaddimah sebagaimana yang disebut oleh Ibn Khaldun dibahagikan kepada enam bab perbincangan tidak termasuk pengantar kepada Muqaddimah. Perbincangan dalam setiap bab adalah seperti berikut:

i. Bab Pertama, tentang peradaban manusia secara umum, dengan kepelbagain jenis dan bahagian bumi yang disifatkan sebagai berperadaban.
ii. Bab kedua, tentang peradaban di padang pasir, termasuklah laporan tentang masyarakat pengembara dan bangsa-bangsa yang tidak bertamadun.
iii. Bab ketiga, tentang kerajaan-kerajaan, khalifah dan kuasa raja.
iv. Bab keempat, tentang peradaban mereka yang tinggal menetap, negara-negara dan bandar-bandar besarnya.
v. Bab kelima, tentang keahlian, cara mendapatkan pencarian hidup, usaha hidup dengan pelbagai aspeknya.
vi. Bab keenam, tentang ilmu pengtahuan, cara memperoleh dan mempelajarinya.

Muqaddimah diiktiraf sebagai karya bertaraf dunia, membaca Muqaddimah diibaratkan seperti membaca ensiklopedia manusia dan kemanusiaan secara keseluruhannya. Idea-idea yang diutarakan oleh beliau sentiasa segar dan relevan hingga ke hari ini, membacanya membolehkan anda menjadi apa saja yang anda inginkan, seorang raja, politikus, intektual, ulamak, sufi, Faqih, failasuf, pendidik yang cemerlang bahkan kalau anda mahu anda boleh menjadi ahli sihir yang penuh dengan kuasa magik. Mungkin kerana itulah ia disifatkan oleh Toynbee sebagai “is undoubtedly the greatest work of its kind that has ever yet been created by any mind in any time or place”


Biografi Ibn Khaldun Sebagai Sumber Epistemologi Menangani Krisis Pemikiran Umat

Daripada biografi yang dihayati dan dianalisi oleh penulis, beberapa iktibar penting boleh diteladan dan amat berguna sekali dalam menangani krisis pemikiran ummah yang dihadapi khususnya kepada para intelektual dan ilmuan Islam. Antara kutipan iktibar tersebut ialah:

i. Seorang ilmuan mestilah berjiwa besar dan bersedia mendampingi kepimpinan negara

Melalui hubungan yang rapat dengan kepimpinan negara, para ilmuan dapat memberi nasihat dan cadangan dengan penuh hikmah dan bijaksana, demi kepentingan ummah. Hal ini ditunjukkan di dalam keperibadian Ibn Khaldun, di mana sahaja beliau pergi, beliau akan mendekati kepimpinan negara. Dari situ hidupnya menjadi luas dan fikirannya lebih terbuka. Pengalaman-pengalaman ini menjadi pemangkin kepadanya untuk menjadi pemikir yang agung. Sebagaimana kata hikmah “Untuk Berjaya Anda Mesti Berada Di Kalangan Orang Yang Berjaya” .

Menurut Ibn Khaldun, kedudukan sebagai raja atau pemerintah akan memberikan kepuasan dari segi lahir dan keseronokan dari segi batin, dan memungkin kepadanya untuk mendapatkan segala yang terbaik di dunia ini. Namun demikian dibahu mereka terpikul amanah yang maha besar. Pada pandangan Ibn Khaldun tugas kekhalifahan atau pemerintah sebenarnya adalah sebagai pengganti kepada Nabi Muhammad s.a.w., mereka berperanan untuk menyelamatkan agama dan melaksanakan tugas memimpin dunia. Oleh itu dasar negara mestilah berpandukan kepada syariat Allah s.w.t. Dalam hal ini beliau membawa dalil ayat al-Qur’an surah al-Syura ayat 53 tentang kebenaran Syariat Allah s.w.t


Maksudnya: “Inilah jalan Allah yang kepunyaannya segala apa yang ada dilangit dan dibumi. Ingatlah bahawa kepada Allah kembali semua urusan”.

Pemerintahan yang mengkesampingkan syariat Allah adalah dicela, kerana ianya suatu visi yang kurang cahaya kebesaran yang maha kuasa , beliau membawa dalil dari firman Allah s.w.t dalam surah an-Nur ayat 40:

Maksudnya: “Maka Barang siapa tidak mengambil Allah sebagai cahayanya, maka tidaklah ia mempunyai cahaya”

Tugas membawa kebenaran ini adalah merupakan tugas para ilmuan. Dengan menjauhi kepimpinan negara memungkinkan berlaku kemudaratan kepada ummah, kerana ruang-ruang kosong ini akan diisi oleh orang lain yang tiada niat untuk membela agama, masyarakat dan negara, seumpama para artis dan sebahagian tokoh korporat yang hanya bermotifkan material semata-mata. Mendekati kepimpinan negara bukanlah bermaksud menjilat dan membodek pemerintah untuk kepentingan peribadi tetapi demi kemaslahatan Ummah. Ibn Khaldun dalam hal ini menunjukkan keperibadian yang tegas, kerana itulah posisi beliau selalu bertukar bahkan beliau pernah dipecat dari jawatan hakim sebanyak 6 kali kerana ketegasan beliau memerangi rasuah dan ketidakadilan serta menjalankan hukuman tanpa memilih bulu.


ii. Seorang ilmuan mestilah berada dalam gelanggang masyarakat dan menjadi golongan yang celik (enlightened)

Menurut Ali Syariati, walaupun golongan yang celik ini bukan dari kalangan nabi, mereka harus memainkan peranan sebagai seorang nabi dalam masyarakatnya. Mereka mesti memperjuangkan isu kebebasan dan kesedaran kepada rakyat yang jahil, serta memberi garis panduan sosial dalam masyarakatnya.

Ibn Khaldun telah mempamerkan dirinya sebagai ‘Enlightened’. Beliau terjun ke dalam gelanggang masyarakat sebagai seorang politikus, intelektual, pendidik, hakim dan bergaul dengan seluruh lapisan masyarakat. Menurut beliau, negara adalah merupakan pusat segala pasaran pemikiran dan ideologi. Beliau menulis:

“Negara dan pemerintahan merupakan pasar dunia, tempat karya-karya ilmiah ditarik ke dalamnya…Apabila negara menjauhi kezaliman, prasangka dan menjaga sistem dengan benar maka pelbagai barangan di pasarnya akan setulin emas dan perak… namun jika negara dipengaruhi oleh kepentingan peribadi dan persaingan, kezaliman dan kekerasan, maka pasarnya akan dipenuhi dengan sampah dan barang yang tidak berguna”.

Siapakah yang diharapkan untuk menjual barangan yang baik jika bukan para ilmuan? Para ilmuan Islam sepatutnya menjadi idola bukan berisolasi dari masyarakat dan menjadi ‘elitis’. Hari ini ada ulamak yang telah memisahkan diri mereka di sebalik tabir politik, ada yang perlu dibayar dengan kadar tinggi sebelum dapat mendengar ceramah mereka, ada yang sekadar puas bekerja makan gaji, tanpa mahu berusaha menjalankan misi-misi dakwah terutama kepada para pelajar, pemuda-pemudi Islam yang hanyut dalam penagihan dadah atau penduduk miskin di luar bandar. Sekiranya kita gagal melahirkan banyak idola di kalangan ulamak, jangan terkejut sekiranya suatu hari orang akan mencari orang seperti ‘Ayah Pin’ sebagai idola mereka .



iii. Berfikiran kritis dan melakukan kerja-kerja akal hingga ke tahap “Intelectual Spekulatif” (al-Aql an-Nazariy)

Pengunaan akal hingga ke tahap Intelectual Spekulatif adalah tahap penghayatan budaya ilmu yang paling tinggi. Hasil dari kerja akal tahap ini mereka akan dapat menghasilkan teori-teori dan idea yang baru demi kemaslahatan Ummah. Kerja akal inilah yang terpamer dalam diri Ibn Khaldun sehingga berjaya menghasilkan karya ‘ever green”. Beliau sendiri menyebut di dalam Muqaddimah tentang penghasilan karyanya:

“Saya mengunakan kaedah yang luar biasa dan asli. Dalam karya itu saya terangkan tentang peradaban “ilm Umran”(Teori yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun), urbanisasi dan ciri-ciri organisasi sosial manusia… Kesannya pembaca akan dapat membebaskan diri mereka dari taklid dan kejahilan”’.

Mengemukakan teori baru adalah merupakan tradisi intelektual pemikir-pemikir besar. Al-Attas di dalam beberapa penjelasannya menyatakan bahawa, seseorang ilmuan harus berusaha sekeras-kerasnya untuk menemukan pendapatnya sendiri, walaupun pendapatnya itu akhirnya sama dengan pendapat orang lain. Kerja-kerja akal ini seterusnya dizahirkan dalam bentuk penulisan, sebagaimana kata al-Attas lagi:

“Tanpa berlengah-lengah saya membuat keputusan bahawa sumbangan yang abadi yang dapat diberikan oleh seseorang dalam keadaan seumpama ini ialah menulis sebuah buku, kerana sebuah buku dapat kekal lama selepas kerajaan, manusia, negara, catatan pemikiran dan tindakan manusia lupus” .

Pada hemat penulis, Ibn Khaldun adalah seorang mujaddid dalam bidangnya pada abad ke 14 sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w :
أن الله يبعث لهذه الأمة على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها
Ertinya: Sesungguhnya Allah akan membangkitkan kepada umat ini bagi tiap-tiap seratus tahun orang yang akan membaharukan agamanya.

iv. Mendalami al-Muwatto’

Ilmuan Islam perlu memilikki ilmu yang mendalam dalam al-Qur’an dan Hadis, serta mengentahui ilmu-ilmu yang kontemporari dan penting pada zamannya. Kejeniusan Ibn Khaldun adalah berkait langsung dengan kekuatan sumber asli ilmu Islam yang fundemantal iaitu al-Qur’an dan Hadis yang dimilikkinya. Ibn Khaldun benar-benar mendalami ilmu Hadis, dia mempelajari Muwatto’, shahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Sunan Tirmizi, Sunan Nasai dan sunan ibn Majah serta Muqaddimah Ibn Soleh. . Walaupun beliau mendalami kesemua kitab Hadis di atas dan menghargai Sahih Bukhari dan Muslim Sebagai kitab yang tinggi tingkat kesahihannya namun beliau telah memilih kitab Muwatto’ sebagai teks pengajarannya di Kolej Sharghitmisyia.
Pada hemat penulis para ilmuan Muslim perlu mempelajari, memahami dan dengan mendalam al-Muwatto’ sebagai asas untuk menjadi jenius Muslim. Kejeniusan imam al-Syafiee sendiri juga dikait dengan kemampuan nya menghafaz al-Muwatto’ sebelum bertemu gurunya imam Malik. Kata al-Imam al-Syafiee” Sesiapa yang mempelajari al-Qur’an , hidupnya akan menjadi luas, sesiapa yang mempelajari hadis , hujjahnya menjadi kukuh” patut menjadi Motto kepada semua umat muslimin. Ibn Khaldun di dalam beberapa tempat dalam Muqaddimah menyebut tentang Muwatto’ antaranya: “ Ketika al-Mansur menasihati, menyuruh Malik agar mengarang al-Muwatto’, dia mengatakan kepadanya ; ‘Wahai Abu Abdullah, di atas permukaan bumi ini tidak ada orang yang lebih pandai dari saya dan dari anda, saya sendiri sudah disibukkan dengan urusan pemerintahan, maka tinggal engkau saja, oleh itu karanglah sebuah buku yang bermanfaat bagi manusia. Hindari keringanan-keringanan Ibn Abbas dan kekerasan Ibn Umar. Jadikan ia dimengerti oleh orang yang membacanya’. Seketika Malik menjawab: Demi Allah anda sudah mengajari saya mengarang”


Ilmuan Islam Hendaklah Memilikki “Malakah” Dengan Berkebolehan Menjadi Seorang Orator Yang Baik Dan Memilikki Aura Yang Dapat Mempengaruhi Khalayak.

Kejayaan Ibn Khaldun mendekati raja dan masyarakat sekelilingnya adalah dikaitkan juga dengan kebolehannya sebagai seorang orator dan memilikki sahsiah yang memikat. Bukti kebolehan ini terpamer dalam kata-katanya ketika beliau memberi kuliahnya di sekolah tinggi yang mashur di mesir ketika itu iaitu di Kolej Sharghamitsiyyah:”Majlis kuliah itu penuh dengan hadirin, pandangan mata manusia memberiku semangat, menunjukkan adanya rasa hormat dan wibawa , mereka mengharap suatu keahlian untuk memegang jabatan kuliah itu” . Ketokohan dan kebijaksanaan Ibn Khaldun ini diakui oleh sarjana-sarjana mashur semasa beliau antaranya ialah Sejarawan besar Taki al-Din al-Maqrizi(m 1442m), Ibn Hajaral-Asqalani(m 1449m). Ibn Hajar yang pernah menghadiri kuliah beliau menyifatkan pengajaran Ibn Khaldun dengan kata-katanya” Beliau seorang yang sangat petah dan fasih dan betul-betul seorang penutur yang cemerlang yang mengambarkan betapa mendalamnya ilmu yang dimilikki terutama dalam bidang yang dipakarinya iaitu berkenaan dengan negara”.Al-Sakhawi, yang memetik kata-kata al-Bishbishi dan al-Rikraki melapurkan bahwa Ibn Khaldun seorang pembicara yang fasih, kacak dan keseluruhan dirinya mengambarkan seorang pensyarah yang ideal.

Ibn Khaldun cuba berkongsi kebolehan beliau ini dengan mengutarakan konsep ‘Malakah’ yang diutarakan oleh beliau. Terdapat beberapa definisi tentang Malakah yang diungkapkan oleh beliau antaranya malakah ialah:’ Suatu sifat yang sebati dalam jiwa hasil dari pengulangan perbuatan’ juga satu definisi yang lain iaitu ‘kemampuan” yang disertai dengan kadar keindahan pengajaran . Pada hemat penulis dalam konteks hari ini , istilah yang sesuai seperti yang dimaksudkan oleh Ibn Khaldun mengenai konsep malakah ini ialah ‘Memilikki sikap Profesional dalam bidang tugas yang diceburi terutamanya dalam bidang pendidikan’.

Sikap Profesional dalam teknik pengajaran dan pembelajaran boleh dipupuk melalui kebiasaan mengemukakan persoalan, berdiskusi, berbincang dan berdebat dalam masalah ilmiah. Dalam hal ini Ibn Khaldun menulis: “ Metode paling mudah untuk memperolehi malakah ialah dengan latihan bertutur untuk mengungkapkan fikiran-fikiran dengan jelas dalam diskusi dan perdebatan ilmiah. Inilah cara yang mampu menjernihkan persoalan dan menumbuhkan pengertian. Maka di dapatkan sejumlah pelajar menghabiskan sebahagian dari usia mereka untuk menghadiri sesi-sesi ilmiah, masih juga didapati sejumlah darinya berdiam diri” . Berdasarkan hakikat ini Para ilmuan Islam terutamanya para sarjana yang masih diperingkat permulaan seharusnya berusaha sekeras mungkin untuk sentiasa terlibat dalam sesi perbincangan intelektual dengan menjadi pelajar yang aktif berdiskusi dan bersoal jawab. Para pensyarah pula hendaklah sentiasa memberi peluang kepada para pelajarnya untuk mengemukakan sebarang persoalan sebagai latihan kepada mereka nanti untuk terjun kedalam masyarakat..


Epistemologi Sejarah Kritis Ibn Khaldun Sebagai Sumber Epistemologi Menangani Krisis Pemikiran Ummah..

Robert Flint, seorang pakar sejarah falsafah Inggeris yang pendapatnya dicatatkan oleh Issawi, menyebutkan” Dalam bidang sejarah,kesusasteraan Arab, diwarnai satu nama yang sangat cemerlang iaitu Ibn Khaldun. Dunia Kristian samada zaman klasik mahupun pertengahan tidak sanggup menunjukkan seorang pun yang dapat mendekati kecemerlangannya” . George Sarton pula menyifatkan ibn Khaldun sebagai Sejarawan agung dan failasuf yang berkaliber, tidak saja pada zaman pertengahan malahan seluruh zaman bermula dari period sejarawan klasik sehinggalah ke zaman Machiavelli, Bodin malahan Vico . Pada hemat penulis penghargaan-penghargaan yang diberikan oleh para sarjana terkemuka kepada beliau menjelaskan lagi hakikat bahawa beliau seorang Mujaddid dalam bidangnya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: ;
لآ تزال طائفة من أمتى ظا هرين على الحق حتى يأتى أمر الله وهم ظهرون
Maksudnya: “Sentiasa ada dari kalangan umatku golongan yang mempertahankan kebenaran hingga datang hari kiamat”

Epistemologi Sejarah kritis yang dirintis oleh Ibn Khaldun mampu menangani krisis fitnah dalam kepimpinan, yang menular dalam masyarakat Islam hari ini. Membiarkan krisis fitnah ini berkembang biak, tanpa ada usaha membendungnya akan mengakibatkan terbantutnya usaha untuk mewujudkan kepimpinan umat Islam yang berkualiti. Antara sebab kejatuhan kesultanan Melayu Melaka kepada Portugis pada tahun 1511 ialah kerana fitnah . Menariknya, di dalam Muqaddimah, disebutkan fitnah yang berlaku kepada pembesar negara Islam dalam usaha untuk menjatuhkan mereka persis yang berlaku dalam masyarakat manusia hari ini, termasuk di Malaysia. Antara fitnah-fitnah tersebut ialah tuduhan terhadap kesucian pemerintah yang paling gemilang dalam dinasti Abbasiah, iaitu Ar-Rashid, Beliau dituduh sebagai kaki arak dan selalu mabuk, sedangkan ar-Rashid ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh at-Tabari, mengerjakan solat sunat 100 rakaat setiap hari, Begitu juga dengan fitnah terhadap kesucian saudara perempuannya al-Abbasah . Al-Abbasah dituduh berzina, sedangkan beliau memilikki keperibadian yang mulia dan keturunan yang masih hampir dengan Rasulullah s.a.w. Seterusnya diceritakan juga fitnah yang dihadapi oleh al-Makmun dengan sahabatnya Yahya b. al-Aktsam. Al-Makmun dituduh melakukan hubungan dengan Yahya dan bermabuk-mabukkan dalam satu bilik dengannya, sedangkan Yahya adalah seorang pakar hadis, Dari Aktsamlah Imam at-Tirmizi menerbitkan bukunya al-Jami’. Begitu juga dengan al-Makmun, terkenal sebagai seorang khalifah yang sangat sukakan ilmu, beliau gemar berdiskusi dengan ulamak dan benar-benar menjaga ketentuan solat. Menurut Ibn Khaldun , fitnah-fitnah ini sengaja disebarkan dan ia lahir dari kecenderongan untuk menghalalkan maksiat dikalangan masyarakat, menjatuhkan martabat orang lain dan seterusnya menjatuhkan kepimpinan.

Syed Naquib al-Attas dalam bukunya, Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, menegaskan betapa pentingnya ummat mengkaji sejarah, khususnya sejarah Islam dengan pengamatan yang adil dan menurut mata hati sendiri, bukan melalui pandangan orang lain . Hal inilah yang ditekankan oleh Ibn Khaldun dalam teori pensejarahan beliau. Ibn Khaldun telah mengariskan tujuh punca ketidakbenaran dalam pensejarahan, yang seterusnya mengakibatkan taklid dan kejahilan iaitu:

i. Sikap memihak kepada pendapat atau mazhab-mazhab tertentu.
ii. Terlalu percaya kepada pemberi maklumat, tanpa terlebih dahulu melakukan kritikan ‘eksterm’ atau’ personality Critism’.
iii. Gagal menagkap maksud dari apa yang dilihat dan didengar.
iv. Keyakinan yang salah terhadap sesuatu yang benar, iaitu seseorang yang terlanjur meyakini sesuatu yang salah sehingga apabila suatu kebenaran dihadapkan kepadanya ia akan menolaknya.
v. Tidak mampu secara tepat menempatkan sesuatu peristiwa dalam proporsi yang betul, hal ini terjadi kerana rumit dan kaburnya sesuatu peristiwa sejarah yang di hadapi.
vi. Cenderung untuk menjaga kepentingan diri, atau keinginan untuk menjaga hati pemerintah.
vii. Dan sebab yang paling penting ialah kejahilan kepada sifat semulajadi keadaan ,yang wujud dalam peradaban atau dikenali dengan “Ilm al-Umran”.
Sejarah manusia menurut Ibn Khaldun adalah seperti air yang mengalir, selamanya akan tetap mengalirkan air, perangai manusia tetap sama, yang berbezanya adalah watak dan pelakonnya sahaja . Dengan memahami dan menghayati epistemologi sejarah kritis beliau insyaallah, umat Islam akan mampu bangkit dan dapat melahirkan kepimpinan ummah yang berkualiti.


Ilmu Sosiologi ‘al-Umran” Ibn Khaldun Sebagai Asas Epistemologi Ilmu Islam Menangani Krisis Pemikiran Ummah

Sebagaimana yang disebutkan sebelum ini bahawa kesilapan besar dalam histeriografi ialah kejahilan terhadap keadaan yang wujud dalam al-Umran. Illm al-umran inilah yang diproklamasikan oleh beliau sebagai teorinya yang asli dalam katanya:” Saya memperbaiki isi buku tersebut(al-Ibar) dan menyerahkannya untuk ditatapi oleh para sarjana dan golongan elit. Sewaktu menyusun dan membahagikannya kedalam bab-bab, saya mempergunakan kaedah yang berlainan dari kebiasaan. Dari pelbagai kemungkinan itu saya mengunakan kaedah yang luarbiasa dan asli.”

Jika kita membaca buku-buku sejarah dari sumber dan versi Syi’ah, kita akan banyak berjumpa dengan tragedi-tragedi yang secara halusnya cuba meragukan kita dengan kesucian dan kehebatan para sahabat Rasulullah s.a.w, termasuk saidina Abu Bakar,Umar, Usman juga para sahabat besar yang lain. Dengan mengemukakan teori al-Umran Ibn Khaldun telah berjaya memurnikan sejarah Islam, seterusnya menyelamatkan Ummah dari taklid,kejahilan dan mencerca para sahabat Rasulullah s.a.w. . Sebagai contoh di dalam pertelingkahan antara dua tokoh besar sahabat iaitu Ali dan Muawiyyah. Di petik dari Muqaddimah “ Ketika terjadi perselisihan antara Ali dan Muawiyyah, sebagai akibat yang harus dari perasaan kekitaan’Assabiyyah’, mereka telah dipandu oleh jalan kebenaran dan ijtihad. Mereka tidak bertelagah untuk kepentingan duniawi, atau terhadap kecenderungan yang remeh temeh….tetapi sebab perselisihan mereka adalah dari segi ijtihad tentang letaknya kebenaran. Meskipun apa yang didakwa Ali sememangnya benar, Muawiyyah pula tidak berniat jahat. Dia sangat menginginkan kebenaran tetapi tidak tercapai .

Dalam analisis dibawah tajuk ini penulis membataskan skop ilm Umran Ibn Khaldun dalam bab 6 sahaja dari kitab Muqaddimah beliau . Bab 6 dalam Muqaddimah yang dirujuk oleh penulis, iaitu Muqaddimah terbitan Dar atturas al-Arabi, Beirut t.t mengandungi 50 fasal yang membincangkan secara khusus tentang epistemologi ilmu, terutamanya tentang sumber-sumber dan klasifikasi ilmu.

Definisi Ilmu

Tidak ada definisi yang khusus terhadap pengertian ilmu dari sudut bahasa mahupun istilah yang diberikan oleh Ibn Khaldun, namun demikian berdasarkan sumber, kaedah dan klasifikasi ilmu yang diutarakan oleh beliau dalam bab 6, penulis dapat menyimpulkan bahawa terdapat tiga definisi ilmu menurut Ibn Khaldun yang bersesuaian dengan definisi yang telah dikategorikan oleh Rosenthal kepada 12 kategori dari 107 definisi ilmu yang yang dikumpulkan oleh beliau dari tulisan para ilmuan Islam . Definisi tersebut ialah:

i. Ilmu adalah hasil intuisi yang datang dari luar atau sebagai hasil renungan akal.
ii. Ilmu adalah ma’rifat.
iii. Ilmu adalah proses membuat penjelasan, penegasan, pengisbatan dan penentuan.


Sumber Ilmu

Ilmu menurut Ibn Khaldun adalah kombinasi dari empat sumber iaitu: Pancaindera, akal, intuisi dan wahyu.

i. peringkat pancaindera, manusia berkongsi dengan haiwan di dalam mendapatkan persepsi sensual.Mereka dapat menyedari akan sesuatu yang berlaku diluar dirinya dengan perantaraan pancainderanya yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. iaitu indera pendengaran, penghiduan deria rasa dan sentuhan.
ii. Peringkat akal, kemampuan berfikir adalah suatu kualiti yang membezakan manusia dari makhluk-makhluk yang lain. Berfikir menurut Ibn Khaldun didefinisikan dengan penjamahan bayang-bayang dibalik perasaan dan aplikasi akal di dalamnya untuk membuat analisis dan sintesis. Firman Allah s.w.t



Maksudnya: Katakanlah dialah yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran,penglihatan dan hati. Tetapi amat sedikit kamu bersyukur.

Pencapaian ilmu manusia bersumberkan akal ini berbeza diantara seorang manusia dengan seorang yang lain kerana berbezanya tahap akal yang digunakan. Tahap pengunaan akal manusia menurut beliau terbahagi kepada tiga tingkatan iaitu:
i. Al-aql at-Timyizi ( The Discerning Intellect)- Akal Pengenalan. Iaitu pemahaman intelektual manusia terhadap segala sesuatu yang ada diluar alam semesta dalam tatanan alam atau tata-tata yang berubah. Penggunaaan akal pada tahap ini membolehkan manusia memperoleh segala sesuatu yang bermanfaat kepada penghidupannya serta menolak segala sesuatu yang memudaratkan dirinya. Akal pada tahap ini ialah akal tahap permulaan.

ii. Al-Aql- atajribi- The Experimental Intellec- Akal Pengalaman Iaitu kemampuan berfikir yang akhirnya dapat menyampaikan kepada manusia segala idea dan perilaku yang diperlukan dalam kehidupannya dan orang lain.

iii. Al-Aql- al-Nazariyy- the Speculative intellect- Akal spekulatif.
Iaitu kemampuan untuk berfikir yang melengkapi manusia dengan ilmu mengenai sesuatu objek yang berada melampaui persepsi indera tanpa daya tindakan praktis. Ia mengandungi tasawwur dan tasdiq.Akhir kepada proses akal Nazariy ini manusia dapat menanggapi wujud/wijdan sebagaimana adanya dan melengkapi manusia dengan ilmu pengtahuan, akal ini akan menjadi akal yang sejati dan jiwa yang peka dan ia diertikan sebagai hakikat manusia.. Inilah penggunaan akal pada tahap tertinggi.

iii. Peringkat Intuisi dan Wahyu- Menurut Ibn Khaldun, ilmu yang paling dekat kepada kebenaran adalah ilmu intuisi, dan yang mencapai kebenaran yang mutlak adalah wahyu Allah s..wt. Sebagaimana akal, pencapaian ilmu manusia melalui alam roh ini juga berbeza kerana berbezanya tahap roh dan jiwa manusia. Menurut beliau ,roh dan jiwa manusia terbahagi kepada tiga tingkatan iaitu:
i. Iaitu jiwa yang secara semulajadinya tidak kuat imannya. Dengan demikian ia lebih terdorong untuk tunduk kepada tuntutan panca indera. Dengan tabiatnya ia mampu mencapai ilmu tetapi terbatas kepada alat-alat Idrak berbentuk deria. Proses pengarapan ilmu pada peringkat ini selalunya menghadapi satu jalan yang membuntukan.
ii. Jiwa ini dapat menggarap ilmu pengtahuan secara rohani tanpa menggunakan alat-alat deria. Ini berdasarkan persediaan yang dikurniakan Allah kepada seseorang yang membolehkan manusia mencapai ilmu tanpa perantaraan pancaindera. Jiwa ini dapat melangkaui peringkat-peringkat penyaksian indera kepada penyaksian rohani . Roh peringkat ini dimilikki oleh para wali,ulamak,orang-orang yang mempunyai pengtahuan tentang ketuhanan yang mendalam.
iii. Jiwa ini akan dapat ilmu tahap tertinggi, iaitu ilmu yang benar dan betul-betul absolute tanpa kesilapan. Dengan roh mereka yang dianugerahkan Allah, mereka akan dapat secara semulajadinya menukarkan sifat-sifat kemanusiaan yang ada dalam diri mereka kepada sifat malaikat. Kerana itu mereka dapat mendengar bicara yang penting dan kalimah yang suci daripada Allah s.w.t. Mereka itulah roh para nabi dan rasul.

Analisis sumber ilmu Ibn Khaldun sebagai sumber epistemologi ilmu Islam dalam Menangani Krisis Pemikiran Kini.

Sumber ilmu yang diutarakan oleh Ibn Khaldun benar-benar selaras dengan sumber-sumber yang telah diakui oleh Allah s.w.t di dalam al-Qur’an . Tradisi Islam mengariskan bahawa ilmu pengtahuan tiba melalui berbagai-bagai saluran seperti yang di sebutkan oleh Ibn Khaldun iaitu: idrak al-Hawas( Persepsi Indera), al-Aql- al-Salim(Proses akal sihat), Intuisi Hati (Qalb) dan Khabar Sadiq(Informasi yang benar iaitu Wahyu dari Allah sw.t). Penggarisan ini adalah suatu cerminan dan pengakuan yang adil terhadap kepelbagaian tingkat realiti manusia. Perbezaan tingkat pencapaian ilmu ini dinyatakan secara jelas di dalam alQur’an :

i. Penggunaan al-Hawas (Pancaindera).Firman Allah

Maksudnya: Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu, tanpa mengentahui sesuatu. Dia juga menjadikan bagimu pendengaran,penglihatan dan hati.

ii. Kita belajar melalui observasi dan ekpermentasi yang didukung oleh pemikiran, seperti firman Allah s.w.t.

Maksudnya: Berjalanlah di bumi dan lihatlah bagaiamana ia menciptakan makhluk pertama.



iii. Untuk menanngapi tanda-tanda Allah di dalam alam harus mempunyai akal (intellect) dan pemikiran (Reflection). Firman Allah s.w.t

Maksudnya: Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan perbezaan malam dan siang merupakan tanda-tanda bagi orang yang berakal. Orang yang mengigati Allah sambil berdiri,duduk atau sedang berbaring dan memikirkan penciptaan langit dan bumi (Q.S al-imran ayat 190-191)

iv. Ada banyak realiti alam fizikal yang tidak dapat ditanggapi melalui pancaindera. Firman Allah s.w.t :



Maksudnya: Tidak, aku bersumpah terhadap yang kamu saksikan dan yang tidak kamu saksikanAl-Qur’an mencerca orang yang menyangka bahawa satu-satunya sumber informasi tentang alam fizikal adalah melalui pengamatan pancaindera firman Allah:


Maksudnya: Ahli-Ahli Kitab memintamu agar kami menurunkan kepada mereka kitab dari langit. Mereka telah meminta kepada nabi Musa lebih berat dari itu. Mereka berkata tunjukkan kepada kami Allah itu bulat-bulat, mereka ditimpa petir atas kezalimannya.





Ibn Khaldun meletakkan akal pada tempat yang wajar. Beliau mengakui peranan akal sebagai satu saluran ilmu, tetapi ia terbatas dalam lingkungan indera sahaja. Oleh itu beliau menolak pandangan Ahli ilm Kalam dari golongan Muktazilah dan Syi’ah, yang menyatakan dengan akal kita dapat menanngapi hampir segala sesuatu termasuk kewujudan Allah s.w.t, kebaikan dan keburukan dan berbagai-bagai perkara ghaib . Dalam hal ini beliau menulis: “Akal itu sebuah timbangan yang cermat, hasilnya pasti dan boleh dipercayai, tetapi mengunakan akal untuk menimbang soal-soal yang berhubung dengan keesaan Allah s.w.t, atau akhirat atau lain-lainnya yang diluar dari kesanggupan akal adalah sama dengan cuba menimbang gunung dengan mengunakan timbang tukang emas” .

Antara punca krisis pemikiran umat kini ialah kerana lahirnya golongan Sophist dalam masyarakat Islam. Golongan ini adalah merupakan cabaran yang paling besar kepada pemikiran Islam kini.. Dr Wan Mohd Nor Wan Daud dalam bukunya , Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-Attas, telah mengupas secara komprehensif tentang Sophist. Kupasan beliau berdasarkan pemikiran Naquib al-Attas membahagikan golongan Sophist ini kepada tiga kelompok iaitu: al-La Adriyyah. Kelompok yang kedua ialah al-Indiyyah,. Kelompok yang ketiga ialah al-Inadiyyah,

Kemerbahayaan golongan ini adalah kerana mereka terlalu berpegang kepada akal tanpa had. Mereka adalah produk Barat yang cuba meruntuhkan sendi-sendi keberagamaan ummat Islam. Mereka mengarahkan manusia kepada kebebasan berpendapat secara mutlak, sehingga mereka tidak mengiktiraf wujudnya perkara-perkara Qati’e(Conclusive), Ijma’(Consensus among Mujtahidin).Akibatnya lahirlah apa yang berlaku sekarang dengan istilah-istilah seperti Islam Liberal, Islam Plural, Islam Rasional dan sebagainya. Hal ini perlu di ambil perhatian serius oleh semua pihak. Pada hemat penulis apa yang dipaparkan oleh Ibn Khaldun tentang keterbatasan akal sebagi sumber ilmu hendaklah dikaji dan dilihat difahami dan dihayati dan diaplikasikan dalam sistem pendidikan umat Islam dalam usaha untuk menolak golongan sesat ini dari mendominasikan pemikiran ummah.

Sebagaimana al-Ghazzali, Ibn Khaldun seterusnya mengiktiraf peranan intuisi sebagai sumber ilmu. Maksud Intuisi iaitu perpindahan sifat potensi ke alam kenyataan dalam bentuk lompatan intelektual yang cepat tanpa memerlukan usaha yang keras,susah payah, dan pengajaran,tetapi menerusi deria batin atau disebut keserasian hati, pertisipasi rohani atau rasa rohani yang langsung. Al-Ghazzali dalam beberapa bukunya telah mentakrifkan intuisi sebagai perpindahan fikiran dari permulaan kepada yang dituju tanpa perantaraan. Menurut Ibn Khaldun keabsahan intuisi sebagai sumber ilmu dialami sendiri oleh beliau, sebagaimana yang dijelaskan oleh beliau ketika menghasilkan karya agungnya Muqaddimah hanya dalam tempoh lima bulan sahaja, beliau menulis: “ Saya telah menyelesaikan Muqaddimah dengan cara yang aneh sekali, saya seperti telah diilhami saja pada waktu pengasingan diri, sehingga kata-kata dan fikiran seperti mengalir sahaja keotakku seperti mengalirnya air bah ke muara, sampai buku itu selesai” .

Menurut al-Ghazzali ilham dan intuisi mempunyai persamaan dalam hal masing-masing menerusi akal yang aktif (‘aql fa’al)seperti halnya dengan semua pengtahuan yang keluar daripada sifatnya sebagai potensi lalu menjadi aktualiti . Konsep ilham sebagai sumber ilmu di anggap tinggi dan ideal oleh golongan tasawwuf. Berdasarkan hal ini penulis tidak teragak-agak untuk meletakkan posisi Ibn Khaldun, bahwasanya beliau juga adalah seorang Sufi. Implikasi kepada penerimaan ilham sebagai sumber ilmu ialah menerima ijmak ulama, kerana dengan sumber ini dia menerima tingkatan-tingkatan perbezaan peribadi manusia itu sendiri samada dari sudut akal mahupun roh dalam pengtahuan dan ilmu, sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini.

Ancaman budaya Hedonistik iaitu budaya suka berhibur tanpa batasan adalah salah satu dari cabaran besar yang dihadapi oleh umat Islam kini. Akibatnya akan menyebabkan Berlakunya kekosongan rohani di kalangan umat. Kekosongan rohani ini pula akhirnya menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran kebatinan yang sesat. Menurut sumber dari PDRM, ajaran sesat ini menduduki tempat kedua sebagai ancaman negara selepas dadah . Berdasarkan hal ini, pada hemat penulis, keperluan kepada membangunkan kembali ilmu tasawwuf adalah sangat mendesak. Ibn Khaldun telah menunjukkan teladan yang jelas kepada kita bahwasanya dengan mendalami, menghayati dan mengalami cara hidup kesufiaan umat Islam akan mampu bangkit semula menyinari alam dengan ilmu dan kebijaksanaan anugerah Allah s.w.t kepada hamba-hamba yang bertaqarrub kepadanya. Dalam hal ini beliau menulis:” Terbukanya tabir kasyaf akan dapat dicapai melalui latihan-latihan kerohanian(Cara Kesufian), dengan zikir dan solat, menghindarkan dari makanan dengan berpuasa, serta bertawajjuh dengan segala kekuatan ‘ Dan Allah mengajarkan manusia apa-apa yang tidak diketahuinya.”

Sumber ilmu yang paling benar dan absolute menurut Ibn Khaldun ialah Wahyu Allah s.w.t. Ianya disampaikan oleh Allah melalui manusia yang telah dipersiapkan Allah untuk menerima wahyunya secara semulajadi lagi. Makhluk ini dapat menukarkan dirinya dari kemanusiaan kepada alam malaikat. Pengtahuan Para nabi adalah tepat tanpa kesalahan dan ketegelinciran. Wahyu inilah al-Qur’an juga Hadis-hadis Qudsi, dan hadis-hhadis Sahih dari segi perkataan, perbuatan dan persetujuannya. Firman Allah s.w.t:


Maksudnya: Apa yang dibawa oleh Rasul hendaklah kamu mengikutinya, sedangkan apa yang dilarangnya hendaklah kamu menjahinya

Klasifikasi Ilmu.

Keluasan ilmu yang tiada hadnya, kemuliaan tanggungjawab untuk mencarinya dan keterbatasan hidup seseorang manusia merupakan realiti yang dipelajari Umat Islam dari al-Qur’an. Aspek-aspek tersebut merangsang sarjana Muslim mengkalsifikasikan ilmu. Al-Kindi (796-873M) adalah merupakan ilmuan Islam pertama yang telah membuat pengklasifikian ilmu.dalam Islam berdasarkan penjenisan yang di buat oleh Aristoteles. Pengkelasan seterusnya terus dilakukan oleh ilmuan-ilmuan berikutnya seperti al-Farabi(878-950), Ibn Sina, (980-1036), al Ghazzali(1058-1111M) dan lain-lain.

. Secara umumnya Ibn Khaldun mengklasifikasikan ilmu kepada dua bahagian iaitu al ‘ulum al-Hikmiyyah al-Falsafiyyah dan- al-‘Ulum an-Naqliyyah al-Wad’iyyah. Jenis yang pertama ialah ilmu yang bersifat falsafah yang boleh dicapai oleh manusia melalui petunjuk akal. Manakala yang kedua ialah ilmu yang berasaskan ketetapan-ketetapan syara’, didalamnya tidak ada ruang bagi keupayaan akal kecuali bilamana akal itu digunakan untuk mengaitkan persoalan-persoalan yang ada dengan prinsip-prinsip dasar . Selain dari kedua-dua jenis ilmu tersebut Ibn Khaldun juga mengklasikasikan ilmu kepada ilmu alat, ilmu alat ialah ilmu sampingan yang harus dipelajari , guna untuk memahami dua dikotomi ilmu diatas.

Jenis-jenis ilmu al’ulum an-Naqliyyah alWad’iyyah
Ilmu ini adalah merupakan ilmu yang paling penting dan paling utama. Dalam Muqaddimah, ilmu ini diletakkan dalam urutan yang awal. Antara ilmu-ilmu jenis ini yang dipelajari pada masa beliau ialah: ( 1 ) ilmu tafsir, ( 2 )ilmu Qira’at, ( 3 )ilmu-ilmu hadis, didalamnya mengandungi perbahasan tentang ilmu Nasikh Mansukh.,sanad-sanad,matan-matan hadis, metod-metod hadis,( 4 ) Ilmu fekah dan cabang-cabangnya ( 5 ) ilmu Fara id, ( 6 ) ilmu Usul Feqah, ( 7 ) ilmu Kalam, ( 8 ) ilmu Tasawwuf, ( 9 ) ilmu Tafsir Mimpi, ( 10 ) .

Jenis-jenis ilmu al ‘Ulum al-Hikmiyyah al-Falsafiyyah

Ilmu al-‘Ulim al-Hikmiyyah al-Falsafiyyah ini di pecahkan oleh Ibn Khaldun kepada 4 bidang iaitu, ilmu Logik, ilmu Fizik, Ilmu Metafizik, dan ilmu Ta’lim.
( 1) Ilmu logik, dimasukkan juga dalam kategori ilmu alat, ( 2 ) Ilmu Fizik didalamnya terkandungan perbahasan tentang ilmu perubatan dan pertanian. ( 3 ) Ilmu Metafizik, terkandung di dalamnya perbahasan tentang ilmu sihir ‘Tillasmat’, Ilmu tentang rahsia-rahsia huruf. ( 4 ) Ilmu Ta’lim, terkandung di dalamnya tentang ilmu-ilmu Arithmetik, ilmu Hisab, ilmu Al-Jebra dan Arithmetik perindustrian, Mu’amalah dan Faraid, Ilmu Astronomi, ilmu Geografi dan pemetaan, ilmu ukur dan teropong.

Ilmu Alat

Ilmu ini menjadi perantaraan dalam mencapai keahlian dalam bidang ilmu yang didikotomi diatas. Bidang ilmu ini termasuklah penulisan, Bahasa , matematik dan logik.

Analisis Klasifikasi Ilmu Ibn Khaldun Sebagai Sumber Epistemologi Menangani Krisis Pemikiran Ummah


Ibn Khaldun di anggap orang yang paling banyak membicarakan penjenisan ilmu selepas al-Ghazzali . Hal ini adalah mungkin kerana beliau merupakan hasil dari proses perkembangan yang terus menerus dari falsafah dan pemikiran Islam. Beliau adalah pengikut al-Ghazzali, namun dalam masa yang sama adalah pengikut Ibn Rushd . Dia mengambil pendapat al-Ghazzali dalam penolakkannya terhadap logik Aristoteles, dan pada masa yang sama mengambil pendapat Ibn Rushd terhadap peranan massa dalam masyarakat.

Pada hemat penulis klasifikasi ilmu yang disusun oleh Ibn Khaldun adalah merupakan cabaran yang perlu disahut oleh ilmuan dan umat Islam kini. Dalam penyusunannya terhadap ilmu, beliau telah mengambarkan dirinya sebagai seorang manusia yang benar-benar menghayati budaya ilmu. Bukan sekadar kesungguhan memahami, mendalami dan menghayati, malah lebih penting lagi menjelmakan sifat keilmuan yang pelbagai bidang(Multi – disciplinary) dan merentas bidang (Inter –disciplinary). Keilmuannya dalam bidang-bidang ilmu utama di zamannya memang telah terserlah dan diakui, tetapi pembudayaan ilmu beliau bukan terhenti setakat itu sahaja, malahan beliau mengalami dan menghayati sendiri pengalaman-pengalaman ilmu lain yang terpinggir seperti ilmu mimpi dan juga ilmu sihir, sehingga pengtahuannya dapat dipaparkan secara terperinchi dalam satu penjelasan cerita yang sungguh menarik dan menakjubkan, contohnya mengenai ilmu tafsir mimpi, beliau menulis:” Di dalam Kitab al-Ghayah, yang digunakan oleh orang yang mahu mempraktiskan ilmu sakti terdapat kata-kata jampi yang disebut sebagai ‘kata-kata mimpi’ yang apabila dibaca ketika hendak tidur (dgn latihan-latihan tertentu) selanjutnya menyebut apa yang ingin dilihat, maka akan muncul seorang yang datang kpdnya” Akulah watakmu yang sempurna”. Kata-kata mimpi tersebut bukan dalam bahasa Arab dan berbunyi: “ Tamaaghis ba’daan Yaswaadda waghdaas nawfanaa ghaadis”. Dengan bantuan bacaan tersebut, saya sendiri pernah bermimpi suatu yang menakjubkan” .Dan contoh yang lain mengenai ilmu sihir katanya: “ Di Maghribi terdapat segolongan manusia yang mengamalkan ilmu sihir, mereka dikenal dengan ba’jun, dengan kuasa magis mereka ,dengan tudingan jari sahaja mereka boleh merobek pakaian atau kulit. Saya telah berjumpa dengan kelompok ini dan menyaksikan sendiri mereka merobek perut seekor kambing hingga terburai, mereka memberitahu saya bahawa mereka memilikki satu bentuk latihan khusus dengan doa-doa yang bersifat kufur, serta bekerjasama dengan apa yang bersifat spiritual dan bintang-bintang .

Pembudayaan ilmu Ibn Khaldun bukan tertutup untuk dirinya sahaja, bahkan beliau mendorong manusia lain memilikki kebijaksanaan yang serupa. Membaca penjelasan terhadap setiap klasifikasi ilmu yang diutarakan oleh beliau seolah-olah seperti hadir dalam sebuah emperium ilmu. Dalam setiap perbincangan terhadap satu –satu subjek ilmu beliau memberi penjelasan yang lengkap tentang pokok-pokok perbincangan ilmu, tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidangnya, senarai buku-buku utama mengenai setiap subjek termasuk juga ilmu sihir dan ilmu mimpi.. Semuanya ini seolah-olah seperti ensiklopedia lengkap tentang ilmu. Sebagai contoh, dalam penjelasan beliau tentang ilmu hadis umpamanya, beliau telah memperkenalkan kepada kita tokoh-tokoh hadis dan buku-buku mereka dengan komentar yang lengkap sekali. Dengan membaca Muqaddimah penulis dapat mengenali Imam Malik dengan karyanya Muwatto’, Imam Muhammad b. Ismail al-Bukhari dengan Musnad sahihnya, Imam Muslim b. alHajjaj al-Qushairi dengan musnad sahihnya, Abu Dawud as-Sijistani dengan kitab sahihnya, Abu Isa at-Turmidzi, juga Abu Abdulrahman an-Nasai serta lain-lainnya.


Kesimpulan

Melahirkan manusia jenius bukanlah sesuatu yang mudah, juga bukan pula sesuatu yang mustahil. Begitu juga untuk menyelesaikan sesuatu masalah, lebih-lebih lagi masalah ummah bukannya mudah dan tidak juga mustahil. Allah s.w.t menguji manusia dengan masalah untuk mencari yang terbaik diantara mereka. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: Maha suci Allah yang di tangannya segala kerajaan, dan dia maha kuasa atas segala sesuatu, yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya. Dan dia maha perkasa lagi maha pengampun.

Allah mengutuskan kepada kita model yang paling sempurna iaitu Muhammad s.a.w dan sebuah catatan yang paling sempurna iaitu alQur’an. Juga dengan limpah kurnianya sepanjang masa, para ulamak yang menjadi pewaris kepada rasulnya sepanjang zaman hingga hari kiamat. Ibn khaldun adalah antara model-model yang wajar menjadi contoh teladan kepada sekelian Ummah. Analisis terhadap biografi , epistemologi sejarah kritis, epistemologi sumber dan klasifikasi ilmu mengambarkan bahawa beliau telah benar-benar membawa model ilmuan Islam yang ditunjukkan oleh rasulullah s.a.w.. Berdasarkan fakta ini penulis berpendapat pemikiran Ibn Khaldun perlu disebar luaskan kembali kedalam masyarakat umum, bukan hanya terhenti perbincangannya di bilik-bilik kuliah yang tertutup. Untuk itu satu kajian yang mendalam perlu dilakukan agar pemikirannya dapat dihayati dan diaplikasikan dalam masyarakat, dan tidak ada jalan yang paling bijaksana kecuali dalam dunia pendidikan.

Epistemologi Islam Menurut Ibn Khaldun: Peranannya Dalam Menangani Krisis Pemikiran Islam Kini

Pendahuluan

Ummah Islam pernah memegang tampuk kepimpinan dunia selama beberapa abad. Ketika umat Islam berada di kemuncaknya, masyarakat Barat hari ini masih lagi berada dalam zaman gelap “the dark ages”. Namun demikian semua itu hanya tinggal nostalgia. Hari ini umat Islam diibaratkan seperti “anjing menyalak bukit”, segala penindasan,penaklukan dan pencabulan hak asasi umat Islam diseluruh dunia berlaku tanpa pembelaan, suara umat Islam tidak bertaring dan tidak berbisa . Kejatuhan umat Islam dari arus perdana kepimpinan dunia dewasa ini adalah rentetan daripada kejatuhan sistem Khilafah Islam kerajaan Othmaniah pada tahun 1909 iaitu pada zaman Sultan Abdul Hamid 11. Menurut Dr. Yusuf al- Qardawi, kejatuhan Institusi Khilafah ini adalah masa berkabung bagi seluruh kaum Muslimin di merata dunia, kini mereka bagaikan “anak ayam yang kehilangan Induk”, tidak ada yang sudi membela dan memberikan perlindungan kepada umat Islam dari ganguan bahaya dan muslihat jahat musuh.

Pada dasarnya, para sarjana Islam dari dahulu hingga kini telah berusaha untuk menangani masalah yang berlaku dalam masyarakat ummat Islam di seluruh dunia. Berbagai-bagai formula dan pendekatan yang telah diusul dan dicadangkan namun hasilnya seperti kata pepatah “jauh panggang dari api”. Antara pendekatan yang diambil oleh sebahagian dari sarjana ini termasuklah beberapa istilah yang dilabelkan kepada mereka seperti Reformis, Modenis, Tradisionalis, Rasionalis dan sebagainya. Walaupun berbagai-bagai pendekatan telah dirumus dan diusahakan namun hakikatnya umat Islam masih terjajah dan mundur dari segenap sudut. Secara zahirnya sebahagian besar negara umat Islam telah bebas dari penjajahan negara namun mereka sebenarnya telah dijajah dalam bentuk pemikiran.

Penjajahan dalam bentuk pemikiran inilah sebenarnya yang menyebabkan umat Islam terus-menerus tidak dapat keluar dari kepompongnya. Sesungguhnya al-Ghazw al-Fikriy (perang atau penjajahan mental) ini telah menjalar dengan begitu meluas, mencengkam mangsanya dengan cara yang begitu cepat dan senyap, hinggakan mereka yang terjebak tidak menyedarinya. Penjajahan pemikiran inilah yang menimbulkan berbagai krisis ideologi dikalangan umat Islam menyebabkan mereka terus berpecah dan bercakaran sesama sendiri. Tanpa perpaduan dan penyatuan Ummah sebarang kejayaan adalah mustahil untuk dinikmati, kerana itulah sehingga kehari ini umat Islam di Palestin dan Iraq berterusan ditindas tanpa pembelaan .

Dalam kertas kerja ini penulis akan cuba menyorot sejauhmana krisis pemikiran ini berlaku dalam masyarakat Islam. Untuk mendapatkan worldview yang jelas tentang krisis ini penulis akan menelusuri aliran-aliran pemikiran semasa yang wujud dikalangan tokoh-tokoh pemikir umat Islam dewasa ini, punca-punca berlakunya krisis pemikiran ini dan kesannya kepada masyarakat awam umat Islam terhadap krisis yang berlaku ini. Krisis pemikiran ini jika tidak ditangani dengan bijaksana, dengan ilmu yang yakin akan menyebabkan umat Islam akan terus terkebelakang . Bagi menangani masalah ini penulis akan cuba menganalisis pemikiran Ulama agung akhir abad 14 iaitu Ibn Khaldun( 1332-1406) berdasarkan epistemologi ilmu Islam yang di tulis oleh beliau dalam kitabnya Muqaddimah ibn Khaldun.


Aliran Pemikiran Islam Kini

Dalam arus perkembangan pemikiran Islam kini terdapat lima aliran pemikiran yang mendominasikan pemikiran umat Islam iaitu: Fundemantalis, Tradisionalis, Reformis, Pasca Tradisionalis dan modenis . Untuk mendapat satu worl view terhadap kelima-lima aliran ini dibawah ini akan dijelaskan secara ringkas latar belakang aliran-aliran ini .

i. Fundemantalis
Iaitu kelompok pemikiran yang sepenuhnya percaya kepada doktrin Islam sebagai satu-satunya alternatif bagi kebangkitan umat dan manusia. Menurut pemikir aliran ini, Islam sendiri sudah mencakupi dalam semua aspek, sosial politik ekonomi dan sebagainya. Mereka menyeru untuk mempraktikkan Islam sebagaimana Rasul dan Khulaf’arrashidin. Para pemikir yang mempunyai kecenderongan ini antara lain ialah Sayyid Qutb , Muhammad Qutb , al-Maududi , Ziauddin Sardar dan tokoh-tokoh gerakan haraki termasuk juga dalam kelompok ini.

ii. Tradisionalis.
Iaitu kelompok pemikiran yang berusaha untuk berpegang teguh pada tradisi yang telah mapan. Bagi kelompok ini seluruh persoalan umat telah dibicarakan oleh para ulamak terdahulu di zaman kegemilangan Islam. Tugas umat sekarang ialah menganalogikan pendapat-pendapat mereka. Golongan ini berbeda dengan fundemantalis yang menolak sama sekali modenisasi dan membatasi hanya pada Khulafa’Arrashidin. Aliran ini melebarkan tradisi pada seluruh as-salafussoleh dan tidak menolak pencapaian modenisasi kerana apa yang dihasilkan oleh Modenisasi iaitu sains dan teknologi bagi mereka tidak lebih dari apa yang pernah dicapai oleh umat Islam pada masa kegemilangannya.
Kecenderongan aliran pemikiran ini dijumpai pada pemikiran Seyyed Hossien Nasr , Muttahari , Naquib al-Attas , Ismail Faruqi , Roger Garaudy dan lain-lain. Berbanding dengan Syed Naquib dan Ismail al-Faruqi yang terkenal dengan projek Islamisasi ilmu , Muttahari dan seyyed Hossien Nasr disebut oleh Majid Fakhry sebagai penyambung tradisi Isyraqi yang menjadi Khazanah Tasauf Sufi seperti Mulla Sadra, Ibn Sina, ibn Arabi .

iii. Reformis.
Iaitu kelompok pemikiran yang berusaha merekonstruksi ulang warisan-warisan budaya Islam, dengan cara memberi tafsiran-tafsiran baru. Menurut kelompok ini Umat Islam sesungguhnya telah mempunyai budaya dan tradisi yang bagus dan mapan, namun tradisi tersebut harus dibangun kembali secara baru dengan kerangka moden dan pra syarat rasional agar ianya boleh diterima dalam kehidupan moden. Kecenderongan pemikiran ini dapat dijumpai dalam pemikiran pemikir reformis antaranya Hassan hanafi , Asghar Ali , Bint Asy-syathi , Amina Wadud dan lain-lain.

iv. Pasca Tradisional
Iaitu kelompok pemikiran yang berusaha mendekonstruki warisan-warisan budaya Islam berdasarkan standard atau ukuran moden. Kelompok ini dari satu segi tidak berbeza dengan kelompok reformis, iaitu kedua-duanya sama-sama mengakui warisan tradisi Islam tetap relevan untuk era moden, namun bagi pemikir pasca tradisional, warisan tradisi Islam tersebut tidak cukup dengan penafsiran melalui pendekatan rekonstruktif, tetapi harus di dekonnstruktif. Bagi kelompok ini, seluruh bangunan pemikiran Islam klasik harus dirombak dan dibongkar setelah diadakan kajian dan analisis terhadapnya. Kecenderongan dekonstruktif ini nampak jelas pada pemikiran tokoh-tokoh seperti Arkoun , Jabiri , Syahrur , Fatima Mernisi dan lain-lain. Di Indonesia ia kelihatan dalam pemikiran tokoh-tokoh muda Nahdatul Ulama’.

v. Modenis.
Iaitu kelompok pemikiran yang hanya mengakui rasional ilmiah dan menolak cara pandang agama serta kecenderongan tasawuf yang tidak berasaskan praktis. Menurut kelompok ini, agama dan tradisi masa lalu sudah tidak relevan dengan tuntutan zaman dan harus dibuang dan ditinggalkan. Karakter utama gerakannya adalah keharusan berfikir kritis dalam soal-soal kemasyarakatan dan keagamaan. Mereka yang tergolong dalam kelompok ini umumnya adalah tokoh Muslim yang banyak mengkaji dan dipengaruhi oleh pemikiran Marxisme dari aspek intelektual seperti Kassim Ahmad , Thayyib Tayzim, Abdullah Arwi dan lain-lain. Di Indonesia Kalangan Muhammadiyah sering mendakwa mereka adalah golongan modenis.









Benarkah Dunia Pemikiran Islam Kini Berada Dalam Krisis: Suatu Sorotan ringkas

Berdasarkan senario semasa umat Islam di seluruh dunia dengan kepelbagaian masalah umat seperti kemiskinan dan kemunduran, pencabulan hak-hak asasi tanpa pembelaan, Kejahilan umat bahkan terbahaginya tokoh pemikir umat Islam kepada beberapa aliran pemikiran yang bertentangan, menunjukkan dengan jelas bahawa dunia pemikiran Islam kini berada dalam krisis. Hal ini diakui oleh tokoh-tokoh pemikir Islam sendiri seperti Malek Bennabi, al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali, Abd hamid Abu Sulayman, Taha jabir dan lain-lain .

Kesan Krisis Pemikiran kepada Kesejahteraan Umat Islam Sejagat

Krisis pemikiran ini telah mengakibatkan berlakunya senario dan isu-isu yang amat mendukacitakan kita sebagai pencinta Islam. Berikut adalah antara senario negatif yang amat ketara berlaku dalam masyarakat dunia Islam kini khususnya di Malaysia :

i. Hanyutnya umat Islam dalam budaya Hedonistik iaitu budaya suka berhibur tanpa batasan. Hakikat ini jelas berlaku, rancaknya program-program hiburan dengan mendapat liputan dan sambutan yang amat meluas, para artis disanjung dan di puja.Para ilmuan dan ulamak dibenci dan dikritik. Pada peringkat akhir budaya hedonistik ini akan menggugat akidah dan pegangan umat Islam kerana budaya ini akan mengakibatkan umat Islam malas mencari ilmu, malas berfikir, malas beribadat, prejudis dan tertutup.
ii. Munculnya para pemimpin yang bukan saja tidak layak memimpin umat, malah juga tidak memilikki akhlak yang luhur dan keupayaan intelektual dan spiritual yang mencukupi. Kemunculan ini adalah hasil dari kehilangan adab( the loss of adab), kehilangan adab ini pula adalah berpunca dari kekeliruan dan kesilapan pengtahuan .
iii. Berlakunya kekosongan rohani di kalangan umat Islam akibat dari kejahilan dalam akidah dan kemalasan beribadat. Kekosongan rohani ini akhirnya menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh berbagai-bagai bentuk ajaran kebatinan yang sesat. Menurut sumber dari PDRM, ajaran sesat ini menduduki tempat kedua sebagai ancaman negara selepas dadah .
iv. Lahirnya golongan Sophist. Golongan inilah merupakan cabaran yang paling besar kepada pemikiran Islam kini. Kelompok inilah yang melahirkan aliran-aliran yang tidak sihat dalam pemikiran Islam. Zahirnya golongan ini akan menyebabkan runtuhnya sendi-sendi utama Islam Seterusnya akan merosakkan keberagamaan umat Islam. kerana mereka mempersoalkan sumber otoriti dalam Islam iaitu Sunnah. Dr Wan Mohd Nor Wan Daud dalam bukunya , Falsafah dan Amalan Pendidikan Islam Syed M. Naquib Al-Attas, telah mengupas secara komprehensif tentang Sophist. Kupasan beliau berdasarkan pemikiran Naquib al-Attas membahagikan golongan Sophist ini kepada tiga kelompok iaitu: al-La Adriyyah atau gnostik kerana selalu mengatakan tidak tahu, atau selalu ragu-ragu tentang keberadaan sesuatu sehingga menolak kemungkinan ilmu pengtahuan. Kelompok yang kedua ialah al-Indiyyah, iaitu mereka yang selalu bersikap subjektif, bagi mereka matlamat ilmu pengtahuan dan kebenaran adalah subjektif. Kelompok yang ketiga ialah al-Inadiyyah, iaitu mereka yang keras kepala, yang menafikan realiti segala sesuatu. Pemikiran Sophist ini akhirnya melahirkan impak-impak yang merbahaya kepada pegangan umat antaranya :
i. Mengarahkan manusia kepada kebebasan berpendapat secara mutlak, sehingga mereka tidak mengiktiraf wujudnya perkara-perkara Qati’e(Conclusive), Ijma’(Consensus among Mujtahidin.Akibatnya lahirlah apa yang berlaku sekarang dengan istilah-istilah seperti Islam Liberal, Islam Plural, Islam Rasional dan sebagainya.
ii. Pasca modenisme dan teori transenden semua agama, yang didasarkan kepada keberbagaian kebenaran yang diyakini memilikki tingkat kesahihan yang sama.
iii. Gerakan-gerakan feminisme yang melampau, mereka berpendapat bahawa secara historis, agama, peradaban, dan segala sesuatu dikuasai dari perspektif kaum Adam . Mereka cuba mentafsirkan semula al-qur’an dengan tafsiran bercorak hermeunatik dan menolak hadis.
iv. Menganggap agama dan hukum-hukum agama sebagai produk identiti kebudayaaan dan sosio ekonomi tertentu, contohnya , mempengaruhi umat Islam bahawa hukum Hudud hanya mencerminkan kedudukan sosio ekonomi Arab abad ke 7.


Punca-punca utama kepada berlakunya Krisis Pemikiran di kalangan Umat Islam

Prof. Dr. Abdul Halim Mat Diah di dalam bukunya, Pendidikan islam di Malaysia sejarah dan Pemikiran, menyenaraikan lima cabaran yang dihadapi oleh umat islam dalam arus pemikiran kini iaitu: Kejahilan Ummah, sekularisma, Orientalisma,ajaran-ajaran sesat dan kristianisasi . Pada hemat penulis , cabaran ini sebenarnya adalah punca kepada berlakunya krisis. Dari cabaran-cabaran ini penulis menyimpulkan dua punca utama krisis iaitu: kejahilan Ummah dan serangan dari musuh tradisi umat Islam iaitu Yahudi dan Nasrani.

i. Kejahilan Ummah
Kejahilan Ummah menduduki tangga teratas sebagai punca utama krisis pemikiran kini, Kejahilan Ummah terhadap hakikat Islam yang sebenar akan menyebabkan lahirnya pemikiran-pemikiran yang menodai kemurnian pemikiran Islam. Menurut Dr. Wan Mohd Nor Daud, pembinaan budaya ilmu yang bersepadu dan jitu adalah merupakan Prasyarat terpenting bagi kejayaan dan kekuatan sesuatu bangsa. Walau sekaya mana pun sesebuah negara itu jika tidak diikuti dengan ilmu mereka akan bergantung kepada negara lain yang lebih maju dari segi keilmuan dan kepakaran. Kerana kepentingan inilah di dalam al-Quran akar kata ilmu disebut lebih daripada 760 kali (rujuk s Dawilah dan Franz Rosentha).
ii. Serangan Musuh Tradisi Umat Islam: Yahudi dan Nasrani
Firman Allah s.w.t dalam surah yang berbunyi:
ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتي تتبع ملتهم
Maksudnya:

Kristian dan zionis saling bekerjasama untuk memerangi umat Islam. Mereka berusaha sedaya upaya penjajahan dan cengkaman mereka keatas umat Islam akan berterusan. Mereka menyedari bahawa kekuatan persenjataan tidak mungkin kekal lama dan memungkinkan mereka menguasai umat dan negara Islam. Untuk itu beberapa kajian dan permesyuaratan yang telah mereka adakan akhirnya mencapai kata sepakat untuk menjajah Umat Islam melalui serangan pemikiranالغزو الفكر. (rujuk buku abd aziz Baaz. Gerakan-gerakan kristian dan Zionis inilah akhirnya mencambahkan sampah-sampah dalam pemikiran Islam. Kristianisasi, westernisasi, modenisasi, sekularisasi,Liberalisasi, adalah antara produk-produk serangan pemikiran ini. Ada beberapa cara yang digunakan oleh Barat untuk menyebarkan pemikiran mereka antaranya:

i. Gerakan Orientalisme
Orientalisme bermaksud kajian-kajian Barat berhubung dengan Islam samada dalam bidang bahasa