Monday, August 2, 2010

Kesan Mimpi pada Psikologi: Menurut tinjauan menurut perspektif al-Qur'an dan al-Sunnah

Pendahuluan


Manusia normal biasanya menghabiskan satu pertiga dari hidup setiap hari dengan tidur. Ketika tidur kita akan bermimpi, samada kita sedari mahupun tidak. Kajian-kajian moden telah menunjukkan bahawa tidur dan mimpi adalah amat penting kepada kesihatan mental dan fizikal. Mimpi-mimpi yang dianggap mimpi kacau sekalipun mempunyai faedah kepada manusia. Sigmund Frued mengambarkan mimpi sebagai ‘ The royal road to the unconscious’ atau dalam bahasa melayunya bermaksud ‘jalan diraja menuju dunia bawah sedar’. Menurut Freud setiap mimpi mempunyai tafsiran-tafsiran yang tersembunyi seperti pemenuhan kepada impian yang tidak tercapai atau terpendam. Impian-impian tersebut dikaitkan oleh freud dengan impian dan keinginan seksual yang terpendam. Impian tersebut muncul dalam mimpi melalui gambar-gambar dan simbol-simbol yang tertentu.

Lama sebelum penemuan Frued yang dianggap oleh massa sebagai tokoh psikologi yang paling menyerlah, para intelektual Islam dalam bidang falsafah, tasawwuf dan sebagainya telah mendahului beliau dengan kajian yang lebih tepat dan lebih benar berdasarkan kepada sumber yang paling berotoriti diatas muka bumi iaitu al-Qur’an dan al-Sunnah. Kajian tentang ilmu jiwa atau psikologi hari ini telah didahului oleh segugusan intelektual muslim yang terbilang dalam berbagai aspek seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibn Sina, Ikhwan al-Safa, al-Ghazzali, Ibn Khaldun, Ibn Rushd, Ibn Taymiyyah, Ibn Qayyim al-Jauziyyah dan lain-lain. Yang menarik dalam kajian ulamak ini ialah mereka meletakkan mimpi sebagai salah satu objek penting dalam kajian mereka.


Definisi mimpi dan Psikologi


Mimpi mempunyai kesan yang besar kepada psikologi manusia. Kerana kesan dan kepentingan inilah seterusnya kajian psikologi samada yang terkini mahupun yang telah didahului oleh ulamak-ulamak muslimin akan berbicara tentang mimpi. Untuk mendapat gambaran yang jelas terhadap kesan mimpi kepada psikologi, tinjauan ini akan menyorot terlebih dahulu terhadap berbagai definisi mimpi dan faktor yang mencetuskannya juga definisi psikologi itu sendiri. yang telah diutarakan oleh para pengkaji psikologi. Definisi mimpi dalam tinjauan ini akan merujuk kepada pendefinisian yang diutarakan oleh dua orang psikologi Barat iaitu Freud dan Carl Gustav Jung dan dua orang tokoh ulamak muslimin iaitu al-Kindi dan Ibn Khaldun.

Mimpi : Definisi dan latarbelakang kajian
.
Menurut Frued ( 1865-1939), mimpi didefinisikan sebagai ‘ aktiviti Psikis ( jiwa) seseorang ketika ia berada dalam kondisi tidak sedar atau sedang tidur.’ . Frued dalam karyanya yang dianggap sebagai ‘masterpiece’ beliau iaitu the interpretation of dreams yang diterbitkan pada awal 1900M telah mengunakan pengalaman peribadi beliau sendiri sebagai panduan. Menurut Frued, mimpi seseorang adalah dikaitkan dengan keinginan seksual yang terpendam terutamanya semasa kanak-kanak, yang selalunya digambarkan dalam bentuk illusi dan simbol-simbol. Perlu dinyatakan bahwa Frued langsung tidak mengaitkan mimpi dengan roh dan alam ketuhanan (Divine). Beliau telah membawa pandangan Aristotles yang menurut beliau menyatakan bahawa, mimpi hanyalah persoalan psikologis bukannya ilham dari dewa, bahkan ia lahir dari sifat-sifat kejam atau jahat (Demonic) dan sifat kejam itulah sifat manusia yang sebenarnya. Ahli psikologi barat kebanyakannya menyatakan asal sifat manusia adalah jahat dan kejam, mereka menafikan sifat-sifat malaikat yang ada pada manusia.

Dua puluh tahun selepas Frued muncul Carl Gustav Jung (1875- 1961) , salah seorang murid Frued dengan membawa idea yang tersasar jauh dari idea gurunya Frued. Idea-idea Jung ini diterbitkan dalam bukunya Modern Man In Search Of A Soul pada tahun 1933 Jung menolak pandangan gurunya yang menyandarkan mimpi kepada dorongan seksual semata-mata. Mimpi menurut jung berlaku secara spontan ia adalah suatu aksi yang kreatif yang digambarkan melalui imej-imej simbolik yang biasa kepada semua manusia, ia terletak pada suatu tempat yang asas dalam jiwa manusia yang diistilahkan oleh Jung dengan “ Collective unconscious” atau diterjemahkan dengan alam tidak sedar kolektif. Alam tidak sedar kolektif menurut Jung adalah sesuatu yang diwariskan dimana setiap manusia memilikki sifat kebersamaan dengan manusia lain. Jung percaya bahawa mimpi adalah gambaran kepada bentuk-bentuk mental, emosi juga potensi spiritual termasuk Telepati. Teori Jung ini dilihat istimewa kerana penekanannya kepada aspek paranormal dan Mistik.

Menurut Dr Amir An- Najar dalam bukunya al-Ilmu an-Nafsi al-Sufiyyah, idea-idea ‘alam tidak sedar kolektif’ Jung lebih dekat dengan idea-idea kaum Sufi. Al- Kindi mendefinisikan mimpi dengan ‘ Aktiviti berfikir yang dilakukan oleh jiwa tanpa pengunaan pancaindera’. Menurut al- Kindi kekuatan khayalan (القوة المصورة ) iaitu kekuatan mengambarkan sesuatu yang ada dalam akal manusia adalah lebih jelas dan lebih meyakinkan apabila sesorang itu berada dalam keadaan tidur. Tenggelamnya manusia dalam aktiviti berfikir tanpa mengunakan pancaindera menjadikan hakikat sesuatu benda dapat dilihat dengan lebih jelas seolah-olah disaksikan dengan pancaindera. Hasil dari aktiviti inilah lahirnya mimpi dan Ru’ya(ألأحلآم والرؤيا). Al-Kindi membicarakan tentang mimpi dalam kitabnya yang bertajuk في ماهية النوم والرؤيا. Beliau membahagikan mimpi kepada empat jenis iaitu pertama, mimpi yang memberi petunjuk tentang perkara yang akan berlaku yang diperlihatkan kepada manusia sebelum ia terjadi. Kedua, mimpi yang digambarkan melalui simbol-simbol yang menunjukkan diatas sesuatu yang lain, ketiga mimpi yang menunjukkan sesuatu yang bertentangan dan yang keempat mimpi yang tidak menunjukkan apa-apa erti atau di panggil mimpi-mimpi kacau. Menurut al-Kindi, kejelasan sesuatu mimpi adalah bergantung kepada tahap jiwa seseorang. Seseorang yang mempunyai jiwa yang bersih maka, mimpinya adalah lebih jelas sehingga ia mendapat gambaran sesuatu sebelum ia terjadi.

Ibn Khaldun mendefinisikan mimpi dengan ‘ kesedaran yang timbul dalam jiwa yang berakal(
النفس الناطق) yang berlaku ketika tidur. Ruh al-Natiq dapat mencapai persepsi alam ghaib, pancaindera adalah penghalang kepada ruh ini untuk melihat alam hakikat. Apabila manusia tidur yang mana sebab pada waktu itu kekuatan indera menjadi lemah, maka tabir yang menutupi kebenaran itu akan terbuka. Apabila tabir sudah terbuka, jiwa manusia akan berkesempatan untuk mengentahui apa saja yang dikehendakki dalam dunia hakikat, ketika ini mereka mendapatkan kearifan ‘pure intellection’. Namun demikian proses untuk mendapatkan pure intellection ini berbeza diantara seorang manusia dengan manusia yang lain kerana berbezanya tingkat dan kedudukan jiwa.

Jiwa manusia menurut Ibn Khaldun terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:


i. jiwa yang secara semulajadi tidak kuat imannya. Dengan demikian ia lebih terdorong untuk tunduk kepada tuntutan panca indera. Dengan tabiatnya ia mampu mencapai ilmu namun terbatas kepada alat-alat idrak berbentuk deria.


ii. Jiwa ini dapat menggarap ilmu secara rohani tanpa mengunakan alat-alat deria. Ia merupakan kurniaan Allah s.w.t. Jiwa ini melangkaui peringkat-peringkat penyaksian indera kepada penyaksian rohani. Roh peringkat ini dimilikki oleh para wali, ulamak, orang-orang yang mempunyai pengtahuan tentang ketuhanan yang mendalam.


iii. Jiwa para nabi dan Rasul. Roh pada tahap ini Dapat menanggapi ilmu yang tertinggi absolute tanpa kesilapan. Mereka dapat secara semulajadinya menukar sifat-sifat kemanusiaan yang ada dalam diri mereka kepada sifat malaikat, kerana itu mereka dapat mendengar bicara yang penting dan kalimah yang suci dari Allah s.w.t.


Definisi Psikologi Agama


Psikologi berasal dari bahasa Yunani kuno, psyche yang bererti jiwa dan logos yang bererti ilmu. Oleh itu psikologi ialah ilmu tentang jiwa. Psikologi secara umum mempelajari gejala-gejala kejiwaan manusia yang berkaitan dengan fikiran ( Cognisi), perasaan( emotion) dan kehendak( Conasi). Gejala tersebut secara umum memilikki ciri yang hampir sama pada diri manusia dewasa yang normal. Ciri ini dapat diamati melalui sikap dan perilaku mereka. Harun Nasution mendefinisikan agama berdasarkan kata asalnya iaitu al-Din. Religi( relegere, religare). Al-Din (semit) bererti undang-undang atau hukum. Dalam bahasa Arab pula mengandungi erti menguasai, menundukkan, patuh, hutang, balasan dan kebiasaan. Dari kata religi ( Latin) atau relegare bererti mengumpulkan dan membaca, kemudian religare bererti mengikat. Manakala kata agama itu sendiri dari A= tidak dan gam= pergi, oleh itu agama bererti tetap dan tidak pergi. Bertitik tolak dari pengertian tersebut Harun Nasution mendefinisikan agama dengan ikatan yang harus dipegang dan dipatuhi manusia. Dengan demikian psikologi agama merupakan cabang psikologi yang meneliti dan mempelajari tingkah laku manusia dalam hubungannya dengan pengaruh keyakinan terhadap agama yang dianuti serta dalam kaitannya dengan perkembangan usia masing-masing.

Jenis-jenis mimpi: Tinjauan dari al-Qur’an , Al-Sunnah. Dan Kajian Psikologi

Tinjauan dari al-Qur’an

Terdapat empat kalimah yang berbeza yang merujuk kepada mimpi di dalam al-Qur’an iaitu ru’ya (
رؤيا), Manam (منام ), bushra ( بشرى ) dan Adghasu ahlam (اضغاث احلآم . Dalam al-Qur’an kalimah Ru’ya muncul enam kali iaitu dalam ayat 5 , 43, dan ayat 100 surah Yusuf, ayat 60 surah al Isra’, ayat 105 surah al-Saffat, ayat 27 surah al-Fath. Manakala kalimah Manam muncul empat kali. Dua kali merujuk kepada tidur iaitu dalam ayat 23 surah al-Rum juga ayat 42 surah al-Zumar, dan dua kali merujuk kepada mimpi iaitu dalam ayat 43 surah al-Anfal juga ayat 102 surah al-Saffat. Manakala kalimah Bushra muncul sekali dalam alqur’an juga membawa maksud mimpi iaitu dalam ayat 64 surah Yunus. Ketiga-tiga kalimah iaitu Ru’ya Manam dan Bushra merujuk kepada mimpi-mimpi yang baik.

Untuk mimpi yang buruk alqur’an mengunakan kalimah Hulm. Kalimah Hulm muncul dalam alQur’an sebanyak dua kali iaitu dalam ayat 44 surah Yusuf dan dalam ayat 5 surah al-Anbiya’ , kedua-duanya merujuk kepada adghath ahlam Iaitu mimpi-mimpi yang kacau. . Secara kasarnya terdapat sepuluh kisah mimpi dalam al-Qur’an iaitu empat berkaitan dengan nabi Yusuf ,dua berkaitan dengan nabi Ibrahim dan selebihnya ialah mimpi yang berkaitan dengan nabi Muhammad s.a.w.

Tinjauan jenis mimpi dalam al-Sunnah.

Sebagaimana al-Qur’an, al-Sunnah juga menaruh perhatian yang besar terhadap persoalan mimpi. Al-Bukhari dalam himpunan hadis-hadis sahihnya telah meletakkan mimpi dalam satu bab iaitu bab al-Ta’bir (
التعبير ). Bab ini mengandungi 99 hadis tentang mimpi. Kesemua hadis itu juga telah ditakhrijkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya kecuali beberapa hadis sahaja yang tidak terlibat. Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w, baginda menyebut mimpi terbahagi kepada dua iaitu al-Ru’ya dan al-Hulm. Antara hadis-hadis tersebut ialah:


i. Sabda rasulullah s.a.w dari hadis yang diriwayatkan oleh Abi Qatadah r.a.:


الرؤيا من الله والحلم من الشيطان فاذا حلم أحدكم الحلم يكرهه فليبصق عن يساره وليسعذ بالله فلن يضره


Maksudnya: Mimpi yang baik ‘ru’ya’ adalah dari Allah s..w.t, manakala mimpi kacau ‘al-Hulm’ adalah dari syaitan. Sesiapa dikalangan kamu bermimpi sesuatu yang dibenci hendaklah diludah kesebelah kiri sambil memohon perlindungan Allah. Nescaya syaitan tidak akan memudaratkannya.

ii. Sabda rasulullah s.a.w dari hadis yang diriwayatkan oleh Abi Sa’id al-Khudri:

اذا رأى احدكم الرؤيا يحبها فانما هى من الله فليحمد الله عليها وليحدث بها واذا رأى غير ذلك مما يكره فانما هى من الشيطان فليسعذ من شرها ولآ يذكرها لأحد فانها لآ تضره


Maksudnya: Apabila kamu bermimpi dengan mimpi yang disukainya, ianya datang dari Allah s.w.t. Kerana itu hendaklah ia memuji Allah s.w.t dan sunat memberitahu kepada orang lain. Sebaliknya apabila seseorang itu bermimpi dengan mimpi yang buruk, ianya adalah dari syaitan, maka hendaklah berlindung dengan Allah s.w.t dari kejahatnnya, dan tidak menceritakannya kepada orang lain. Mimpi itu tidak akan memudaratkannya.


Dalam hadis yang lain rasulullah s.a.w membahagikan mimpi kepada tiga, sabda rasulullah s.a.w:


والرؤيا ثلآثة فرؤيا الصالحة بشرى من الله ورؤيا تحزين من الشيطان ورؤيا مما يحدث المرء نفسه فان رأى احدكم ما يكره فليقم فليصل ولآ يحدث بها الناس


Maksudnya: Mimpi ada tiga jenis: ru’ya solehah yang merupakan khabar gembira dari Allah s.w.t, mimpi yang menyedihkan berasal dari syaitan, dan mimpi yang termasuk peristiwa yang dialami seseorang itu sendiri. Jika kamu bermimpi yang tidak menyenangkan hendaklah ia bangkit dan mengerjakan solat. Dan janganlah ia memberitahu mimpi itu kepada orang lain

Ibn Khaldun membahagikan mimpi kepada tiga dengan bersandarkan hadis rasulullah s.a.w:


الرؤيا ثلآث : رؤيا من الله, ورؤيا من الملك, ورؤيا من الشيطان

.
Maksudnya: Mimpi ada tiga bahagian iaitu mimpi dari Allah, mimpi dari malaikat, dan mimpi dari syaitan

Mimpi dari Allah s..w.t adalah mimpi yang jelas dan terang yang tidak memerlukan kepada tafsiran. Manakala mimpi dari malaikat pula adalah juga mimpi yang benar tetapi memerlukan penta’biran. Sementara mimpi dari syaitan pula adalah mimpi-mimpi kacau yang tidak mempunyai sebarang erti. Perbezaan bilangan jenis mimpi samada dua atau tiga tidaklah menunjukkan bahawa terdapat pertentangan antara hadis-hadis rasulullah s.a.w kerana mimpi yang berasal dari peristiwa yang dialami oleh seseorang itu juga sebenarnya termasuk dalam kategori Hulm. Dalam hadis diatas Hulm dimasukkan kedalam kategori ru’ya. Ru’ya solehah adalah khabar gembira dari Allah sw.t. Mimpi jenis ini adalah sama dengan mimpi yang dialami oleh para nabi yang telah disebutkan dalam al-Quran al-Karim.


Mimpi jenis kedua tergolong dalam Hulm yang menimbulkan kesedihan, keragu-raguan dan kebatilan. Mimpi jenis ini berasal dari syaitan. Sementara mimpi jenis ketiga merupakan pengalaman peribadi dimasa lampau atau ingatan yang terpendam dalam alam bawah sedar seseorang yang kemudian muncul ketika sedang tidur. Mimpi jenis kedua dan ketiga dikategorikan sebagai Hulm yang menjadi objek kajian para psikologis moden. Sedangkan mimpi jenis pertama merupakan ru’ya solehah atau ru’ya sodiqah yang tidak tercakup dalam bidang kajian psikologi moden.


Jenis-jenis mimpi dalam Kajian Psikologi.


Mimpi dalam kajian psikologi terjadi kerana adanya problem kejiwaan yang sulit disembuhkan, baik diketahui dan disedari, mahupun yang terpendam di alam bawah sedar sejak tahun-tahun pertama dari masa kanak-kanak. Dalam tinjauan al-Qur’an dan al-Sunnah mimpi ini dikategorikan sebagai al-Hulm atau adghat ahlam. Menurut aliran ilmu psikologi sumber dan tabiat mimpi terbahagi kepada empat jenis iaitu:


i. stimulus perasaan yang datang dari luar jasmani, contohnya seorang yang sedang tidur lalu mendengar suara dari luar. Suara itu menjadi stimulus terhadap jiwa dan dapat memberikan gambar-gambar yang sesuai dengan bentuk suara yang didengarinya.


ii. Stimulus perasaan yang datang dari jiwanya sendiri seperti stimulus lapar, haus dan keinginan untuk membuang air. Seringkali orang tertidur lapar melihat sebuah raga yang penuh dengan makanan atau orang yang tidak mempunyai duit berjumpa dengan duit yang banyak.


iii. Stimulus jasmaniah batiniah seperti gejolak-gejolak dan gangguan batin seperti orang yang hatinya terganggu sering bermimpi mati dan melihat kondisi-kondisi yang sangat menakutkan.


iv. Sumber mimpi dari jiwa sebagai peringatan seperti adanya perhatian kuat sesorang disiang hari atau dikala dalam keadaan sedar tentang sesuatu kejadian. Perhatian yang kuat tersebut dapat mengenang dan memanggil kenangan masa lalunya yang tersimpan di dalam alam sedarnya.


Cara Mendapatkan Mimpi Yang Benar.


Al- Qardawi dalam bukunya Mauqif al-Islam Min al-Ilham wa al-Kasyf wa Al-Ru’ya, menolak hujjah sebahagian ulamak tasawwuf yang melampau yang menganggap mimpi boleh dijadikan hujjah syara’. Namun demikian beliau mengakui tentang adanya dalil terhadap kebenaran ilham , Kasyf dan ru’ya yang berlaku kepada sebahagian manusia-manusia yang mempunyai tahap keimanan dan tahap ibadat yang tinggi kepada Allah s.w.t. Menurut beliau Ilham adalah kasyf sewaktu dalam keadaan jaga dan mimpi yang benar ‘ru’ya’ adalah kasyf dalam keadaan tidur.

Menurut Ibn Khaldun, Kasyf seringkali terjadi kepada orang-orang yang membiasakan diri dengan latihan kerohanian ( Mujahadah). Latihan-latihan kerohanian, Khalwah, zikir dan doa merupakan makanan kepada roh. Apabila roh menjadi kuat tirai perasaan akan tersingkap dan roh akan menyedari kewujudannya yang sebenar, ia akan memahami sifat-sifat Allah s.w.t, mendapat bahagian dari ilmunya, menerima rahmat yang khusus , roh akan dapat mencapai tingkatan malaikat. Dalam keadaan jiwa yang jernih dan bersih, roh akan terbebas dari ikatan fizikal yang membolehkanya bergerak bebas. Dalam kondisi seperti ini roh akan mampu melihat dan mendengar sesuatu yang sangat jauh dan mampu menangkap hal-hal yang berada di alam metafizik. Kemampuan roh inilah yang dikenali dalam dunia moden hari ini dengan telepati. Sabda rasulullah s.a.w:


لولا أن الشياطين يحومون على قلوب بنى آدم لنظروا الى ملكوت السمآء


Maksudnya: Kalau bukan kerana syaitan mengerumuni hati anak Adam, pasti mereka mampu melihat alam malakut langit.


Sebagaimana yang telah disebutkan sebelum ini dalam definisi mimpi, bahawa ruh al-Aql atau Ruh al-Natiq dapat menanggapi persepsi alam ghaib. Penghalang kepada ruh al-Natiq dari mendapat persepsi alam ghaib ini ialah pancaindera. Dalam keadaan tidur dimana segala pancaindera direhatkan maka ruh al-Natiq ini berada dalam keadaan aktif. Jika mimpi seseorang itu adalah hasil dari aktiviti ruh al-Natiq , maka ia adalah mimpi yang benar atau disebut ru’ya. Namun demikian jika mimpi itu diperolehi dari gambar-gambar yang disimpan di dalam kekuatan mengingat (
الحافظة ) dimana seseorang itu telah menyimpannya dalam keadaan jaga maka ianya adalah mimpi-mimpi yang mengelirukan(اضغاث أحلآم ).


Menurut Ibn Khaldun, ru’ya dan adghathu ahlam boleh dibezakan. Menurut beliau mimpi yang benar dapat dikenali melalui tanda-tanda berikut:


i. Pemimpi akan segera bangun sebaik sahaja dia menanggapi mimpi tersebut sekalipun dia tidur dalam keadaan yang amat lena kerana persepsi yang diberikan kepadanya akan membebaninya jika ia terus tidur.


ii. Mimpi itu akan berkekalan dengan segala perinchian di dalam kotak ingatannya. Mimpi itu tetap tergambar dalam ingatannya apabila dia sudah sedar dan tidak memerlukan pemikiran untuk mengingat kembali. Hal ini bersesuaian dengan keistimewaan wahyu. Dalam hadis ada menyebut bahawa mimpi adalah sebahagian daripada 46 bahagian kenabian sabda rasulullah s.a.w:


الرؤيا جزء من ستة وأربعين جزءا من النبوة


Maksudnya: Mimpi yang baik adalah sebahagian dari 46 kenabian.
Kerana kekekalan ingatan terhadap wahyu itulah maka Allah berfirman kepada rasulnya:


لآ تحرك به لسانك لتعجل به أن علينا جمعه وقرآنه فاذا قرأناه فاتبع قرآنه ثم ان علينا بيانه


Maksudnya:


Mimpi manusia berbeza di antara satu sama lain, bergantung kepada kesedian jiwanya. Untuk mendapatkan mimpi-mimpi yang baik ulamak telah menyarankan beberapa adab untuk diikuti. Antaranya sebagaimana yang dituliskan oleh Muhammad Ibn Sirin rahimahullah iaitu:


i. Sentiasa bercakap benar dalam setiap pertuturan. Sabda rasulullah s.a.w;


أصدقكم رؤيا أصدقكم حديثا


Maksudnya: Yang paling benar mimpi dikalangan kamu ialah mimpi orang yang paling benar dalam percakapannya.

ii. Bersungguh-sungguh menjaga fitrah. Diriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w sering bertanya kepada para sahabat tentang mimpi-mimpi mereka untuk ditafsirkan. Pada suatu ketika baginda diminta oleh para sahabat untuk mentafsirkan mimpi mereka tapi baginda enggan dan berkata ‘ bagaimana aku boleh mentafsirkan mimpi kamu sedangkan pada kuku kamu terdapat kekotoran’. Kekotoran itu disebabkan mereka tidak memotong kuku sedangkan memotong kuku adalah fitrah.


iii. Tidur dalam keadaan suci dan bersih. Sabda Rasulullah s.a.w dari hadis yang diriwayatkan oleh Abi Zarr r.a. :


أوصاني خليلي بثلآث لآ أدعهن حتى أموت صوم ثلآثة أيام من كل شهر
وركعتي الفجر وأن لا أنام الآ على طهر


Maksudnya: Kekasihku yakni rasulullah s.a.w telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan aku amalkan hingga mati iaitu: berpuasa tiga hari dalam setiap bulan, solat sunat Fajar dua rakaat dan tidur dalam keadaan bersih dan suci.

iv. Tidur diatas lambung kanan dan meletakkan tangan kananya diatas paha kanan .

v. Berdoa dengan doa-doa yang baik.


Setelah mendapat mimpi seseorang pemimpi juga perlu menjaga adab-adab tertentu, iaitu :


i. Jika ia bermimpi dengan sesuatu yang dibenci maka hendaklah ia mengalihkan kedudukan badannya, berpaling kekiri dan meludah sebanyak tiga kali sambil memohon perlindungan Allah dari syaitan yang terkutuk, bangun menunaikan solat dan tidak menceritakan mimpinya kepada sesiapapun.


ii. Tidak menceritakan mimpinya kepada orang yang dikenalpasti mempunyai sifat hasad dengki. Sebagaimana kata-kata nabi Yaakub kepada anaknya Nabi Yusuf:


لآ تقصص رؤياك على اخوتك فيكيدوا لك كيدا


Maksudnya : Wahai anak, janganlah engkau ceritakan mimpi mu ini kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan satu rancangan jahat terhadapmu
Yusuf : ayat 5.


iii. Tidak menceritakan mimpinya kepada orang yang jahil, kanak-kanak dan orang perempuan.


iv. Tidak berbohong tentang mimpinya itu . Sabda Rasulullah s.a.w:


من كذب فى الرؤيا كلف يوم القيامة عقد شعيرتين.

Maksudnya:

Manakala bagi orang yang mendengar mimpi juga mempunyai adab-adab yang tertentu iaitu:


i. Berkata baik kepada orang yang bermimpi. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila diceritakan kepadanya mimpi oleh para sahabat baginda berkata:


خيرا تلقاه وشرا تتوقاه وشرا لأعداءنا الحمدلله رب العالمين

Maksudnya:







ii. Menta’birkan mimpi dengan sebaik-baik tafsiran. Sabda Rasulullah s.a.w :


الرؤيا تقع على ما عبرت وروي أنه قال الرؤيا على رجل طائر ما
لم يحدث بها فاذا حدث بها وقعت


Maksudnya: Mimpi akan berlaku mengikut apa yang ditafsirkan, baginda meriwayatkan bahawa mimpi lelaki yang membawa roti yang dimakan burung sebenarnya adalah pembohongan, namun setelah ditafsirkan ia terjadi sebagaimana yang ditafsirkan.

iii. Mendengar dengan teliti mimpi yang diceritakan dan tidak tergesa-gesa
untuk menta’birkannya.


iv. Merahsiakan mimpi yang diceritakan kerana ia adalah satu amanah.


v. Tidak menta’birkannya ketika matahari sedang naik ataupun
diketika matahari sedang tenggelam.


x. Membezakan kedudukan si pemimpi ketika mentafsirkannya, contohnya tidak boleh mentafsirkan mimpi sultan sama dengan mimpi rakyat biasa .



Kesan Mimpi Kepada Psikologi Agama : Tinjauan Menurut Perspektif al-Qur’an dan al-Sunnah.


Sebagaimana yang telah dibahaskan dalam definisi mimpi juga dari tinjauan jenis mimpi berdasarkan al-Qur’an dan al-Hadis kita dapat melihat dengan jelas bahawa mimpi mempunyai asas yang kukuh dalam Islam. Berdasarkan kepada kedudukan ini mimpi memang mempunyai kesan yang besar kepada psikologi agama manusia. Hakikatnya apabila kita membicarakan kesan mimpi kepada psikologi ia mempunyai perkaitan dengan ilmu mentafsir mimpi. Ilmu mentafsir mimpi sebagaimana yang dicatatkan oleh Ibn Khaldun dalam muqaddimah, sudah wujud di kalangan masyarakat dan bangsa sebelum Islam, malangnya ilmu tafsir mimpi ini tidak sampai kepengtahuan umat Islam. Menurut Ibn Khaldun, dalam apa keadaan pun semua manusia boleh mendapat alamat mimpi, dan mimpi ini harus ditafsirkan.

Sigmund Frued dianggap sebagai tokoh psikologi moden pertama yang membahaskan tentang mimpi sebagai analisi ilmu jiwa ‘Psikoanalisis’. Dalam muqaddimah bukunya ‘ the interpretation of dreams’ memuatkan latarbelakang ilmiah tentang ilmu mentafsir mimpi. Beliau menyebut tokoh-tokoh ternama yang pernah berbicara tentang mimpi dari intelektual tamaddun Yunani seperti Aristotles, macrobius, Artimedourous. Juga dari sarjana-sarjana yang lebih terkini seperti John Lubhock, Herbert Spencer, E.B Taylor. Tetapi amat malang bagi Frued kerana mengabaikan teori-teori mimpi yang telah dibahaskan oleh tokoh-tokoh failsuf muslim seperti al-Kindi, al-Maskawaih, al-Farabi, Ibn Sina, al-Ghazalli, Ibn Khaldun dan segugusan ulamak-ulamak muslimin yang tidak terbilang banyaknya.

Bibliografi

Abdul Hadi Abu Ridah (1951) Rasail al-Kindi al-Falsafi, Kaherah: Dar al-Fikr al-Arabiy,

Abdul Malik Mujahid dalam .Dr. Muhammad Muhsin Khan (1994) Summarized Sahih al-Bukhari, Riyadh: Maktabah Dar ussalam..

al Ghazzali, Al-Risalah Al-Laduniyyah, terj. Abdullah b. Muhammad (1977) Ilmu Ladunni,

Alden E. Wessman, Carl Gustaf Jung, Encyclopedia Americana, USA: Grolier, vol 16, 1991,

al-Ghazzali, Kimya al-Saadah, dalam Majmu ‘ah Rasa’il al-Imam al-Ghazali

Al-Qaradhawi, Yusuf ( 1994), Mauqif al-Islam min al-Ilham wa alkasyf wa al-ru’ya. Kaherah: Maktabah Wahbah cet 1.

Al-Qushairi, Risalah al-Qushairiyyah,Kaherah: Matba’ah Muhammad Ali Sobih, t.t.

Amir al-Najjar, Al-Ilmu al-Nafsi al-Sufiyyah, terj. Dr. Hasan Abrori (2000), Ilmu Jiwa Dalam Tasawwuf

CD ROM al-Mausu’ah al-Hadis al-Syarif (2000), keluaran kedua, Global Islamic Software. Entri.

Che Zarrina Sa’ari, Epistemologi Islam Menurut Ibn Khaldun, dalam Jurnal Usuluddin,

Haji Zainal A’rifin Abbas ( 1973), Ilmu Tasawwuf, Kota Bharu : Pustaka Aman Press, cet 5,

Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun, Beirut: Dar Ihya’ al-turas al-Arabi ( t.t),

Ibn Manzur, Lisan al-Arab

Ibn Qayyim al-Jauziyyah, AlRuh, terj. Syed Ahmad Semait (1990), Singapura: Pustaka Nasional, 1992, cet

Imam Hafiz al-Munziri, Mukhtasar Sahih Muslim, Riyadh: Dar Ibn Khuzaimah vol 5, 1994,

Jack Maguire (1989), Night and Day, New York: Simon and Schuster, 1989,

Jalaluddin , prof. ( 1996), Psikologi Agama, Jakarta: PT RajaGrafindo, cet 8, 2004

Leah Kinberg, Dream and Sleep, dlm Encyclopedia of the Qur’an, Jane Dammon Mc Auliffe et. Al, Leiden: Koninklijke Brill NV, Vol A-D, 2001,

Lucien Morgan (1996), Dream and symbol, London: Tiger Book International,

Majalah al-Islam, Kuala Lumpur : Utusan Melayu sdn bhd, november 1998,

Malik Badri, , Konflik Ahli Psikologi Islam, terj. Fadhlullah Wilmot, Petaling Jaya: IBS buku, 1989,

Muhammad Ibn Sirin, Muntakhab al-Kalam, Di tahkikkan oleh Fatimah Muhammad Ahlun, Beirut: Dar Ihya alTuras al-Arabiy, 2000.

Muhammad Utsman Najati(1993) Dirasat Al-Nafsiyyah Inda ulama’ al-Muslimin , Kaherah: Dar al-Syuruq.

Raihaniah Zakaria ( 2005), Epistemologi Ilmu Ibn Khaldun: Analisis Peranannya Dalam Menangani Krisis Pemikiran Ummah, Kertas kerja yang dibentangkan dalam kuliah Epistemologi Islam( IAGU 6111) pada 19 september 2005 di bawah seliaan Prof Madya Dr. Che Zarrina Sa’ari bertempat di bilik kuliah 19, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ( Tidak diterbitkan.)

Sahih al-Bukhari, Bab al-Ta’bir Beirut: Dar Ihya al-Kutub al-A’rabiyyah, (t.t), jil 4,

Sigmund Freud (1911), The Interpretation of Dreams’, terj. Apri Donarto et. Al (2001

Tafsir Mimpi,

Sururin M. Ag. ( 2004), Ilmu Jiwa Agama, Jakarta: PT RajaGrafindo, cet i.

Uthman Najati, Muhammad Dr. al-Hadith al-Nabawiy wa Ilm a-Nafs, terj. Wawan Djunaidi Soffendi ( 2003) Psikologi Dalam Tinjauan Hadis Nabi Muhammad s.a.w., Mustaqim: Jakarta cet 1.

Wan Mohd Nor Wan Daud (1998) The Educational Philosophy an Practise Of Syed Muhammad Naquib al-Attas, Kuala Lumpur: ISTAC, h 267.

My Curriculum Vitae

i. Full Name

Raihaniah Bt. Zakaria

Pensyarah Pengajian Islam
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Perlis


ii. Academic qualifications

Ijazah Sarjana Usuluddin Universiti Malaya , 2008
Diploma Perguruan Lepasan Ijazah, Maktab Perguruan Islam Bangi 1994
Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Kepujian Kelas Dua Atas Universiti Malaya. 1991,

iii. Current Profesional Membership

Kelab Kakitangan Akademik IPG Perlis

iv. Current Teaching and Administrative Responsibilities

Current Teaching

Jan-Jun 2010

-WAJ 3101 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
20 Pelajar S1 Program Ijazah Sarjana Muda (PISMP)PSV/BI/BM dan 20 pelajar SI PJ/BI/BM
-PA 2311 Pengajian Islam(Akidah, Ulum al-Qur’an dan hafazan 20 Pelajar S2 PPISMP PAI&AQ/BI/BA(B)
-PIM 3104 Pendidikan Akidah Sekolah Rendah
20 Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (PISMP)Kumpulan PAA

Jun- nov 2009

-1311D2 Pendidikan Islam Teras
20 pelajar S1 PPISMP PAI&AQ/BI/BA(B)
20 Pelajar S1PPISMP BM/PJ/KS (B)
20 Pelajar S1PPISMP PJ/BI/BM
20 PELAJAR PS/BI/BM

Administrative Responsibilities

-Ketua Program Pengajian Agama PISMP
-Penyelaras j-QAF IPG Perlis
-Mentor PPISMP
-Penyelaras Praktikum Jabatan

v. Previous Employment

Pensyarah Institut Pendidikan Malaysia Guru Kampus Perlis 2007- Sekarang
Guru, Sek. Men. Keb. Syed Sirajuddin Jejawi Perlis 1995-2005
Guru, Sek. Men. Keb. Petaling, Wilayah Persekutuan 1994-1995
Guru Sandaran, Sek. Men. Ugama (A) Banggol Kulim, Rantau Panjang 1992-1993

vi. Conferences and Training 2009

Fasilitator kursus Pemantapan Profesionalisme Guru Pra Sekolah Kemas/Perpaduan. Anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan pada 14 Dis-17 Dis 2009 di Flaminggo By The Beach Penang.

Pembentang Poster( Poster Presentation) ” Kaedah Tadarrus dan Koperatif Learning: Satu Kajian Perbandingan” , 22-24 Julai 2009, Hotel Copthorne, Tanjung Bungah Pulau Pinang.

Pengerusi Majlis Wacana Penyelidikan 3 Inovasi Pedagogi, 30 Jun 2009, Hotel Hydro Majestic Pulau Pinang.

Urusetia Wacana Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan Zon Utara 2009, 29 Jun-1 Julai 2009, Hotel Hydro Majestic Pulau Pinang,

Fasilitator Interaksi j-QAF Ambilan Januari 2008, 21 Mei 2009, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis.

Mesyuarat Pemurnian Kertas Peperiksaan Mei/Jun 2009 Siri 2, 5-8 Mei 2009, Hotel Selesa Johor Bharu, Johor.

Fasilitator Kursus Penyelidikan Penulisan Proposal Fasa 1 Anjuran Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme Perguruan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis, 3-5 Mac, Hotel Emerald Puteri Sungai Petani Kedah.

Fasilitator Kursus Pedagogi kepada Guru-Guru Sek. Agama Rakyat Seri Melati pada 14 dan 21Februari 2009 di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis, 21 Februari 2009, Dewan Banquet, Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Membentangkan kertas kerja bertajuk ” Kaedah Tadarrus Dalam Pendidikan” Dalam Wacana Pedagogi, Anjuran Jabatan Ilmu Pendidikan, 13 Februari 2009, Bilik Terinai 11.

Kursus Penyelengaraan Komputer Peribadi, 23 Januari 2009, Jabatan Teknologi Maklumat IPGM Perlis.

2008

Urusetia Jawatan Kuasa Pendaftaran Konvokesyen kali ke 3 KPLI-J-QAF Mode LPBS Ambilan Januari 2007, 16-20 November 2008, Dewan Sri Siantan Putrajaya.

Pensyarah pengiring MUTTHQ Antara IPG Peringkat Kebangsaan ke 27 tahun 1429 Hijrah, 20-23 Oktober 2008, Center Point Hotel, Kuala Lipis Pahang.

Mesyuarat Penyelarasan Konvokesyen kali ke 3 KPLI j-QAF Ambilan Januari 2007 Anjuran BPG, 12-14 Oktober 2008, Hotel Grand Continental Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Kursus Aplikasi On Line Bahagian Pendidikan Guru Anjuran BPG, 23-25 September 2008, Pearl International Hotel Jalan Kelang Lama.

Kursus Penilaian Tahap Kecekapan TK3, 2 Ogos-9 Ogos 2008, Hotel Berjaya George Town Pulau Pinang.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pensyarah Baru Fasa III 2008, 28,29 dan 31 Julai 2008, Bilik Seminar KH, IPP Perlis

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pensyarah Baru Fasa 11 Siri 2 2008, 10-13 Mei 2008, Pangkor Holiday Resort, Pulau Pangkor.

Pembentangan Kertas Kerja dalam Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri ke 6 pada 25-26 Julai 2008 di Hotel Holiday Inn, Kuching, Sarawak.

Fasilitator Bina Insan Guru, 19-22 Mei 2008, Pangkor Rimba Park Pulau Pangkor.

Kursus Bantu Mula Dan Pertolongan Cemas
Pensyarah Penasihat Unit Gerko Institut Perguruan Perlis, 28-30 Mac 2008, Hotel Emerald Puteri Sungai Petani Kedah

Kursus Pemantapan Profesionalisme Pengurusan dan Pelaksanaan Praktikum, 26-28 Mac 2008, Langkawi Seaview Hotel, Kedah.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Pensyarah Baru 2008, 23-26 Mac 2008, Hotel Grand Continental Langkawi.

Fasilitator Program Bina Insan Guru, 17-20 Mac 2008, Pangkor Rimba Kem Pulau Pangkor.

Mesyuarat Penyelarasan Ujian Amali PPPR 4 T Ambilan Januari 2008, 5-7 Mac 2008, Hotel Grand Pacific Kuala Lumpur,

Mesyuarat Struktur Kurikulum j-QAF, 28-30 Januari 2008, Hotel Swiss Inn Sungai Petani Kedah

2007

Seminar Islam Hadhari, 17-20 September 2007, Anjuran Bahagian Pendidikan Islam dan Moral KPM, Hotel Royal Adelphi Seremban, Negeri Sembilan.

Seminar Hukum Islam Semasa v, 22-23 Ogos 2007, Anjuran Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Islam Universiti Malaya, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Kursus Induksi Kaki Tangan Baru IPGM Perlis, 14-16 Ogos 2007, Unit Kaunselor IPGM Perlis.

Kursus Pengurusan Unit Beruniform 19-21 Julai 2007, Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor, Unit Gerko IPG Perlis,

Seminar Ijazah Tinggi, Pembentang Kertas Kerja : ‘Tuan Guru Haji Zakaria b. Ismail: Sumbangannya Kepada Pendidikan dan Politik di Kelantan, 26 Januari 2007, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

2006

Seminar : The Heart: Figurative and Physical,Presented by Dr. Eric Winkel, 26 Julai 2005, Akademi Pengajian Universiti Malaya, Anjuran Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya.

Seminar Hikmah: Islam Hadhari: Teori dan Aplikasinya Di Malaysia, 20 Julai 2005, Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam

Bengkel Pemantapan Pengajaran Kursus Pemikiran dan Tamadun Islam CITU UiTM, 14-15– Jun 2006, Penulis Kertas Kerja bersama yang di bentangkan: Agenda Zionis Dalam Globalisasi Ekonomi, Politik dan Sosial.

Wacana Ilmiah: Pengajian Islam dan Orientalisme, 25 Januari 2006, Jabatan Fiqh dan Usul
Universiti Malaya

Seminar Islam dan Hubungan Antara Agama, 17-18 Januari 2006, Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam Akademi Islam Universiti Malaya.

vii . Research and Publications

Books

2009

Raihaniah Zakaria, et al (2009
24 Jam Zikrullah Dalam Kehidupan Muslim

Raihaniah Zakaria, Ahmad Sabri Osman ( 2009), Kekayaan Spiritual, Kits Lengkap Untuk Setiap Muslim, Kangar: Percetakan Perlis Sdn Bhd.

2002,
Raihaniah Zakaria, Ahmad Sabri Osman (2002), Senjata Pelajar Muslim, (t.p)

Academic Journals

Ahmad Sabri Osman, Raihaniah Zakaria, 2006, Pengajian Akidah Dalam Bentuk Sifat Dua Puluh: Suatu Sorotan dan Analisis Perananya Dalam Menjawab Beberapa Persoalan Akidah Ketuhanan di Kalangan Kanak-Kanak, Jurnal CITU, jilid 2, Julai 2006, h. 1-25.


Proceeding

Raihaniah Zakaria, Tuan Guru Haji Zakaria Ismail: Sumbangannya Dalam Bidang Pendidikan Islam di Negeri Kelantan, Prosiding Wacana Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Siri ke 6, h 505-513

Articles in Buletin JAPIM IPGM Kampus Perlis

2009
Manusia Terhutang Budi Kepada Nabi Muhammad S.A.W, Buletin JAPIM Keluaran Khas
Maulidurrasul 1430 Hijrah, Mac 2009,

2008
Santapan Minda: Apakah Makhluk Yang Paling Hebat di Muka Bumi, Buletin JAPIM IPGM Perlis, Keluaran Khas AidilFitri Oktober 2008.

Aidil Fitri: Hari Kemenangan Untuk Orang Yang Bercinta, Buletin JAPIM IPGM Perlis, Keluaran Khas AidilFitri Oktober 2008.

Ramadhan: Bicara Rasulullah s.a.w tentang kelebihan berpuasa Ramadhan, Buletin JAPIM, Keluaran Khas Ramadhan 1429, September 2008.

Determining the Mission of Life: The Seven Great Recipes, Buletin JAPIM Keluaran Khas Isra’ Mikraj 1429 Hijrah, Julai 2008.

Mencari 1001 Keberkatan, Keluaran Khas Maulidurrasul 1429 Hijrah, Mac 2008, Buletin JAPIM IPGM Kampus Perlis.

The Way To Heaven, Jalan Ke Syurga, Buletin JAPIM, Buletin JAPIM, Keluaran Khas Maal Hijrah 1429, Januari 2008

2007
Ramadhan Mendidik Rohani Memertabatkan Insan, Buletin JAPIM Edaran Khas Hari Kebesaran Islam- Ramadhan, September 2007

Mengembara Pencetus Kecemerlangan Diri, Edaran Khas Hari Kebesaran Islam, Ogos 2007, Keluaran Khas JAPIM.


Un Publish Paper

Epistemologi Ilmu Islam Ibn Khaldun: Analisis Peranannya Dalam Menangani Krisis Pemikiran Ummat, Presented at Intellectual Discource during Master Degree Study in Julai 2005 Supervise by Dr. Che Zarrina Shaari

Klasifikasi Ilmu al Ulum al-Naqliyyah al-Wadiyyah Ibn Khaldun Dalam Bab Keenam Kitab Al– Muqaddimah, Presented at Intellectual Discourse 2005 during Master Degree Study

Kesan Mimpi Kepada Psikologi: Satu Tinjauan Menurut Perspektif al-Qur’an dan al-Sunnah, Presented at Intellectual Discource 2006 during Master Degree Study Supervise by. Prof Dr. Joni Tamkin b. Borhan.

Konsep Messianisme Menurut Agama Yahudi dan Kaitannya dengan Kewujudan Negara Zionis Israel: Suatu Analisis, Presented at Intellectual Discource 2006 during Master Degree Study Supervise by Dr. Khadijah Hambali.

viii. Consultancy Program Ukhuwwah Muhibbah
Anjuran Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam IPGM Perlis 2009 Telah Dilaksanakan Pada 18 Julai 2009 Ip Perlis

Kem Motivasi Tahun 6 Sekolah Rendah Islam Negeri Perlis Anjuran Ikatan Mahasiswa Pendidikan Islam Dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis 2009 Telah Dilaksanakan Pada 3-5 Julai 2009 Ip Perlis Dan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis

Ceramah Isra’ Mikraj Anjuran Persatuan Guru Pelatih Islam IPGM Perlis Yang Disampaikan Oleh Dr.Jamnul Azahar Mulkan 2009 Telah Dilaksanakan Pada 23 Julai 2009 .

Kursus Pengurusan Jenazah Anjuran Persatuan Guru Pelatih Islam, 2009, Dilaksanakan Pada 18 April 2009

Pertandingan Syarahan Ma’al Hijrah Peringkat IPGM Kampus Perlis 2009 Telah Dilaksanakan Pada 6 March 2009 IP Perlis


Lawatan Ilmiah Pelajar Opsyen Pengajian Agama A dan B Program Ijazah Sarjana Perguruan Pendidikan Islam IP Perlis Ke Ipis Bangi, 2009, Dilaksanakan Pada 20-22 Februari 2008

Jurulatih Pelajar Untuk Majlis Ujian Tilawah, Tafsir Dan Hafazan Al-Qur’an Antara Institut Pendidikan Guru, Peringkat Kebangsaan Tahun: 2008 .Telah Dilaksanakan Pada 20-23 Oktober 2008 Pelajar IP Perlis Saudara Abdul Muhaimin B. Abdul Hamid Dari Opsyen Pengajian Agama Telah Mendapat Naib Johan Dari 27 IPG Manakala Saudara Ismail B. Romli Dari Program Diploma SABK Mendapat Tempat Kelima Dalam Ujian Tilawah


Lawatan Penanda Aras Guru Pelatih Islam IPGM Kampus Perlis Ke Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kuala Terenggan Tahun: 2007 Telah Dilaksanakan Pada 10-12 Ogos 2007. IP Perlis

Rehlah Tarbawiyyah PGPI Dan Helwani Tahun :2007 Telah Dilaksanakan Pada 15 Julai 2007
Japim IPGM Kampus Perlis


ix. Community service

Ahli PIBG Ma'ahad Tahfiz Sains Tanah Merah Kelantan
Ahli PIBG SMKA Arau Perlis
Ahli PIBG SK SENA Kangar Perlis
Ahli PIBG SK IPGM Perlis

x. Other Relevent information


Award and Recognition

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 IPG Kampus Perlis

Mendapat Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh dari KPM untuk melanjutkan pengajian peringkat PHD di USM bermula 1 Julai 2010-1 Julai 2013

Calon Anugerah Tesis Terbaik ISDEV- The Third ISDEV Graduate Workshop 12-13 Disember 2007 Anjuran Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Pusat Pengajian Sains KemasyarakatanUniversiti Sains Malaysia

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2003, Jabatan Pelajaran Perlis.

Raihaniah Zakaria was awarded the University Senior Scholarship on the basis of Third Year Examination results in Fakulti Usuluddin Akademi Islam University of Malaya in M
arch 1990

Baca Doa Ini

Baca Doa Ini

Doa ini merupakan doa yang pendek dan ringkas tetapi mengandungi pengertian dan permohonan yang menyeluruh dalam setiap gerak geri kehidupan. Ia merupakan doa yang diajarkan oleh Allah S.W.T melalui lisan tujuh remaja yang bersembunyi di dalam gua kerana hendak menyelamatkan iman mereka dari raja yang zalim. Doa permohonan ini dirakamkan dalam ayat 10 surah al-Kahfi:

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ اَمْرِنَا رَشَدَا
Maksudnya: Wahai tuhan kami kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.
Baca dan berzikirlah dengan doa yang diajarkan Allah ini dalam setiap permulaan kerja kita nescaya segalanya akan dipandu dengan rahmat dan bimbingan ilahi. Doa ini boleh dijadikan wirid dan zikir, berzikirlah dengan doa ini ketika hendak tidur dan ketika celik mata dari tidur. Ulangilah doa ini disaat menghadapi kepayahan, kegelisahan, kesedihan yang mendalam dan pengharapan yang amat sangat terhadap sesuatu, disaat temuduga, ketika mengajar, ketika praktikum nescaya anda akan merasai ketenangan, keyakinan dan kejayaan.
Cuba baru tahu…

Penulis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sahabat penulis Tuan Hj Md Rusli b. A. Rashid bekas pengarah IPG Kampus Perlis kerana mengingatkan doa ini kepada penulis.Penulis sentiasa membacanya setiap hari disaat diri kelelahan doa ini membantu penulis

Friday, November 13, 2009

KISAH TIGA LELAKI YANG TERPERANGKAP DI DALAM GUA


حدثنا ‏ ‏إسماعيل بن عبد الكريم بن معقل بن منبه ‏ ‏حدثني ‏ ‏عبد الصمد يعني ابن معقل ‏ ‏قال سمعت ‏ ‏وهبا ‏ ‏يقول حدثني ‏ ‏النعمان بن بشير ‏ ‏أنه ‏ سمع رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يذكر ‏ ‏الرقيم ‏ ‏فقال ‏ ‏إن ثلاثة كانوا في كهف فوقع الجبل على باب الكهف ‏ ‏فأوصد ‏ ‏عليهم قال قائل منهم تذاكروا أيكم عمل حسنة لعل الله عز وجل برحمته يرحمنا فقال رجل منهم قد عملت حسنة مرة كان لي أجراء يعملون فجاءني عمال لي فاستأجرت كل رجل منهم بأجر معلوم فجاءني رجل ذات يوم وسط النهار فاستأجرته ‏ ‏بشطر ‏ ‏أصحابه فعمل في بقية نهاره كما عمل كل رجل منهم في نهاره كله فرأيت علي في ‏ ‏الزمام ‏ ‏أن لا أنقصه مما استأجرت به أصحابه لما جهد في عمله فقال رجل منهم أتعطي هذا مثل ما أعطيتني ولم يعمل إلا نصف نهار فقلت يا عبد الله لم أبخسك شيئا من شرطك وإنما هو مالي أحكم فيه ما شئت قال فغضب وذهب وترك أجره قال فوضعت حقه في جانب من البيت ما شاء الله ثم مرت بي بعد ذلك بقر فاشتريت به فصيلة من البقر فبلغت ما شاء الله فمر بي بعد حين شيخا ضعيفا لا أعرفه فقال إن لي عندك حقا فذكرنيه حتى عرفته فقلت إياك ‏ ‏أبغي هذا حقك فعرضتها عليه جميعها فقال يا عبد الله لا تسخر بي إن لم تصدق علي فأعطني حقي قال والله لا أسخر بك إنها لحقك ما لي منها شيء فدفعتها إليه جميعا اللهم إن كنت فعلت ذلك لوجهك فافرج عنا قال ‏ ‏فانصدع ‏ ‏الجبل حتى رأوا منه وأبصروا قال الآخر قد عملت حسنة مرة كان لي ‏ ‏فضل ‏ ‏فأصابت الناس شدة فجاءتني امرأة تطلب مني معروفا قال فقلت والله ما هو دون نفسك فأبت علي فذهبت ثم رجعت فذكرتني بالله فأبيت عليها وقلت لا والله ما هو دون نفسك فأبت علي وذهبت فذكرت لزوجها فقال لها أعطيه نفسك ‏ ‏وأغني عيالك فرجعت إلي فناشدتني بالله فأبيت عليها وقلت والله ما هو دون نفسك فلما رأت ذلك أسلمت إلي نفسها فلما تكشفتها وهممت بها ارتعدت من تحتي فقلت لها ما شأنك قالت أخاف الله رب العالمين قلت لها ‏ ‏خفتيه في الشدة ولم أخفه في الرجاء فتركتها وأعطيتها ما يحق علي بما تكشفتها اللهم إن كنت فعلت ذلك لوجهك فافرج عنا قال ‏ ‏فانصدع ‏ ‏حتى عرفوا وتبين لهم قال الآخر عملت حسنة مرة كان لي أبوان شيخان كبيران وكانت لي غنم فكنت أطعم أبوي ‏ ‏وأسقيهما ثم رجعت إلى غنمي قال فأصابني يوما ‏ ‏غيث ‏ ‏حبسني فلم أبرح حتى أمسيت فأتيت أهلي وأخذت محلبي فحلبت وغنمي قائمة فمضيت إلى أبوي فوجدتهما قد ناما فشق علي أن أوقظهما وشق علي أن أترك غنمي فما برحت جالسا ومحلبي على يدي حتى أيقظهما الصبح فسقيتهما اللهم إن كنت فعلت ذلك لوجهك فافرج عنا قال ‏ ‏النعمان ‏ ‏لكأني أسمع هذه من رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال الجبل ‏ ‏طاق ‏ ‏ففرج الله عنهم فخرجوا

Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika tiga orang lelaki sedang berjalan-jalan, tiba-tiba turun hujan. Lalu mereka berteduh di dalam gua sebuah gunung. Secara tiba-tiba pintu gua itu tertutup dengan sebuah batu besar menyebabkan mereka terkurung, lalu sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain: Ingatlah semua amal baik yang pernah kamu lakukan kerana Allah s.w.t. Setelah itu berdoalah kepada Allah s.w.t dengan amalan masing-masing. Semoga Allah s.w.t menolong kesulitan ini. Lelaki pertama berkata: Ya Allah, Satu ketika dulu aku pernah melakukan kebaikan dimana aku adalah seorang majikan yang mempunyai pekerja yang ramai di bawahku. aku memberi gaji yang tetap kepada mereka setiap hari. Pada suatu hari datang seorang lelaki pada waktu tengahari datang meminta kerja lalu aku menyuruhnya bekerja bersama-sama dengan pekerja yang lain. Apabila tiba masa untuk membayar upah aku telah membayar kepada pekerja yang baru datang sama dengan pekerja yang bekerja di awal pagi kerana melihat kepada kesungguhannya bekerja. Hal itu telah menimbulkan rasa irihati dan kurang senang seorang pekerja. Dia marah kepadaku dan berkata aku tidak adil kerana memberi gaji yang sama. Aku berkata kepadanya Wahai hamba Allah kau tidak rugi apa-apa ini semua harta aku kenapa kau pulak yang bising-bising. Lelaki itu sangat marah kepada ku lantas meninggalkan daku tanpa sempat mengambil upahnya. Aku memanggil-manggil dia tetapi dia tidak menoleh. Dia juga telah tidak datang bekerja denganku lagi selepas itu. Lalu aku telah menyimpan duitnya dengan membeli seekor lembu. Akhirnya lembu itu telah membiak dengan banyaknya. Pada satu hari datang seorang lelaki yangtidak dikenali kelihatan telah tua dan miskin meminta sesuatu. Dia berkata berikan hak aku yang telah engkau ambil dulu kerana aku ini amat kesempitan. Lalu dia menceritakan bahawa dia adalah lelaki yang tidak sempat mengambil upahnya dulu. Lalu aku menunjukkan kepadanya sekumpulan lembu-lembu yang banyak dan berkata kepadanya engkau ambillah hak mu itu lalu dia menoleh kepadaku dan berkatan janganlah engkau mempermainkankan aku mentang-mentanglah aku ini orang miskin. Lalu aku berkata kepadanya memang benar itu adalah hartamu kau ambillah ia. Ya Allah seandainya apa yang aku lakukan itu adalah perbuatan yang engkau redhai maka bukankanlah pintu gua ini Lalu dengan izin Allah pintu gua itu terbuka sedikit lalu masuklah cahaya kedalam gua dan mereka dapat bernafas dengan lebih baik. Lelaki kedua pula berdoa kepada Allah dengan amalan baiknya: Satu ketika dulu telah berlaku satu bencana yang menyebabkan berlakunya kebuluran dan kekurangan makanan ditempatku.Kebanyakan orang dikampungku itu berada dalam kemiskinan dan kebuluran Aku adalah antara orang Yang mempunyai simpanan dan kelebihan dari mereka. Aku mempunyai seorang sepupu yang ditimpa dengan musibah tersebut. Satu ketika dulu aku amat menyintainya dengan mendalam tetapi dia akhirnya berkahwin dengan orang lain. Dia datang meminta sedikit bantuan makanan untuk anak-anaknya yang hampir kebuluran dan juga untuk suaminya yang sedang uzur. Lalu aku berkata kepadanya aku akan memberikan makanan dan bantuan tetapi dengan syarat engkau harus tidur denganku. Beliau menolak syarat itu dan pulang kerumahnya. Tidak tahan dengan anak-anaknyanya yang kelaparan beliau datang lagi kepadaku meminta bantuan. Aku mengenakan syarat yang sama kepadanya. Dia menolak lalu pulang. Dia datang lagi pada kali ketiga, aku masih mengenalkan syarat yang sama. Dia akhirnya pulang dan meminta izin dari suaminya. Suaminya yang tidak tahan melihat anak yang kebuluran berkata kepadanya, kau berilah dirimu itu demi anak-anakmu yang kelaparan dan hampir mati. Perempuan itu tidak putus merayu kepadaku supaya takut kepada Allah. Akhirnya beliau datang kepadaku menyerahkan dirinya. Pada saat hampir melakukan perbuatan terkutuk itu aku bertanya kepadanya apa perasaanmu ketika ini. Dia berkata Aku takutkan Allah mendengar kata-katanya yang terakhir itu membuatku terdiam dan aku berkata kepadanya’ Dalam keadaan terpaksa inipun engkau masih takut kepada Allah tetapi aku yang dalam mengharap tidak takut kepada Allah lalu aku menjadi insaf dan aku telah melepaskannya pergi dan memberikan bantuan yang diminta olehnya. Ya Allah seandainya apa yang aku lakukan itu adalah perbuatan yang engkau redhai maka engkau bukankanalah pintu gua ini. Lalu pintu gua itu pun mula terbuka sedikit. Lelaki ketiga pula berkata aku mempunyai dua orang ibu bapa yang sudah tua melarat. Mereka tinggal bersama keluargaku yang terdiri dari seorang isteri dan beberapa orang anak yang masih kecil. Aku pelihara mereka serta berkhidmat untuk mereka. Sebaik sahaja aku mempunyai masa lapang aku terus memerahkan susu untuk mereka. Aku utamakan kedua orang tuaku untuk meminumnya terlebih dahulu daripada anak-anakku. Satu hari kerana kesibukan pekerjaanku sehingga ke petang, baru aku dapat pulang. Aku dapati kedua orang tuaku sudah tidur. Seperti biasa aku terus memerah susu. Aku letakkan susu tersebut di dalam sebuah bejana. Aku berdiri di hujung kepala kedua orang tuaku, namun aku tidak sanggup membangkitkan mereka dari tidur yang nyenyak. Aku juga tidak sanggup memberi anak-anakku minum terlebih dahulu sebelum kedua orang tuaku meminumnya, sekalipun mereka meminta-minta di hadapanku kerana lapar dahaga. Aku terus setia menunggui mereka dan mereka juga tetap pula tidur sampai ke pagi. Jika Engkau tahu apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata mengharapkan Seandainya Engkau tahu bahawa apa yang aku lakukan itu adalah semata-mata untuk mencari keredaanMu, tolonglah kami dari kesulitan yang tinggal hanya sedikit lagi. Akhirnya Allah pun menolong mereka dengan menggerakkan batu besar yang menutupi gua tempat di mana mereka berteduh

MASUK SYURGA KERANA MENOLONG JANDA

MASUK SYURGA KERANA MENOLONG JANDA

الساعى على الأرملة والمسكين كالمجاهد في سبيل الله وكالقائم لا يفتر وكالصائم لا يفطر

Orang yang melindungi para janda dan orang-orang miskin seperti pejuang dijalan Allah dan seperti orang yang beribadah di malam hari dan berpuasa disiang hari ( Hadis riwayat Al-Bukhari, Muslim)

Suatu ketika seorang kaya yang mempunyai banyak anak meninggal dunia dan keluarganya jatuh miskin sehingga mereka hendak meninggalkan kampong halaman kerana takut dicela. Mereka masuk ke masjid yang sunyi di sebuah desa. Kemudian ibu mereka meninggalkan anak-anaknya di situ sementara beliau keluar mencari sedikit makanan untuk mereka. Di suatu kampong, dia berjumpa dengan seorang Muslim, maka kepada orang itu dia menerangkan keadaanya, namun dia orang itu tidak mahu percaya bahkan meminta agar dia membuktikannya. Si ibu itu berkata “Aku orang asing”. Tetapi orang itu lalu pergi meninggalkannya. Kemudian si Ibu berjumpa dengan seorang Majusi Penyembah Api. Kemudian diterangkan keadaanya. Orang Majusi itu percaya dan mengutuskan isterinya menjemput ibu dan anak-anaknya ke rumah. Dia sangat memuliakan mereka. Ketika tiba malam Orang Muslim itu telah bermimpi seolah-olah kiamat terjadi dan dia melihat Nabi Muhammad SAW dalam mimpinya sedang menebarkan bendera ‘puji’ dan disisi nya ada sebuah mahligai cantik. Muslim itu bertanya’Ya Rasulullah, untuk siapakah ini?” Rasulullah menjawab “Untuk orang Muslim”

Orang itu berkata Akulah orang Muslim, Rasulullah berkata “Tunjukkan padaku Bukti yang menunjukkan kamu orang Muslim. Orang itu tidak dapat menjawab. Lalu Nabi menceritakan tentang perihal ibu dan anak-anak yatim itu, lalu dia terbangun dengan amat sedihnya. Esoknya dia pergi mencari ibu itu sehingga bertemu di rumah seorang Majusi. Dia meminta dari Majusi itu supaya memberikan kepadanya wanita dan anak-anaknya untuk dia layani sebagai tetamu dan menolong mereka bagi membina kehidupan tetapi majusi itu menolak bahkan Majusi itu berkata Aku orang yang mula-mula mendapat keberkatan dari wanita ini. Si Muslim tadi menawarkan seribu dinar kepada Majusi tersebut agar dia memberikan wanita dan anak-anaknya itu, Nah ambillah Seribu Dinar dan berikan mereka kepada ku kata lelaki Muslim itu tadi.

Tetapi Majusi berkata “aku lebih berhak terhadap seseorang yang engkau inginkan.. Dan mahligai yang engkau lihat dalam mimpimu itu diciptakan untukku. Apakah engkau hendak menyombongkan Islammu kepada ku? Demi Allah sesungguh aku dan keluargaku telah memeluk Islam dan Aku bermimpi seperti mimpimu. Dan Rasulullah berkata kepadaku” Apakah ibu dan anak-anak yatim itu ada padamu?” Kataku “ Benar Ya Rasulullah. Baginda berkata “ Mahligai ini untukmu dan untuk keluargamu. Kemudian si Muslim itu pergi dengan hati yang sedih…..

Pengajaran:

Untuk Menolong orang yang meminta dan kesempitan jangan Tanya bukti. Beri sajalah sedaya upayamu.

Orang yang menolong Janda dan anak Yatim balasannya adalah Syurga.. Perhatikan masyarakat dikelilingmu…. mungkin mereka saudaramu, jiran mu….kalau ada mereka hulurkan bantuan gembirakan mereka..

Membelanjakan harta, bersedekah adalah bukti keislaman. Kamu kata kamu Islam mana buktinya….buktikan.

Tidak selamanya saudaramu itu akan berada dalam kesusahan, tolonglah mereka pada masanya yang tepat. Apabila masa telah berlalu tiada gunanya….

Oleh al-Imam al-Ghazzali dipetik dari

Mukasyafah al-Qulub.

disunting semula oleh: Raihaniah Zakaria