Blog ini memaparkan tentang bidang kerja saya iaitu dunia pendidikan dan pemikiran Islam. Ia juga mengandungi artikel serta bahan-bahan tazkirah, motivasi dan lain-lain sebagai sumber ilham untuk dikongsikan bersama. Selain itu ia juga memuatkan sejarah dan pengalaman saya sebagai seorang penghuni dialam maya milik Allah S.W.T....Mudahan ia menjadi sumber ilham dan impian serta motivasi dan kenangan indah yang indah untuk diri sendiri, anak-anak dan generasi saya yang akan datang...
Saturday, September 29, 2012
Jalan-Jalan Amsterdem 24 Julai
Tuesday, August 14, 2012
Amsterdem Central-24 Julai 2012
Keluar dar Amsterdem Central;
Masyaallah nyamannya udara..syukur padaMu Ya Allah beri peluang kepada kami melihat segala kejadianmu untuk jadi teladan dan sempadan:
Setelah rasa penat jalan dengan si Mark tu sementelahan kami dah mula rasa dah boleh jalan sendiri kami dengan hormatnya mohon berpisah untuk mencari jalan masing-masing tak mahu lagi dah jalan dengan dia...dibawanya kami ke Red light...ada ke patut...walau apa pun timakasih jugak kat dia atas budi bahasanya yang baik...
Orang kat sini suka naik basikal..basikal macammacam jenis..gaya naik basikalnya tegak dan nampak hebat tak bongkokkan badan macam kat tempat kita..bawanya laju amat...rasa heran kenapa Netherland dapat tempat ketiga je olimpik baru ni dalam lumba basikal patutnya dapat johan la..sebab menunggang basikal memang amalan rakyat depa dari kecil
Schippol Airport Amsterdem ke Amsterdem Central 24 Julai 2012
Sampai je selepas keluar dari pemeriksaan kastam kami ke tingkat bawah untuk beli tiket ke Amsterdem central, stesen Train tempat macam KL central lah..AC akan menghubungkan kita keseluruh tempat di Netherland dan juga Eropah..Nak pergi Paris, London dan seluruh Eropah melalui Train kita kena pegi AC
Dah beli tiket: harganya kalu tak silap nampak 4.50 Euro lebih kurang RM17
Lepas tu kami turun lagi ke tingkat bawah ke Platform Train. Kat situ ada dua tiga orang yang nak ke AC antaranya lelaki Muda tu namanya Mark dari Manila akhirnya dia pula jadi guide kami pula. Alhamdulillah Allah kirim sesiapa sahaja untuk tolong kami. Berkat solat hajat anak-anak tahfiz Madrasah Khairiah Banggol Setol yang solat hajat untuk kami dipermudahkan segala urusan terimakasih juga untuk mudirnya Ustaz Yahya Zakaria mudahan ma'aahad Tahfiz ini akan terus maju dan melimpah berkat dan rahmat keseluruh alam:
Dalam Train:
Maju betul sistem pengankutan Train di Eropah ini..semua orang naik Train untuk kedestinasi dalam dan luar amsterdem..mudah senang murah mesra orang tua kanak-kanak dsb...
Amsterdem 24 Julai 2012
Sarapan sahur kami dalam MAS Nasi lemak yang lazat confirm halal Alhamdulillah..Sebelum ni banyak cadangan penerbangan yang kami listkan untuk dinaiki berdasarkan kadar harga antaranya Emirates, Singapore , KLM tapi akhirnya suami memberi kata putus supaya menaiki MAS kerana faktor makanan dan harga. kalu naik Emirates pulak kena Transit di Dubai leceh pula, naik singapore pulak tak jamin makanannya kalu nak halal kena request pulak..alhamdulillah pilihan yang tepat.
Kembara di Bumi Allah- Amsterdem 24-30 julai 2012
Berposing ckit sebelum berlepas dengan teman sehati sejiwa rakanku yang paling akrab yang sangat baik hati sponsor saya ke sana Alhamdulillah-
Thursday, February 10, 2011
Pemikiran Ibn Qayyim terhadap Perselisihan dan Khilaf ilmuan yang berlaku dalam dunia ilmu
Perbezaan pendapat dikalangan ilmuan bukan perkara baru bahkan ia berlaku sepanjang zaman. Hakikatnya perbezaan-perbezaan pendapat inilah sebenarnya merancakkan dunia intelektual umat kerana dari perbezaan ini mereka akan mencari hujjah-hujjah yang dapat memenangkan pendapat masing-masing. Dalam menangani isu perbezaan pendapat ini Ibn Qayyim dalam kitab Miftah menghargai kedua-dua golongan sebagai pencari kebenaran dan memberi faedah kepada perkembangan ilmu. Dalam huraian beliau terhadap perbezaan pendapat ulama terhadap dua golongan yang berhujjah samada syurga yang pernah didiami oleh Adam a.s. itu adakah syurga yang kekal yang akan didiami oleh orang-orang yang beriman pada hari kiamat nanti atau sebaliknya, Ibn Qayyim membawa kedua-dua hujjah tersebut dan menyerahkan kepada pembaca untuk menilai dan memilih hujjah yang terbaik. Tetapi seandainya kedua-dua hujjah tersebut boleh diterima dan sama kuat maka dia meminta supaya kita berserah kepada Allah S.W.T. kerana Allahlah sebaik-baik pembuat keputusan dan tidak akan rugi orang yang menyerahkan diri kepadanya. Dalam Kitab Miftah beliau menyatakan:
“ Demikianlah pendapat kedua golongan tersebut, dan itulah akhir dari dalil-dalil yang mereka ajukan. Maka, sesiapa yang memiliki keunggulan pengetahuan mengenai masalah ini, hendaknya dia bersungguh-sungguh dalam membahasnya, kerana saat ini kesungguhan itu sangat diperlukan. Sesiapa yang menyedari batas kemampuan dan kadar ilmunya maka hendaklah dia menyerahkan permasalahan ini kepada ahlinya dan hendaklah dia tidak membiarkan orang lain menghina dan meremehkannya. Hendaklah dia menjadi mata-mata dalam peperangan. Jika dia tidak memilikki kepakaran dalam berperang, menyerang, bertanding dan memainkan senjata. Kerana dalam medan ini para pemberani telah bertemu, pedang saling menusuk, dan ruang gerak sudah sempit.
Jika orang-orang kesatria itu telah bertemu, maka bagaimana nasib orang-orang lemah yang ada ditengah-tengah.” Inilah kumpulan dari dalil kedua kelompok yang melintas di depanmu dan digiring kea rah mu. Inilah barang dagangan para ulama yang mereka tawarkan di tengah pasar yang sepi. Sesiapa yang sama sekali tidak memiliki perhatian untuk menjelaskan dan menganalisa masalah ini, maka jangan sampai tidak membenarkan atau memberi maaf kepada orang yang telah mencurahkan usahanya dan menumpahkan kemampuannya. Hendaknya jangan sampai ia rela melihat dirinya mengalami nasib yang paling buruk dan paling rendah. Iaitu pertama tidak mengetahui kebenaran dan wasilah-wasilahnya,, kedua memusuhi pemilik dan pencari kebenaran tersebut . Jika keinginanmu terlalu sulit dan jarang, seperti sahabat yang mahu memberi nasihat dan pandai, maka pergilah dengan cita-citamu ditengah orang-orang mati. Dan kamu harus belajar dari Maha Gurunya Nabi Ibrahim. Dalam pembahasan ini telah kami sebutkan riwayat-riwayat, dalil-dalil, dan isi-isi menarik, yang kemungkinan tidak terdapat dalam buku-buku lain. Hanya para penulis unggul yang mengetahui nilai dari apa yang telah kami paparkan tadi. Hanya kepada Allah s.w.t kami mohon pertolongan, bertawakkal, dan bersandar. Sesungguhnya tidak akan rugi orang yang bertawakkal kepada nya. Dan dia tidak akan mensia-siakan orang yang berlindung serta menyerahkan urusan kepadanya. Dan dia tidak akan mensia-siakan orang yang berlindung serta menyerahkan urusan kepadanya. Hanya dialah penolong kami dan dialah sebaik-baik pelindung.
Ibn Qayyim (t.t) Miftah Dar al-Saadah, Kaherah: Maktabah al-Mutannabi, h. 32
Pandangan Ulamak Lain Terhadap Perselisihan Pendapat Di Kalangan Umat
Hakikatnya ulama-ulamak dulu dari kalangan Ahli sunnah wal Jamaah mengakui dan berlapang dada terhadap perbezaan pendapat yang berlaku bukan saja dalam dunia intelektual bahkan juga dalam pemerintahan. Hal ini dapat dilihat dengan jelas pada pandangan Ibn Khaldun umpamanya dimana beliau telah berjaya memurnikan pandangan umat terhadap pertelingkahan yang terjadi antara Ali dan Muawiyyah seterusnya menyelamatkan umat dari taklid dan kejahilan dengan mencerca para sahabat Rasulullah s.a.w. Dalam Muqaddimah Ibn Khaldun menyatakan:
“ Ketika terjadi perselisihan di antara Ali dan Muawiyyah sebagai akibat yang harus dari perasaan kekitaan ‘Asabiyyah’, mereka telah dipandu oleh jalan kebenaran dan ijtihad, mereka tidak bertelagah untuk tujuan duniawi atau terhadap kecenderongan yang remeh temeh.. tetapi sebab perselisihan mereka adalah dari segi ijtihad tentang letaknya kebenaran. Meskipun apa yang didakwa oleh Ali sememangnya benar, Muawiyyah pula tidak berniat jahat. Dia sangat menginginkan kebenaran tetapi tidak tercapai.
Ibn Khaldun (Muqaddimah)























