Monday, November 1, 2010

“MAGIC POWER”Tasbih dan Hauqalah Pereda Emosi Negatif”

Tazkirah pada18 Jun 2008

Dewan Kuliah A IPGM

FADILAT ZIKIR

Kalimah-kalimah zikir yang diajarkan oleh Allah dalam al-Qur’an dan juga melalui lisan Nabi Muhammad S.A.W mempunyai fadilat-fadilat tertentu yang amat besar manfaatnya kepada diri manusia yang mengamalkannya secara konsisten. Kalimah-kalimah zikir seperti istighfar, tahmid, tasbih. Tahlil, takbir, selawat dan hauqalah juga doa-doa merupakan ubat dan penawar kepada jiwa, sebagai pereda kepada emosi negatif dan sebagai perangsang kepada emosi positif.

6 TABLET PEREDA EMOSI

1. MARAH - ISTIGHFAR

2. KEHILANGAN/ SEDIH - INNA LILLAH….

3. BAHAGIA –TAHMID

4. KAGUM-TASBIH

5. TAKUT-TAKBIR

6. PANIK- HAUQALAH

FADILAT TASBIH

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَاوَاتُ السَّبْعُ وَالأَرْضُ وَمَن فِيهِنَّ وَإِن مِّن شَيْءٍ إِلاَّ يُسَبِّحُ بِحَمْدَهِ وَلَكِن لاَّ تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

The seven heavens declare His glory and the earth (too), and those who are in them; and there is not a single thing but glorifies Him with His praise, but you do not understand their glorification; surely He is Forbearing, Forgiving.

﴿ألإسرأ 44﴾

BERBUAT IHSANLAH KEPADA SEMUA MAKHLUK.

ما صيد صيد ولا قطعت شجرة إلا بتضييع من التسبيح(رواه أبو نعيم)

Maksudnya:

Tidak diburu satu perburuan dan tidak dipotong sesuatu pokok melainkan engkau telah memutuskan makhluk yang sedang bertasbih

كَلِمَتَانِ خَفِيْفَتَانِ عَلَى الِّلسَانِ ثَقِيْلَتَانِ فِى المِيْزَان حَبِيْبَتَانِ اِلَى الرَّحْمن : سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْمِ

Maksudnya: Dua kalimah yang ringan disebut tetapi berat timbangan mizannya dan kedua-keduanya amat disukai oleh Allah yang maha pemurah ialah Subhanallah wabihamdihi dan subhanallah al-azim.(Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim Tirmizi al-Nasai dan Ibn Majah

MENDISIPLINKAN DIRI UNTUK BERTASBIH

مَنْ سَبَّحَ الله فِى دُبُرٍ كُلِّ صَلاَةٍ ثَلاَثًا وَثَلاَثِيْنَ وَحَمِدَاللهِ ثَلاَثًا وَثَلاَثِيْنَ وَكَبَّرَ الله ثَلاَثًا وَثَلاَثِيْنَ فَتِلْكَ تِسْعَ وتسعون؛ وقَالَ تَمَامَ المِائَة : لاَ اِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَه لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِيْرٍ " غُفِرَتْ خَطَايَاهُ وَإِنْ كَانَتْ مِثْلُ زَبَدَ البَحْرِ ( رواه أحمد ومسلم)

Sesiapa yang bertasbih kepada Allah selepas setiap solat fardhu sebanyak 33 kali dan bertahmid sebanyak 33 dan takbir sebanyak 33 kali kemudian mencukupkan seratus dengan bacaan tahlil maka Allah akan menghapuskan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih dilautan

ANDA MAHU DIBINAKAN UNTUK ANDA GEDUNG DAN ISTANA DI SYURGA?

ألا أدلك على كلمة من تحت العرش من كنز الجنة؟ تقول لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ

Mahukah aku tunjukkan kepadamu satu kalimah di bawah Arash yang berupa gedung syurga? Maka hendaklah kau ucapkan La haula wala Quwwata illa billah.(Hadis riwayat al-Hakim dari Abu Hurairah)

ADAKAH ANDA SEDIH DAN GELISAH

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ دواء من تسعة وتسعين داء أيسرها الهم (رواه ابن ابى الدنيا)

Maksudnya:

La haula wala Quwwata illa billah adalah ubat kepada lebih dari 99 penyakit yang paling ringan ia dapat mengubat penyakit keluh kesah.

من كثرت همومه وغمومه فليكثر من قول لا حول ولا قوة إلا بالله

Maksudnya:

Barangsiapa sering merasa gundah dan gelisah, hendaklah dia sering mengucapkan lafaz La Haula Wala Quwwata illa billah. (Lihat Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Al-tibbun-Nabawi

Mencari Ketenangan Hati Dengan Zikrullah:


Mencari Ketenangan Hati Adalah Satu Kewajipan dan Keperluan kerana Orang yang mempunyai hati yang tenang sahaja akan selamat dunia dan akhirat serta mendapat penghargaan dari Allah S.W.T:

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ‌ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ‌ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ‌وَادْخُلِي جَنَّتِي ‌

Hai Jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya, maka masuklah kedalam jemaah hamba-hambaku dan masuklah ke dalam syurga ku-

(Surah al-Fajr Ayat 27-30)

2. Kepelbagaian Cara Dalam Mencari Ketenangan Hati dan Kekuatan Jiwa

Hakikatnya semua manusia samada muslim ataupun tidak mendambakan hati yang tenang dan jiwa yang kuat dalam menghadapi segala cabaran hidup.

* Yoga, Meditasi, Mantera, Jampi adalah antara bentuk-bentuk latihan kerohanian yang diamalkan oleh manusia Untuk mencari ketenangan dan kekuatan hati.

* Ibn Khaldun Tokoh Sejarawan dan Sosiologi Muslim yang dianggap oleh sarjana Barat sebagai “The Founder of the science of sociology” dalam karya agungnya al-Muqaddimah menjelaskan bahawa perbezaan di antara latihan kerohanian yang diamalkan oleh para agamawan selain dari Islam ialah Zikrullah. Para ahli sufi Muslim menguatkan latihan kerohanian mereka dengan zikir. Apabila jiwa sudah betah dengan zikir ia akan lebih dekat dengan Allah S.W.T. Tanpa zikir sebagaimana yang selain dari ajaran Islam ia lebih mirip kepada sihir dan pekerjaan syaitan.[1]

3. Ketenangan yang sebenar Adalah dengan Zikrullah

الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ‌الَّذِينَ آمَنُواْ

وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ طُوبَى لَهُمْ وَحُسْنُ مَآبٍ ‌

Maksudnya: Ingatlah hanya dengan mengingati Allah lah hati-hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.- Surah al-Raad ayat 28-29

4. Definisi zikrullah

Zikrullah ialah mengingati Allah dengan:

a. Menyebut nama Allah dengan tasbih, tahmid,takbir, Istighfar, Hauqalah, Asmaullah

b. Membaca al-Qur’an

c. Berdoa

d. Menuntut ilmu sama ada membaca, belajar atau mengajar dengan tujuan menyedarkan ummah supaya bertakwa kepada Allah S.W.T.

5. Ganjaran Allah Kepada Orang Yang Banyak Berzikir:

a. Dekat dengan Allah S.W.T

Firman Allah dalam hadis Qudsi

إِذَا ذَكَرَنِى عَبْدِي فِى نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِى نَفْسِى وَإِذَا ذَكَرَنِى فِى مَلاَءٍ ذَكَرْتُهُ فِى مَلاَءٍ خَيْرٍ مِنْ مَلَئِهِ وَإِذَا تَقَرَّبَ مِنِّى شِبْرًا تَقَرَّبْتُ مِنْهُ ذِرَاعًا

Maksudnya:

Andaikata hambaku mengingatiku dalam dirinya nescaya aku mengingatinya dalam diriku. Andaikata dia mengingatiku di hadapan orang ramai nescaya aku akan mengingatinya di hadapan orang ramai yang lebih baik dari kumpulannya. Andaikata dia mengingatiku sejengkal nescaya aku akan mendekatinya sehasta

b. Menjadi Sebab Kepada Turunnya ketenangan,

rahmat dan keampunan dari Allah S.W.T

Sabda Rasulullah s.a.w:

مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا يَذْكُرُوْنَ اللهَ عَزَّوَجَلَّ إِلاَّ حَفَّتْ بِهِمُ المَلآئِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَة وَذَكَرَهُمُ اللهُ تَعَالَى فِيْمَن عِنْدَهُ

Tiada satu kaum pun yang duduk dalam suatu majlis, sedang mereka berzikir kepada Allah, melainkan para malaikat berkerumun di sisi mereka dan rahmat akan mencucuri mereka dan Allah akan menyebut-nyebut mereka kepada sesiapa yang di sisinya.

c. Mendapat ganjaran pahala yang amat besar disisi Allah S.W.T Firman Allah S.W.T:

وَالذَّاكِرِيْنَ الله كَثِيْرًا وَالذَّاكِرَاتِ اَعَدَّ اللهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيْمًا

Maksudnya: Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

d. Murah Rezeki Dan Tenang Jiwa

مَنْ لَزِمَ الأِسْتِغْفَارِ جَعَلَ اللهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضَيْقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجَا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِب

Maksudnya:

Sesiapa yang melazimi istighfar Allah akan memberinya jalan keluar dari kesempitan hidup dan kelegaan dari kerungsingan dan diberi rezeki dengan tidak disangka.

(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

6. Apa Akibat Jika Lalai Melaksanakan Zikrullah

a. Baginya kehidupan yang sempit dan gelisah

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِيْ فَإِنَّ لَهُ مَعِيْشَةً ضَنْكَا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ القِيَامَةِ أَعْمَى

Maksudnya:

Barangsiapa berpaling dari peringatanku (berzikir), maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. (surah thaha ayat 114)

b. Terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah kerana ia mudah dikuasai syaitan dan sukar mengawal nafsu

وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِيْنٌ

Sesiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur’an), Kami adakan baginya syaitan ( yang menyesatkan ) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.(surah az zukhruf ayat 36)

Akhirnya:

إِنَّ اللهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.

Pilih Yang Terbaik Untuk Hidup Anda.

To be continue…… Insyaallah.

Chicken soups for the soul

1. Assume Fate is on Your Side: Andaikan takdir sentiasa menyebelahi kita

2. Believe good things happen to you all the time: Percaya bahawa perkara-perkara baik sentiasa berlaku kepada kita setiap masa.

3. Believe you are fortunate most of the time: Percaya bahawa kita sentiasa bernasib baik.

4 Place the setbackc in an imaginary envelope labeled “waste of time” : Buangkan kesedihan atau kedukaan ke sampul yang berlabel “ buang masa”

5. Embrace random events that happen to you and see their potential for improving your luck: Lupakan peristiwa yang telah dialami dan cari potensi menambahkan tuah.

6. Segala apa yang menimpa seseorang mukmin dari kepayahan dan kesusahan, kegelisahan dan kedukacitaan, kesakitan dan kesengsaraan walaupun sekecil duri yang menimpa, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah rahmat Allah untuk menghapus segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan (al-Hadis)

7. Kebahagiaan seseorang manusia tidak akan dicapai dengan melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.

8. Sesungguhnya tertipulah manusia yang berangan-angan untuk masuk syurga tetapi lupa kepada Allah dan segala perintahnya semasa didunia.

9. Ramai orang di luar sana yang mengimpikan kedudukan seperti anda.....oleh itu bersyukurlah dan lakukan tugas dan amanah dengan sedaya upaya........

Bibliografi

Ahmad Abd Al-Jawwad (2003) al-Du’aa al-Mustajab Min al-Hadith wa al-Kitab. Kaherah: Daar al-Ghad al-Jadid.

Ibn Khaldun (2004), Muqaddimah Ibn Khaldun. Kaherah: Dar al-Fjr li al –Turath. See also Rosenthal, Franz (1980), Ibn Khaldun The Muqaddimah: An Introduction to Hostory. New Jersey:Princeton University Press.

Hamidah Wok Awang (2004), Motivasi Untuk Kekuatan Diri. Pahang:PTS



[1] Ibn Khaldun (2004), Muqaddimah Ibn Khaldun. Kaherah: Dar al-Fajr li al –Turath, h. 146.

THE LAW OF PARENTING


1. Mengajar anak tentang akidah dan konsep ketuhanan yang maha esa, berkuasa, pengasih dan penyayang serta mengabulkan segala kehendak kita jika kita meminta kepadanya.

Ajari anak bahawasanya Allah maha berkuasa manusia lain tidak dapat memberi mudarat kepada kita juga tidak dapat memberi pertolongan kepada kita kecuali dengan izin Allah ajari anak untuk sentiasa berdoa dan memohon perlindungan Allah. Ajari anak bahawa jika kita menjaga perintah dan larangan Allah maka Allah akan sentiasa menjaga kita

اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تِجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَسْأَلِ اللهِ وَأِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله وَاعْلَم أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَئٍ لَنْ يَنْفَعُوكَ إِلاَّ بِشَئٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ واِنِ اجْتَمَعُوكَ عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَئٍ لمَ يَضُرُّوكَ إِلاَّ بِشَئٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ.

Jaga lah hak Allah nescaya engkau akan dapati Allah sentiasa di hadapanmu Apabila engkau hajatkan sesuatu mintalah dari Allah. Apabila engkau memerlukan pertolongan mintalah dari Allah. Ketahuilah wahai anak seandai satu kelompok umat datang berkumpul untuk menolonga nescaya mereka tidak akan mampu menolongmu melainkan atas apa yang telah Allah tentukan untukmu. Begitu juga seandai satu umat berkumpul untuk memudaratkanmu nescaya mereka tidak akan mampu memberi mudarat kepadamu kecuali apa yang telah ditentukan Allah untukmu.

2. Menyuruh Anak menunaikan Solat

مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Biasakan anak-anak kamu menunaikan solat pada usia 7 tahun, dan pukullah mereka jika masih belum menunaikan solat dalam usia sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka daripada tempat tidur mu.

Prinsip:

1. Proses pendidikan bermula seawall usia enam atau tujuh tahun

2. Perkembangan seksual kanak-kanak hampir matang diusia 10 tahun pisahkan mereka dari tempat tidur ibu bapa supaya mereka tidak melihat perlakuan ibu bapa yang tidak wajar disaksikan oleh kanak-kanak.. ‏

3) Menunjukkan kasih sayang dengan perlakuan seperti meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan balik dari sekolah

Anak-anak yang diraikan oleh ibu bapa apabila mereka pergi dan balik dari sekolah akan merasakan diri mereka disayangi dan diberi perhatian. Berikan pelukan, salam dan ciuman kepada anak kerana belaian seumpama ini akan membentuk kecerdasan otak, jiwa yang tenang, berdisiplin dan bersifat pengasih. Amalan memeluk dan mencium antara anak dan ibu bapa suami dan isteri pada setiap hari adalah amalan yang sangat digalakkan dalam Islam Nabi sentiasa mencium anak dan cucu-cucunya begitu juga dengan isteri-isterinya Dalam hal ini nabi pernah bersabda

مَنْ لاَ يَرْحَمُ لاَ يُرْحَمُ "

Maksudnya: Sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi

Hadis ini diucapkan oleh Rasulullah ketika seorang lelaki melihat Rasulullah mencium cucunya hassan dan husain lelaki tersebut menyatakan beliau mempunya sepuluh orang anak tapi tidak pernah mencium mereka lalu rasulullah bersabda sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Hal ini diteladankan oleh Rasulullah supaya kita menunjukkan kasih sayang kepada orang yang kita kasihi dengan perbuatan dan ucapan.

4. Husn Zann- Positive Thinking to every children,

Pengharapan ibu bapa akan menghasilkan apa yang dianggap dan diharap. Kajian menunjukkan kesemua kanak-kanak normal mempunyai potensi untuk cemerlang, namun kebanyakan mereka bila membesar hanya menjadi manusia yang sederhana sahaja kerana ibu bapa tidak mempunyai cita-cita untuk menjadikan mereka sebagai manusia cemerlang. Allah menyuruh kita sentiasa mempunyai Husn Zan kepada segala takdir dan pemberiannya termasuklah kepada anak-anak kita. Sebagainya dalilnya Allah sendiri menentukan nasib kita berdasarkan prasangka diri kita kepadanya. Firman Allah dalam hadis Qudsi:

يَقُولُ اللهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِى وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِى فِى نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِى نَفْسِى وَإِنْ ذَكَرَنِي فِى مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِى مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُم وَإِن تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِى أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً (رواه البخاري مسلم والترمذي)

Maksudnya: Allah S.W.T berfirman: Aku menetapkan sesuatu berdasarkan pada prasangka hambaKu terhadapKu. Dan Aku sentiasa bersamanya jika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatKu dalam dirinya maka Aku akan mengingatnya dalam rahmatKu. Jika dia mengingatKu di tengah-tengah orang ramai, maka Aku mengingatnya dalam kumpulan yang lebih baik. Apabila dia mendekatkan dirinya kepadaKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekatiKu sehasta Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia mendekatiKu sambil berjalan, Aku akan mendatanginya dengan berlari.

5. Avoid negative words to Children

Elakkan perkataan negative diucapkan kepada anak-anak. seperti berkata anak degil, anak derhaka, sial, budak jahat, binatang dan sebagainya sebaiknya jika anak berbuat salah marahlah dengan kata-kata yang baik seperti orang dulu-dulu kata eh-eh budak bertuah ni. Insyaallah mereka akan jadi orang yang bertuah

Sabda Rasulullah s.a.w:

لاَ تَدْعُوا عَلَى اَنْفُسِكُم وَلاَ تَدْعُوا عَلَى أَوْلاَدِكُم وَلاَ تَدْعُوا عَلَى خَدَمِكُم وَلاَ تَدْعُوا عَلَى أَمْوَالِكُم لاَ تُوَافِقُ مِنَ اللهِ سَاعَةِ نَيْلَ فِيهَا عَطَاءً فَيُسْتَجَابُ لَكُم ( رواه ابو داود)

Maksudnya: Jangan kamu menyebut dengan sesuatu yang buruk kepada diri kamu, anak kamu, para khadam kamu dan juga harta bendamu kerana seandainya apa yang kamu ucapkan itu bertepatan dengan waktu yang dimustajabkan Allah maka akan terkabul ucapan kamu tersebut.