biasa-biasa saja conference ni...rupa-rupanya diuruskan oleh syarikat yang mencari keuntungan...tak grand macam conference di Malaysia yang biasanya siap ada keynote speaker...protokol macam-macam...yang ni pengerusi majlis pun tak ada sendiri conduct tapi yang datang bentang kebanyakkannya adalah prof, para doktor.. dari Universiti seluruh dunia.nampaknya kami bertiga je student...dari malaysia ada 4 orang dr satu dari usm Dr. Azidah Abu Ziden, Dr. M. Pisol b. Mat Isa dari Universiti Teknologi Petronas, Dr Anita Abdul Rahim dari UKM, Dr,. Tengku Noor Azira juga dari UKM. Tapi rasanya conference mcam nilah yang sesuai utk kita-kita yang nak berjalan dan melihat negeri orang...sebabnya relax dan santai tak tension langsung...:
Blog ini memaparkan tentang bidang kerja saya iaitu dunia pendidikan dan pemikiran Islam. Ia juga mengandungi artikel serta bahan-bahan tazkirah, motivasi dan lain-lain sebagai sumber ilham untuk dikongsikan bersama. Selain itu ia juga memuatkan sejarah dan pengalaman saya sebagai seorang penghuni dialam maya milik Allah S.W.T....Mudahan ia menjadi sumber ilham dan impian serta motivasi dan kenangan indah yang indah untuk diri sendiri, anak-anak dan generasi saya yang akan datang...
Sunday, November 25, 2012
Saturday, November 24, 2012
Naarden, Netherland 24/7/2012
Setelah penat round Amsterdem pukul 12.30 kami pun mengambil keputusan untuk segera check in hotel di Nh Naarden tempat akan berlangsungnya conference...sekejap je sampai dengan menaiki teksi..mahal betul teksi kesana 60 euro (60x5=RM300) tapi terpaksa la sebab beg banyak camano nak naik train, lagi pun tak berapa pandai lagi cara nak pergi dgn train..rupanya kalau naik train pun tiada masalah..train semua sekali lebih kurang 4 euro 75 cent je dari Amsterdem Central ke Naarden...kemudian naik bas pulak ke hotel lebih kurang 2 euro....train dan bus pulak rupanya mesra alam bawa barang banyak pun tak apa..rekabentuk bas memang mesra oku, orang tua, kanak-kanak dan apa apa saje...sebab depa memang khusus boleh bawa basikal pun dalam bas ke dalam train ke... Aha dah sampai pun kat Nh Naarden..Nyaman sekali udaranya..sampai hari ini pun masih terbayang kenyamanan udaranya...Cantik dan nyaman sekali naarden ni udara desa dalam kemodenan
Subscribe to:
Posts (Atom)