Thursday, October 28, 2010

Kaedah Usul Fiqh

UNTUK MU USTAZAH

Kalau anda ditanya tentang sesuatu hukum harian dan situasi baru yang tidak ada dalam al-Qur’an dan Sunnah serta ijma sedangkan anda belum sempat merujuk kepada ulama padahal anda dikehendaki menyelesaikan keraguan itu dengan segera bolehlah diteliti kaedah Usul Fiqh di bawah:

1. الأمور بمقاصدها ( Segala perkara tergantung kepada niatnya)

2. اليقين لا يزول باالشك ( Keyakinan tidak boleh dihilangkan oleh keraguan)

3. الأصل برءة الذمة ( Pada prinsipnya manusia bebas dari tanggungan)

4. الإجتهاد لا ينقض بمثله (Hasil ijtihad tidak dapat dibatalkan oleh hasil ijtihad yang sama)

5. المشقة تجلب التيسير (Beratnya beban mengharuskan kemudahan)

6. اذا ضاق الأمر اتسع (اذا اتسع الأمر ضاق) ( Sesuatu jika menyempit dia akan menjadi longgar dan jika terlalu longgar dia akan menjadi sempit)

7. لا ضرر ولا ضرار ( Tidak boleh merugikan dan dirugikan)

8. الضرر يزال (Bahaya harus dihilangkan)

9. الضرورات تبيح المحظورات ( Keadaan darurat menghalalkan hal-hal terlarang)

10. الضرورات تقدر بقدرها ( Keadaan darurat ditentukan menurut kadarnya)

11. ما جاز لعذر بطل بزواله ( Sesuatu yang diperbolehkan kerana alas an tertentu batal dengan hilangnya alasan itu)

12. اذا زال المانع عاد الممنوع (Jika halangan telah hilang maka hal terlarang kembali seperti semula)

13. الضرر لا يزال بمثله ( Bahaya tidak dapat dihilangkan dengan bahaya serupa)

14. يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام ( Bahaya khusus harus ditanggung untuk menolak bahaya umum)

15. الضرر الأشد يزال بالضرر الأخف (Bahaya yang lebih berat boleh dihindari dengan menempuh bahaya yang lebih ringan)

16.

اذا تعارضا مفسدتان روعي أعظمهما ضررا بإرتكاب اخفهما 16.

Jika dua bahaya dihadapi maka harus dihindarkan yang lebih besar bahayanya dengan menempuh yang lebih ringan

يختار اهون الشرين.17

Di pilih yang lebih ringan dari dua keburukan

ما لايدرك كله لا يترك كله.18

Sesuatu yang tidak dapat diperolehi semua tidak boleh ditinggalkan semua

درء المفاسد أولى من جلب المصالح.19

Menghindari bahaya lebih utama dari meraih manfaat

الضرر يدفع بقدر الإمكان.20

Bahaya harus dihindarkan sedapat mungkin

الحاجة تنزل منزلة الضرورة.21

Keperluan sama nilainya dengan darurat

العادة محكمة. 22

Adat itu diakui sebagai sumber hukum

لا ينكر تغير الأحكام بتغير الأزمان. 23

Tidak dapat diingkari perubahan hukum kerana perubahan zaman

البقاء اسهل من الإبتداء. 24

Bertahan lebih mudah dari memulai

التصرف على الرعية منوط بالمصلحة. 25

Tindakan untuk rakyat harus memehatikan kemaslahatan

إذا تعذرت الحقيقة يصار الى المجاز. 26

Jika penerimaan makna lahiriah itu sulit, maka dibawa kepada makna kiasan

اذا تعذر اعمال الكلام يهمل. 27

Jika pelaksanaan bunyi lafaz mengalami kesulitan maka boleh diabaikan

لا حجة مع الإحتمال. 28

Tidak boleh ada hujjah berdasarkan kemungkinan

لا عبرة للتوهم. 29

Tidak boleh ada pertimbangan berdasarkan dugaan

الأصل فى الأشياء الإباحة. 30

Pada prinsipnya segala perkara dibolehkan

Kecuali jika ada petunjuk yang lain

الحكم يدور مع علته. 31

Hukum berlaku bersama alasannya

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب. 32

Sesuatu yang diperlukan bagi menyempurnakan wajib maka ia juga menjadi wajib



No comments:

Post a Comment