Thursday, October 28, 2010

Dosa Melakukan Liwat: Di petik dari siyar al-Salikin oleh Syeikh Abdul al-Falimbani Diolah dan disunting semula oleh Raihaniah Zakaria IPGM

Liwat ialah melakukan hubungan jenis sesama lelaki seperti perbuatan kaum Nabi Lut A.S. Kaum ini telah dibinasakan oleh Allah S.W.T dengan rejaman batu daripada langit. Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud: Tujuh golongan yang dilaknat oleh Allah S.W.T dan Allah tidak akan memandang mereka pada hari kiamat dan tidak disucikan mereka itu serta akan diazab oleh Allah dengan azab yang pedih dan dikatakan kepada mereka masuklah kamu kedalam neraka. Mereka itu ialah:

1. Orang yang meliwat

2. Orang yang rela diliwat

3. Orang yang menyetubuhi perempuan pada dubur

4. Orang yang menyetubuhi binatang

5. Orang yang melakukan sumbang mahram dengan anak dan ibunya sendiri.

6. Orang yang berzina dengan jirannya

7. Orang yang mengeluarkan mani dengan tangan.(Onani atau masturbasi)

Rasulullah s.a.w juga memberi amaran bahawa pelaku liwat yang tidak bertaubat tidak akan disucikan Allah pada hari kiamat:

لو اغتسل اللواطى بماء البحر لم يجئ يوم القيامة الا جنبا

Maksudnya:

Seandainya orang yang melakukan liwat itu mandi dengan air laut kesemuanya sekalipun tiada datang ia pada hari kiamat melainkan hal keadaaanya masih lagi berjunub.

Adalah diriwayatkan bahawa ketika Allah hendak membinasakan kaum Luth Allah memerintahkan Jibril supaya menyuruh Nabi Luth dan orang-orang yang beriman keluar dari negeri tersebut. Lalu Allah mengangkat negeri tersebut hingga hampir kepada langit dan

Lalu diterbalikkan serta diturunkan ke atasnya hujan batu yang dibakar dengan api neraka sebagaimana yang dicatatkan Allah dalam surah Hud ayat 82:

Maksudnya:

Apabila datang perintah kami, kami jadikan negeri kaum Luth itu diterbalikkan dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, yang menimpanya bertalu-talu.

Allah dan rasul serta seluruh makhluk melaknat pelaku liwat. Melakukan liwat diibaratkan oleh nabi seperti berzina dengan ibunya sendiri, dan dosa berzina dengan ibu sendiri seolah-olah dia telah membunuh tujuh puluh orang para nabi. Sesiapa yang melakukan liwat maka di dalam kubur Allah akan mengubah rupanya menjadi rupa babi.

Sabda Rasulullah s.a.w:

من مس غلاما بشهوة لعنه الله والملائكة والناس أجمعون

Sesiapa yang menyentuh remaja lelaki dengan syahwat maka ia dilaknati Allah dan para malaikat serta manusia keseluruhannya.

Dari sudut hukum pelaku liwat dikategorikan sebagai berzina dan dihukum menurut hukuman kepada penzina. Sebahagian ulama syafiee berpendapat bahawa kesalahan liwat hendaklah dihukum dengan hukuman bunuh, Dosa liwat lebih besar dari dosa zina. Menurut hadis yang diriwayat oleh Anas b. Malik Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

Pelaku liwat tidak akan mencium bau syurga. Meskipun bau syurga itu tercium dari sejauh lima ratus tahun perjalanan.

والله أعلم بالصواب

والله أعلم بالصواب

No comments:

Post a Comment