Sunday, May 18, 2014

Proses membina rumah sendiri mengikut citarasa sendiri adalah proses yang rumit dan panjang kerana itu sebahagian besar dari kita lebih selesa membeli rumah dari pemaju perumahan ...senang cerita siapkan duit je..kemudian tunggu rumah siap..Tapi tidak begitu jika kita ingin membina rumah mengikut selera kita dan kehendak kita ditempat yang kita pilih...Alhamdulillah untuk rumah yang lebih sempurna umi memilih untuk membinanya di kampong halaman sendiri berdekatan dengan adik beradik umi..Alhamdulillah umi diwariskan dengan tanah tapak rumah pesaka daripada ibu dan ayah Alhamdulillah berdekatan dengan rumah adik beradik dan sedara mara..Alhamdulillah rumah untuk bekalan pencen itupun jika masih diberi rezeki bernafas oleh Allah S.W.T.....Umi memilih rumah umi untuk dibina berhampiran dengan sedara mara, berhampiran dengan masjid dan berhampiran dengan kubur...elemen-elemen itu mempunyai justifikasi yang tersendiri untuk umi.....umi mengambil keputusan untuk membinanya sekarang...inilah masa yang tepat umi rasa.....Gambar-gambar dibawah adalah sejarah proses bagaimana ia bermula.......Tambun tanah dulu sebenarnya habis dekat 30 ribu untuk tambun tanah sahaja bagi keluasan 650 depa.....Proses menambung bermula pada bulan  feb 2013 dan proses wat rumah bermula dis 2013 pada tahun yang sama..tanah adalah tanah getah bukan tanah padi oleh itu rasanya tambung tanah tak lama pun tak mengapa la kot..dah tak sabar nak duduk rumah sendiri bila balik kampong sekali sekala..... 




























































No comments:

Post a Comment