Saturday, January 30, 2021

WAHAI ANAK INGATLAH TUHANMU

Wahai Anak Ku Baca Lah Hikmah Ini:

Nilai diri seseorang adalah kebaikan yang dilakukannya.(saidina Ali r.a)

Seseorang yang beribadah kepada tuhannya semasa mudanya akan menerima hikmah daripada tuhan semasa tuanya.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak akan dicapai dengan melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.

Permulaan bagi mendapat ilmu ialah diam, kemudian mendengar baik-baik, kemudian menyebut dan hafaz, kemudian beramal dan seterusnya menyebarkan.

أَوَّلُ العِلْمَ الصُمْتَ ثُمَّ الاِسْتِمَاعَ ثُمَّ الحِفْظَ ثُمَّ العَمَلَ ثُمَّ نَشْرُهُ

Duduklah kamu bersama para cendikiawan dan bergaul dengan mereka kerana sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan cahaya ilmu dan hikmah sebagaimana dihidupkan bumi dengan curahan hujan

قال لقمان الحاكم:

يَا بُنَىَّ جَالِسَ العُلَمَاءَ وَزَاحِمُهُم بِرُكْبَتَيْكَ فَاِنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى يُحْيِى القُلُوْبَ بِنُورِ الحِكْمَةَ كَمَا يُحْيِى الأَرْضَ بِوَابِلِ السَّمَاءَ

Wahai anak mulakan harimu dengan zikrullah. Lepas subuh jangan tidur, berwirid baca Qur’an. Ingat siapa banyak tidur dan malas akan susah hidupnya dikemudian hari.

Siapa banyak tidur kurang amalan baiknya. Jika amalan kurang ruhani akan sakit.

Anakku kau dampingilah masjid. Usahakan solat berjemaah setiap waktu jika mampu. Kerana Masjid adalah cawangan Baitullah disitu ada cahaya di situ ada rahmat siapa yang rajin datang masjid hidupnya berjaya. Ibu-ibu yang suka ke Masjid anak-anaknya akan diberkati.Kau lihatlah disekelilingmu penuh dengan iktibar ini. Datanglah ke Masjid. Datanglah ke Masjid, Datanglah ke Masjid. Kerana di Masjid tempat para malaikat melebarkan sayapnya.

Wahai Anak Banyakkan Doa dan Zikirmu Kepada Tuhan Kerana doamu sangat makbul.

Kelebihan Mengamalkan Wirid dan zikir

  1. Iman bertambah teguh dan kukuh
  2. Mengelakkan diri dripada melakukan kemungkaran.
  3. Murah rezeki dan tenang jiwa.
  4. Tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang merosakkan akidah
  5. Sebagai perisai pertahanan diri
  6. Akan tercapai kemanisan iman dan ketakwaan kepada Allah s.w.t
  7. Mendekatkan diri kepada Allah

Adab- Adab Berzikir Kepada Allah s.w.t

1. Menyebut lafaz zikir dengan betul serta memahami maksudnya.

2. Berzikir dalam keadaan bersih dan suci daripada Hadas

3. Zikir dengan lafaz yang terdapat dalam Nas al-Quran atau Assunnah.

4. Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah s.w.t.

5. Mengunakan suara yang perlahan

6. Perbanyakkan zikir dalam suasana genting

7. Berzikir dengan lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat.

8. Tidak berzikir semasa Qadha hajat.

Kerugian kepada orang yang tidak berzikir

  1. Terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah kerana ia mudah dikuasai syaitan dan sukar mengawal nafsu.
  2. Lupa kepada tanggungjawab terhadap agama.
  3. Berada dalam keadaan gelisah
  4. Hidupnya kurang diberkati Allah.
  5. Tidak mengecapi kemanisan beribadat

DOA-DOA UNTUK KESEJAHTERAAN DIRI

DOA-DOA MA’THUR YANG DIPETIK DARI AL-QUR’AN DAN HADIS

Allah berjanji akan mengabulkan semua doa orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan. Oleh itulah adalah amat bijaksana jika kita menerima tawaran yang hebat dari Allah ini dengan membanyakan doa untuk kesejahteraan diri, keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan seluruh muslimin dan muslimat.

Macamanakah doa yang paling baik

Doa yang paling baik ialah doa yang terbit dari hati, dilakukan dengan sepenuh jiwa. Ia mengambarkan anda percaya kepadanya dengan sesungguh hati, mendengar doa anda dan mengabulkannya jika ia memang baik untuk anda.

Sabda Rasulullah s.a.w:

اُدْعُوا اللهَ وَأَنْتُمْ مُوْقِنُوْنَ بِالأِجَابَة وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ لاَ يَسْتَجِيْبُ دُعَاءٌ مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ

Maksudnya:

Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu meyakini Allah akan memakbulkan doa kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan menjawab doa yang dipohon dari hati yang lalai.

Firman Allah S.W.T:

وَإِذَا سَئَلَكَ عِبَادِىْ عَنِّى فَإِنِّي قَرِيْبٌ أُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِى فَلْيَسْتَجِيْبُوا لِى وَلْيُؤْمِنُوا بِىْ لَعَلَّهُم يَرْشُدُون

Maksudnya:

Apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu mengenaiku. Maka beritahulah mereka bahawa sesungguhnya aku sentiasa hampir dengan mereka. Aku akan perkenankan doa orang yang berdoa kepadaku maka hendaklah mereka menyahut seruanku dan hendaklah mereka beriman kepadaku supaya mereka menjadi baik dan betul. (surah al-Baqarah ayat 186)

3. Saya sudah berdoa tetapi kenapa tuhan tak kabulkan doa saya

Allah mengentahui yang terbaik untuk anda. Dalam anda berdoa jawapan tuhan adakalanya ya untuk anda, adakalanya tidak dan adakala tidak sekarang. Tetapi kesemuanya ,memberi kebaikan dan doa anda tetap dikabulkan pada anda jika sememangnya anda berdoa dengan yakin dan bersungguh-sungguh. Sabda Rasulullah s.a.w:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو اللهَ بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيْهَا قَطِيْعَةِ رَحْمٍ إِلاَّ اَعْطَاهُ اللهُ بِهَا إِحْدَى ثَلاَثٍ : إِمَّا اَنْ تَعْجِلْ لَهُ دَعْوَتُهُ وَاِمَّا أَن يَدَّخِرُهَا لَهُ فِى الأخِرَة وَاِمَّا أَن يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّؤِ مِثْلِهَا قَالُوا اِذًا نُكْثِرْ اللهُ اَكْثَر.

Maksudnya:

Mana-mana muslim yang berdoa kepada Allah dalam keadaan mereka tidak memutuskan silaturrahim, maka Allah akan mengabulkan doa mereka dengan tiga cara: samada Allah mengabulkan doanya dengan segera ataupun disimpan pahalanya dihari akhirat atau pun ditolak darinya segala kejahatan. Para sahabat berkata kalau begitu kami akan banyakkan doa kami. Nabi Muhammad bersabda disisi Allah lebih banyak lagi.

Adab-Adab Doa

1. Berwudhuk seandainya tidak menimbulkan kesukaran.

2. Mengadap kiblat.

3. Mengangkat kedua tapak tangan setinggi yang boleh.

4. Dimulai dengan memuji Allah dan selawat sekurang-kurangnya:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

اَلْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

5. Berdoa dengan suara yang perlahan.

6. Memohon ampun kepada Allah.

7. Berdoa dengan doa yang ma’thËr daripada ayat al-

Qur’an dan Hadis.

8. Berdoa dengan kyushuk, merendah diri dan yakin

bahawa Allah akan mengabulkan doanya.

9. Mengakhiri doa juga dengan selawat dan memuji

Allah:

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم وَالحَمْدُللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Berikut diperturunkan doa-doa yang sebenarnya telah diajar dan ditunjuk oleh Allah S.W.T dalam semua keadaan di dalam al-Qur’an bagaimana untuk mencapai kecemerlangan diri. Hanya kita sahaja yang tidak berusaha untuk mengali khazanah ilmu ini.

1. Pembuka Doa

اَلْحَمْدُللهِ رَبِّ العَالَمِيْن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى أَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

2. Doa mohon dilapangkan dada, dimudahkan urusan dan petah berbicara,

رَبِّ اشْرَح لِى صَدْرِي وَيَسِّرلِى أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ الِّلسَانِ يَفْقَهُ قَوْلِى

Maksudnya:

Wahai tuhanku lapangkanlah dadaku, permudahkan segala urusanku, rungkaikan simpulan lidahku agar mereka memahami kata-kataku.(surah Thaha ayat 25-26

6. Doa diberi ilham yang baik dan dilindungi dari keburukan diri sendiri

اَلَّلهُمَّ أَلْهِمْنِى رُشْدِى وَأَعِذْنِى مِنْ شَرِّ نَفْسِى

8. Doa menjauhi sifat lemah dan malas

الَّلهُمَّ إِنِّى أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ العَجْزِ وَالكَسَلِ

وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ وَأَعُوذُبِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَال

11. Doa memohon dijauhkan bencana, sihir dan segala kejahatan

بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَئٍ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْم

Dengan nama Allah yang dengan namanya tidak ada sesuatu pun yang berbahaya sama ada dilangit mahu pun dibumi dan dialah tuhan yang maha mendengar lagi maha mengentahui( Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Hakim)

أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقْ

Maksudnya:

Aku berlindung dengan nama Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan ( Hadis riwayat Muslim)

13. Doa pada setiap malam bulan Ramadhan.

Dibaca pada bila-bila masa;ketika hendak tidur,bangun tidur ketika sahur ketika berbuka

اَلَّلهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

wahai tuhan yang maha pengampun lagi mulia yang suka memberi kemaafan,ampunilah segala dosa dan kesilapanku.

Penutup doa

وَصَلَّ اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّم وَالحَمْدُلله رَبِّ العَالَمِيْنَ

No comments:

Post a Comment