Wednesday, August 12, 2009

Cerita Uwais al-Qarni

Cerita Uwais al-Qarni

Pada pagi ini suka saya bawakan satu cerita seorang wali Allah- Orang yang dekat dengan Allah S.W.T (Bahasa- Bantuan atau perlindungan Allah) dari sudut istilah ialah manusia biasa yang beriman, bertakwa, beristiqamah melaksanakan segala perintah tuhan dan menjauhi larangan Allah zahir dan batin, wali tidak maksum dan tidak mempunyai mukjizat. Tapi dia ada karamah) wali yang ingin dicerita pada pagi ini seorang wali yang bernama Uwais al-Qarni. Uwais dalam lipatan sejarahnya digelar sebagai orang yang terkenal dilangit tetapi tidak dikenali di bumi. Uwais adalah seorang tabi’in. Tabi’in bermaksud generasi selepas wafat para sahabat Rasululullah s.a.w. Sahabat dalam hieraki ummah ialah orang yang hidup pada masa nabi atau pernah berjumpa dengan Nabi dan beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. Habis sahaja generasi sahabat orang panggil Tabi’in atau pengikut. Selepas habis generasi tabi’in tabi’ Tabi’in begitulah sehingga sampai kepada generasi kita-Kita nak tak tahu berapa tab’ tabi’in dah.

Nabi Muhammad S.A.W adalah seorang yang futuristik boleh meramal bahkan boleh melihat masa depan. Nabi dah lihat akhir dunia dalam peristiwa Israk Mikraj umpamanya kerana itulah juga nabi boleh menceritakan alamat-alamat kiamat dan hal ehwal yang akan berlaku. Masa depan kita sudah ada. Dalam cerita Uwais ini ada satu hadis pesanan Rasulullah kepada dua orang sahabat baginda iaitu umar dan Ali. Hai Umar Hai Ali Apabila nanti kamu bertemu Uwais al-Qarni mintalah kepadanya supaya ia meminta ampunkan kamu berdua kepada Allah kerana ia orang yang makbul doanya:

‏حدثنا ‏ ‏زهير بن حرب ‏ ‏ومحمد بن المثنى ‏ ‏قالا حدثنا ‏ ‏عفان بن مسلم ‏ ‏حدثنا ‏ ‏حماد وهو ابن سلمة ‏ ‏عن ‏ ‏سعيد الجريري ‏ ‏بهذا الإسناد ‏ ‏عن ‏ ‏عمر بن الخطاب ‏ ‏قال إني سمعت ‏ ‏رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول ‏ ‏إن خير التابعين رجل يقال له ‏ ‏أويس ‏ ‏وله والدة وكان به ‏ ‏بياض ‏ ‏فمروه فليستغفر لكم(رواه مسلم واحمد)
Maksudnya: Sebaik-baik Tabi’in ialah seorang lelaki yang dipanggil Uwais, Dia ada seorang ibu, berasal dari Yaman. Dan dia ada tanda putih kat tengkok dia, leher dia. Sekiranya kamu berjumpa Uwais kamu mintalah dia berdoa supaya Allah mengampuni kamu Kata al-Imam Al-Nawawi:
وفيه استحباب طلب الدعاء والاستغفار من أهل الصلاح , وإن كان الطالب أفضل منهم
Maksudnya: Adalah disunatkan untuk kita minta daripada orang-orang soleh berdoa dan memohon ampun kepada Allah sekalipun kedudukan orang yang meminta itu lebih tinggi daripada orang yang dipinta.

Uwais adalah seorang yang sangat taat kepada ibunya. Amalan dia yang sangat istimewa. Pada hakikatnya di mempunyai banyak amalan-amalan lain yang dapat mendekat dirinya kepada Allah tapi yang paling istimewa ialah amalan ketaatan kepada ibunya. Ibunya sudah tua dan tak boleh berjalan lagi tetapi dia sangat teringin untuk menunaikan Haji. Manakala Uwais seorang yang sangat miskin, yatim . Untuk pergi ke Mekah dari Yaman memerlukan kenderaan dan bekalan yang cukup. Paling tidak dua ekor unta satu untuk di tunggangi satu lagi untuk membawa barang-barang. Dia ligat memikirkan bagaimana caranya untuk menunaikan permintaan ibunya. Setelah berfikir dia telah membeli seekor anak lembu. Dia membina bangsal untuk lembunya itu di atas bukit. Apabila mala dia mengendong lembunya naik ke bangsal di atas bukit, bila tiba waktu siang dia mengendongnya turun untuk diberi makan rumput-rumput. Itulah yang dilakukannya sedara rutin sehinggalah lembunya besar. Oleh kerana dia biasa memikul lembunya itu setiap hari dia tidak merasa berat walaupun lembunya sudah besar beratus-ratus kilogram. Begitulah seumpama orang yang mengangkat berat. Tuan puan boleh gambarkan macam mana orang yang menyertai sukan angkat berat. The reason that they can up the heavy metal up to 200 because they do it in routine.

Bila tiba masa yang telah ditentukan Allah S.W.T, dia membawa ibunya/mak dia pikul atas bahu dia pergi ke Mekah. Sebelah bahu pikul mak, sebelah yang lain bawa barang-barang. Amalan baiknya yang istimewa ini menyebabkan dia terkenal di langit.

Uwais seorang yang sopak. Ibunya bertanya kepada dia” Wahai Uwais engkau solat malam-malam apa yang engkau minta dengan Allah S.W.T. Uwais menjawab aku minta supaya aku, ibu dan para mukminin dan mukminat diampuni dan dimaafi oleh Allah S.W.T. Sebab/ kerana bila Allah mengampuni kita memaafi kita maka tercapailah hasrat dan matlamat hidup kita. Nabi Muhammad s.a.w amat menekankan doa ini doa minta Allah ampun Allah maafkan segala kesalahan kita:

اَلَّلهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Sabda Rasulullah S.A.W:

‏عن ‏ ‏عائشة ‏ ‏قالت ‏
قلت يا رسول الله أرأيت إن علمت أي ليلة ليلة القدر ما أقول فيها قال ‏ ‏قُولِي ‏ ‏اَلَّلهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Uwais berpenyakit sopak/ Balar/ putih seluruh tubuh. Ibunya berkata kepada Uwais wahai Uwais doalah kepada Allah supaya Allah menghilangkan penyakit sopak mu ini. Jawab Uwais’ saya malu kepada Allah nak minta yang demikian, kerana kalau saya minta seolah-olah seperti saya tidak meredhai pemberian Allah S.W.T. Jawab ibunya Allah itu maha baik kau mohonlah kebaikan-kebaikan dari Allah S.W.T kerana ibumu yang suruh. Taatkan ibu itu wajib. Uwais akhirnya memohon kepada Allah S.W.T supaya Allah menyembuhkan penyakitnya kerana taatkan perintah ibunya, namun demikian dia mohon supaya Allah meninggalkan sedikit tanda penyakit tersebut sebagai tanda ingatan atas penyakitnya itu. Kerana itulah Nabi sebut tanda nak kenal Uwais ada tanda putih بياض) ) dan (والدة) ada emak. Antara tandanya lagi ialah اشهل iaitu rambut merah, jauh antara kedua bahunya, sederhana tinggi, putih campur hitam warna kulitnya, ia memukul-mukul dagunya kedada, ada cahaya dibahunya.

Umar dan Ali akhirnya berjumpa dengan Uwais pada tahun ke sepuluh Hijrah. Antara beberapa dialog yang berlaku antara Uwais Umar dan Ali:
Kedua-duanya meminta Uwais supaya ia mendoakan keduanya. Uwais menjawab; Aku tidak pernah mengkhususkan doaku kepada seseorang mana pun, tetapi kepada sekelian mukminin dan mukminat:

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
. "Wahai Tuhan kami! berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang Yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"(surah Ibrahim ayat 41)


Keduanya meminta nasihat Uwais:
Tuntutlah Rahmat Allah ketika mentaatinya dan harapan tuan-tuan dicelah yang demikian itu

Sebahagian isi kandungan tazkirah ini adalah sedutan daripada Khutbah Aidilfitri 1428 H yang disampaikan oleh guru saya Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi b. Hamat di Masjid Pondok Banggol Setol Pasir Mas. Kelantan. Penulis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada beliau.

No comments:

Post a Comment