Monday, August 2, 2010

Yahudi dan Zionis: Satu Pengenalan dan sorotan sejarah

Yahudi dan Zionis : Satu Pengenalan dan sorotan Sejarah.

Analisis ini cuba untuk melihat sejauh mana perkaitan antara doktrin Messiah dalam agama Yahudi yang mencanangkan bangsa Yahudi sebagai sebagai bangsa pilihan tuhan dengan kewujudan pakatan Zionis sedunia yang seterusnya melahirkan Negara Israel dalam peta dunia pada hari ini. Tulisan ini juga cuba untuk membuka ruang bagi melihat adakah protocol Zionis yang mengambarkan seolah-olah semua perkara besar yang berlaku dalm dunia hari ini adalah hasil strategi mereka adalah satu reality atau sekadar mitos dan propaganda Yahudi yang sengaja cuba untuk menarik perhatian dunia bahawa mereka sebenarnya mempunyai kuasa, cerdik dan superpower serta menentukan corak dan aliran politik, social dan ekonomi dunia kerana mereka adalah bangsa pilihan tuhan ( The Chosen People) .



Pendahuluan

Artikel ini cuba untuk menghidangkan kepada para pembaca tentang bangsa yang paling banyak menimbulkan huru hara dan kontroversi dalam sejarah manusia di abad ini iaitu bangsa Yahudi serta idelogi mereka iaitu Zionisme. Kaum Yahudi menganggap mereka adalah bangsa pilihan tuhan ‘ The Chosen People’. Secara umumnya dari beberapa sudut terzahir keunggulan mereka dalam beberapa aspek kehidupan terutamanya dalam penghayatan budaya ilmu. Mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam tamaddun manusia moden, umpamanya Baruch Spinoza ahli falsafah, Albert Einstein dalam bidang sains, Karl Mark dalam bidang politik dan sosio ekonomi, Sigmund Freud dalam bidang Psikologi. Dalam pengajian Islam sendiri nama-nama seperti Ignaz Goldziher, Joseph Schact, S.D.E Goiteim, Marxime Rodinson, A.H Muller, James Dar Mersteter, Joses Horovitz dan lain-lain adalah sangat mashur dan terkenal. Bangsa Yahudi amat berbangga dengan kedudukan mereka ini, Abbe Eban, ahli Knesset (Parlimen Israel), juga bekas duta Israel ke PBB serta bekas menteri pendidikan Israel menyatakan dengan bangganya bahawa apa yang difikirkan dan diamalkan oleh manusia selama ini telah dipengaruhi oleh pengalaman Yahudi, pemikiran dan fahaman dalam berbagai bidang kesemuanya digerakkan oleh ombak pemikiran Yahudi. Adakah ini benar dan apakah keunggulan-keunggulan zahir ini ada perkaitannya dengan doktrin Messiah dan The Chosen People. Untuk melihat sejauh mana perkaitannya antara doktrin Messiah dengan kewujudan pakatan zionis sedunia yang seterusnya melahirkan Israel, analisis ini akan menyorot secara ringkas sejarah dan latarbelakang bangsa Yahudi, sejarah dan latarbelakang pergerakan Zionis seterusnya pengenalan doktrin messiah dalam agama Yahudi. Kemuncak kepada analisis ini ialah beberapa perkaitan antara doktrin Messiah dengan kewujudan pakatan Zionis sedunia.

Latar Belakang dan Sejarah Kaum Yahudi.
Dalam Encyclopedia of Religion and Ethic, Yahudi ataupun Judaism ditakrifkan sebagai satu bentuk kepercayaan monothestik yang diasaskan buat pertama kalinya oleh Abraham dan masih dipraktiskan oleh keturunannya . Agama Yahudi diasaskan kepada dua prinsip iaitu keesan tuhan dan bangsa Israil sebagai bangsa pilihan tuhan. Kaum Yahudi mengklaimkan bahawa bangsa merekalah yang dijanjikan Allah kepada Ibrahim yang akan mewarisi bumi dan memimpin dunia dengan bumi Kanaan atau Palestin sebagai bumi pilihan tuhan untuk mereka. Pada hakikatnya Susur galur keturunan Yahudi, Rom dan Arab adalah sama iaitu dari bapa kepada nabi-nabi, Ibrahim a.s. Silsilah Yahudi bermula dari nabi Yaacob( Jacob) b Ishak b. Ibrahim, manakala Rom pula bermula dari Eso(Esau) b. Ishak b Ibrahim, dan Arab pula bermula dari Nabit b Ismail (Ishmael) b. Ibrahim. Kaum Yahudi dalam al-Qur’an dirujuk dengan panggilan Bani Israil. Israil adalah nama nabi Yaacob yang ditukar oleh Malaikat atas perintah Allah s.w.t . Nabi Yaacob mempunyai duabelas orang anak iaitu Rubil (Reuben), Samon(Simeon), Lawi (Levi), Yahuza (Judah), Ishaker(Issacher), Zablun( Zebulun), Yusof(Joseph), Bunyamin(Benjamin), Dan (Dan), Naftali(Naphtali), Had (Gad) dan Ashir(Asher). Susur galur keturunan Yahudi adalah daripada dua belas orang anak Nabi Yaacub dan mereka digelar Asbat. Allah telah mengurniakan kepada kaum bani Israil dengan berbagai-bagai kelebihan. Allah telah mengutuskan kepada mereka sebilangan dari rasul-rasul agar mereka mendapat hidayah dan rahmat Allah s.wt ..Firman Allah s.w.t:
يبني اسراءيل اذكروا نعمتي التي أنعمت عليكم وأني فضلتكم على العالمين
Wahai bani Israil, Ingatlah akan nikmatku yang telah aku anugerahkan kepadamu dan ingatlah bahawasanya aku telah melebihkan kamu atas segala umat
(al-Baqarah: ayat 47)

Namun demikian Kaum Bani Israil mempunyai sifat-sifat yang keji,seperti sombong, dengki, tamakkan kuasa, mengingkari nabi dan rasul yang diutuskan Allah untuk mereka dan membunuh sebahagian nabi dan rasul yang diutuskan, firman Allah s.w.t:
كلما جاءهم رسول بما لآ تهوى أنفسهم فريقا كذبوا وفريقا يقتلون
Setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, maka sebahagian dari rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang pain mereka bunuh.

Sejarah Berdiri dan Tokoh-Tokohnya.
1. Nabi Musa
Salah seorang nabi Bani Israil. Nabi Musa adalah nabi yang paling banyak disebutkan ceritanya di dalam al-Qur’an. Beliau diutuskan Allah untuk menyelamatkan bani Israil dari kekejaman Firaun. Beliau diperkuatkan dengan Taurat dan didokong juga oleh saudaranya Harun. Ketika nabi Musa wafat mereka masih lagi belum dapat memasukki Palestin.
2. Yusha’ b. Nun (Yoshua)
Memegang tampuk kepimpinan Bani Israil selepas kewafatan Nabi Musa.Beliau memasukki Palestin melalui Timur Jordan menuju ke Ariha. Beliau membuka kawasan di situ. Kawasan yang dibuka terpecah kepada dua belas bahagian dan diperintah oleh para hakim. B ani Israil telah merampas tanah air bangsa Kanaan yang telah diberikan Allah kepada mereka sebagai warisan mereka di Jerusalem dan daerah sekitarnya sebagaimana yang telah diterangkan Allah melalui Musa. Namun demikian pada waktu ini bangsa Yahudi tidak memilikki kuasa berdaulat yang sebenar-benarnya, dan selalu diganggu gugat oleh bangsa-bangsa asing seperti Palestin(Philistines), Kanaan (Canaanites), Armenia(Armenians), Urdun(Edomites), Amman(Ammonites) dan Ma’rib(Maabites). Mereka berada dalam keadaan demikian selama 400 tahun. Kaum Yahudi akhirnya memohon kepada Allah melalui nabi mereka Samuel agar dilantik dikalangan mereka seorang raja. Allah memperkenankan doa mereka dengan dilantik Saul atau dalam alQur’an disebut dengan nama Thalut.
3. Daud A.S
Daud menjadi raja yang kedua selepas Thalut. Dan kerajaan itu telah menjadi ketentuan bagi aanak cucunya secara turun temurun.Jerusalem(alQuds) dijadikan sebagai ibukota kerajaan. Beliau juga membangunkan Haikal yang suci dan membawa Tabut ketempat itu . pemerintahannya berlangsung selama empat puluh tahun.
4. Sulaiman mengantikan ayahnya daud sebagai pemimpin Bani Israil. Kerajaan baginda berkembang maju dan daerahnya hingga keperbatasan Hijaz,perbatasan Yaman dan perbatasan Romawi. Pada zaman pemerintahannya kaum Yahudi mencapai zaman gemilang. Hal ini dicatatkan Allah dalam firmannya:
ولسليمان الريح عاصفة تجري بأمره الى الأرض التى باركنا فيها.
Namun demikian kerajaannya mulai lemah pada masa akhir kekuasaanya, dan Kaum Bani Israil mula berpecah belah..
5. Rahbaem, beliau menjadi raja kaum Yahudi selepas Sulaiman pada tahun 935 SM. Namun beliau tidak dibaiat oleh para Asbat. Oleh kerana itu kaum Bani Israil cenderung kepada adiknya Yarbaem.. Keadaan ini mengakibatkan kerajaan Bani Israil terpecah kepada dua bahagian: Kerajaan Utara bernama Israil dan ibukotanya Samaria, manakala Kerajaan Selatan dikenali dengan nama Yudea dengan ibukotanya Yerussalem.
6. masing-masing dari dua kerajaan ini Bani Israil diperintah oleh 19 orang raja mengambil masa hamper empat ratus tahun. Setelah zaman tersebut berlalu bani Israil akhirnya ditakluk dan diperintah secara bergilir-gilir oleh bangsa-bangsa luar, iaitu Babylon(586 SM), Parsi(538), Helenis(322SM) dan Rom (63SM).
Pada tahun 731 Sm Kerajaan utara(Israil) ditakluk oleh oleh Raja Sargon(Sargeus) dari Yunani(Asyriah) mengakibatkan Negara mereka lenyap dari peredaran Sejarah. Manakala kerajaan Selatan pula jatuh ketangan orang-orang Babylon pada tahun 586 SM. Nebuchadnezar (Bukhtansar) telah menghancurkan Jerussalem beserta tempat ibadat, membakar kitab Taurat, menawan orang-orang Yahudi dan dibawa ke Babillon. Penaklukan ini dikenali dengan penghancuran pertama. Pada masa inilah para tokoh pemuka Yahudi membesarkan hati kaumnya dengan konsep janji tuhan dan bumi nenek moyang, dengan harapan idea ini akan memupuk kesatuan Yahudi dan jati diri bangsa mereka. Mereka selalu berusaha untuk kembali ke Palestin, namun gagal bahkan mereka semakin kuat ditindas mengakibatkan eksodus dan diaspora orang-orang Yahudi makin luas keseluruh penjuru bumi untuk menyelamatkann diri Menurut Ibn Kathir pada waktu inilah Orang-orang Yahudi terpencar ke Hijaz, Yasrib, Wadil Qura, Mesir dan lain-lain
Pada tahun 538 SM Babylonia ditaklukki oleh Raja Parsi yang bernama Kayyanid(Achaemenid). Beliau telah mengizinkan orang-orang Yahudi untuk pulang ke Palestin. Namun sebahagian yang kecil saja pulang ke Jerussalem. Di Palestin mereka membina semula tempat-tempat ibadat dan memulihkan agama mereka sebagaimana asalnya dengan para pendita, namun demikian kedaulatan Negara adalah hak raja Parsi.
Pada tahun 320 SM Palestin ditakluk pula oleh Kuasa Yunani dibawah pimpinan Alexander The Great. Setelah kekuasaan Yunani semakin lemah kaum Yahudi bertindak
Dan berjaya mengalahkan mereka. Kedaulatan pada waktu ini berada pada tangan pendeta-pendeta mereka yang terdiri dari Bani Hasymanai(Hasmoneans). Pada 63 SM
Orang Romawi pula menaklukki Palestin. Orang-orang Yahudi kemudiannya berada dibawah penguasaan Romawi.. Pada tahun 20SM Raja Yahudi yang berada dalam naungan kerajaan Romawi bernama Herodes. membangun semula Haykal Sulaiman disamping memberi kebebasan kepada penduduk Yahudi. Namun pada tahun 77M Raja Romawi Titus bertindak keras terhadap penduduk Yahudi kerana mereka mengadakan pemberontakan dan kekacauan. Beliau menghancurkan kota Jerussalem dan Haykal Sulaiman serta melarang Yahudi mendiami Palestin. Orang-orang Yahudi dibuang negeri ke Rom dan daerah-daerah yang jauh dari situ. Ini adalah kemusnahan kali kedua kepada Masjid baitil maqdis. Orang –orang Yahudi menamakan ‘pembuangan negeri secara besar-besaran atau Penghancuran Kedua. Setelah penghancuran ini bangsa Yahudi tidak lagi mempunyai pemerintahan dan Negara yang berdaulat. Bangsa Romawi menaklukki Palestin selama beberapa abad sehinggalah pada tahun 636M orang-orang Islam menaklukki Palestin. Ketika penyerahan Kota Suci Jerussalem kepada Muslimin, Patriach Kristian yang bernama Sophronius membuat beberapa persyaratan antaranya tidak membenarkan seorang pun Yahudi Menetap dikota suci tersebut. Pada tahun 1897 orang-orang Yahudi memulai gerakan yang baru yang dikenali dengan zionisme untuk menaklukki semula Palestin.
7. Nabi dan Rasul selepas Daud dan Sulaiman..,.,.
1. Syi’ya ( Issaiah); Hidup pada abad ke8 SM . Beliau menjadi penasihat raja yahudi yang soleh iaitu Hezkia (729-668 SM).
2. Ermiya(Yeremia). Beliau diutuskan Allah kepada Bani Israil untuk memberi peringatan kepada mereka tentang kemungkaran dan maksiat yang dilakukan oleh bani Israil, namun Bani Israil mengingkari beliau dengan menyiksa dan memenjarakan beliau. Pada masa beliau Nebudchannezar berjaya menaklukki Palestin.
3. Yehezkial( Ezkial),; Muncul pada abad ke 6 SM. Ia berbicara tentang hari kebangkitan, hisab dan al-Masih yang akan datang dari keturunan Daud untuk menjadi raja yang memerintah orang-orang Yahudi.
4. Danial : Beliau adalah nabi yang mempermaklumkan masa depan bangsa Israil yang popular dengan mimpi-mimpi simboliknya. Dan ia telah menjanjikan bahawa bangsanya akan selamat di bawah pimpinan al-Masih.
5. Ezra :Beliau adalah hamba Allah yang soleh yang disebut di dalam alQur’an dengan nama Uzair.. Semasa penaklukan nebudchannezar keatas Palestin, beliau telah memusnahkan kitab Taurat sehingga tiada lagi kesan peninggalannya. Kaum Yahudi mengatakan Uzair adalah anak tuhan kerana beliaulah yang mendatangkan taurat sepertimana yang dibawa oleh nabi Musa


Doktrin dan Pemikiran Yahudi
Pada asalnya Yahudi adalah Ahli Kitab yang bertauhid, namun mereka lebih cenderung kepada Polytiesme dan Opportunist. Kerana itulah Allah mengirimkan kepada mereka nabi-nabi untuk memurnikan akidah mereka. Antara punca kecenderongan polytiesme dikalangan mereka adalah kerana pengaruh kuasa-kuasa yang menakluk dan mendominasikan mereka seperti Kesan pengaruh Mesir Kuno, Babylonia, Parsi dan sebagainya. Malahan sumber-sumber perjanjian lama itu antara lainnya adalah pemikiran Babylonia dan Persia .juga perundangan-perundangan Hamurabi.Dalam Talmud terdapat pemikiran yang menyatakan tentang reinkarnasi yang diambil dari pemikiran India yang dibawa masuk ke Babylonia yang kemudiannya dipindahkan kepada pemikiran Yahudi.
Kitab-Kitab Yahudi :
Yahudi mempunyai beberapa kitab yang menjadi sumber rujukan keagamaan mereka iaitu:
a. Perjanjian Lama ( The Old Testament)- Ianya adalah merupakan kitab suci Yahudi Perjanjian lama terbahagi kepada :
1. Taurat( Torah). Isinya mengandungi lima kitab iaitu, Kejadian ( Genesisi), Keluaran(Exodus) , Imamat(Leviticus), Bilangan ( Numbers) dan ulangan (Deuteronomy).Kitab-kitab ini dinamakan kitab Musa (Books of Moses)
2. Kitab Para Nabi (Neviim): Terbahagi kepada dua :.
i. Kitab para nabi terdahulu: Yoshua(Joshua), Hakim-hakim(Judges), Samuel 1, Samuel 11, Raja-raja 1 dan Raja-raja 11 (King 1 and King) 11.
ii. Kitab para nabi terakhir: Yesaya (Isaiah), Yeremiya(Jeremiah), Yehezkial (Ezekial),Hosea Yoel,Amos, Obaja, Yunus, Mikha, Nahum, Habakuk, Zefanya, Hagai, Zakar. ia dan Malaekhi
3. Tulisan-tulisan:
i. Tulisan agung: Mazamir (Zabur).
ii. Majalah yang lima(Five Scrolls): Nyanyian agung(Song of Song), Ruth, Ratapan(Lamentation)Al-Jamiah(Ecclesistes), Esther.
iii. Buku-buku: Daniel, Ezra, Nehemia, Tawarikh 1, Tawarikh 11.
b. Ester dan Yahudit: Dongeng yang mengisahkan perjuangan wanita Yahudi memperdayakan pemerintah Babylomia dan Persia.
c. Talmud: Cerita lisan turun temurun yang diwarisi dari para pemimpin agama Yahudi. Talmud menurut Yahudi adalah lebih utama dari Taurat.
d. Zohar (Splendor), merupakan kitab mistik Yahudi, menurut kebanyakan pengkaji ia ditulis oleh Moses de Leon Seorang Cabbalis Castello yang meninggal pada 1305 M. Kalimah Kabala adalah merujuk kepada istilah mistik dalam agama Yahudi

Puak dan Mazhab dalam Agama Yahudi.
Perkembangan masa dari kurun ke kurun juga peristiwa sejarah dengan realiti yang berbeza mewujudkan komuniti puak dan mazhab yang berbeza pandangan pemikiran dan aspirasi di kalangan Yahudi. Sebahagian dari mazhab ini masih lagi wujud manakala ada sebahagian yang lain sudah berkubur dalam lipatan sejarah . Antara mazhab-mazhab penting dan termashur dalam agama Yahudi adalah seperti berikut:
a. Rechabit.
Mereka adalah antara kumpulan mazhab yang terawal. Puak ini pertama kalinya dibentuk oleh Jonadab anak kepada Rechab. Mereka memilih untuk hidup secara secara Nomad dan tinggal di dalam Khemah.
b. Samaritan
Ketika Sargon pemerintah Asyuria menaklukki Utara Israil pada 721 SM beliau telah meninggalkan sebahagian dari kependudukan Yahudi di Kota Samaria. Mereka masih tinggal disitu walaupun selepas penaklukkan Babillon. Mereka ditolak dari agama Yahudi kerana mereka tidak bersama dengan induk atau majoriti dikalangan mereka, juga kerana darah Yahudi mereka telah bercampur baur dengan bangsa Asyuria. Golongan ini hanya percaya kepada Taurat Musa ( five books of Moses) dan kenabian musa sahaja . mereka menolak talmud. ’ Mereka mencampuradukkan amalan agama Yahudi dengan kepercayaan dan agama bangsa Asyuria yang menyembah berhala
c. Mazhab Pharisees
Mereka adalah golongan para pendeta atau ahli agama yang mendalami Akidah dan Syari’at , mereka diiktiraf secara sah sebagai pentafsir kepada nas-nas suci taurat dan kitab suci mereka .Pentafsiran mereka mengambil kira suasana semasa. Golongan ini mempunyai pengaruh yang besar dalam perkembangan agama Yahudi dan mempunyai banyak dokongan. Mereka menyakini hari kebangkitan, malaikat dan hari Akhirat
b. Yahudi fanatik
Pemikiran mereka amat dekat dengan pemikiran golongan Farisi tetapi mereka tidak mempunyai sikap toleransi dan amat rigid dalam memahami tafsiran-tafsiran Taurat dan Talmud. Mereka bermusuhan dengan orang yang berlawanan dengan pemikiran dan akidah mereka. Pada awal abad pertama , mereka telah melakukan
pemberontakan dan membunuh setiap yahudi yang yang bekerjasama dengan orang Romawi.
c. Golongan Penulis atau Rabbi.
Mereka ialah penulis-penulis naskhah Taurat Mereka mahir dan alim dengan syariat kerana pekerjaan mereka tersebut. Mereka dipanggil Rabbi atau orang yang bijak atau tuan-tuan. Profesyen mereka ialah mengajar agama juga sebagai penasihat dalam bidang-bidang kerohanian. Mereka relatifnya kaya kerana mendapat sumber kewangan dari penganut-penganutnya.

d. Sadducees
Golongan ini adalah golongan yang bertentangan dengan golongan Pharisee. Mereka bersaingan dengan Pharisee dalam mendapatkan pengaruh sebagai pemimpin keagamaan. Golongan dinisbahkan kepada Sadik b Akhitub salah seorang pemimpin keagamaan yang berpengaruh besar dalam agama Yahudi. Golongan ini memilikki dan mewarisi kekayaan dan selalunya bekerjasama dengan penakluk yang pernah menaklukki Palestin. Dalam pemikiran dan amalan keagamaan mereka adalah materialistik dan amat menyimpang dari pengaruh kerohanian. Mereka terpengaruh dengan agama-agama para penakluk mereka seperti pengaruh Rom Yunan dan sebagainya dan mengikuti tradisi dan adat-adat mereka sekalipun bertentangan secara terangan dengan nas-nas Taurat. Mereka tidak mempercayai hari kebangkitan , syurga neraka dan sebagainya. Mereka hanya mengakui Buku Musa yang lima sahaja.
e. Golongan Pembaca ( Karaites)
Golongan ini muncul di Baghdad, dipelopori oleh pendeta Yahudi bernama Inan b. Daud pada kurun ke 8 M. Beliau menyeru kepada menolak Talmud sebagai sumber rujukan keagamaan. Menurutnya ajaran Talmud adalah terpesong dari ajaran taurat nabi Musa. Mazhab ini juga mempunyai pengikut yang ramai. Mereka menisbahkan puak mereka dengan golongan Pembaca kerana mereka hanya menerima Nas Taurat saja dan menolak Talmud. Pengikut mazhab ini tersebar di Iran, Turki , Syria, Mesir ,Rusia dan Eropah Timur. Golongan ini dimusuhi dan dihalang pergerakkannya oleh Yahudi Zionis n ini kerana mereka menentang penaklukkan rejim Zionis Yahudi keatas Palestin yang menurut mereka bertentangan dengan kemurniaan moral yang di anjurkan oleh Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa
f. Yahudi Orthodok.
Perkataan Orthodok yang diambil dari pengunaan penganut kristian digunakan kepada kelompok ini oleh reformist Yahudi untuk memberi gambaran tentang kelompok ini yang terlalu amat rigid dan tertutup dalam pentafsiran tradisi agama Yahudi. Golongan Orthodok sendiri terpecah kepada beberapa kumpulan iaitu Hasidim, Mitnaggedim, Sepphardim dan Ashkenazim. Kesemua kumpulan ini tidak diiktiraf oleh reformis Yahudi. Yahudi ortodok adalah di anggap sebagai fahaman yang asal. Mereka tidak sealiran dengan rejim Zionis hari ini. Mereka percaya akan kemunculan kerajaan tuhan sebagaimana yang dicita-citakan , tetapi ia akan muncul sebagai mukjizat dari tuhan dan bukan atas usaha atau perjuangan mereka.
G. Reformis Yahudi.
Zaman pencerahan “ Englightenment” telah membawa kaum Yahudi ke era moden, berdepan dengan cabaran dan keperluan kepada perubahan. Dampak dari kesemua itu ialah penolakan kepada Halakhah dan otoriti Rabbi dalam penafsiran Taurat serta keperluan kepada bentuk-bentuk peribadatan yang lebih estetik. Pada tahun 1818 M, sekumpulan Yahudi di Hamburg ,Jerman telah membina Synagog yang mereka gelar sebagai Temple ( Kuil). Mereka mengunakan bahasa Jerman dalam Ibadat sembahyang mereka, memendekkan waktu ibadat juga memodenkan beberapa konsep dan idea dalam ibadat seperti memperkenalkan muzik. Golongan ini ditentang hebat oleh Yahudi tradisional. Reformis Yahudi juga dan sudah bosan dengan konsep personal messiah , juga bumi tempat tinggal mereka tidak semestinya di Israil. Reformis Yahudi juga menghapuskan amalan menutup kepala, pembatasan makanan-makanan tertentu dan beberapa perkara yang mereka rasakan sudah tidak releven dengan dunia moden. Fahaman golongan ini berkembang secara sederhana di Jerman, Peranchis dan England., tetapi mendapat sambutan yang meluas di Amerika. Antara tokoh-tokoh reformis Yahudi antaranya ialah Rabbi Isaac Mayer ( 1873), Stephen S. Wise dan Abba Hillel Silver, kedua-duanya merupakan pemimpin gerakan Zionis.
H. Yahudi Konservatif
Pergerakan Yahudi Konservatif berkembang di Amerika, Eropah juga di Israel pada kurun ke 20. Ia dicetuskan oleh aliran mazhab sejarah Judaisme, yang mana jurucakap utamanya ialah Zacharias Frankel (1801-1875). Konservati Yahudi menentang idea-idea Yahudi reformis . Golongan ini mempertahankan kepentingan Yahudi sebagai bangsa pilihan, Israel sebagai bumi yang dijanjikan tuhan juga kepentingan mempertahankan bahasa Hebrew. Tokoh-tokoh utama aliran ini antaranya ialah Solomon Schecter dan Louis Ginsberg.
I. Rekonstruktif Yahudi
Aliran ini diasaskan oleh Rabbi Mordecai M. Kaplan. Dalam bukunya ‘Judaism as a Civilization’(1934) cuba untuk mengaplikasikan unsur-unsur naturalistik moden dalam agama Yahudi. Aliran ini mempunyai buku dan jemaah ibadat mereka yang tersendiri. Aliran ini memandang Judaism sebagai ‘agama berperadaban’ sebagai perkembangan yang berlaku hasil dari perubahan dunia. Mereka mengakui Israel sebagai pusat Spiritual Yahudi, manakala Daispora adalah penting dalam perkembangan kemajuan Yahudi. Dari sudut peribadatan mereka menyamai aliran konservatif , namun demikian berbeza dalam beberapa teks antaranya mereka menolak konsep ‘Bangsa Pilihan’

Pemikiran-pemikiran Yahudi.
a. Tuhan menurut Bani Israil disebut ‘Yahweh’ juga beberapa nama yang lain seperti iil, Elohim,Ahyah Kesemuanya dalam bahasa Ibrani merujuk kepada Allah. Mereka juga mengatakan Ezra adalah anak tuhan. Namun dalam sejarah mereka, ada yang menyembah matahari ,bulan ,bintang dan patung berhala seperti patung anak lembu, patung ular dan sebagainya. Dalam beberapa period mereka menyembah tuhan-tuhan:Ball’iem, Asytrat, Aram, Shoidum, Mu,ad, ‘Amon dan tuhan orang-orang Palestin.
b. Pemikiran mereka adalah materialistic semata-mata ( alam benda). Dalam agama mereka sedikitpun tidak disebutkan tentang hari kebangkitan, keabadian dan hari pembalasan kecuali hanya isyarat-isyarat sederhana. Para rahib yang menulis Taurat disibukkan dengan urusan keduniaan. Hal ini ada kaitan dengan sejarah bangsa mereka yang penuh dengan pergolakan, fitnah dan peperangan. Para penulis Taurat ini disibukkan dengan janji pembebasan mereka dibumi yang telah mereka keluar darinya iaitu Palestin. Kebangkitan menurut Yahudi bukanlah kebangkitan akhirat tetapi kembalinya bangsa mereka kebumi Palestin yang dijanjikan untuk mereka. Menurut mereka Allah maha berkuasa di atas segala sesuatu, dia berkuasa untuk mencantumkan kembali tulang-tulang yang telah hancur hidup kembali. Hal ini mengambarkan dengan jelas bahawa kitab taurat yang ada ditangan mereka adalah hasil kerja para Rahib, bukan yang diturunkan Allah kepada nabi Musa. .
c. Ganjaran dan Balasan hanya berlaku di dunia sahaja. Ganjaran adalah kemenangan dan pertolongan, pembalasan adalah kerugian , kematian dan perhambaan.
d. Menyakini bahwa mereka adalah bangsa pilihan Allah. Ruh mereka adalah bahagian dari Allah . Manusia yang selain Yahudi dijadikan Allah untuk kepentingan Yahudi oleh itu mereka dibolehkan menipu,, mencuri, melakukan riba, bersaksi palsu bersumpah bohong dan sebagainya.
e. Oleh kerana keadaan mereka yang selalu tertekan, berperang dan terusir muncul dikalangan mereka idea tentang al-Masih al muntazar( Messiah) iaitu juru penyelamat pada akhir zaman yang akan mendirikan kerajaan tuhan’Kingdom of God”, dan kerajaan itu akan berpusat ditempat-tempat terjadinya kisah-kisah yang dialami oleh Nabi Ibrahim dan nabi Musa iaitu bumi Kanaan ( Palestin) dan daerah-daerah sekitarnya dari sungai Nil Mesir hingga ke sungai furat ( Iraq). Mereka menyakini bahawa bumi yang tersebut di atas adalah bumi yang dijanjikan dan dikurniakan tuhan untuk mereka.
f. Memuliakan Haikal Sulaiman (Solomon’s Temple) ,
Tabut ( Ark of Covenant) , juga tempat pemotongan ( Golden altar).
g. Agama mereka adalah hanya khusus untuk bangsa mereka sahaja, eksklusif dan tertutup.
h. Kependetaan adalah khusus untuk keturunan Levi, salah seorang Putra Yaa’kub. Hanya mereka yang berhak untuk mentafsirkan kitab suci dan menyajikan Qurban.
i. Mereka melakukan Ibadat Qurban, termasuk Qurban manusia iaitu dengan berkhitan.
j. Saudara laki-laki tertua adalah pewaris pertama( The First Born). Ia mempunyai hak dua bahagian berbanding satu daripada saudara-saudaranya yang lain.
k. Meyakini bahawa yang disembelih oleh Nabi Ibrahim ialah Ishaq.
l. Diwajibkan kepada setiap lelaki Yahudi yang akil baligh menziarahi Baitil maqdis dua kali setiap tahun.
m. Hari sabtu adalah hari suci bagi penganut Yahudi. Kepentingan Hari Sabtu atau Sabbath tergambar dalam kenyataan yang termaklum disisi mereka”Hari Sabtu menjaga Israel lebih dari Israil menjaga Sabtu” More Than Israel kept the Sabbath, the Sabbath has kept Israel”. Ia juga di anggap sebagai symbol perjanjian antara tuhan dan Bani Israil. Pada hari ini mereka tidak bekerja. Sepanjang hari di penuhi dengan ibadat dan belajar dan berehat .Menurut mereka hari sabtu adalah hari dimana Allah berihat setelah selesai menciptakan langit dan bumi( Genesis (2:1-3).
n. Nabi dan rasul menurut mereka , adalah tidak maksum dan melakukan dosa-dosa besar. Nabi Yaacob dikatakan berkelahi dengan tuhan, Nabi Lut minum arak dan menzinai kedua putri baginda, Nabi Sulaiman menyembah berhala dan sangat jelek di mata tuhan dan lain-lain.





























Zionisme

Definisi

Perkataan Zionisme adalah berasal dari ungkapan Taurat atau Perjanjian lama, ‘Zion’ yang membawa maksud kota atau batu. Menurut catatan Bible, Nabi Sulaiman telah membina sebuah tempat ibadat yang agung di atas gunung Zion. Ketika berada dalam pembuangan dan diaspora orang-orang Yahudi diasuh untuk terus memelihara perasaan keterikatan dengan tanah kelahiran mereka. Mereka sentiasa dikhutbahkan dengan kerinduan dan impian terhadap Zion. Anak-anak mereka dididik untuk membaca teks-teks Taurat dan berdoa dengan mengadap Jerussalem dan menyanyi berulang-ulang kali tentang kerinduan mereka itu.
Istilah Zionisme hari ini adalah merujuk kepada gerakan Yahudi modern yang bertujuan untuk mendirikan sebuah negara Yahudi di Palestin yang sah dan diisytiharkan secara terbuka.. Gerakan ini buat pertamakalinya di formulasikan dalam satu persidangan Yahudi sedunia di Basel , Switzerland. Pada. 29- 31 ogos 1897 M .Basis cita-cita Zionis untuk membina negara Yahudi ini adalah berasaskan kepada prinsip asas dalam agama Yahudi iaitu
“ bumi yang dijanjikan tuhan selama-lamanya untuk bangsa Yahudi” . Menurut Zionis Gerakan kearah prinsip asas ini telah dilakukan semenjak kemusnahan Jerusalem oleh Nebudchadnezzar. .
Untuk menlegimitasikan Palestin sebagai bumi milik mereka, Zionisme mendakwa mereka mempunyai hak secara historis keatas bumi Palestin, juga berhujjahkan kepada catatan-catatan dalam Bible. Zionisme mendakwa sejak 4000 tahun yang lampau. Dari sudut sejarah mereka mendakwa moyang mereka nabi Ibrahim a.s dan siti Sarah, telahpun menghuni dibumi Kanaan yang di kenali sebagai Israel. Mereka juga berhujjah bahwa disekitar tahun 1000 SM Nabi Daud telah menjadikan Jerussalem sebagai Ibu Kota Israel dan seterusnya anaknya Sulaiman yang telah membina rumah ibadat yang dikenali dengan Solomon’s Temple dan seterusnya menjadikan Jerussalem sebagai pusat kerohanian dan politik bangsa Yahudi. Empayar Daud dan Sulaiman ini dikatakan tersebar luas hingga menjangkau sungai Tigris dan Euphrates di Mesopotamia atau Iraq sekarang ini

Sejarah Gerakan Zionis Dan tokoh Pendirinya.
Zionis Sebagai Gerakan keagamaan
Menurut Roger Garraudi gerakan Zionis berlaku dalam dua tahap iaitu Zionisme sebagai sebuah gerakan keagamaan, dan zionisme sebagai sebuah gerakan politik. Gerakan Zionisme sebagai sebuah gerakan keagamaan berkait langsung dengan konsep Messiah dalam agama mereka. Konsep Messiah atau dalam istilah konsep dan teori eskatologi disebut messianisme . Fahaman Messiah menurut ajaran Yahudi ialah akan datang seorang penyelamat pada akhir zaman dari keturunan Daud. Dia akan memerintah bumi ini dengan penuh keadilan , dia adalah raja dan juga pendeta, dia akan menyatu dan menyelamatkan bangsa Yahudi. Dia akan memusnahkan orang-orang yang zalim dan menghancurkan kekuasaan pemerintahan gentile. Dan kerajaan itu akan berpusat di Palestin yang akan dikenali sebagai kerajaan tuhan “ Kingdom of God”. Menurut Muhammad al-Ghazali dalam bukunya Turathuna al-Fikr, fi almizan al-Shar’ wa al-Aql, Sokongan pemimpin Amerika hari ini seperti Reagen, Carter dan Bush dan lain-lain terhadap kewujudan Israil raya hari ini adalah juga kerana kepercayaan terhadap doktrin Messiah. Orang-orang Kristian menunggu-nunggu kemunculan Isa b. Maryam selepas mengumpul seluruh orang Yahudi di Palestin dan menjadikan mereka penganut Kristian.
Namun demikian pemahaman tentang bagaimana cara kedatangan Messiah tersebut adalah berbeza pentafsirannya menurut berbagai mazhab dalam agama Yahudi. Yahudi ortodoks umpamanya menolak kerajaan rejim Zionis pada hari ini. Menurut Yahudi ortodoks, kerajaan yang dicita-citakan itu akan muncul sebagai mukjizat dari tuhan dan bukan atas usaha atau perjuangan mereka. Begitu juga dengan sebuah organisasi Yahudi di Luar Israel bernama ‘ Naturei Karta’. Pertubuhan ini terkenal sebagai anti Israel dan anti Zionis. Mereka menolak tindakan Zionis yang menurut mereka akan mengundang kemurkaan tuhan kepada mereka. Menurut organisasi ini , kepulangan kaum Yahudi ke palestin hanya akan dilakukan melalui Messiah yang akan muncul di akhir zaman. Messiah tersebut akan bertolak ke Palestin dengan kasih sayang dan jauh dari keganasan.
Zionisme sebagai pergerakan agama sebenarnya tidak memberi masalah kepada umat manusia lain, kerana Jerussalem adalah merupakan tempat yang diiktiraf sebagai tempat suci kepada Yahudi, kristian dan Islam. Kerana itulah apabila ia dibuka kembali oleh Salahuddin al Ayyubi pada tahun 1187M , tindakan pertama yang dilakukan adalah membuka kembali tempat tersebut untuk orang Yahudi dan semua orang Nasrani, sedangkan sebelumnya anggota pasukan perang salib mengusir orang-orang Yahudi, kristian ortodoks dan Muslim.
Zionis sebagai gerakan Politik.
Zionisme sebagai sebuah gerakan politik di mulai dengan Thedor Herzl ( 1860-1904), yang telah menyusun doktrin Zionisme semenjak tahun 1882. Pada tahun 1896 ia menyusun doktrin tersebut secara sistematis di dalam bukunya ‘Der Judenstaat’ bererti ‘Negara Yahudi’ Pada mulanya , Herzl hanya merupakan seorang penyokong idea assimilisasi kaum Yahudi kedalam masyarakat-masyarakat Eropah. Tetapi beberapa siri Pogrom antara 1892-94 di Rusia, telah menyebabkan beliau menukar fikiran tentang Assimilasi. Peristiwa Dreyfus pada tahun 1894 telah mengejutkan Herzle dan menyedarkannya tentang beberapa perkara mengenai bangsanya iaitu;
1. Orang-orang yahudi, dimanapun mereka berada dipermukaan bumi ini akan tetap saja merupakan sebuah bangsa yang tunggal.
2. Mereka selamanya dan dan dimana saja selalu menjadi korban pengejaran.
3. Mereka sama sekali tidak dapat di asimilasikan oleh negara-negara dimana mereka telah bertempat tinggal sekelian lama( sangkaan yang sama dengan orang-orang antisemit serta orang-orang racis.
Zionisme moden hari ini hanya mengunakan agama untuk kepentingan politik. Cita-cita mereka untuk mendirikan Palestin sebagai Negara Yahudi bukan untuk mendirikan kerajaan tuhan tetapi lebih kepada tujuan Imperialisme dan kolonialisme. Theodoer Herzl, bapak Zionisme sebagai gerakan politik adalah seorang atheis dan hanya mengunakan Injil sejauhmana injil tersebut dapat memberi pembenaran kepada politik kekuasaanya. Persekongkolan Zionisme dan Barat dalam mendirikan Negara Yahudi di Palestin adalah adalah diibaratkan ‘tidur sebantal tapi mimpi yang berbeza’ . Masing-masing mempunyai kepentingan dan agenda yang tersendiri. Bagi pihak Barat khususnya British pada waktu itu, sokongan mereka adalah kerana beberapa tujuan iaitu:
1. Ingin menuntut bela atas kekalahan dalam perang salib yang pernah berlangsung selama 200 tahun (1096-1293). Buktinya ialah apabila Jeneral Earl Allenby, pemimpin tertinggi British di Asia Barat yang berpengkalan di Mesir memasukki Jerussalem pada 11 disember 1917, dia berjalan tanpa topi dan berkaki ayam bersama tenteranya sambil berkata dengan megah” Oh tuhan , oh kristus, perang Salib telah tamat dengan rahmatmu.
2. British ingin membolot sumber-sumber minyak di Asia Barat, selain dari itu untuk mempertahankan terusan Suez dan kawasan timur Mediteranean yang terikat dengan kepentingan-kepentingan penjajahan. Para pakar British juga berpendapat bahawa penubuhan sebuah tanah air kebangsaan Yahudi akan membantu memperkukuhkan kedudukan mereka sendiri dibumi yang dihuni oleh orang Islam.
3. Ingin membebaskan bumi Eropah dari orang Yahudi yang telah menjadi beban ekonomi ,perdagangan, politik serta ideologi. Sir Arthur Belfour, yang telah berjanji mendirikan tanah air bangsa bagi Yahudi melalui deklarasi Belfour adalah juga anti yahudi.
Bagi pihak Zionis pula , dengan berdirinya pusat pemerintahan Yahudi di Palestin akan dapat merealisasikan cita-cita untuk menguasai dunia dalam pelbagai aspek. Dr Nahem Golman, berkata’ Bangsa Yahudi telah memilih Palestin bukan kerana hasil minyaknya yang melebihi dari apa yang ada di Amerika, tetapi kerana berpegang kepada Taurat, kedua kerana Palestin adalah titik pusat yang paling penting bagi kekuatan dunia dan merupakan pusat yang strategik untuk ketenteraan yang boleh dijadikan tonggak untuk menguasai dunia.
Hari ini Amerika Syarikat adalah pusat utama yahudi selain dari Palestin. Abram Leon Sachar (1958)menyatakan terdapat lebih dari 5 juta Yahudi yang mendiami Amerika yang membentuk satu komuniti Yahudi yang sangat kuat dan berpengaruh sebagai warisan dari kejayaan komuniti Yahudi dari Palestin, Babylon, Sepanyol, Turki, Poland dan Jerman dan sekarang berpindah ke dunia Barat. .

Sejarah Ringkas Tokoh-tokoh Zionisme
Antara gerakan-gerakan awal yang membawa kepada wujudnya Zionisme hari ini adalah seperti berikut:
a. Gerakan orang-orang Makabbi 165 SM( The Macca bean Period ). Tujuan utama gerakan ini adalah kembali ke Zion dan membangun Haikal Sulaiman. Gerakan ini terhasil dari reaksi kejam penakluk Yunani iaitu Antiochus Epiphanes, yang cuba memusnahkan agama Yahudi dan menukarkan kepada menyembah dewa Zeus. Beliau bertindak untuk memusnahkan yahudi dan Haikal Sulaiman. Tokoh-tokoh utama gerakan Makkabi ialah Mattathias, Judas, Jonathan dan barisan pendeta Hasmonaeans. .
b. Gerakan BarKhoba (118-138 M). Yahudi ini telah membangkitkan semangat di jiwa orang-orang Yahudi untuk berkumpul di Palestin.
c. Gerakan Moses Kreiti.
d. Gerakan David Rabin ( 1501-1523M).
e. Gerakan Minshe Israel ( 1604M-1657M).Perancangan Zionis memperalat Inggeris untuk mencapai tujuan-tujuan Zionisme..
f. Gerakan Sabatai Zevi ( 1626 M- 1676M) yang mendakwa sebagai al-Masih.
g. Gerakan para hartawan yang di pelopori oleh Rothschild dan Monshe Montfury.
h. Gerakan ideologi Imperialisme yang mengumandangkan berdirinya sebuah negara Yahudi pada awal abad ke 18.
i. Gerakan Zionisme yang lebih agresif setelah peristiwa Halacoust pada 1882 M.
j. Zionis moden, sebuah gerakan yang dinisbahkan kepada Theodor Herz, seorang jurnalis Yahudi Austria ( 1860M-1904M).
Herzl telah menyelenggarakan Konferensi Zionis antarabangsa yang pertama pada tahun 1897M. Dia telah berhasil mengumpulkan cendikiawan-cendikiawan Yahudi sedunia yang mengeluarkan keputusan-keputusan yang paling berbahaya sepanjang sejarah iaitu” Protokol-protokol Para Hakim Zionis” yang diadopsikan dari kitab-kitab Yahudi yang telah diselewengkan. Bemula dari konferensi ini, Zionisme mula mengerakkan perancangan-perancangan mereka dengan menubuhkan organisasi-organisasi rahsia dan kelab-kelab yang bertebaran di Eropah dan seluruh dunia. Yang sebenarnya bertujuan untuk menjamin kepentingan Yahudi.
Usaha Theodore Herzl diikuti pula terus menerus oleh pemimpin-pemimpin Zionis yang lahir seperti Chaim Weizmen, Ben Gurion, Shimon Peres dan lain-lain hingga tertegaknya sebuah negara Yahudi Zionis di Palestin.
Rancangan Zionis untuk menubuhkan Erez Yizrel terbuka luas hasil deklarasi Belfour pada tahun 1917 yang menyetujui prinsip mengenai berdirinya sebuah negara Yahudi nasional bagi Yahudi di bumi Palestin. Deklarasi Belfour sebenarnya adalah hasil konspirasi Yahudi dan Penjajah Inggeris di bawah perdana Menteri Lloyd george, menteri luarnya Arthur George Belfour dan winston Churchill. Pada tahun 1947 League of Nation merestui penubuhan negara Israel menyebabkan berlakunya peperangan dengan negara-negara Arab 1948 dan berakhir dengan kekalahan Arab. Pada peperangan 1967 tentera-tentera Zionis menyerbu Masjid al-Aqsa dan seterusnya menguasai masjid tersebut sehingga kini.

Akar Pemikiran Zionis
Pemikiran Zionisme adalah bersandarkan kepada pemikiran agama golongan Farisi. Sains Chaldean yang dipelajari oleh pendeta-pendeta Yahudi semasa penaklukan Babylon telah melahirkan golongan Farisi yang namanya muncul dalam kitab suci dan penulisan-penulisan ahli sejarah Yahudi selepas penaklukan tersebut ( tahun 606 S.M). Semenjak itulah bermulanya Kabala atau tradisi Farisi. Untuk sekelian lamanya ajaran mereka hanya disebarkan secara lisan tetapi kemudiannya telah menulis Talmud dan akhirnya menulis sebuah lagi buku yang dipanggil Sepher Ha Zohar. Kitab Talmud di anggap lebih penting oleh Rabi atau Ulamak Yahudi daripada kitab Taurat.

Pemikiran-pemikiran Zionis.
Antara pemikiran-pemikiran Zionisme ialah:
1. Semua orang Yahudi di dunia adalah anggota keluarga Bani Israel.
‘ Let us recognize that we jews are a distinct nationality of which every Jew, whatever his country, his ststion, or shade of belief, is necessarily a member’. Sejumlah pemimpin Zionisme adalah Atheis. Agama Yahudi menurut mereka hanyalah sebagai batu loncatan untuk merealisasikan cita-cita politik dan ekonomi.
2. Bangsa Yahudi adalah bangsa istimewa yang harus menjadi tuan yang berkuasa. Manakala bangsa-bangsa lain lain adalah hamba kepada mereka. Mereka menyatakan bahawa Allah telah mempersiapkan bangsa mereka dengan karektaristik dan keistimewaan yang tidak ada pada bangsa lain dengan tujuan untuk memerintah dunia. Dalam perjanjian lama “Kerana kamu adalah suatu golongan suci disisi tuhanmu. Tuhanmu telah memilih kamu menjadi manusia yang istimewa disisinya, lebih mulia dari semua manusia di mukabumi ini” – Deut. Vii,.6. Talmud mentafsirkan ayat tersebut dengan “ Kamu adalah manusia, tetapi bangsa-bangsa lain bukanlah manusia tapi haiwan”. Dalam Midrasah Talpioth menyatakan; Tuhan mencipta Goyim dalam bentuk manusia untuk kebahagiaan Israel. Tetapi “Akum” ( Orang Kristian) telah dicipta untuk berkhidmat bagi Yahudi siang dan Malam. ( Pranaitis (1985):50)
3. Untuk menguasai dunia, mereka hendaklah mendirikan sebuah pemerintahan di bumi yang dijanjikan iaitu yang terbentang dari sungai Nil sampai Eufrat atau dikenali dengan Eret Yisrael.
4.

Strategi Penguasaan Zionisme
Pergerakan Zionis merupakan satu pergerakan Yahudi yang berjuang dengan apa cara sekalipun untuk mengembalikan keagungan Bani Israel dan keagungan sejarah bangsa Yahudi dan pembinaan Haikal Sulaiman dan seterusnya menguasai seluruh alam dan memerintahnya sesuai dengan konsep teologi mereka iaitu” The Chosen People”.
Menurut William G. Carr terdapat konspirasi Yahudi dalam perjalanan sejarah dan peristiwa-peristiwa besar yang berlaku dalam dunia hari ini. Dalam Revolusi Inggeris 1640-1660, Revolusi Peranchis 1781, Kejatuhan Napeleon 1814, Revolusi Amerika 1775-1776, Revolusi Rusia 1905-1917, perang dunia pertama, perang dunia kedua, hinggalah kepada peristiwa-peristiwa dunia yang berlaku pada era Mutakhir ini seperti peristiwa 11 september, penaklukan Amerika keatas Iraq dan sebagainya adalah gambaran yang jelas terhadap penglibatan Yahudi dalam perjalanan sejarah dunia.
Gerakan-gerakan sulit yang ditaja oleh Yahudi seperti gerakan Illuminati, Freemason dan sebagainya yang dikatakan sebagai bertanggungjawab dalam menyusun protocol-protokol Zionis yang menjadi akar kepada pemikiran-pemikiran Zionis pada hari ini dalam usaha mereka untuk menguasai dunia. Antara strategi Zionis untuk menguasai dunia khususnya Umat Islam ialah:
a. Imperalisme Ekonomi.
Zionis mengunakan senjata ekonomi untuk menundukkan umat manusia lain. Mereka menciptakan kondisi ketergantungan ekonomi terhadap mereka. Program bantuan luar negeri, seperti bantuan ekonomi, tenaga ahli, militer dan pemberian pinjaman ( Hutang Luar negeri), yang mengalir deras dari negara-negara Barat ke negara-negara Islam merupakan sebahagian dari penciptaan Kondisi ketergantungan itu. Mereka mencipta krisis ekonomi melalui spekulasi-spekulasi kewangan dunia. Permainan Yahudi ini jelas dalam protokol vi:
At the same time we must intensively patronise trade and industry, but first and fore most, speculation, the part played by which is to provide a counterpoise to industry: the absence of speculative industry will multiply capital in private hands and will serve to restore agriculture by freeing the land from indebtedness to the land bank. What we want is that industry should drain off from the land both labour and capital and by means of speculation transfer into our hand all the money of the world….
Terjemahan.
Pada masa yang sama kita mestilah mengalakkan perdagangan dan perindustrian secara meluas, tetapi yang pertama dan terpenting sekali “spekulasi” yang berperanan sebagai suatu pengimbang kepada perindustrian: tanpa pasaran spekulasi, perindustrian akan emngandakan modal persendirian dan ini akan memulihkan bidang pertanian melalui pembebasan tanah dari hutang-hutang bank. Apa yang kita kehendakki ialah supaya industri dapat melenyapkan dari tanah iaitu kedua-dua , modal dan buruh. Dan dengan spekulasi akan berpindahlah semua wang dunia ketangan kita..
Penciptaan blok-blok ekonomi dunia adalah sebahagian dari rancangan Zionis untuk menguasai ekonomi dunia. Zionis mengeksport segala produk mereka kenegara-negara Arab dan umat Islam yang majoritinya adalah penguna dan lemah produksinya. Siapakah di sebalik jalur transportasi dan komunikasi?.
Zionis Israel mengendalikan roda ekonomi dengan mendirikan projek-projek raksaksa yang membuka kesempatan besar bagi mereka untuk menguasai hajat hidup umat Islam seperti air, elektrik, minyak, Transportasi, komunikasi dan sebagainya. Mereka pengeksport kenegara-negara umat Islam seperti rangkaian pasar raya, makanan segera , makanan kesihatan, produk-produk jualan langsung dan sebaginya. Orang-orang Arab dan umat Islam hanya sebagai tenaga kerja, sumber energi dan kekayaan serta pasar raksaksa.
b. Imperialisme media Massa
Seorang Rabi Yahudi bernama Rashoron, dalam sebuah pidatonya mengambarkan perhatian yang cukup besar terhadap media Massa, katanya “Jika emas merupakan kekuatan kita yang pertama, media Massa adalah kekuatan kita yang kedua”. Dunia moden hari ini menyaksikan bangsa Yahudi telah menguasai rangkaian media massa utama dunia dari pusat berita antara bangsa (news Agency) hinggalah kepada Akhbar(Presss), jaringan TV dan Radio, Industri perfileman dan program TV, industri percetakan, penerbitan , penyaluran maklumat dan sebagainya.
Industri perfileman Hollywood hari ini memainkan peranan yang besar didalam pembentukan pemikiran umat manusia hari ini. Mereka membawa satu missi tertentu untuk kepentingan zionis. Filem-filem Box Office seperti Deep Impact, Armageddon, Starwars, The Mummy Returns, Matrix, Matrix Reloaded adalah dengan jelas mengambarkan kepercayaan, dan cita-cita Yahudi.
Permainan Yahudi ini jelas disebut dalam protokol Zionis xiii :
In. order to distract people who may be too trouble some from discussions of questions of the political, we are now putting forward what we allege to be new questions of the political, namely, questions of industry. In this sphere let them discuss themselves silly!.... We further distract them with amusements, games, pastimes, passions, people’s palaces….Soon we shall begin through the press to propose competitions in art, in sport of all kinds: these interest will finally distract their minds from questions in which we should find ourselves compelled to oppose them. Growing more and more unaccustomed to reflect and form any opinion of their own, people will begin to talk in the same tone as we, because we alone shall be offering them new direction for thought…. Of course, through persons as will not be suspected of solidarity with us.
Terjemahan:
Bagi mengalihkan perhatian golongan yang mungkin menimbulkan kekacauan dari memperbincangkan persoalan-persoalan Politikal, kita pada masa ini sedang mengenengahkan apa yang kita katakan sebagai persoalan baru di dalam politikal iaitu industri. Di dalam bidang ini, biarkanlah mereka membincangkanya sesuka hati mereka!...... Seterusnya kita akan terus mengalih perhatian mereka kepada hiburan-hiburan, permainan-permainan, hobi-hobi, keghairahan, istana-istana rakyat…..Tidak lama kemudian, di akhbar-akhbar kita akan mula menganjurkan peraduan-peraduan di dalam bidang kesenian. Kesukanan dan seumpamanya: Minat di dalam perkara-perkara ini akan dapat mengalih perhatian mereka daripada persoalan yang mungkin memaksa kita untuk menyanggahnya. Semakin tidak dibiasakan untuk bertindakbalas dan membentuk pendapata sendiri, orang ramai akan mula bercakap dalam nada yang sama seperti kita, kerana kita sajalah yang akan memberikan aliran baru untuk pendapat…. Tentulah melalui orang yang tidak disyakki bersepakat dengan kita.


c. Merosakkan agama dan pegangan Tauhid serta menyebarluaskan fahaman Atheis di kalangan umat manusia amnya dan Islam khususnya.
Dalam mencapai hasrat tersebut mereka memperalatkan intelek ala kiri yang dikenali dengan “Fabian sosialist” di Barat untuk membuat teori-teori palsu dalam bidang sains sosial dan sains Tabii. Mereka itu termasuk Karl Marx( Mordecai 1818-1883, Friedrich Hegel ( 1770-1831M), Arnold Toynbee( 1889-), Sigmund Freud ( 1856-1939M), John Dewey, Abraham Maslow, Charles Darwin dan sebagainya. Pemikiran-pemikiran mereka ini menafikan wujudnya tuhan, rasul-rasul, hari kiamat serta nilai mutlak. Nilai –nilai murni dan akhlak dipandang sebagai sesuatu yang relatif dan boleh diubah mengikut keadaan semasa. Zionis juga mengunakan Orientalis untuk merosakkan Islam dari dalam. Terdapat ramai Orientalis Yahudi sebagai tenaga pengajar di fakulti pengajian timur dan Islam( Orientalisme dan Islam) di universiti-universiti di England, Amerika dan Eropah yang berketurunan Yahudi seperti: Ignaz Goldziher, Joseph Schaht, S.D.E Goiteim, Marxime Rodinson, A.H. Muller, James Dar Mersteter, Joses Horovtz dan sebagainya. Tugas mereka adalah jelas , iaitu memberi tafsiran yang baru kepada agama Islam dan sejarahnya melalui kajiaqn atas penganutnya, bukan ajaran Islam yang sebenar.

No comments:

Post a Comment