Thursday, February 10, 2011

Pemikiran Ibn Qayyim terhadap Perselisihan dan Khilaf ilmuan yang berlaku dalam dunia ilmu


Perbezaan pendapat dikalangan ilmuan bukan perkara baru bahkan ia berlaku sepanjang zaman. Hakikatnya perbezaan-perbezaan pendapat inilah sebenarnya merancakkan dunia intelektual umat kerana dari perbezaan ini mereka akan mencari hujjah-hujjah yang dapat memenangkan pendapat masing-masing. Dalam menangani isu perbezaan pendapat ini Ibn Qayyim dalam kitab Miftah menghargai kedua-dua golongan sebagai pencari kebenaran dan memberi faedah kepada perkembangan ilmu. Dalam huraian beliau terhadap perbezaan pendapat ulama terhadap dua golongan yang berhujjah samada syurga yang pernah didiami oleh Adam a.s. itu adakah syurga yang kekal yang akan didiami oleh orang-orang yang beriman pada hari kiamat nanti atau sebaliknya, Ibn Qayyim membawa kedua-dua hujjah tersebut dan menyerahkan kepada pembaca untuk menilai dan memilih hujjah yang terbaik. Tetapi seandainya kedua-dua hujjah tersebut boleh diterima dan sama kuat maka dia meminta supaya kita berserah kepada Allah S.W.T. kerana Allahlah sebaik-baik pembuat keputusan dan tidak akan rugi orang yang menyerahkan diri kepadanya. Dalam Kitab Miftah beliau menyatakan:

“ Demikianlah pendapat kedua golongan tersebut, dan itulah akhir dari dalil-dalil yang mereka ajukan. Maka, sesiapa yang memiliki keunggulan pengetahuan mengenai masalah ini, hendaknya dia bersungguh-sungguh dalam membahasnya, kerana saat ini kesungguhan itu sangat diperlukan. Sesiapa yang menyedari batas kemampuan dan kadar ilmunya maka hendaklah dia menyerahkan permasalahan ini kepada ahlinya dan hendaklah dia tidak membiarkan orang lain menghina dan meremehkannya. Hendaklah dia menjadi mata-mata dalam peperangan. Jika dia tidak memilikki kepakaran dalam berperang, menyerang, bertanding dan memainkan senjata. Kerana dalam medan ini para pemberani telah bertemu, pedang saling menusuk, dan ruang gerak sudah sempit.

Jika orang-orang kesatria itu telah bertemu, maka bagaimana nasib orang-orang lemah yang ada ditengah-tengah.” Inilah kumpulan dari dalil kedua kelompok yang melintas di depanmu dan digiring kea rah mu. Inilah barang dagangan para ulama yang mereka tawarkan di tengah pasar yang sepi. Sesiapa yang sama sekali tidak memiliki perhatian untuk menjelaskan dan menganalisa masalah ini, maka jangan sampai tidak membenarkan atau memberi maaf kepada orang yang telah mencurahkan usahanya dan menumpahkan kemampuannya. Hendaknya jangan sampai ia rela melihat dirinya mengalami nasib yang paling buruk dan paling rendah. Iaitu pertama tidak mengetahui kebenaran dan wasilah-wasilahnya,, kedua memusuhi pemilik dan pencari kebenaran tersebut . Jika keinginanmu terlalu sulit dan jarang, seperti sahabat yang mahu memberi nasihat dan pandai, maka pergilah dengan cita-citamu ditengah orang-orang mati. Dan kamu harus belajar dari Maha Gurunya Nabi Ibrahim. Dalam pembahasan ini telah kami sebutkan riwayat-riwayat, dalil-dalil, dan isi-isi menarik, yang kemungkinan tidak terdapat dalam buku-buku lain. Hanya para penulis unggul yang mengetahui nilai dari apa yang telah kami paparkan tadi. Hanya kepada Allah s.w.t kami mohon pertolongan, bertawakkal, dan bersandar. Sesungguhnya tidak akan rugi orang yang bertawakkal kepada nya. Dan dia tidak akan mensia-siakan orang yang berlindung serta menyerahkan urusan kepadanya. Dan dia tidak akan mensia-siakan orang yang berlindung serta menyerahkan urusan kepadanya. Hanya dialah penolong kami dan dialah sebaik-baik pelindung.

Ibn Qayyim (t.t) Miftah Dar al-Saadah, Kaherah: Maktabah al-Mutannabi, h. 32

Pandangan Ulamak Lain Terhadap Perselisihan Pendapat Di Kalangan Umat

Hakikatnya ulama-ulamak dulu dari kalangan Ahli sunnah wal Jamaah mengakui dan berlapang dada terhadap perbezaan pendapat yang berlaku bukan saja dalam dunia intelektual bahkan juga dalam pemerintahan. Hal ini dapat dilihat dengan jelas pada pandangan Ibn Khaldun umpamanya dimana beliau telah berjaya memurnikan pandangan umat terhadap pertelingkahan yang terjadi antara Ali dan Muawiyyah seterusnya menyelamatkan umat dari taklid dan kejahilan dengan mencerca para sahabat Rasulullah s.a.w. Dalam Muqaddimah Ibn Khaldun menyatakan:

“ Ketika terjadi perselisihan di antara Ali dan Muawiyyah sebagai akibat yang harus dari perasaan kekitaan ‘Asabiyyah’, mereka telah dipandu oleh jalan kebenaran dan ijtihad, mereka tidak bertelagah untuk tujuan duniawi atau terhadap kecenderongan yang remeh temeh.. tetapi sebab perselisihan mereka adalah dari segi ijtihad tentang letaknya kebenaran. Meskipun apa yang didakwa oleh Ali sememangnya benar, Muawiyyah pula tidak berniat jahat. Dia sangat menginginkan kebenaran tetapi tidak tercapai.

Ibn Khaldun (Muqaddimah)

No comments:

Post a Comment