Tuesday, August 14, 2012

Kembara di Bumi Allah- Amsterdem 24-30 julai 2012

Alhamdulillah dengan izinnya saya dan suami dapat menjejaki bumi Eropah pertama iaitu Amsterdem, Netherland pada 24 julai 2012 yang lalu untuk menghadiri oral presentation anjuran WASET di Nh Naarden Netherland/Holland/ Belanda. Saya menjadikan lawatan pertama ini sebagai lawatan penanda aras menghilangkan segala fobia saya untuk berjalan dan melancong ke Eropah..harap-harapnya selepas ini saya akan dapat melancong bersama seluruh ahli keluarga pula insyaallah:



Sebelum bertolak pada jam 12 Malam waktu Malaysia. Di Airport KLIA bersama Dr Daud dari UPM yang banyak membantu kami tentang tips-tips untuk melawat Amsterdem. Beliau dan Isteri baru sahaja balik dari melawat Eropah Amsterdem-Paris-Itali kerana membentangkan kertas kerjanya di sana. Penerangan beliau amat banyak membantu kami. Jaza Allah hu lahu Ajran kabira.

Berposing ckit sebelum berlepas dengan teman sehati sejiwa rakanku yang paling akrab yang sangat baik hati sponsor saya ke sana Alhamdulillah-


Bersama Rakan Kembara kami sepasang suami isteri yang hebat Dr. Kamal Azman b. Jusoh pensyarah dari UITM Pahang  dan Isterinya seorang bussinesswoman yang berjaya di Bandar Jengka widiyanti bt Ariffin. Allah mengirimkan kepada kami kedua insan ini sebagai Mutawwif kami hehe Alhamdulillah..Taajub betul dengan depa ni. Dari Malaysia lagi kedua-dua insan ini telah merancang segala perjalanan dari penempahan hotel tempat menginap, kepada pembelian tiket-tiket train dan Bas sepanjang di Eropah melalui internet. Akhirnya perjalanan yang dirancang dengan baik maka baiklah juga kesudahannya

No comments:

Post a Comment