Tuesday, February 2, 2016

Ahli Mahkota Perlis 2015

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله الذي بنعمته تتم الصالحات
Lama sungguh tak menulis dalam blog ni rasa berkurun-kurun. Kesibukan yang menyibukkan diri sampai terlupa. ntah tetiba je rasa nak menulis sebab terbuka blog kawan yang menulis. Terinspirasi.....sebenar hakikat menulis adalah satu pengkhazanahan ilmu satu perkongsian yang mungkin boleh memberi inspirasi pada orang lain untuk mencapai kecemerlangan dan cita-cita yang mulia..Siapa tahu khazanah itu akan kekal hingga kiamat dan yang membacanya mendapat motivasi untuk hidup dan menjadi orang yang berbakti..Lupakan kepada perasaan ah nak menunjuk-nunjuk la tu..Apa salahnya menunjuk-nunjuk dengan niat yang ikhlas supaya ada yang bermotivasi dalam hidup..Ghairah hidup kadang datang dengan melihat kejayaan orang lain...harus diingat berjaya didunia semata-mata tidak akan membawa apa-apa erti untuk hidup disana jika tiada keikhlasan. Mudahan kita diberi sekeping hati yang ikhlas dalam melakukan sesuatu:

AHLI MAHKOTA PERLIS....sesuatu yang tidak pernah terbayang untuk umi memilikinya...tidak terbayang sama sekali tapi bila Allah S.W.T mentakdirkan maka ia berlaku jua: Bagaimana umi mendapatkannya juga adalah sesuatu yang menarik dan tidak terduga: Allah S.W.T sebaik-baik pemberi anugerah:

Keratan akhbar Sinar ni umi simpan la disini untuk ingatan
umi mengetuai penerimaan anugerah pada hari tersebut..Alhamdulillah Allah sebaik-baik pemberi Anugerah.








Gambar diatas semasa rehearsal...

Apa yang umi tulis dalam permohonan:

Mungkin bole jadi panduan untuk sesiapa yang terpilih bagi mendapat anugerah pingat atau darjah kebesaran:


Dr. Raihaniah Zakaria dilahirkan pada tahun 1968 di Negeri Kelantan. Beliau adalah pensyarah dan Ketua Jabatan di Jabatan Penyelidikan dan Inovasi profesionalisme Keguruan IPG Perlis. Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah Usuluddin daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 2014. Mula memberi khidmat sosial dan kemasyarakatan melalui bidang ilmu dan pendidikan di Negeri Perlis semenjak tahun 1995 di SMK Syed Sirajuddin Jejawi Perlis. Beliau telah memberi sumbangan yang cemerlang melalui ceramah motivasi di Jabatan-jabatan kerajaan dan sekolah-sekolah di Negeri Perlis, penulisan buku dan jurnal, pembentangan kertas kerja di persidangan dalam dan luar negara antaranya ialah dalam persidangan :“ The International Conference on Islamic Education di Amsterdem Netherland pada 25-26 Julai 2012”,: Ist World Cogress on Integration and Islamisation of Acquired Human Knowledge anjuran International Islamic Universiti IIUM pada 23-25 Ogos 2013 dan lain-lain.. Sebagai Ketua Jabatan Penyelidikan dan inovasi beliau bertanggungjawab merekabentuk kurikulum, memimpin penyelidikan di IPG dan menjalinkan kerjasama dengan JPN negeri Perlis, memberi latihan dalam bidang kepakaran seperti kursus, seminar, forum dan sebagainya. Sumbangan cemerlang beliau mendapat pengiktirafan dimana beliau telah mendapat dua anugerah perkhidmatan cemerlang iaitu pada tahun 2003 oleh JPN Perlis dan tahun 2009 oleh IPG Perlis








Atas adalah gambar official..bawah gambar tidak rasmi untuk kenangan:


































No comments:

Post a Comment