Tuesday, February 16, 2016

Dialog Syeikh Abu Hasan al-Asy'ari dengan Abu Ali Al-Jubbai berkaitan dengan konsep al-Solah dan al-Aslah: Wajib Bagi Allah membalas perbuatan manusia mengikut amalan mereka

بسم الله الرحمن الرحيم

Suatu hari umi bertanya kekasih umi .....abang P Ramlee masuk syurga dak abang? ..Abam menjawab kenapa masuk nerakanya tentulah penghuni syurga..dia kan orang Islam..Banyak jasanya ditinggalkan untuk umat manusia sejagat..filem-filem dia menjadi sumber inspirasi dan digunakan secara meluas di pejabat di sekolah di wacana-wacana di seminar..dan jadi ABM yang menarik untuk guru-guru khususnya guru-guru praktikum...ha kan tu..Umi owh memang bener bang..Kisah dibawah boleh membenarkan tanggapan Tuan Hj..konsep akidah Ahli sunnah wal Jamaah ialah Tidak wajib bagi Allah S.W.T untuk membalas  perbuatan baik dengan pahala. Namun demikian Allah tidak pernah memungkiri janjinya. Tidak wajib juga bagi Allah Subhanahu wataala untuk membalas perbuatan maksiat dengan dosa dan Azab..Bahkan adalah kemuliaan bagi Allah Subahnahu wataala yang penuh dengan limpah rahmat untuk mengampuni dan memberi balasan baik kepada para pendosa dengan mengambil kira jasa dan sumbangannya kepada Ummat. Umi pernah membaca kisah yang ditulis oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam Kitab Miftah al-Saadah yang menceritakan tentang kisah seorang alim yang menyangka dia akan dimasukkan kedalam neraka setelah melihat catatan amalan baiknya sedikir berbanding dosa. Lalu selepas itu kelihatan sesuatu seperti awan yang datang menempati timbangan amalan baiknya sehingga berat timbangan tersebut..Lalu dia merasa hairan terkejut..Ditanya kepada beliau  adakah itu amalan mu dia mengelengkan kepala..Lalu Malaikat menjawab itulah amalan yang dilakukan oleh murid-muridmu dengan ilmu yang kau ajarkan setelah ketiadaanmu.

Mai kita hayati kisah dibawah tentang keadilan Allah S.W.T yang sebenarnya:


Diriwayatkan berlaku suatu perbahasan di antara Syeikh Abul-Hasan Al-Asy'ari dan Abu Ali Al-Jubba'iy dari golongan Mu'tazilah. Syeikh Abul-Hasan telah bertanya kepada Abu Ali mengenai tiga orang bersaudara; yang seorangnya hidup dengan melakukan ketaatan hingga meninggal dunia ketika
dewasa, yang seorang lagi hidup dengan melakukan maksiat hingga meninggal dunia ketika dewasa juga, dan yang seorang lagi meninggal dunia semasa masih kecil.

Abu Ali Al-Jubba'iy menjawab: Orang yang pertama itu diberi pahala, orang yang kedua diberi siksa dan orang ketiga iaitu yang masih kecil tidak diberi pahala dan tidak disiksa. Maka Abul-Hasan Al-Asy'ari pun berkata: Mungkin orang yang ketiga itu berkata: "Wahai Tuhanku, lanjutkanlah usiaku
supaya aku dapat bertumpu kepada kerja-kerja ketaatan agar aku dapat balasan pahala kerana Engkau wajib berbuat shalah." 

Al-Jubba'iy berkata: Tetapi Allah Ta'ala akan berfirman kepadanya: "Aku tahu jika Aku hidupkanmu nescaya engkau akan sibuk melakukan maksiat yang menyebabkan Aku akan menyiksamu. Oleh itu wajiblah aku mematikanmu ketika engkau masih kecil." Lalu Al-Asy'ari pun berkata: Orang yang kedua mungkin berkata: "Wahai Tuahanku, mengapakah Engkau tidak mematikan aku ketika aku masih kecil supaya aku tidak berpeluang menderhaka kepadaMu dan seterusnya aku tidak disiksa olehMu?"

Al-Jubba'iy tercengang mendengarnya kerana Abul-Hasan Al-Asy'ari telah dapat mematikan hujjahnya yang menggunakan kaedah wajib shalah dan ashlah.

Dipetik dari Zainal Abidin Muhammad al-Fatoni (2004)  Aqidah al-Najin. Singapura: Pustaka Nasional. h. 141

No comments:

Post a Comment