Thursday, November 11, 2010

DIALOG NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN PENYEMBAH BERHALA

DIALOG NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN ORANG KAFIR DAN MUSYRIK.

Nabi Muhammad s.a.w pernah berdialog dengan penganut pelbagai agama. Mereka itu ialah Yahudi, Kristian, Ateis, Dualisme dan Arab penyembah berhala. Dialog ini adalah sebahagian dari diskusi besar yang melibatkan 25 orang, iaitu lima orang setiap agama. Pada akhir diskusi ini kesemua wakil ini kembali kepada puak masing-masing dan selepas tiga hari mereka datang semula menemui Nabi Muhammad s.a.w dan menyatakan diri mereka sebagai Muslim.

DIALOG NABI MUHAMMAD S.A.W DENGAN PENYEMBAH BERHALA

Nabi Muhammad s.a.w bertanya kepada wakil dari golongan penyembah berhala mengapa mereka percaya kepada berhala-berhala itu dan tidak menyembah tuhan yang maha kuasa. Mereka berkata, “Melalui berhala-berhala kami mencari jalan bagi mendekatkan diri kepada Tuhan.”

Nabi Muhammad s.a.w bertanya: “ Apakah berhala-berhala yang kalian katakan itu dapat mendengar? Apakah menurut kalian mereka itu hamba-hamba tuhan yang taat dan berbakti? Bagaimana kalian boleh mendekatkan diri kepada tuhan melalui berhala-berhala itu?” Nabi Muhammad melanjutkan kenyataannya, kalian sendirilah yang membuat berhala-berhala itu dengan tangan-tangan kalian. Kalaulah patung-patung-patung itu memilikki kemampuan untuk menyembah maka sudah tentu menjadi kewajipan kepada patung-patung ini menyembah kalian sebagai yang menciptakan mereka. Lebih dari itu Tuhan tidak pernah membenarkan manusia menyembah berhala. Bagaimana mungkin, sesuatu perbuatan yang tiada diizinkan Tuhan seperti itu dapat mendekatkan diri kalian kepadanya?. Mendengar apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w, orang-orang itu lalu berpecah menjadi tiga kelompok dengan pendapat-pendapat berikut:

1. Kelompok yang berpendapat, “ Berhala-berhala yang kami sembah sebenarnya imej daripada manusia yang ke dalam diri mereka tuhan berinkarnasi. Jadi kami sebenarnya menyembah Tuhan melalui penyembahan imej daripada orang-orang tadi yang pada hakikatnya adalah inkarnasi Tuhan.”Mendengar ucapan kelompok ini Nabi Muhammad kemudiannya mengutarakan tiga keadaan:

i. Kepercayaan kalian bahawa Tuhan berinkarnasi ke dalam diri seseorang ternyata benar-benar keliru, sebab dengan anggapan sebegitu kalian menganggap Pencipta seumpama dengan hasil ciptannya. Tidakkah kalian menyedari bahawa Tuhan sama sekali tidak berinkarnasi dalam bentuk apa pun kecuali penserupaan itu mesti berlaku dalam apa-apa yang disekitarnya. Namun bagaimana mungkinkah ada apa-apa yang berada disekitarnya Bukankah Tuhan bebas daripada yang demikian?’’

ii. Disamping itu, apakah bezanya antara Tuhan dan benda-benda lain yang terdapat pada wujud fizikal seperti warna, rasa, bau, kekerasan, kelembutan, berat, ringan dan sebagainya? Semua yang saya sebutkan ini terdapat pada benda-benda lain tadi yang semuanya tidak mempunyai kewujudan bebas. Apakah maksud kalian tuhan seperti itu

iii. “Manakala kalian menggangap tuhan mempunyai kualiti yang ada pada benda-benda ciptaan yang tadinya tidak ada. Mengapa kalian tidak menyakini pula bahawa semua kualiti lain yang ada pada benda-benda ciptaan itu juga ada pada Tuhan?. Oleh itu seharusnya kalian juga menyakini bahawa Tuhan berubah-ubah, rosak dan mati. Bukankah menurut keyakinan kalian wujud fizikal yang berinkarnasi membawa erti, berubah, rosak dan mati? Tidakkah menurut kalian tidak mungkin bahawa sesuatu isi tidak berubah sementara wadahnya berubah? Semua kenyataan yang saya utarakan ini membuktikan bahawa sekali-kali tidak mungkin bagi tuhan untuk mengalami inkarnasi ke dalam bentuk apa pun juga. Jika inkarnasi ini jelas tidak benar, tidak ada dasar sama sekali yang dapat menguatkan kepercayaan kalian tentang inkarnasi Tuhan, dan bahawa patung-patung tadi, seperti kata kalian adalah imej daripada orang-orang ke dalam tempat Tuhan berinkarnasi tadi.”

2. Kelompok yang berpendapat patung atau berhala yang mereka sembah itu adalah imej daripada generasi-generasi terdahulu yang terlalu patuh pada Tuhan. Orang-orang ini memahat patung-patung tadi sebagai imej generasi itu dan menyembah mereka dengan tujuan mengagungkan Tuhan melalui penyembahan tadi. Muhammad bertanya: Cuba kalian katakan kepadaku, penyembahan macam apakah yang sebenarnya kalian lakukan terhadap Tuhan yang maha kuasa, jika penyembahan imej-imej yang kalian katakan tadi, kalian lakukan dengan bersujud, meminta dan menundukkan kepala di hadapan berhala-berhala ini?” Orang-orang itu diam, dan Nabi Muhammad melanjutkan: Tidakkah kalian tahu bahawa hak Tuhan untuk tidak dianggap sama dengan hambanya. Misalkan saja kalian menghormati Raja sama caranya seperti kalian menghormati pelayan Raja. Tidakkah ini akan bererti satu penghinaan bagi Raja itu?” Orang-orang itu sependapat dengan apa yang dikatakan Nabi Muhammad s.a.w. Sambung Nabi lagi,”Kalau memang demikian, tidakkah kalian sedari bahawa dengan menyembah imej-imej yang kalian katakan itu, kalian bererti telah menghinakan pencipta bukan mengangungkannya.”

3. Kelompok yang mengatakan:”Tuhan menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud dihadapannya. Kerana kita ini anak-anak Adam, tentulah kita lebih layak untuk sujud dihadapan beliau. Adam kini sudah tiada, kerana itu kami ciptakan imej Adam ini untuk kami sujud dan melalui penyembahannya kami mencari kedekatan kepada Tuhan.”

Muhammad lalu menjawab:”Benarlah bahawa Tuhan memang telah memerintahkan para malaikat sujud kepada Adam. Tetapi apakah Tuhan memerintahkan kalian bersujud di hadapan imej Adam yang kalian katakan itu? Adam dan imejnya yang kalian buat itu tidaklah sama. Bagaimana kalian boleh yakin bahawa Tuhan tidak murka atas penyembahan yang kalian lakukan terhadap imej Adam ini?.” Baiklah saya berikan contoh lain. Jika ada seseorang yang memberi izin kepada kalian memasuki rumahnya pada suatu hari, apakah bererti bahawa kalian juga mempunyai hak untuk memasuki rumah orang ini pada hari yang lain, atau memasuki rumah yang lain daripada dari kepunyaan orang ini?. Jika seseorang memberi kalian suatu pemberian berupa baju atau kuda misalnya, apakah kalian akan menerima pemberian ini?” Orang-orang ini mengiakan pertanyaan Nabi Muhammad s.a.w. Lalu jika kalian tidak suka menerima baju atau kuda tertentu yang ingin diberikanya kepada kalian, apakah kalian berhak mengambil baju atau kuda yang lain milik orang ini tanpa izinnya?. Tidak, “ jawab orang-orang ini” Sebab yang diberikan orang ini bukan baju atau kuda yang lain tadi.” Kalau demikian pendapat kalian” Sambung Muhammad, “Siapakah sebenarnya yang lebih berhak menjaga supaya miliknya tidak dipergunakan tanpa izinnya, Tuhan atau makhluknya?”

Wakil-wakil golongan ini melihat gambaran ini. Mereka tahu dan mengatakan tentulah Tuhan yang lebih berhak untuk itu. Muhammad kemudiannya mengakhiri perbicaraan ini dengan mengatakan, “ Kalau demikian, mengapakah kalian menyalahi prinsip ini? Bila dan dimana Tuhan pernah mengizinkan kalian menyembah berhala-berhala itu?.

KESIMPULAN

Konsep ketuhanan adalah perkara yang teramat penting dalam kehidupan insane. Konsep ketuhanan yang betul adalah selaras dengan fitrah semulajadi manusia dan sama sekali tidak bertentanagan dengan akal. Konsep ketuhanan yang betul akan mencorakkan kehidupan manusia selaras dengan kejadinnya dan secara langsung mengangkat martabatnya menjadi makhluk terbaik. Persoalan ketuhanan mestilah berdasarkan keterangan yang datangnya dari Tuhan sendiri, bukannya hasil renungan atau khayalan akal manusia. Konsep ketuhanan yang tidak betul membawa manusia menjalani kehidupan gelap dan meraba-raba tanpa petunjuk, akibatnya akan merosakkan kehidupan sendiri di dunia dan selepas matinya.

No comments:

Post a Comment