Thursday, November 11, 2010

Sweet Memories In Perlis; Beautiful State With Beautiful Peoples, Nice To See, Nice To Stay

13 November 2010 ini ambo nak berpindah lagi kali ni kembali semula ketempat asal di Shah Alam alahai penatnya Allah jua yang tahu tapi inilah pilihanku. Pilihan yang penuh dengan harapan semoga Allah menyediakan yang terbaik dari perpindahan ini. Setakat ini sudah banyak kali berpindah randah al-Hamdulillah setiap perpindahan yang dijalani semuanya dipenuhi dengan berkat rahmat dan kegembiraan di kelilingi dengan manusia-manusia yang sangat baik, jiran yang sangat baik. “The Happiness is along the way not only in the end of the journey”.

Kali pertama berpindah dari Shah Alam ke Perlis pada tahun 1995 kerana suami mendapat jawatan pensyarah tetap di UiTM Perlis. Alangkah terujanya pada bulan-bulan pertama di Perlis cuba bayangkan semasa di Shah Alam saya akan turun dari rumah di seksyen 6 pada pukul 6.30 pagi setiap hari untuk ketempat kerja saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Petaling Jalan Kelang Lama. Terlewat 15 minit bererti lewatlah sampai kat sekolah Jem, jem, jem. Manakala di Perlis ni saya boleh turun jam 7.30 dan sampai di sekolah loceng belum berbunyi ( loceng masuk sekolah 7.45 pagi).

Banyak sungguh keistimewaan duduk di Perlis ni, negeri cantik hijau dengan sawah padi yang luas, sejuk sungguh mata memandang, ikan dan lauk yang segar-segar, ayam kampong yang lazat dan senang di dapati, Barang-barang yang murah di Hafifah Supermarket. Sekolah dekat, pejabat-pejabat kerajaan dekat, orang pun tak ramai segala urusan dapat diselesaikan dengan mudah, orang-orangnya pula sangat baik dan aku menyukai semua orang Perlis. Aku mengenali hampir semua penjual buah di Pasar Besar Perlis, Setiap kali beli buah mesti dibaginya pula buah-buah lain dengan percuma, penjual daging Haji Osman, penjual ayam kampong Hj Dinar. Penjual Santan, Cina penjual sayur dan semualah kat pasar tu. Aku amat berpuas hati meninggalkan perlis dengan hati yang bersih kerana tiada seorang pun ore Perlis yang membuat aku rasa tidak senang tinggal disini samada di rumah mahupun ditempat kerja.

Di Perlis nilah rezeki yang telah ditentukan Allah untukku, dan aku mendapat tuah dalam hidupku sepanjang berada di sini. Dalam kerjayaku ketika di Perlis inilah aku mendapat dua kali anugerah cemerlang, pertama di SMK Syed Sirajuddin pada tahun 2003 dan kali keduanya di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis pada tahun 2009. Disini juga aku mendapat dua kali anugerah besar dari Allah S.W.T , pertama mendapat anugerah hadiah latihan Persekutuan; cuti belajar bergaji penuh dengan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di peringkat Master pada tahun 2005, dan juga yang terkini yang kerananya aku berpindah ke Shah Alam iaitu cuti belajar bergaji penuh pada julai 2010 hingga julai 2013 ‘What a wonderful life here’. Di sinilah juga aku mendapat kenaikan pangkat yang lebih awal dari kakak-kakakku yang bekerja di Kelantan. Kakakku yang sulung mula dapat DG 48 di usia 50 tapi aku di sini telah mendapatkannya dalam usiaku 40 tahun pada tahun 2008 Alhamdulillah Syukran li llah, bertuah sungguh rasanya aku di Perlis. Tak mungkin aku lupa negeri yang cantik dan bertuah ini.

Tak mungkin ku lupa kebaikan sahabat-sahabat ku dan jiran-jiran ku di Perlis. To Name a Few di SMK Syed Sirajuddin; Ustaz Che Nasaruddin b. Noh, Ustaz Rahman Ahmad, Ustazah Hassarina, Ustazah Safiha, Ustazah Hindun, Cikgu Nik Rozita, Cikgu Norliza, Cikgu Sharipah Junuh, Cikgu Hasnah, Cikgu Haridah, Cikgu Norma, Cikgu Rohani ( Bekas Pengetua SMK Syed Sirajuddin), Kerani-kerani sekolah Kak Syarifah Halimah, Pn. Rosna, dan semualah guru-guru dan Staf SMK Syed Sirajuddin tu sepanjang aku bertugas di situ dari tahun 1995 hingga tahun 2005

Dan yang paling tak mungkin ku lupa sahabat-sahabat di Institu Pendidikan Guru Perlis, Aku memang bertuah kerana sentiasa mendapat sisi yang baik dari manusia-manusia ini aku mendapat perangai malaikat dari mereka-mereka ini to name a few: Nazirah Ibrahim, Amani Dato Dahaman@Dahalan, Saidah Harith, Zawati Awang, Zulkarnain Mohammad, Dr. Mohd Rosdi Mahamud, Ustaz Mahammad b. Abdullah, Ustazah Sodah Haji Ahmad, Ustaz Joohari Hashim, Ustaz Ahmad Rahimi, Tn Hj Md Rusli b. A. Rashid ( Pengarah IP), Dr. Hamzah Hj Ihsan (Timbalan Pengarah), En Elias Talib, Pn Che Som, Pn. Haizan, Pn. Noormala Mehat, Dr. Kamaruzzaman, En Ahmad b. Nayan, Pn Rodziyah Nyan, Pn. Mariani dan semua pensyarah dan staff IP Perlis sepanjang

Di Perlis ini juga aku ditemani dengan sahabat-sahabat senegeri Kelantan yang sangat utuh tali ukhuwahnya, setiap hujung minggu berkelah, berkumpul, bergembira, beriadhah, makan-makan. Benarlah kata orang hubungan rakan senegeri akan lebih erat bila merantau ditempat orang. Mana boleh aku lupa pada Wan Rosaida dan Suaminya Nik Abdul Aziz b. Nik Hassan, Mami Norma Yaakub dan suaminya Dr. Mohamad Ismail, Suffian Jusoh dan Isterinya Dr. Mesliza, Ustaz Basri dan isterinya Kak Yah, Junaidi dan isterinya Naimah dan lain-lain yang tak tersebut ketika ini tetapi sentiasa dihati.

Rumah pertama kami di Perlis ialah di Taman Kemajuan Kangar Perlis, syoknya nye dok disitu rumah saya dekat sekali dengan segala kemudahan, ada pasar raya, ada taman permainan, ada surau taman dan jiran-jiran yang sangat baik seperti kak linda, kak saadah, tokeh kedai gambar dan lain-lain. Taman ini berhampiran pula dengan bukit cenderawasih, setiap pagi bila keluar rumah wah sejuknya udara, hijaunya pemandangan cantik sekali. Walau pun demikian setahun kemudian kami berpindah pula ke Taman Koperasi Kangar kerana diajak oleh Mohd Shah dan juga kerana faktor Ustaz Basri kawan-kawan pensyarah CITU UiTM. Seronok juga dok disitu lagi dekat dengan Bandar kangar, dekat sangat-sangat, kat situ lagi ramai jiran yang dikenali dan mereka semua sangat-sangat baik. Sebelah rumah Makcik Ah, depan rumah ustaz Basri, Kak Timah yang mengasuh Hakimah, Mohd Shah dan lain-lain.

Rumah kedua kami pula ialah kolej pulai UiTM. Wah luasnya rumah, betapa selesanya segala kemudahan disediakan oleh UiTM, segala perabot, segala langsir, air ,api, telefon semua ditanggung ho ho memang jimat belanja, kami dok ditingkat dua wuh pagi petang udara segar rumah dikelilingi pokok-pokok yang dijaga rapi, sampah sarap dikutip di muka pintu, nak makan pun senang kalu malas masak beli je kat cafeteria, murah ala mak. Namun demikian pada tahun 2000 kami kena pindah lak, tak boleh lagi dok dalam kerana suami dapat cuti belajar wat Master di Universiti Malaya, maka berpindahlah ambo ke Taman Bersatu doklah kami di Taman Bersatu Pulak selama hamper dua tahun gak, kat situ pun seronok jiran baik-baik juga paling baik sekali dengan kami di TB puan Azizah Sharkawi pensyarah IPDA sekarang sedang sambung PHD, suaminya Dr. Subhi. Aku memanjat kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah S.W.T kerana faktor Jiran ini hidupku tenang dan gembira benarlah kata-kata “Al-Jar Qabla Al-Dar”- Tengok jiran dulu sebelum kamu mendirikan rumah. Jiran-jiran ku banyak memberi inspirasi dan ilham dalam hidup. Betul juga kata orang bahawa orang-orang yang Berjaya itu hidupnya dilingkungan orang-orang yang Berjaya.

Tahun 2003 Aku pindah pulak ke rumah aku sendiri di Taman Desa Pulai Kangar Perlis, Subhana Allah, Masyaallah, Alhamdulillah, la haula wala Quwwata Illa Billah, nikmatnya duduk rumah sendiri, Syukur ke Hadrat Allah S.W.T disini aku merasa lebih gembira dan bahagia lagi dari tempat tempat yang lain, rumah sendiri katakan, kejiranan aku pun semakin luas, masjid Darul Ibadah adalah saksi kami insyaallah, Di sini aku mengenali manusia-manusia yang Berjaya dan hebat-hebat, Kak Syam dan Abang Din yang punya 4 orang anak semuanya pandai-pandai dan Berjaya, anak sulungnya seorang doctor perubatan, anak kedua guru siswazah anak ketiga Emi masih di Universiti dan yang bongsu Syamim sebaya dengan Hasnan.

Aku rasa aku tahu resepi kejayaan pasangan ini, hidup bahagia, apa lagi kalau tidak kerana kesalihan Abang Din, seorang lelaki beriman, aku menjadi saksi kepada istiqamahnya lelaki ini ke masjid lima kali sehari. Aku pun sentiasa ingat pesanan ayah kalau nak selamat hidup lazimi masjid. Di Kampungku di Banggol Setol pun macam tu lah , dalam pemerhatianku yang cetek ini aku lihat kebanyakan anak-anak yang berjaya hidupnya kerana ibu bapa mereka itu istiqamah melazimi solat berjemaah. Kebahagian bukan datang dari sebelah pihak. Kejayaan seeorang lelaki itu kerana di sebelahnya ada wanita yang hebat. Kak Syam pun wanita yang hebat, baik, perihatin, peramah dan sangat pandai masak. Walaupun wanita berkerjaya tapi dia memang suka masak dan rajin mengemas rumah, rumahnya bersih, anak-anak pun pandai. Bertuahlah para suami yang mendapat isteri yang pandai masak, pembersih dan suka mengemas rumah. Bila suami balik dari kerja hati tenang, perut pula di isi dengan makanan yang lazat, mata pula dapat memandang isteri yang kemas dan rumah yang bersih. Benarlah kata Nabi Muhammad s.a.w antara kebahagiaan anak Adam ialah tempat tinggal yang luas dan selesa, kenderaan yang baik, jiran yang baik dan yang paling penting isteri yang solehah. Selain kak Syam ada kak Jun, Abang Halim dan kak siti, ada Syam dan suhaila, Ada Ina dan suaminya Shahrin yang juga ahli masjid yang istiqamah.

Semasa berada disini juga kami diberi rezeki oleh Allah dapat menunaikan Haji pada tahun 2003, selepas melakukan suntikan untuk menunaikan Haji aku bersedia pula untuk mengandung dan Alhamdulillah rancangannya menjadi, semasa berangkat ke Mekah aku sudah mengandung dua bulan kepada Muhammad Mukhlis. Alangkah nikmatnya menunaikan Haji di usia muda ketika tenaga masih lagi kuat. Aku dan suami adalah pasangan suami isteri termuda dalam kumpulan kami di maktab 86 pondok Ukhwah berhampiran dengan masjid kucing di Makkah al-Mukarramah. Kerana kami muda maka energy kami masih kuat, Alhamdulillah dengan kekuatan itu kami bolehlah menolong orang-orang tua serba sedikit dalam urusan harian. Alhamdulillah. Selepas mengerjakan Haji kehidupan kami sentiasa bertambah baik samada dalam keluarga, kejiranan dan persahabatan mahupun dalam kerjaya. Kalaulah aku ni layak memberi nasihat, rasanya ingin aku nak nasihatkan adik-adik, sahabat handai dan sesiapa saja supaya’ Tunaikanlah Haji secepat yang anda boleh’ kerana selepas Haji insyaallah hidup anda akan sentiasa gemilang Insyaallah, Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment