Monday, November 1, 2010

Mencari Ketenangan Hati Dengan Zikrullah:


Mencari Ketenangan Hati Adalah Satu Kewajipan dan Keperluan kerana Orang yang mempunyai hati yang tenang sahaja akan selamat dunia dan akhirat serta mendapat penghargaan dari Allah S.W.T:

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ‌ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ‌ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ‌وَادْخُلِي جَنَّتِي ‌

Hai Jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhainya, maka masuklah kedalam jemaah hamba-hambaku dan masuklah ke dalam syurga ku-

(Surah al-Fajr Ayat 27-30)

2. Kepelbagaian Cara Dalam Mencari Ketenangan Hati dan Kekuatan Jiwa

Hakikatnya semua manusia samada muslim ataupun tidak mendambakan hati yang tenang dan jiwa yang kuat dalam menghadapi segala cabaran hidup.

* Yoga, Meditasi, Mantera, Jampi adalah antara bentuk-bentuk latihan kerohanian yang diamalkan oleh manusia Untuk mencari ketenangan dan kekuatan hati.

* Ibn Khaldun Tokoh Sejarawan dan Sosiologi Muslim yang dianggap oleh sarjana Barat sebagai “The Founder of the science of sociology” dalam karya agungnya al-Muqaddimah menjelaskan bahawa perbezaan di antara latihan kerohanian yang diamalkan oleh para agamawan selain dari Islam ialah Zikrullah. Para ahli sufi Muslim menguatkan latihan kerohanian mereka dengan zikir. Apabila jiwa sudah betah dengan zikir ia akan lebih dekat dengan Allah S.W.T. Tanpa zikir sebagaimana yang selain dari ajaran Islam ia lebih mirip kepada sihir dan pekerjaan syaitan.[1]

3. Ketenangan yang sebenar Adalah dengan Zikrullah

الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ ‌الَّذِينَ آمَنُواْ

وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ طُوبَى لَهُمْ وَحُسْنُ مَآبٍ ‌

Maksudnya: Ingatlah hanya dengan mengingati Allah lah hati-hati menjadi tenteram. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, bagi mereka kebahagiaan dan tempat kembali yang baik.- Surah al-Raad ayat 28-29

4. Definisi zikrullah

Zikrullah ialah mengingati Allah dengan:

a. Menyebut nama Allah dengan tasbih, tahmid,takbir, Istighfar, Hauqalah, Asmaullah

b. Membaca al-Qur’an

c. Berdoa

d. Menuntut ilmu sama ada membaca, belajar atau mengajar dengan tujuan menyedarkan ummah supaya bertakwa kepada Allah S.W.T.

5. Ganjaran Allah Kepada Orang Yang Banyak Berzikir:

a. Dekat dengan Allah S.W.T

Firman Allah dalam hadis Qudsi

إِذَا ذَكَرَنِى عَبْدِي فِى نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِى نَفْسِى وَإِذَا ذَكَرَنِى فِى مَلاَءٍ ذَكَرْتُهُ فِى مَلاَءٍ خَيْرٍ مِنْ مَلَئِهِ وَإِذَا تَقَرَّبَ مِنِّى شِبْرًا تَقَرَّبْتُ مِنْهُ ذِرَاعًا

Maksudnya:

Andaikata hambaku mengingatiku dalam dirinya nescaya aku mengingatinya dalam diriku. Andaikata dia mengingatiku di hadapan orang ramai nescaya aku akan mengingatinya di hadapan orang ramai yang lebih baik dari kumpulannya. Andaikata dia mengingatiku sejengkal nescaya aku akan mendekatinya sehasta

b. Menjadi Sebab Kepada Turunnya ketenangan,

rahmat dan keampunan dari Allah S.W.T

Sabda Rasulullah s.a.w:

مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا يَذْكُرُوْنَ اللهَ عَزَّوَجَلَّ إِلاَّ حَفَّتْ بِهِمُ المَلآئِكَةُ وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَة وَذَكَرَهُمُ اللهُ تَعَالَى فِيْمَن عِنْدَهُ

Tiada satu kaum pun yang duduk dalam suatu majlis, sedang mereka berzikir kepada Allah, melainkan para malaikat berkerumun di sisi mereka dan rahmat akan mencucuri mereka dan Allah akan menyebut-nyebut mereka kepada sesiapa yang di sisinya.

c. Mendapat ganjaran pahala yang amat besar disisi Allah S.W.T Firman Allah S.W.T:

وَالذَّاكِرِيْنَ الله كَثِيْرًا وَالذَّاكِرَاتِ اَعَدَّ اللهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيْمًا

Maksudnya: Laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.

d. Murah Rezeki Dan Tenang Jiwa

مَنْ لَزِمَ الأِسْتِغْفَارِ جَعَلَ اللهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضَيْقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجَا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لاَ يَحْتَسِب

Maksudnya:

Sesiapa yang melazimi istighfar Allah akan memberinya jalan keluar dari kesempitan hidup dan kelegaan dari kerungsingan dan diberi rezeki dengan tidak disangka.

(Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)

6. Apa Akibat Jika Lalai Melaksanakan Zikrullah

a. Baginya kehidupan yang sempit dan gelisah

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِيْ فَإِنَّ لَهُ مَعِيْشَةً ضَنْكَا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ القِيَامَةِ أَعْمَى

Maksudnya:

Barangsiapa berpaling dari peringatanku (berzikir), maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta. (surah thaha ayat 114)

b. Terdedah dengan perkara yang dimurkai Allah kerana ia mudah dikuasai syaitan dan sukar mengawal nafsu

وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِيْنٌ

Sesiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur’an), Kami adakan baginya syaitan ( yang menyesatkan ) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.(surah az zukhruf ayat 36)

Akhirnya:

إِنَّ اللهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya.

Pilih Yang Terbaik Untuk Hidup Anda.

To be continue…… Insyaallah.

Chicken soups for the soul

1. Assume Fate is on Your Side: Andaikan takdir sentiasa menyebelahi kita

2. Believe good things happen to you all the time: Percaya bahawa perkara-perkara baik sentiasa berlaku kepada kita setiap masa.

3. Believe you are fortunate most of the time: Percaya bahawa kita sentiasa bernasib baik.

4 Place the setbackc in an imaginary envelope labeled “waste of time” : Buangkan kesedihan atau kedukaan ke sampul yang berlabel “ buang masa”

5. Embrace random events that happen to you and see their potential for improving your luck: Lupakan peristiwa yang telah dialami dan cari potensi menambahkan tuah.

6. Segala apa yang menimpa seseorang mukmin dari kepayahan dan kesusahan, kegelisahan dan kedukacitaan, kesakitan dan kesengsaraan walaupun sekecil duri yang menimpa, maka sesungguhnya yang demikian itu adalah rahmat Allah untuk menghapus segala dosa dan kesalahan yang telah dilakukan (al-Hadis)

7. Kebahagiaan seseorang manusia tidak akan dicapai dengan melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.

8. Sesungguhnya tertipulah manusia yang berangan-angan untuk masuk syurga tetapi lupa kepada Allah dan segala perintahnya semasa didunia.

9. Ramai orang di luar sana yang mengimpikan kedudukan seperti anda.....oleh itu bersyukurlah dan lakukan tugas dan amanah dengan sedaya upaya........

Bibliografi

Ahmad Abd Al-Jawwad (2003) al-Du’aa al-Mustajab Min al-Hadith wa al-Kitab. Kaherah: Daar al-Ghad al-Jadid.

Ibn Khaldun (2004), Muqaddimah Ibn Khaldun. Kaherah: Dar al-Fjr li al –Turath. See also Rosenthal, Franz (1980), Ibn Khaldun The Muqaddimah: An Introduction to Hostory. New Jersey:Princeton University Press.

Hamidah Wok Awang (2004), Motivasi Untuk Kekuatan Diri. Pahang:PTS



[1] Ibn Khaldun (2004), Muqaddimah Ibn Khaldun. Kaherah: Dar al-Fajr li al –Turath, h. 146.

No comments:

Post a Comment