Monday, November 1, 2010

DOA DAPAT MENOLAK NASIB YANG BURUK

لَنْ يَنْفَعَ حَذَرَ مِنْ قَدَرَ : وَلَكِنَّ الدُّعَاءَ يَنْفَعُ مِمَّا نَزَلَ

وَمِمَّا لمَ يَنْزِل فَعَلَيْكُم بِالدُّعَاءِ عِبَادَ اللهِ (رواه احمد والطبرانى)

Maksudnya: Sesuatu yang telah ditakdirkan tidak dapat dielak dengan berhati-hati tetapi doa memberi manfaat pada apa yang telah terjadi mahupun belum. Oleh itu hendaklah kamu membanyakkan doa wahai hamba Allah.

SETIAP DOA PASTI KABUL

إِنَّ اللهَ تَعَالَى حُيِّىٌ كَرِيْمٌ يَسْتَحْيِى إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صَفْرًا خَا ئِبَتَيْنِ(رواه أحمد وأبو داود والترمذى وابن ماجه والحاكم)

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah S.W.T bersifat pemalu dan mulia, dia malu apabila sesorang hamba itu mengangkat kedua tangannya (berdoa) sedangkan dia mengembalikan kedua tangan tersebut kosong(tidak diterima doanya).

KATA IBN ATAILLAH

مَتىَ أَطْلَقَ لِسَانَكَ بِالطَّلَبِ فَاعْلَمْ أَنَّهُ يُرِيْدُ أَنْ يُعْطِيْكَ

Apabila Allah telah melepaskan lidahmu untuk meminta, maka ketahuilah bahawa Allah akan memberi kepadamu

JANGAN BERPUTUS ASA

لاَ يَكُنْ تَأَخُّرُ أَمَدِ العَطَاءِ مَعَ الإِلْحَاحِ فِي الدُّعَاءِ مُوْجِبًا لِيَأْسِكَ فَهُوَ ضَمِنَ لَكَ الإِجَابَةَ فِيْمَا يَخْتَارُهُ لَكَ لاَ فِيْمَا تَخْتَارُ لِنَفْسِكَ وَفِى الوَقْتِ الَّذِي يُرِيْدُ لاَ فِى الوَقْتِ الَّذِى تُرِيْدُ

Janganlah kelambatan masa pemberian Tuhan kepadamu, padahal engkau bersungguh-sungguh dalam berdoa menyebabkan patah harapan, sebab Allah telah menjamin menerima semua doa dalam apa yang Ia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu dan pada waktu yang ditentukannya bukan pada waktu yang engkau tentukan.

APA YANG HENDAK DIMINTA DARI ALLAH

يَا عِبَادِى كُلُّكُم ضَالٌّ إِلاَّ مَنْ هَدَيْتَه فَاسْتَهْدُونِى أَهْدِكُم يَا عِبَادِى كُلُّكُم جَائِعٌ إِلاَّ مَنْ أَطْعَمْتَه فَاسْتَطْعِمُونِى أَطْعَمَكُم يَا عِبَادِى كُلُّكُم عَارٌّ إِلاَّ مَنْ كِسْوَتَهُ فَاسْتَكْسُونِى أَكْسِكُم يَا عِبَادِى إِنَّكُم تَخْطَئُونِ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَأَنَا أَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيْعًا فَاسْتَغْفِرُونِى أَغْفِرْلَكُم.

Maksudnya:

Wahai hambaku kamu semua dalam kesesatan kecuali mereka yang di beri petunjuk oleh ku oleh itu mintalah petunjuk dariku nescaya engkau akan diberi petunjuk. Wahai hambaku kamu semua dalam kelaparan kecuali mereka yang diberi makan oleh ku, maka mintalah makananmu dariku, nescaya aku akan memberi makanan kepadamu. Wahai hambaku kamu semua dalam keadaan miskin telanjang kecuali mereka yang diberi pakaian dan kekayaan oleh ku maka mintalah pakaianmu dariku nescaya akan ku berikan pakaian kepadamu. Wahai hambaku kamu semua melakukan kesilapan dan kesalahan siang dan malam dan hanya aku yang dapat mengampuni dosa-dosamu kesemuanya maka minta ampunlah kepadaku nescaya aku ampuni segala dosa-dosamu.

No comments:

Post a Comment