Monday, November 1, 2010

THE LAW OF PARENTING


1. Mengajar anak tentang akidah dan konsep ketuhanan yang maha esa, berkuasa, pengasih dan penyayang serta mengabulkan segala kehendak kita jika kita meminta kepadanya.

Ajari anak bahawasanya Allah maha berkuasa manusia lain tidak dapat memberi mudarat kepada kita juga tidak dapat memberi pertolongan kepada kita kecuali dengan izin Allah ajari anak untuk sentiasa berdoa dan memohon perlindungan Allah. Ajari anak bahawa jika kita menjaga perintah dan larangan Allah maka Allah akan sentiasa menjaga kita

اِحْفَظِ الله تَجِدْهُ تِجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَسْأَلِ اللهِ وَأِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِالله وَاعْلَم أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَئٍ لَنْ يَنْفَعُوكَ إِلاَّ بِشَئٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ واِنِ اجْتَمَعُوكَ عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَئٍ لمَ يَضُرُّوكَ إِلاَّ بِشَئٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ.

Jaga lah hak Allah nescaya engkau akan dapati Allah sentiasa di hadapanmu Apabila engkau hajatkan sesuatu mintalah dari Allah. Apabila engkau memerlukan pertolongan mintalah dari Allah. Ketahuilah wahai anak seandai satu kelompok umat datang berkumpul untuk menolonga nescaya mereka tidak akan mampu menolongmu melainkan atas apa yang telah Allah tentukan untukmu. Begitu juga seandai satu umat berkumpul untuk memudaratkanmu nescaya mereka tidak akan mampu memberi mudarat kepadamu kecuali apa yang telah ditentukan Allah untukmu.

2. Menyuruh Anak menunaikan Solat

مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

Biasakan anak-anak kamu menunaikan solat pada usia 7 tahun, dan pukullah mereka jika masih belum menunaikan solat dalam usia sepuluh tahun dan pisahkanlah mereka daripada tempat tidur mu.

Prinsip:

1. Proses pendidikan bermula seawall usia enam atau tujuh tahun

2. Perkembangan seksual kanak-kanak hampir matang diusia 10 tahun pisahkan mereka dari tempat tidur ibu bapa supaya mereka tidak melihat perlakuan ibu bapa yang tidak wajar disaksikan oleh kanak-kanak.. ‏

3) Menunjukkan kasih sayang dengan perlakuan seperti meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan balik dari sekolah

Anak-anak yang diraikan oleh ibu bapa apabila mereka pergi dan balik dari sekolah akan merasakan diri mereka disayangi dan diberi perhatian. Berikan pelukan, salam dan ciuman kepada anak kerana belaian seumpama ini akan membentuk kecerdasan otak, jiwa yang tenang, berdisiplin dan bersifat pengasih. Amalan memeluk dan mencium antara anak dan ibu bapa suami dan isteri pada setiap hari adalah amalan yang sangat digalakkan dalam Islam Nabi sentiasa mencium anak dan cucu-cucunya begitu juga dengan isteri-isterinya Dalam hal ini nabi pernah bersabda

مَنْ لاَ يَرْحَمُ لاَ يُرْحَمُ "

Maksudnya: Sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi

Hadis ini diucapkan oleh Rasulullah ketika seorang lelaki melihat Rasulullah mencium cucunya hassan dan husain lelaki tersebut menyatakan beliau mempunya sepuluh orang anak tapi tidak pernah mencium mereka lalu rasulullah bersabda sesiapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Hal ini diteladankan oleh Rasulullah supaya kita menunjukkan kasih sayang kepada orang yang kita kasihi dengan perbuatan dan ucapan.

4. Husn Zann- Positive Thinking to every children,

Pengharapan ibu bapa akan menghasilkan apa yang dianggap dan diharap. Kajian menunjukkan kesemua kanak-kanak normal mempunyai potensi untuk cemerlang, namun kebanyakan mereka bila membesar hanya menjadi manusia yang sederhana sahaja kerana ibu bapa tidak mempunyai cita-cita untuk menjadikan mereka sebagai manusia cemerlang. Allah menyuruh kita sentiasa mempunyai Husn Zan kepada segala takdir dan pemberiannya termasuklah kepada anak-anak kita. Sebagainya dalilnya Allah sendiri menentukan nasib kita berdasarkan prasangka diri kita kepadanya. Firman Allah dalam hadis Qudsi:

يَقُولُ اللهُ تَعَالَى أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِى وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِى فِى نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِى نَفْسِى وَإِنْ ذَكَرَنِي فِى مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِى مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُم وَإِن تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِى أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً (رواه البخاري مسلم والترمذي)

Maksudnya: Allah S.W.T berfirman: Aku menetapkan sesuatu berdasarkan pada prasangka hambaKu terhadapKu. Dan Aku sentiasa bersamanya jika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatKu dalam dirinya maka Aku akan mengingatnya dalam rahmatKu. Jika dia mengingatKu di tengah-tengah orang ramai, maka Aku mengingatnya dalam kumpulan yang lebih baik. Apabila dia mendekatkan dirinya kepadaKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta. Jika dia mendekatiKu sehasta Aku akan mendekatinya sedepa. Jika dia mendekatiKu sambil berjalan, Aku akan mendatanginya dengan berlari.

5. Avoid negative words to Children

Elakkan perkataan negative diucapkan kepada anak-anak. seperti berkata anak degil, anak derhaka, sial, budak jahat, binatang dan sebagainya sebaiknya jika anak berbuat salah marahlah dengan kata-kata yang baik seperti orang dulu-dulu kata eh-eh budak bertuah ni. Insyaallah mereka akan jadi orang yang bertuah

Sabda Rasulullah s.a.w:

لاَ تَدْعُوا عَلَى اَنْفُسِكُم وَلاَ تَدْعُوا عَلَى أَوْلاَدِكُم وَلاَ تَدْعُوا عَلَى خَدَمِكُم وَلاَ تَدْعُوا عَلَى أَمْوَالِكُم لاَ تُوَافِقُ مِنَ اللهِ سَاعَةِ نَيْلَ فِيهَا عَطَاءً فَيُسْتَجَابُ لَكُم ( رواه ابو داود)

Maksudnya: Jangan kamu menyebut dengan sesuatu yang buruk kepada diri kamu, anak kamu, para khadam kamu dan juga harta bendamu kerana seandainya apa yang kamu ucapkan itu bertepatan dengan waktu yang dimustajabkan Allah maka akan terkabul ucapan kamu tersebut.

No comments:

Post a Comment