Thursday, October 28, 2010

BICARA NABI TENTANG CINTA:

Daripada Abdullah b. Salam (Yahudi Madinah yang memeluk Islam) katanya;

أول ما قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة انجفل الناس اليه فكنت فيمن جاءه فلما تأملت وجهه واستبنته عرفت ان وجهه ليس بوجه كذاب قال فكان اول ما سمعت من كلامه قال أيها الناس افشو السلام وأطعموا الطعام وصلو الأرحام وصلو باليل والناس نيام تدخلوا الجنة بسلام ( رواه الترمذى وقال حديس حسن صحيح وابن ماجه والحاكم)

Ketika Rasulullah mula-sampai ke Madinah manusia berduyun-duyun mengerumuninya dan aku adalah di antaranya. Tatekala aku melihat wajahnya aku dapati wajahnya tidak langsung menunjukkan sebagai pendusta dan perkataan pertama yang aku dengar darinya ialah ‘ Wahai manusia sebarkanlah salam, jamulah orang makan, sambungkanlah silaturrahim dan solatlah di malam hari ketika manusia sedang tidur, engkau pasti akan masuk syurga dengan selamat.

Doa Nabi Daud A.S:

Ya Tuhan, berilah aku kecintaan kepadamu. Perkenankanlah aku supaya boleh mencintai mereka yang cinta kepada Mu. Perkenankanlah aku melakukan perbuatan-perbuatan yang membolehkan aku mencapai cintaMu. Jadikanlah cintaku kepada Mu lebih kusukai daripada cintaku kepada diri, keluarga atau kekayaan.

Bicara Tentang Cinta:

Tuhanmu akan mengenalmu apabila kau mencintai anak-anakmu, kaum kerabatmu, tetanggamu dan terhadap makhluk sesamamu. Jika kamu ingin mendekati TuhanMu maka cintailah ciptaannya, cintailah bagi mereka apa-apa yang kamu sendiri cinta, tolak untuknya apa yang kamu sendiri tolak bagi dirimu. Lakukanlah terhadap mereka apa-apa yang kamu ingin supaya dilakukan orang terhadapmu

Cintailah SaudaraMu

Kau bukan orang yang beriman sehingga kau mencintai saudaramu sebagaimana engkau cinta kepada diri mu sendiri.

Kau tidak akan masuk syurga jika kau kekenyangan sedangkan jiran tetanggamu tidak lena kerana kelaparan. Cintailah tetanggamu

Jika kau masak, perbanyakkanlah kuahnya, kemudian berikan sebahagian kepada tetanggamu

Berbaktilah kepada ibumu, bapamu, saudara perempuanmu, saudara laki-laki, kemudian sebawahmu, kemudian sebawahmu

Allah mengasihi orang tua yang menolong anaknya untuk berbakti kepadanya

Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi

Ketahuilah susurgalur keturunanmu supaya engkau dapat bersilaturrahim pada saudara-saudaramu. Sesungguhnya silaturrahim disukai di mukabumi, menambah rezeki dan memanjangkan umur

Tertulis di dalam taurat: Siapa yang suka panjang umur dan murah rezeki hendaklah ia bersilaturrhim

Antara amalan yang paling utama ialah kau menghubungi orang yang memutuskan persaudaraan denganmu, memberi kepada orang yang mengharamkanmu, memaafkan orang yang menzalimi dan mengutukmu.

Kau masih boleh berbakti kepada orang tuamu yang telah meninggal dengan mendoakan mereka, memohon diampunkan mereka, menunaikan segala janji dan wasiatnya, menghubungi sanak kerabat dan memuliakan sahabat-sahabatnya

No comments:

Post a Comment