Wednesday, October 27, 2010

Petua Menjadi Kaya 6

5. Doa-Doa Memohon Kekayaan.

1. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud ‘ Mahukah kamu aku ajarkan beberapa kalimah yang jika kamu amalkan Allah akan melunaskan hutang walaupun hutang kamu sebesar bukit sekalipun iaitu hendaklah engkau berdoa:

الَلَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّن سِوَاكَ (رواه أحمد والترمذى والحاكم)

Maksudnya: Ya Allah cukupkan daku dengan rezeki yang halal dan dijauhkan dari barang yang haram dan kayakan aku dengan kelebihanMu bukan yang selain dari Mu.

2. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Baca olehmu doa ini nescaya Allah akan menolongmu melunaskan hutang-hutang mu dan menjauhi engkau dari kefakiran:

اَللَّهُمَّ رَبَّ السَّمَوَاتِ السَّبْعِ وَرَبَّ العَرْشِ العَظِيْم رَبَّنَا وَرَبَّ كُلِّ شَيْئٍ مُنْزِلَ التَّوْرَاةِ وَالاِنْجِيْلِ وَالقُرْآن فَالِقُ الحَبِّ وَالنَّوَى أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ شَيْئٍ أَنْتَ آخِذُ بِنَاصِيَتِهِ اَنْتَ الأَوَّلُ فَلَيْسَ قَبْلَكَ شَيْئٌ وَاَنْتَ الآخِرُ فَلَيْسَ بَعْدَك شَيْئٌ وَاَنْتَ الظَّاهِرُ فَلَيْسَ فَوْقَكَ شَيْئٌ وَاَنْتَ البَاطِنُ فَلَيْسَ دُوْنَكَ شَيْئٌ اِقْضِ عَنِّى الدِّيْنِ وَأَغْنِنِي مِنَ الفَقْر.

(رواه الترمذي وابن ماجه وابن حبان)

Ya Allah Tuhan pemilik langit dan bumi, Tuhan dan pemilik segala sesuatu. Tuhan yang menurunkan Taurat Injil dan al-Qur’an. Tuhan yang membelah biji-biji dan isi b uah. Aku berlindung kepadaMu dari keburukan seluruh pemilik keburukan dan dari keburukan setiap b inatang yang mana Engkau adalah pemegangf ubun-ubunnya. Engkau Ya Allah adalah yang pertama Sebelum Mu tiada apa-apa pun. Engkau Ya Allah adalah yang terakhir sesudahMu tiada sesuatu. Engkaulah yang zahir diatasMu tiada sesuatu. Engkaulah yang batin di bawahMu tiada sesuatu. Ya Allah tunaikanlah hutangku dan kayakan aku dari kefakiran.

No comments:

Post a Comment