Wednesday, October 27, 2010

Petua Menjadi Kaya 5

Usaha dan doa yang di ajar oleh Rasulullah s.a.w Bagi Memohon Kekayaan

3. Kawal diri dari berhutang

Orang yang suka berhutang pada hakikatnya sedang menghina diri sendiri. Ia mengambarkan kemiskinan harta dan jiwa. Orang yang kaya jiwanya akan menahan nafsu dari membeli sesuatu yang dia masih belum mampu dia redha dengan apa yang ada sehinggalah dia benar-benar mampu untuk membelinya dengan tidak menyusahkan dirinya dan orang lain. Orang yang suka berhutang tidak akan mampu menjadi tangan di atas. Orang yang banyak hutang hidup tidak tenang kerana itu Rasulullah s.a.w menganjurkan kita berdoa supaya tidak ditimpa bebanan hutang akibat hawa nafsu kita:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُبِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنْ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ العَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُبِك مِنَ الجُبْنِ وَالبُخْلِ وَأَعُوذُبِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ(رواه ابو داود)

Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari ditimpa penyakit keluh kesah dan dukacita, dari perasaan lemah dan malas. Ya Allah aku mohon perlindunganMu dari sifat penakut dan bakhil, Ya Allah aku mohon perlindunganMu dari dibebani hutang dan dari dikuasai dan dizalimi manusia.

4. Menunaikan Solat Sunat Dhuha

Melazimi dan mengekalkan solat sunat dhuha adalah satu keazaman dan kemuliaan bagi diri seseorang manusia. Ia mendatangkan keberkatan kepada rezeki, anak-anak dan keturunan. Rasulullah s.a.w sentiasa melazimi solat ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Aisyah RadhiaAllah Anha:

أنه صلى الله عليه وسلم كان يصلى الضحى أربعا ويزيد ما شاء... (رواه مسلم)

Rasulullah s.a.w melazimi solat sunat Dhuha dengan menunaikannya empat rakaat dan kadang menambah rakaat jika dia kehendaki

5. Membaca surah al-Waqi’ah

قال النبي صل الله عليه وسلم“ من قرأ سورة الواقعة فى كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا ” (رواه البخاري)

Sabda Rasulullah S.A.W: Sesiapa yang membaca surah al-Waqi’ah pada setiap malam tidak akan ditimpa kepapaan

No comments:

Post a Comment