Sunday, October 24, 2010

Kelebihan Menjadi Ilmuan

ILMU DAN GURU

Berdiskusi, berwacana, berbengkel itu Tasbih

Kata Mu’az b. Jabal r.a :

تَعَلَّمُوا العِلْمَ فَإِنَّ تَعَلُّمَهُ لِلَّهِ خَشْيَةٌ وَطَلَبَهُ عِبَادَةٌ وَمُدَارَسَتَهُ تَسْبِيْحٌ وَالبَحْثُ عَنْهُ جِهَادٌ وَتَعْلِيمَهُ لِمَنْ لاَ يَعْلَمُهُ صَدَقَةٌ وَبَذْلَهُ لأَهْلِهِ قُرْبَةٌ وَهُوَ الأَنِيْسُ فِى الوَحْدَة وَالصَّاحِبُ فى الخُلْوَة

Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya kerana Allah dapat melahirkan takwa, menuntutnya adalah ibadat, berdiskusi dan berwacana tentangnya adalah tasbih, menyelidik dan mengkaji secara mendalam adalah jihad, mengajarkannya adalah sedekah, mengeluarkan belanja kepada orang yang layak adalah dapat mendekatkan. Ilmu adalah teman mesra ketika berseorangan dan sahabat ketika bersendirian.

Manusia Yang Paling Tinggi Nilai Hidupnya

وقال المزنى سمعت الشافعى يقول:

مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ عَظُمَتْ قِيْمَتُهُ وَمَنْ نَظَرَ فِى الفِقْهِ نَبُلَ مِقْدَارُهُ وَمَنْ تَعلم الُّلغَةَ رَقَّ طَبَعُهُ وَمَنْ تَعَلَّم الحِسَابَ جَزْلُ رَأْيُهُ وَمَنْ كَتَبَ الحَدِيْثَ قَوِيَتْ حُجَّتُهُ وَمَنْ لَمْ يَصُنْ نَفْسَهُ لَمْ يَنْفَعُهُ عِلْمُهُ

Al-Muzaniy bercerita “Aku mendengar Imam Syafie mengatakan: Sesiapa yang mempelajari al-Qur’an maka nilai dirinya akan menjadi tinggi. Sesiapa yang mempelajari feqah maka martabatnya menjadi mulia. Sesiapa yang mempelajari matematik pendapatnya menjadi tepat. Sesiapa yang menulis hadis maka hujahnya menjadi kuat. Dan sesiapa yang tidak menjaga dirinya, maka ilmunya tidak berguna baginya.

(Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Abi Abdillah Muhammad Ibn Abi Bakr (t.t) Miftah Dar al-Sa’adah, Kaherah: Dar al-Mutanabbi, h. 165.

Manusia Yang Paling Bijak

ما رواه ابن حبان فى صحيحه من حديث أبى هريرة يرفعه الى النبي صلى الله عليه وسلم : سَأَل مُوسَى رَبَّهُ عَن سِتَّ خِصَالٍ ..... يَارَب أَيُّ عِبَادَك أَتْقَى قال اَلَّذِى يَذْكُرُ وَلاَ يَنْسَى قَالَ فَأَيُّ عِبَادَك أَهْدَى قَالَ اَلَّذِى يتبع الهُدى قَالَ فَأَيُّ عبادك أَحْكَمُ قال الذى يَحْكُمُ النَّاسَ مَا يَحْكُمُ لنفسه قال أي عبادك أَعْلَمُ قال عَالِمٌ يشبع من العلم يَجْمَعُ عِلْمُ النَّاسَ اِلَى عِلْمِهِ قال فأي عبادَكَ أَعَزُّ قال الذى إذا قَدَر عَفَا قال فأي عبادك أَغْنَى قال الذى يرضى بِمَا أُوتِىَ ، قال فأي عبادك أَفْقَرٌ قال صَاحِبٌ مَنْقُوصٌ

Musa bertanya kepada Tuhan: Wahai Tuhanku, siapakah hambamu yang paling bertakwa? Allah S.W.T berfirman hamba yang selalu mengigatiku dan tidak pernah lupa. Musa bertanya lagi siapakah hambamu yang paling mendapat hidayah. Allah berfirman hamba yang mengikuti petunjukku. Musa bertanya Siapakah hambaMu yang paling bijak. Allah S.W.T berfirman Hambaku yang memutuskan hukum untuk dirinya sama dengan dia memutuskan hukum untuk orang lain. Musa bertaanya siapakah hambaMu yang paling alim. Allah berfirman Hambaku yang tidak pernah kenyang akan ilmu; dia menyatukan ilmunya dengan ilmu orang lain. Musa bertanya siapakah orang yang paling mulia. Allah berfirman hambaku yang memaafkan kesalahan orang kepadanya sedangkan dia mampu untuk membalasnya. Musa bertanya siapakah hambaMu yang paling kaya. Allah berfirman hambaku yang redha dengan pemberian yang dikurniakan kepadanya. Musa bertanya siapakah pula yang paling miskin. Allah berfirman Hambaku yang selalu merasa tidak cukup.

(Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Miftah dar al-Saadah, h. 159)

Orang Yang Berilmu dan Mengajar akan ke Syurga

اذا كان يوم القيامة توضع حسنات الرجل فى كفة وسيئاته فى الكفة الأخرى فتشيل حسناته فإذا يئس فظن انها النار جاء شئ مثل السحاب حتى يقع من حسناته فتشيل سيئاته قال فيقال له اتعرف هذا من عملك فيقول لا فيقال هذا ما علمت الناس من الخير فعمل به من بعدك

Pada hari kiamat kebaikan-kebaikan seseorang diletakan pada satu timbangan dan keburukan-keburukan pada timbangan yang lain sehingga tempat kebaikannya terangkat naik. Apabila ia putus asa dan mengira pasti akan masuk neraka keranaya. Datanglah sesuatu seperti awan jatuh menimpa tempat kebaikan sehingga timbangan keburukannya terangkat naik. Lalu ditanya tahukah kamu bahawa ini adalah amalanmu ia menjawab tidak. Ia diberitahu ini adalah amalan kebajikanmu yang kamu ajarkan kepada manusia lalu diamalkan setelah kamu wafat.


Daripada Ibn Abd Barr, Pada hari kiamat Allah berfirman kepada para ulama: Wahai para ulama Aku tidak meletakan hikmahku pada kalian kalau aku ingin mengazab kalian. Aku tahu kalian bergumul dengan maksiat seperti orang lain, tapi aku tutupi dan ampuni. Kerana aku disembah sebab fatwa dan pengajaran kalian.Pergilah kamu ke syurga aku telah mengampuni kamu.

(Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Abi Abdillah Muhammad Ibn Abi Bakr (t.t) Miftah Dar al-Sa’adah, Kaherah: Dar al-Mutanabbi hal 176)


Kata Saidina Ali:

العلم يكسب العالم الطاعة فى حياته وجميل الأحدوثة بعد مماته

Ilmu membuatkan sesorang guru itu ditaati saat ia hidup dan dikenang dengan baik setelah ia meninggal

Untuk sentiasa hidup hendaklah setiap guru, ilmuan, ulama melaksanakan tugas-tugas profesyen mereka dengan komited, jujur dan ikhlas. Lakukanlah tugas-tugas para ilmuan dan cendikiawan iaitu belajar, menyelidik, mengajar, berdiskusi, berwacana, menulis, menyebarkan ilmu dimana sahaja berkesempatan dengan ikhlas kerana Allah maka dia pasti akan sentiasa hidup. Dokumenkan pengajaran anda dengan menulis contohnya, adalah bekalan ubat hayat yang tidak akan mati.

Penulisan Ilmuan lebih Berat Timbangannya Daripada Darah Para Syuhada’

Berkata Saidina Hassan Rahimahullah:

يُوزِنُ يَوْمَ القِيَامَة مِدَادَ العُلَمَاء بِدَمِّ الشُّهَدَاء فَيَرْجِح مِدَادَ العُلَمَاء بِدَمِّ الشُّهَدَاء

Ditimbang tinta para ulama pada hari kiamat dengan darah para syuhada.Maka berat lagi timbangan tinta ulama.

Jika kita perhatikan para imam kaum muslimin, seperti imam-imam hadis, fiqh dan sebagainya seperti Al-Bukhari, Muslim, Ibn Majah al-Ghazzali, Ibn Taimiah, Ibn Qayyim dan yang lain-lainnya, walaupun mereka berada dalam perut bumi namun mereka tetap hidup dipentas dunia ini ditengah-tengah manusia. Para ulama ini tiada henti-hentinya dikenang, dibicarakan dan dipuji. Inilah sebenarnya kehidupan. Kata Hukama’:

وما دام ذكر العبد بالفضل باقيا فذلك حى وهو فى الترب هالك

Selama kebaikan seorang hamba itu terus dikenang dia tetap hidup walaupun badannya hancur diperut bumi.

No comments:

Post a Comment