Thursday, October 28, 2010

MANUSIA TERHUTANG BUDI KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W

Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabatnya serta pengikutnya telah memperjuangkan kebajikan kemanusiaan dan seterusnya meningkat dan memajukan kebudayaan dan tamadun umat manusia sejagat. Dunia seluruhnya terhutang budi dengan manusia agung ini yang telah diutuskan Allah sebagai Rasulnya yang terakhir.. A.J Toynbee dalam bukunya Civilization on Trial merakamkan: “ Penghapusan semangat bangsa di kalangan umat Islam adalah merupakan kejayaan cemerlang Islam”

Pengarang terkenal, A History of The Intellectual Developmen of Europe menulis “Empat tahun selepas kematian justinion pada tahun 569 Masehi, lahirlah di Makkah di Negeri Arab seorang lelaki yang paling agung yang telah berjaya mempengaruhi bangsa manusia. Muhammad memiliki kombinasi karekter.. Yang menekankan kebenaran berterusan, menawarkan pembaikan social orang ramai, menganjurkan kebersihan, sederhana, berpuasa dan solat.

Micheal H. Hart dalam bukunya The 100 ranking of the Most Influental persons in History telah menyediakan satu senarai tokoh paling berpengaruh di dalam sejarah. Beliau meletakan Baginda Nabi Muhammad S.A.W sebagai tokoh yang menduduki tahap paling teratas dalam senarai berkenaan. Pada hakikatnya pujian dan kejian manusia kepada Nabi Muhammad tidak memberi bekas sedikitpun kepada keagungan dan kemuliaan baginda sebagai Rasul utusan Allah yang terakhir.Tanpa pujian sekalipun baginda telah berjaya membawa risalah dari Allah S.W.T yang menjadi rahmat kepada sekelian alam. Disini diperturunkan secara ringkas hadiah-hadiah berharga yang telah disumbangkan oleh Islam dengan perutusan Nabi Muhammad S.A.W kepada dunia:

1. Kepercayaan kepada keesaan Allah S.W.T yang jelas dan tiada langsung kesamaran.

2. Konsep persamaan dan persahabatan di kalangan manusia.

3. Konsep memuliakan Manusia dan kewujudannya. Islam tidak mengakui adanya kasta dan pendeta dalam agama. Setiap jiwa naik menuju penciptanya tanpa perantaraan pendeta. Setiap makhluk manusia adalah pendeta bagi dirinya sendiri.

4. Memperakukan status yang sewajarnya kepada wanita

5. Menolak ketidak adilan dan menyuntik minda manusia dengan pengharapan dan keyakinan.

6. Mengintegrasikan agama dan ilmu serta menekankan penghormatan terhadap ilmu sebagai satu cara untuk mendekati Allah

7. Mempertanggungjawabkan umat Islam dalam menyampai dan menyebarkan kebaikan ke seluruh pelusuk alam

8. Pembentukan akidah dan budaya yang bersifat universal.

Bahagialah mereka yang percaya dengan rendah hati dan bersyukur kepada tuhannya… yang tetap dermawan dan menjaga kesuciannya, yang memenuhi amanat dan menepati janji… Sungguh tuhan menyuruh kamu berlaku adil dan baik dan memberikan kepada keluarga akan haknya dan Dia melarangmu dari berbuat dosa, menganiaya dan zalim.

No comments:

Post a Comment