Monday, October 25, 2010

Petua Menjadi Orang Bertuah

Pasang Niat Yang Hebat

The Power of Intention

Niat yang baik mempunyai satu kuasa dan kekuatan yang hebat dalam mengerakan kimia tubuh anda untuk bertindak dan mencapai kejayaan. Pasanglah niat dan cita-cita yang hebat dalam hidup anda, insyaallah sebelum menutup mata anda akan dapat lihat apa yang anda niatkan itu. Orang yang Berjaya dalam hidup kerana mereka mempunyai niat dan cita-cita yang jelas dalam hidup mereka. Ingat ! Niat adalah doa yang mendalam dalam diri anda. Setiap doa yang tulus pasti Kabul. Kalau diperhatikan dalam kebanyakan penulisan ulama soal niat biasanya diletakan pada muka dan perbahasan pertama.

Orang Yang Suka Berbuat Baik dan Menjaga Hubungan Sesama manusia Tidak akan mendapat sihir dan gangguan syaitan

Berkata Saidatina Khadijah ketika menenangkan baginda Rasulullah s.a.w yang ketakutan selepas menerima wahyu yang pertama:

أبشر فوالله لا يخزيك الله إنك لتصل الرحم وتصدق الحديث وتحمل الكل وتكسب المعدوم(رواه البخارى ومسلم)

Bergembiralah demi Allah Dia tidak akan mengechewakanmu. Sesungguhnya engkau benar-benar menyambung tali kerabat, jujur dalam berbicara, meringankan beban orang, dan memberi bantuan kepada orang yang kesusahan.

Hadis di atas menjelaskan bahawa empat perkara yang menjadi sesuatu yang yang telah masyur dan dimaklumi semenjak Jahiliah lagi sebagai sesuatu yang boleh menjadi pendinding kepada sihir dan segala kejahatan iaitu menyambung silaturrahim dan bergaul dengan manusia lain dengan pergaulan yang baik, jujur dalam percakapan dan kehidupan harian, suka meringankan beban orang lain dan memberi bantuan kepada orang yang dalam kesusahan. Untuk melahirkan rasa ikhlas dan semangat bersedia untuk menolong orang lain ialah dengan keimanan bahawa

Rahsia Mendapat Kemuliaan

وصى الله تعالى موسى بن عمران ( عليه السلام) قال:

يا موسى ستة أشياء فى ستة مواضع, والناس يطلبونها فى ستة

أشياء فلم يجدوها أبدا:

إنى وضعت الراحة فى الجنة والناس يطلبونها فى الدنيا.

وإنى وضعت العلم فى الجوع والناس يطلبونه فى الشبع.

وإنى وضعت العز فى قيام الليل والناس يطلبونه على أبواب السلاطين

وإنى وضعت الرفعة والدرجة فى التواضع والناس يطلبونها فى التكبر

وأنى وضعت اجابة الدعاء فى لقمة الحلال والناس يطلبونها فى القيل والقال

وإنى وضعت الغنى فى القناعة والناس يطلبونه فى كثرةالعروض ولم يجدوه أبدا

Allah SW.T mewasiatkan kepada Musa Ibn Imran A.S:

Wahai Musa Aku meletakkan enam perkara dapat dicapai melalui enam perkara yang telah Aku tentukan tempatnya. Namun manusia mencarinya di tempat yang bukan pada tempat yang telah Aku tentukan. Oleh itu mereka selamanya tidak akan berjumpa:

-Aku meletakkan kerehatan yang sebenar adalah di syurga tetapi manusia mencarinya di dunia.

-Aku meletakkan ilmu itu dapat dicapai dengan berlapar tetapi manusia mencarinya dalam kekenyangan.

-Aku meletakkan kehebatan dapat dicapai melalui ibadat pada malam hari tetapi manusia mencarinya di pintu para raja

-Aku meletakkan kemuliaan dan ketinggian dapat dicapai dengan sifat tawadhu' tetapi manusia mencarinya dengan sifat sombong

-Aku meletakkan pemakbulan doa pada suapan makanan yang halal manusia mencarinya dengan berkata begitu begini.

-Aku meletakkan kekayaan dapat dicapai dengan bersikap qanaah (merasa cukup dan redha atas pemberian Allah) tetapi manusia mencarinya dengan mengumpulkan harta benda,

oleh itu mereka selamanya tidak mencapai apa yang dihajatkan.

Allah akan membalas segala perbuatan baik kita. Berbuat baiklah kepada sesama manusia samada kamu kenal ataupun tidak kerana bukan mereka yang akan membalas kebaikanmu itu tetapi Allah S.W.T.

Empat Pencarian Yang Tepat Dalam Hidup

Berkata Syaqiq al-Balkhi (seorang Wali)

Kami mencari empat perkara dan telah kami dapati dalam empat perkara:

Kami mencari Nur di dalam kubur dan kami dapati ia dalam solat malam

Kami mencari kemudahan untuk menjawab soalan munkar dan nakir kami dapati ia dalam membaca al-Qur’an

Kami mencari jalan untuk melintasi as-Sirat kami dapati ia dalam puasa.

Kami mencari keberkatan dalam rezeki kami dapati ia dalam solat sunat Dhuha

Sebutkan Hajatmu Di lidah

مَتىَ أَطْلَقَ لِسَانَكَ بِالطَّلَبِ فَاعْلَمْ أَنَّهُ يُرِيْدُ أَنْ يُعْطِيْكَ

Apabila Allah telah melepaskan lidahmu untuk meminta, maka ketahuilah bahawa Allah akan memberi kepadamu

Setiap Doa Pasti Kabul

لاَ يَكُنْ تَأَخُّرُ أَمَدِ العَطَاءِ مَعَ الإِلْحَاحِ فِي الدُّعَاءِ مُوْجِبًا لِيَأْسِكَ فَهُوَ ضَمِنَ لَكَ الإِجَابَةَ فِيْمَا يَخْتَارُهُ لَكَ لاَ فِيْمَا تَخْتَارُ لِنَفْسِكَ وَفِى الوَقْتِ الَّذِي يُرِيْدُ لاَ فِى الوَقْتِ الَّذِى تُرِيْدُ

Janganlah kelambatan masa pemberian Tuhan kepadamu, padahal engkau bersungguh-sungguh dalam berdoa menyebabkan patah harapan, sebab Allah telah menjamin menerima semua doa dalam apa yang Ia kehendaki untukmu, bukan menurut kehendakmu dan pada waktu yang ditentukannya bukan pada waktu yang engkau tentukan.

(Dipetik Dari Kitab al-Hikam Oleh Ibn 'Ataillah)

Apa Yang Patut Kau Minta Dari Allah

خَيْرُ مَا تَطْلُبُهُ مِنْهُ مَا هُوَ طَالِبُهُ مِنْكَ

Sebaik-baik yang patut engkau minta dari Allah, ialah apa-apa yang Allah

menyuruh kamu.


No comments:

Post a Comment