Thursday, October 28, 2010

Mencari 1001 Keberkatan


Oleh: Mohd Fauzi Mustafa dipetik dari berita Takaful Bil (28), 2004. Disunting semula oleh Pn. Raihaniah Zakaria IPPP

Maksud Berkat

Berkat diambil dari perkataan Arab iaitu ‘Barakah’. Berkat membawa maksud, bahagia, beruntung, bertambah dan berkembang. Ar Raghib al-Asfahani mendefinisikannya sebagai:

ثبتت الخير ا لألهى فى الشئ

Ertinya: Keberkatan itu ialah wujudnya kebaikan yang dilimpahkan Allah dalam sesuatu.

Jenis Berkat

A. Berkat Dalam Ilmu

Sedikit yang dipelajari tetapi membuahkan ilmu-ilmu yang lain, ilmu membuahkan amal, ilmu merangsangkan lagi untuk kuat beribadat, ilmu dikembangkan pula untuk orang lain.

B. Berkat Dalam Amalan/Ibadat

Terasa manis dalam ibadat: Beribadat secara berterusan dan istiqamah walaupun sedikit.

C. Berkat pada Rezeki

Sumbernya halal, Walaupunsedikit tetapi mencukupi. Dengannya kita mampu biaya keluarga, rezeki menyebabkan kita semakin dekat dengan Allah S.W.T.

D. Berkat pada Tempat

Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid al-Aqsa dan masjid-masjid di seluruh pelusuk bumi, Padang Arafah, Multazam, Safa dan Marwah, Maqam Ibrahim, Telaga Zam Zam dan lain-lain.

E. Berkat Pada Masa

1/3 akhir malam, antara azan dan iqamat, semasa khutbah Jumaat, Hari Jumaat, Bulan Ramadhan, Dua Hari raya, saat Wuquf di Arafat dan lain-lain.

F. Berkat Pada Kehidupan

Syukur atas nikmat yang diterima, belanja harta pada jalan Allah, berusaha dapat rezeki yang halal, ikhlas dalam amalan, menjaga kehormatan diri, sentiasa ingat untuk melakukan kebaikan, orang lain menyukainya

G. Berkat Pada perniagaan

Modal dari sumber yang halal, tidak lalai menunaikan ibadat, memperolehi keuntungan dengan cara yang baik, tidak menipu, mengeluarkan zakat



No comments:

Post a Comment