Thursday, October 28, 2010

CARA MENUNAIKAN SOLAT AIDIL FITRI


Lafaz niat

Aidil fitri

أصلي سُنَّةَ عِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Sahaja aku solat sunat aidil fitri dua rakaat mengikut imam kerana Allah Taala.

Pelaksanaannya

Rakaat

Bacaan

pertama

Setelah takbiratul Ihram dan sebelum membaca al-Fatihah disunatkan bertakbir sebanyak 7 kali selepas setiap kali takbir membaca tasbih

سُبْحَانَ الله وَالْحَمْدُلِلَّه وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله والله اَكْبَر

Kedua

Sebelum membaca Fatihah disunatkan bertakbir sebanyak 5 kali dan selepas setiap takbir membaca tasbih seperti pada rakaat pertama

Peringatan:

1. solat tersebut dilakukan secara berjemaah.

2. Dua khutbah dibaca setelah selesai solat.

3. Solat Aidilfitri disunatkan lewat sedikit menunaikannya untuk memberi peluang membayar zakat fitrah dan makan pagi.

No comments:

Post a Comment