Tuesday, October 26, 2010

Petua Menjadi Kaya 2

Menyimpan Semasa Muda, Semasa Ada

Beringatlah di masa mudamu. Kau akan menemui jalan kekayaan bila sebahagian pendapatanmu disimpan untuk dirimu.Sediakan bahagian untuk keluargamu sebelum tuhan menjemputmu menemuiNya. Tetapi jangan memberatkan dirimu untuk menyimpan terlalu banyak. Hiduplah mengikut kemampuanmu dan jangan biarkan dirimu menjadi seorang yang kedekut dan takut untuk berbelanja.

(The Richest Man in Babylon)

Kenapa Kamu Perlu Menyimpan Semasa Muda, Semasa Ada

Supaya kamu akan kaya, Kekayaan bukan kerana besarnya pendapatan kamu tetapi berdasarkan sebanyak mana kamu boleh menyimpan. Dengan kekayaan kamu akan dapat hidup bahagia dan dapat memenuhi segala hajat dan keperluanmu. Tetapi ingatlah Jangan habiskan segalanya yang kamu ada untuk memenuhi segala hajatmu. Menabung dan beringatlah ketika mudamu kerana ketika kamu tua nanti kamu mungkin ditimpa penyakit dan segala macam kemungkinan sedangkan kamu sudah tidak mempunyai kudrat, kerana itulah nabi

mengajar kita berdoa supaya kaya ketika usia tua. Doa tersebut ialah

َ

الَلَّهُمَّ اجْعَلْ اَوْسَعَ رِزْقِكَ عَلَيَّ عِنْدَ كِبَرِ سِنِّي وَانْقِطَاعِ عُمْرِي

(رواه الحاكم عن عا ئشة رضي الله عنها)

Ya Allah ya Tuhanku kurniakan daku keluasan rezeki dan kekayaan diusia tuaku dan ketika hampir terputus umurku

Simpan 1/10 Daripada Pendapatan

Sebahagian daripada apa yang engkau perolehi adalah kepunyaanmu yang harus engkau simpan. Ia mestilah lebih dari 1/10 pendapatanmu walau sedikit manapun yang engkau perolehi. Simpan untuk dirimu dulu. Jangan berbelanja lebih untuk tukang jahit dan tukang kasut dan kau mesti boleh berbelanja lebih untuk makanan dan kerja amal juga untuk pengorbanan kepada tuhan

(The Richest Man in Babylon)

No comments:

Post a Comment