Sunday, October 31, 2010

The Ways To Heaven


1. Tahukah Anda Bahawa Kesungguhan Anda Dalam Bekerja Boleh Membawa Anda Kesyurga? Sabda Rasulullah S.A.W

إن من الذنوب ذنوبا لا يكفرها الصوم ولا الصلاة قيل فما يكفرها

يا رسول الله قال الهموم فى طلب الرزق

Ada di antara dosa itu yang tidak dapat ditebus melalui puasa dan solat. Mendengar itu seorang sahabat bertanya “Kalau begitu ibadat yang manakah yang boleh menebusnya? Jawab baginda “ Kesungguhan bekerja untuk mencari rezeki yang halal”

2. Ketika anda dalam kesibukan dalam kerja-kerja anda Katakan! bisikkan ! kepada dirimu sendiri Bahawa aku bekerja untukmu tuhan kau tolongilah aku kau mudahkan urusanku. kepadamu aku serahkan Tidak ada daya dan kekuatan melainkan kekuatanmu Ya AllahYa Rahman Ya Rahim Aku mungkin dikechewakan oleh manusia tapi Aku yakin kau bersamaku dan kau tidak akan pernah sekali-kali mengechewakanku…..AMIN.

3. Sesungguhnya syurga adalah benar, neraka juga adalah benar. Kita diberi Allah kuasa memilih. Beruntunglah orang yang memilih jalan ke syurga dan amat rugilah orang yang memilih jalan ke neraka. Jalan ke syurga terlalu banyak sebagai rahmat dan kasih sayang Allah yang maha Rahman dan maha Rahim.Pilih lah syurga!!!

4. Adakah anda mahu sentiasa dekat dengan Allah S.W.T? Sabda Rasulullah s.a.w:

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ العَبْدَ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكثَرُوا الدُّعَاء

Saat yang paling hampir seseorang dengan Allah s.w.t ialah ketika mereka sujud di dalam solat, oleh itu perbanyakkanlah berdoa di saat tersebut- Hadis riwayat Muslim

5. Inginkah anda mendapat pahala ibadat seumpama mengerjakan Haji?

Sabda Rasulullah s.a.w:

ألعمرة فى رمضان تعدل حجة او حجة معي

Menunaikan umrah pada bulan Ramadhan pahalanya seumpama mengerjakan Haji_ Hadis riwayat Muttafaqun Alaihi.

6. Adakah anda mahu dibina kepada anda sebuah istana di syurga?Jawapan

Sabda Rasulullah s.a.w

من بنى مسجدا لله بني الله له فى الجنة مثله

Sesiapa yang membina masjid maka Allah akan membina baginya istana di syurga – Hadis riwayat Muslim

7. Mahukah anda mendapat kehidupan yang diredhai oleh Allah S.W.T?Jawapan

Sabda Rasulullah s.a.w:

إن الله ليرضى عن العبد يأكل الأكلة فيحمده عليها ويشرب الشربة فيحمده عليها

Sesungguhnya Allah meredhai seseorang hamba yang apabila ia makan sesuatu ia bersyukur kepada Allah S.W.T dan mengucapkan al-Hamdulillah, dan apabila ia minum sesuatu minuman ia bersyukur kepada Allah S.W.T dan mengucapkan al-Hamdulillah- Hadis riwayat Muslim.

8. Adakah anda mahu doa anda segera diterima Allah S.W. JawapanSabda Rasulullah s.a.w:

ألدعاء لا يرد بين الأذان والاقامة

Doa yang dipohon di antara azan dan iqamat tidak akan ditolak oleh Allah S.W.T- Hadis riwayat Abu Dawud

9. Mahukan anda mendapat pahala seolah-olah telah berpuasa setahun penuh?JawapanSabda Rasulullah S.A.W:

صوم ثلاثة أيام من كل شهر صوم الدهر كله

Berpuasa tiga hari pada setiap bulan menyamai berpuasa setahun penuh- Hadis Riwayat Muttafaqun Alaihi

10. Mahukan anda dicatat oleh Allah melakukan kebaikan seperti bukit?JawapanSabda Rasulullah S.A.W:

من شهد الجنازة حتى يصلى عليها فله قيراط ومن شهدها حتى تدفن فله قيراطان قيل : وما القيراطان قال: مثل الجبلين العظيمين

Sesiapa yang menziarahi jenazah dan menunggu untuk sama-sama-sama menyembahyangkannya maka baginya pahala satu Qirat Dan sesiapa yang menunggu lagi sehingga jenazah itu dikebumikan maka baginya pahala dua Qirat. Sahabat bertanya dua Qirat itu sebesar mana pahalanya?. Baginda menjawab dua Qirat itu menyamai dua bukit yang amat besar.

11. Mahukah anda berjiran dan bersama Rasulullah S.A.W disyurga?

Sabda Rasulullah S.A.W

أنا وكافل اليتيم فى الجنة هكذا وأشار بالسبابة والوسطى

Aku dan orang yang memelihara anak yatim akan berada disyurga dekat seperti ini “ Rasulullah S.A.W mengisyaratkan antara jari telunjuk dan jari tengah- Hadis riwayat al-Bukhari.

12. Adakah anda ingin mendapat pahala seperti mujahid yang berperang di jalan Allah? Ataupun seumpama orang yang sentiasa berpuasa atau pun seumpama orang yang sentiasa beribadat pada waktu malam?

Jawapan?Sabda Rasulullah s.a.w

الساعى على الأرملة والمسكين كالمجاهد فى سبيل الله وأحسبه قال :

كالقآ ئم لا يفتر وكالصائم لا يفطر

Orang yang berusaha memenuhi keperluan janda-janda dan orang miskin seumpama orang yang berjuang di jalan Allah, dan seumpama orang yang sentiasa beribadat di malam hari dan seumpama orang yang sentiasa berpuasa- Hadis riwayat Muttafaqun Alaihi

13. Inginkah anda mendapat bonus dan royalti pahala yang tidak pernah putus walaupun anda telah meninggalkan dunia ini?

Jawapan Sabda Rasulullah s.a.w:

إذا مات الأنسان انقطع عمله الا من ثلاث : صدقة جارية أو علم ينتفع

به أو ولد صالح يدعو له

Apabila mati seseorang anak Adam itu maka terputuslah segala pahala amalannya kecuali melalui tiga cara iaitu: Sedekah Jariah yang ia lakukan, ilmu yang diajarkan dan terus menerus diamalkan atau anak yang soleh yang ia tinggalkan yang sentiasa berdoa kepadanya- Hadis Riwayat Muslim

14. Mahukah anda di anugerahkan dengan gedung-gedung syurga?

Jawapan:Sabda Rasulullah S.A.W:

1. لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ كنز من كنوز الجنة

15. Mahukah anda mendapat pahala seumpama orang yang mendirikan malam dengan ibadat sepanjang malam?

Jawapannya Sabda Rasulullah s.a.w:

من صلى العشاء فى جماعة فكأنما قام نصف الليل ومن صلى الصبح

فى جماعة فكأنما صلى الليل كله

Sesiapa yang solat Isyak berjemaah pahalanya seolah-olah mendirikan solat separuh malam, dan sesiapa yang mendirikan solat Isyak dan subuh secara berjemaah seolah-olah mendirikan solat sepanjang malam-Hadis Riwayat Muslim.

16. Inginkah anda mendapat pahala membaca sebuah al-Qur’an dalam masa satu minit ?

Jawapannya Sabda Rasulullah s.a.w:

قل هو الله أحد تعدل ثلث القرأن

Satu kali membaca surah al-Ikhlas, pahalanya menyamai satu pertiga al-Qur’an-

Hadis Riwayat Muslim

17. Mahukah anda menambah beratkan timbangan amalan baik anda dihari akhirat?

Jawapan: Sabda Rasulullah s.a.w:

كلمتان حبيبتان إلى الرحمن خفيفتان على اللسان ثقيلتان فى الميزان سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم

Dua kalimah yang amat disukai oleh Allah yang maha pemurah, yang kedua-duanya ringan dilidah, senang diucap tetapi pahalanya amat berat ditimbangan iaitu:

1. سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ العَظِيْمِ

18. Mahukah anda dilapangkan rezeki dan dipanjangkan umur dalam kebaikan.?

Jawapaanya;Sabda Rasulullah s.a.w:

من سره أن يبسط له فى رزقه أو ينسأ له فى أثره فليصل رحمه

Sesiapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan usianya dalam kebaikan, maka hendaklah ia menyambung silaturrahim- Hadis riwayat al-Bukhari

19. Inginkah anda mendapat penjagaan dan perlindungan sepanjang hari?

Jawapannya; Sabda Rasulullah s.a.w:

من صلى الصبح فهو فى ذمة الله

Sesiapa yang solat subuh maka ia berada dalam tanggungan Allah s.w.t- Hadis riwayat Muslim.

20. Mahukah anda diselawati dan dirahmati oleh Allah s.w.t?

Jawapan: Sabda Rasulullah s.a.w:

من صلى علي صلاة صلى الله عليه بها عشرا

Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali akan akan membalas selawat keatasnya sepuluh kali

21. Mahukah anda diangkat darjat oleh Allah s.w.t?:

Jawapan: Sabda Rasulullah s.a.w:

وما تواضع أحد لله إلا رفعه الله عزوجل

Sesiapa yang bersifat rendah diri kerana Allah S.W.T “Tawadhuk” maka darjatnya akan di angkat oleh Allah s.w.t-Hadis riwayat Muslim.

Diterjemahkan dari artikel bahasa Arab(طريق الجنة)

Oleh:Raihaniah bt ZakariaIPPP Perlis.Pada 1 Muharram 1429 Hijrah

No comments:

Post a Comment