Saturday, October 23, 2010

The Quitters, The Campers and The Climbers


Bismillahirrahmanirrahim

Mendapat peluang belajar di peringkat PHD merupakan satu anugerah Allah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakki olehnya. Bukan senang untuk mendapat ijazah ini. Kerana itulah sedikit sahaja manusia yang dapat sampai ketahap ini. Kalau kita ibaratkan dengan sebuah bukit maka PHD adalah kemuncak bukit. Dalam mencapai sesuatu kehendak, Stoltz seorang Sarjana Inggeris menganalogikan tiga kumpulan pendaki dalam rombongan para pendaki. Mereka itu ialah The Quitters (Mereka yang berhenti dan menarik diri), golongan ini berhenti ditengah proses pendakian, mereka menyerah kalah.

Golongan kedua pula adalah The Campers, iaitu golongan yang terus mendaki tetapi sebelum mencapai puncak mereka sudah merasa cukup, mereka sudah merasa puas berada di Base Campe. Orang ini lebih baik dari The Quitters keraana sekurang-kurangnya mereka sudah dapat melihat panorama di bawah bukit. Pendakian yang tidak selesai itu mereka sudah anggap satu kejayaan. Golongan yang ketiga adalah The Climbers, iaitu mereka yang selalu optimistic, melihat peluang-peluang, melihat celah yang ada untuk sampai ke kemuncak. Dan apa bila mereka sampai ke kemuncak hanya Allah sahaja yang tahu betapa nikmatnya berada di atas. Ya tuan puan pada pandangan aku le orang yang dah ada PHD tu memang intan terpilih mereka ni memang The Campers, makanya aku salute le pada guru-guruku dan kawan-kawanku yang ada PHD tu. Mudahan aku pun dapat masuk group the Climbers juga le…Jom daftar dalam group…

No comments:

Post a Comment