Thursday, October 28, 2010

Kenyataan Tekstual Agama Lain Tentang Nabi Muhammad S.A.W Sebagai Nabi Terakhir– Disunting oleh Raihaniah Zakaria IPGM Perlis.

Kajian yang mendalam terhadap kebanyakan teks-teks agama purba mengisbatkan wujudnya banyak kesepakatan atau sebahagian makna-makna al-Qur’an dan al-Sunnah. Ini membuktikan dua noktah penting iaitu:

1. Asal usul agama ini adalah dari langit.

2. Setiap umat telah diutuskan rasul kepadanya.

Terdapat telahan para pengkaji agama di Barat yang mendakwa bahawa para Rasul pernah dibangkitkan di Tanah Besar China contohnya kerana ketinggian ajaran akhlak dan tradisi kerohanian. Tiada halangan bagi muslim untuk menerima kemungkinan tersebut. Bahkan terdapat ulama yang cenderung untuk mengiktikadkannya kerana Allah S.W.T yang maha penyantun kepada hambanya tidak mengabaikan bangsa manusia yang ramai tanpa memberi petunjuk. Namun demikian kita tidak dapat memastikan risalah kenabian melainkan melalui keterangan al-Qur’an dan al-Sunnah, kerana kemungkinan seseorang yang dinisbahkan sebagai nabi tersebut mungkin sebenarnya seorang mujaddid (tokoh pembaharu), atau seorang yang terpengaruh dengan kesan peninggalan nabi

pendokong kepalsuan yang berusaha menyusun agama baru berdasarkan campuran atau adunan idea pemikiran dan agama purba.

Kajian juga telah mendapati bahawa agama tertua yang ada di mukabumi iaitu agama Hindu pada asalnya juga adalah agama tauhid yang menyembah Allah yang esa, namun kerana berlalunya masa ia telah berubah dari jalannya yang asal. Menurut Mahmud Abu al-Faid dalam bukunya ‘Al-Din al-Muqarin, Agama hindu sehingga lahirnya Budha telah melalui tiga peringkat iaitu:

1. Peringkat mentauhidkan Allah yang esa yang dianuti oleh Orang hindu purba yang mengambil asal agama mereka dari Sam b. Nuh iaitu anak Nabi Nuh yang membawa risalah dari Allah S.W.T.

2. Peringkat kedua ialah peringkat para pendeta Brahma. Pada ketika inilah munculnya akidah Trinity iaitu tuhan Brahma, Siva dan Vishnu

3. Peringkat yang ketiga ialah peringkat atheis yang mutlak sebagaimana dalam fahaman agama Jaina dan Buddha

Kenyataan Tekstual Agama Lain Tentang Nabi Muhammad S.A. Sebagai Nabi terakhir.

Kenyataan-kenyataan ini bukan menunjukkan kebenaran atas kitab mereka tetapi berkemungkinan kitab-kitab agama ini telah menyerap perkhabaran-perkhabaran daripada nabi-nabi terdahulu yang telah dibangkitkan oleh Allah S.W.T. Sebagaimana yang telah dimaklumi kedatangan Nabi Muhammad S.A.W telah dikhabarkan oleh Allah S.W.T kepada nabi nabi yang terdahulu. Dalam al-Qur’an telah disebutkan bahawa orang-orang Yahudi mengenal Nabi Muhammad lebih daripada mereka mengenal anak-anak mereka ini dicatatkan oleh Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 146:

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءهُمْ وَإِنَّ فَرِيقاً مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ


Orang-orang Yahudi dan Nasrani yang kami berikan kitab itu mengetahui serta mengenali Nabi Muhammad dan kebenarannya sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran mereka itu sedangkan mereka tahu kesalahan mereka itu.

1. Nama Nabi Muhammad dalam Bible

A. Nama Nabi disebut sebagai Mahamuddin. Dalam The English Version of the Authorised Version of the bible pada bab Song of Solomon ayat 16 disebutkan:

His Mouth is most sweet

Yea, he is altogether lovely.

This is my beloved, and this is my friend

O daughter of Jerusalem.

Kalimat ‘he is altogether lovely’ yang tercatat dalam bible merupakan terjemahan kalimah Mahmudin dalam bahasa Ibrani (Hebrew) iaitu bahasa Yahudi. Ia membawa makna ‘Mahammad yang mulia’

B. Nabi Muhammad juga di sebut dengan nama Pericelet yang terdapat dalam bible. Percelet berasal dari perkataan bahasa Yunani Purba.

Menurut Dr Carlo Nellino, seorang orientalis Itali yang pakar dalam bidang sastera bahasa Yunani, kalimah Pericelet mengandungi makna ‘yang paling banyak dipuji’ ( له الحمد الكثير)atau Muhammad.


2. Dr. Ved Prakash Uppaddhayaya, seorang pakar bahasa Sanskrit, Universiti Prayag mengatakan bahawa Muhammad S.A.W disebut dalam kitab-kitab Vedas dan Purana dengan empat gelaran iaitu:

1. Narasanga– Yang Terpuji.

2. Antim Rishi– Utusan Terakhir.

3. Kalki Avatar– Utusan Akhir Zaman.

4. Mamaha dan Ahamiddhi– Muhammad dan Ahmad

3. Di sebut sebagai Maitreya dalam Gospel of Buddha

Gautama Buddha pernah menceritakan kedatangan seorang Antim Budha yang bermakna ‘Nabi yang terakhir’ pada saat kematiannya, kepada pengikut setianya Ananda:

Wahai Nanda, aku bukannya Buddha yang pertama dan bukan juga yang terakhir. Suatu hari nanti, akan lahir seorang Buddha di dunia yang akan menyampaikan kebenaran dan kebaikan. Dia seorang suci lagi teguh beragama. Dia akan memiliki ilmu dan kebijaksanaan . Dia akan menjadi pemimpin dan pembimbing bagi semua manusia. Dia akan mengajar Kebenaran sebagaimana aku Mengajar kebenaran. Dia akan memberi dunia ini satu cara hidup yang suci dan lengkap. Wahai Nanda namanya Maitreya

Menurut riwayat Gospel of Buddha tersebut, utusan akhir zaman akan dikenali dengan Maitreya. Dalam Majalah The Leader (keluaran 16 oktober 1930) disebutkan bahawa kalimat Maitreya bermaksud “merciful” atau pembawa rahmat. Perkara yang sama turut disebutkan oleh Warren dalam bukunya, “ Mohammad in the Buddhist Scripture”. Ini selari dengan kedatangan baginda S.A.W sebagai pembawa rahmat bagi seluruh Alam

Rujukan:

1.Azmil Zainal Abidin (2007), “Fenomena Kerenchaman Agama Dan Alternatif Usuluddin Terhadap Pendekatan Dialog Antara Agama” dlm Wan Suhaimi et.al, Konsep Asas Islam dan Hubungan Antara Agama, Kuala Lumpur: Universiti Malaya

2.Dr. Ved Prakash Upaddhay (2004), Muhammad in the Hindu Scriptures, Kuala Lumpur: A.S. Noorden, h. 36

3. Danial Zainal Abidin (2002), Bukti-Bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad s.a.w. Bentong: PTS Publication.

لا تجزعن فبعد تيسير* وكل شيء له وقت وتقدير* وللمقدار فى أحوالنا نظر* وفوق تدبيرنا لله تدبير.

“Jangan sedih, setelah susah pasti ada mudah.

No comments:

Post a Comment