Thursday, October 28, 2010

Teladan Pendidikan Anak Menurut al-Ghazzali

Sahl bin Abdullah al-Tustari berkata “Ketika aku berumur tiga tahun aku telah diajar oleh bapa saudaraku Muhammad satu doa dan permintaan kepada tuhan semasa aku memerhatikannya solat pada waktu malam. Satu hari ia berkata kepadaku; ‘Tidakkah kamu mahu mengingati tuhan yang menciptakan kamu, lantas aku bertanya, bagaimanakah caranya untukku mengingati tuhan?. Beliau mengajarkan kepadaku: Katakan ketika engkau hendak tidur di dalam hatimu tanpa mengerakkan mulut tiga kali iaitu “Allah bersamaku, Allah memerhatikanku, Allah menjagaku” Aku melakukan seperti yang disuruh selama beberapa hari secara berterusan. Aku memberitahunya akan apa yang aku lakukan. Lalu beliau berkata kepada ku sekarang kau baca doa yang sama ulangi ia sebanyak 7 kali. Kemudian aku lakukan perkara yang sama secara berterusan malahan aku menambahnya sebanyak sebelas kali. Dan aku merasai kemanisan bertuhan, dan iman yang berkembang dalam jiwaku. Setelah setahun berlalu bapa saudaraku berkata kepadaku ‘Wahai Sahl teruskan amalanmu itu hingga engkau menemui tuhan di liang lahad, dan ia akan menolongmu di dunia ini dengan kemuliaan dan membantumu di hari akhirat nanti. Setelah bertahun-tahun kemanisan imanku, kecintaan ku kepada tuhan memenuhi jiwaku.

Bapa saudaraku berkata ‘Wahai Sahl! Jika tuhan bersama seseorang memerhatikannya, menjaganya, bolehkah dia derhaka kepadanya? Anakku Sahl aku yakin engkau selamanya tidak akan menderhaka kepada tuhan.

(dipetik dari Disciplining the soul– al-Imam al-Ghazzali translated by T.J. Winter)

No comments:

Post a Comment