Tuesday, October 26, 2010

Petua Menjadi Kaya 3

Tujuh Cara Mengatasi Kekurangan Wang

1. Mulakan dengan mengumpul kekayaan

2. Kawal Perbelanjaan

3. Gandakan Wang anda itu, Laburlah sejumlah wang yang akan bekerja untuk kita seumpama sekawan kambing yang membiak dan membantu memberi keuntungan

4. Kawal hartamu dari Kehilangan, melaburlah ditempat yang selamat walaupun pulangannya tidak terlalu besar.

5. Cari tempat yang dapat memberi pelaburan yang lumayan, milikilah rumah sendiri

6. Sediakan Jaminan di Masa Hadapan dengan membeli rumah dan hartanah

7. Tingkatkan keupayaan untuk menabung

(The Richest Man In Babylon)

Tips Untuk Berhutang

Berhutang hanya pada barang keperluan asas yang besar sahaja seperti rumah, kereta serta hartanah yang nilainya akan sentiasa naik.

Jangan berhutang pada benda yang akan menjadi sampah seperti perabot, kain baju, kasut dan sebagainya. Tangguhkan keinginan dengan menyimpan sehingga mampu untuk membeli secara tunai

Elakan dari berhutang dengan individu kerana mereka juga mempunyai hajat sepertimu, jangan jadikan mereka serbasalah. Kalau tak dapat dielak segera bayar hutang walau tidak diminta.

Kalau Mahu Berkat dan Kaya Bayar Hutangmu dengan Segera

Hutang wajib dibayar walaupun tidak diminta. Bila sudah ada wang utamakan membayar hutang sebelum melaksanakan hajat-hajat yang lain kerana itu adalah harga diri, maruah dan pandangan orang lain terhadap anda. Orang yang tidak mendahulukan bayar hutang sedangkan dia mampu sebenarnya memusnahkan kehormatan dirinya. Yang paling buruk ialah berhutang dengan niat tidak mahu membayar, keadaan ini boleh diumpamakan orang yang berhutang itu sebagai pencuri dan dia tidak akan dapat masuk syurga dengan senang walaupun amalannya banyak. Seseorang itu boleh tertahan dari masuk syurga walaupun mati sebagai shuhada dengan sebab hutang!!!!. Yang paling penting harus Ingat tidak membayar hutang dengan segera menyekat rezeki dan keberkatan hidup anda kerana anda menzalimi orang yang berbuat baik kepada anda. Kenangkan betapa baiknya orang yang memberi hutang kepada anda dia menahan nafsu keinginannya untuk anda.

No comments:

Post a Comment