Wednesday, October 27, 2010

Petua Menjadi Kaya 4

Usaha dan doa Yang di ajar oleh Rasulullah S.A.W bagi memohon kekayaan

1. Bekerja Dengan Tekun dan Gigih

Untuk kaya anda harus memiliki pekerjaan. Profil seorang yang kaya ialah bekerja kuat, tabah, bijak dan yang paling utama disiplin diri. Anda hanya berangan jika mahu kaya tanpa bekerja dan berusaha sama seperti anda mahu masuk syurga tetapi malas beramal. Sabda Rasulullah s.a.w:

لأن يَأْخُذَ أَحَدُكُم حَبْلَهُ فَيَأْتِى بِحِزْمَةِ الحَطَبِ عَلَى ظَهْرِهِ فَيَكُفُّ اللهُ بِهَا وَجْهَهُ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْئَلَ الناسَ أعْطَوْهُ أو مَنَعُوهُ

ِAdalah seorang lelaki membawa seutas tali lalu pergi ke hutan untuk mencari kayu api dan memikulnya untuk dijual, maka dipelihara oleh Allah air mukanya itu, lebih baik baginya dari meminta kepada orang yang belum tentu diberi atau tidak.

2. Suka Memberi yakni menjadi tangan yang di atas

Sabda Rasulullah s.a.w:

اَليَدُ العُلْيَا خَيْرٌ مِنَ اليَدِ السُّفْلَى

Tangan di atas lebih baik dari tangan dibawah.

Kalau anda mahu menjadi kaya dan orang yang baik sebagaimana hadis diatas amalkan sikap suka memberi. Suka memberi itu baik dan nikmat. Kekayaan yang diberikan dan dibahagikan akan menghasilkan lebih banyak kekayaan. Bantuan dan pertolongan yang anda berikan kepada orang yang memerlukan akhirnya akan memberikan ganjaran berlipat kali ganda. Suka memberi boleh diaplikasikan dengan membayar zakat, memberi sedekah dan derma, memberi hutang, memberi khidmat dan kebajikan. Usah bertanya dan mengharap kebaikan orang kepada kita tetapi tanya diri kita apa yang aku boleh beri kepada ibu bapa. Kaum kerabat sahabat andai, organisasi, masyarakat dan negara. Beri khidmat jangan fikirkan kenapa aku tak dapat APC contohnya. Orang yang berhak dan layak akan dapat juga akhirnya walaupun dikhianati atau dizalimi atau terlepas pandang mungkin dengan cara lain yang lebih baik. Ingat Allah akan membalas setiap kebaikan yang diberi walau sebesar zarah. Ingat jangan harap balasan dari manusia, harap balasan Allah dan Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki.

No comments:

Post a Comment