Thursday, October 28, 2010

Makhluk Yang Paling Hebat dan Paling Dahsyat Atas Muka Bumi

SANTAPAN MINDA:

Apakah Makhluk Yang Paling Hebat dan Paling Dahsyat Di atas Muka Bumi.

إن الملائكة قالت : يَا رَبَّ هَلْ مِنْ خَلْقِكَ شَيْءٌ أَشَدُّ مِنَ الجِبَالِ ؟ قال : نَعَمْ الحَدِيْدُ . قالت : فَهَل أَشَد!ُ مِنَ الحَدِيْدَ ؟ قَالَ : نَعَمْ النَّار . قَالت : فَهَلْ أَشَدُّ مِنَ النَّار ؟ قال : نعم المَاء . قالت : فهل أَشَدُّ مِنَ المَاءِ ؟ قَالَ : نَعَمْ الرِّيحُ . قالت : فَهَل أَشَدُّ مِنَ الرِّيحُ ؟ قَالَ . نَعَمْ ابْنُ آدَم يَتَصَدَّقُ بِيَمِيْنِهِ فَيُخْفِيْهَا عَنْ شِمَالِهِ "

Maksudnya: Malaikat bertanya kepada Allah S.W.T dengan katanya Wahai Tuhan Ada kah makhlukmu yang lebih hebat dari gunung/ bukit?. Allah S.W.T menjawab ya Ada, besi lebih hebat dari bukit, Ada kah makhluk mu yang lebih hebat dari besi, Allah S.W.T menjawab Ya ada, Api lebih hebat dari besi, Ada kah makhlukmu yang lebih hebat dari besi Allah S.W.T menjawab Ya ada angin lebih hebat dari air. Ada kah makhlukmu yang lebih hebat dari angin. Allah S.W.T menjawab ada, Anak Adam yang bersedekah dengan ikhlas secara sembunyi yang diumpamakan dengan tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanan

Hadis ini mengandungi suatu iktibar minda yang dapat dibuktikan secara saintifik dan logik. Gunung ganang adalah makhluk Allah yang hebat. Allah menjadikan gunung sebagai balak yang membuat bumi tidak bergoncang. Bentuk dan manfaat gunung adalah sebahagian bukti kekuasaan Allah. padanya ada batu bata yang dapat dipahat untuk bahan binaan bangunan, Dalamnya juga mengandungi berbagai-i galian seperti emas, perak, besi tembaga dan sebagainya. Ia juga menjadi benteng daripada angin dan badai. Gunung amat takut kepada Allah meski dia amat kuat dan besar. Antaranya gunung Thur sina yang hancur ketika Allah hendak menampakkan dirinya atas permintaan Musa A.S. Gunung menjadi tempat ibadat kepada Allah seperti bukit Safa dan Marwah bahkan Nabi sendiri menerima wahyu di dalam gunung iaitu di gua Hira’.

Namun demikian besi lebih kuat dari gunung kerana besi dapat meruntuhkan gunung atau bukit contohnya proses pengorekan dan peruntuhan gunung dilakukan dengan buldozer dan juga kenderaan-kenderaan yang dibuat dari besi. Gunung ganang dapat diruntuhkan dengan mudah untuk dibuat lebuh raya, jalan raya, untuk membina bangunan dan sebagainya.

Api pula lebih hebat dari besi kerana api dapat mencairkan segala besi. Proses penukaran besi kepada pelbagai jenis peralatan adalah dengan kekuatan kuasa api dari pelbagai sumber seperti api letrik dan sebagainya. Walau sehebat mana kuasa api pun ia dapat dikalahkan oleh air. Air dengan segala kelembutannya dapat memadamkan api yang sedang menyala-nyala. Kuasa air yang tinggi seperti empangan dapat mewujudkan bahan tenaga api iaitu elektrik. Walau pun air lebih hebat dari besi namun angin lebih hebat dari air kerana anginlah yang membawa air ke udara yang membentuk awan untuk turun semula ke bumi berupa air hujan. Air dari empangan hidroelektrik tidak akan dapat mengalir laju tanpa adanya angin atau udara yang mengerakkannya.

Dialog antara malaikat dan Allah S.W.T diatas membuktikan satu kebenaran intelek yang berlaku di alam ciptaannya ini tentang makhluk Allah yang paling hebat di atas muka bumi. Namun demikian makhluk yang paling hebat sebenarnya adalah manusia itu sendiri yang melakukan kebaikan yang digambarkan dengan hamba Allah yang suka bersedekah dengan jujur dan ikhlas tanpa menunjuk-nunjuk.

Pemilihan nilai kebaikan sedekah sebagai contoh sosok tubuh makhluk yang paling hebat mengambarkan betapa luasnya definisi sedekah itu sendiri. Ramai orang yang hanya memahami sedekah sebagai memberi sesuatu yang berupa material. Pada hakikatnya sedekah ialah seluruh kegiatan dan kehidupan seseorang manusia yang dilakukan dalam setiap detik hidupnya. Kerana itulah Nabi Muhammad S.A.W menganjurkan kita setiap saat sentiasa melakukan kebaikan dan kebajikan serta tidak memandang remeh perbuatan-perbuatan yang baik sekalipun sekadar sebuah senyuman kerana dengan senyuman itu sebenarnya adalah satu kekuatan. Dengan senyuman yang menawan dan ikhlas anda dapat menawan manusia yang lain, hatta kepada seorang raja yang bertakhta, ia mendekatkan diri anda kepada manusia .

Apatah lagi dalam kebaikan-kebaikan yang lain seperti menyampaikan ilmu, mengajar dan mengajar, bekerja dengan jujur dan tekun, membantu rakan sejawat dengan pertolongan dan kerja sama serta bertolak ansur adalah elemen-elemen kekuatan dalam sesebuah organisasi.

Kekuatan ini akan dapat dilestarikan bila seseorang itu bekerja dengan ikhlas atau diistilahkan bekerja di makam ihsan. Ihsan bermaksud sentiasa melakukan yang terbaik sama ada dilihat oleh manusia lain atau pun tidak.

Perumpamaan Ihsan digambarkan dengan tangan kiri tidak mengentahui apa yang diberikan oleh tangan kanan. Bekerja dengan ikhlas atau ihsan adalah satu sedekah yang amat besar nilainya. Ia bermakna anda sedang memberi manfaat kepada makhluk Allah yang lain. Seorang insan guru samada yang mengajar di tadika, sekolah rendah,sekolah menengah, institut pengajian tinggi, tidak disebut ihsan kalau dia hanya mengerjakan yang rutin sahaja tetapi baru mendapat makam ihsan kalau dia mahir dalam pekerjaannya, kreatif, bagus hasilnya, menyenangkan rakan sekerjanya, memenuhi hajat murid-muridnya dan juga masyarakat sekelilingnya dan selalu ingat kepada Allah yang memberi kesempatan baginya untuk bekerja mencari rezeki. Ia bekerja dengan perasaan di awasi dan selalu bersama Allah Sabda Rasulullah S.AW.:

إِنَّ مِنَ الذُّنوُبِ ذُنُوبًا لا يُكَفِّرُهَا الصَّوم ولا الصَّلاةَ قِيْلَ فَمَا يُكَفِّرُهَا يَا رَسُولَ الله قالَ الهُمُوم فِى طَلَبِ الرِّزْقِ

Ada di antara dosa itu yang tidak dapat ditebus melalui puasa dan solat. Mendengar itu seorang sahabat bertanya “Kalau begitu ibadat yang manakah yang boleh menebusnya? Jawab baginda “ Kesungguhan bekerja untuk mencari rezeki yang halal”.

Ingatlah bahawa setiap kebaikan adalah sedekah

كُلُّ مَعْرُوفْ صَدَقَة

Setiap Kebaikan yang engkau lakukan adalah sedekah

Ingatlah Manusia yang hebat ialah manusia yang suka bersedekah dengan ikhlas.

No comments:

Post a Comment